Saturday 11 July 2009

DIARIKU (tolong jangan baca, nanti bosan)

Coretan saya kali ini terlalu panjang, tak perlu anda membacanya nanti kebosanan pula. Saya buat untuk diri saya sendiri supaya tak lupa hingga bila2.

12 Julai genap 3 tahun pemergianmu ayah.

Teringat mula2 ayah diserang sakit buah pinggang.
Muntah tanpa henti (tanpa mengeluarkan apa2 pun, hanya angin sahaja)
Beberapa hari tak sedar diri. CAPD (cuci melalui perut) selama beberapa hari
Saya dan mama menemani ayah di wad kronik (sehari kadang2 4 kematian) pernah ku lihat.

Lepas tu ayah kena cuci melalui IJC (di bahagian dekat dgn. leher). Bhg ini payah nak jaga sebab mudah kena jangkitan kuman. IJC ini digunakan buat sementara sahaja. Untuk mematangkan Fistula (di bahagian tangan – pembedahan kecil di tangan di mana dua saraf dicantum sekali menjadi satu, sebab itulah nadinya bergetar kuat seperti menggunakan bateri) 2 minggu barulah boleh digunakan. Ayah masih guna wheel chair. Ingatannya masih blank. Tak ingat apa2. Plastik kuning sentiasa ada pada mama untuk muntah ayah (sebab urea la tu) 2 minggu saya tak ke sekolah masa tu. Hospital rumahku yg kedua. Fikiran mama masa tu pun berkecamuk serta letih sampai mama pernah eksiden 2 kali dlm seminggu. Ayah duduk di hospital selama 1 bulan.

Rayuan untuk mendapat tempat di hospital kerajaan telah dibuat (tak tahan dengan kos rawatan hospital swasta). Buat sementara waktu ayah dinasihatkan buat dylisis di hospital swasta. Selepas ayah sedar masih tak mampu berjalan tapi menaiki wheel chair, ayah buat dylisis dekat hospital swasta selama lebih kurang 3 bulan (sehari dikenakan RM250.00 tidak termasuk lain2 rawatan) seminggu 3 kali (nasib baik 3 bulan saja, kalau tidak........) (at least sehari kena spend sekurang2nya RM300.00 ketika hari dylisis – termasuk makan dan minyak kereta). Ketika itu ayah masih buat dylisis melalui IJC (melalui leher) dan Femoral Catheter (melalui peha) sebab fistula tak menjadi. Mamalah yang menjaga ayah siang malam tanpa memikirkan kesihatan dirinya langsung. Saya pula terpaksalah ditinggalkan di rumah rakan mama apabila mama bawa ayah dylisis dan pelbagai kemungkinan.

Rayuan diterima. Ayah mendapat tempat rawatan dylisis di hospital kerajaan. Di sini tidak kena apa2 bayaran sebab pegawai kerajaan. Tapi kos berulang-alik dan makan kena tanggung sendiri. Perjalanan yang jauh untuk dylisis di hospital daerah dan rawatan memakan masa sehari suntuk. Perjalanan ke hospital daerah ini hanya boleh di waktu siang sahaja sebab sepanjang perjalanan melalui hutan2 dan bukit bukau serta kemungkinan ada binatang buas keluar seperti babi hutan dan sebagainya. Kalau termalam terpaksa ambil jalan jauh (bukan jalan ini). Kadang2 kereta buat hal. Mama terkejar sana sini di tempat orang. Kadang2 dalam perjalanan pulang, sampai pertengahan jalan, ayah hypo, terpaksa mama patah balik ke hospital untuk mendapat rawatan.

Selalunya selepas mama hantar saya ke sekolah, pukul 7.00 pagi mereka terus ke hospital daerah dan balik pukul 8.00 malam kadang2 10.00 malam kerana ayah selalu kena masuk wad dulu (atas sebab kesihatan). Selalunya saya dah tidur bila mereka pulang. Ayah selalu menangis dan mengerang kesakitan. Kalau ayah sakit, saya dan mama berjaga sampai siang (picit sana sini, saya jadi tukang pijak). Kadang2 tu saya tak ke sekolah keesokan harinya sebab tak tidur malam. Sedih bila ingat kembali azabnya orang sakit buah pinggang. Selepas 6 bulan, ayah baru belajar tak teh (belajar jalan) semula.

Selepas dua bulan berulang-alik, ayah dapat tempat di hospital berhampiran. Syukur, alhamdulillah. Dekat sikit dengan rumah. Kehidupan saya pun berubahlah sikit. Cuma kalau ayah kena tahan wad saja, saya kena tinggal di rumah kawan ataupun nursery bayar hari. Biasa juga saya tinggal di rumah kawan dalam tempoh berminggu2. terima kasih kawan & your family. Allah saja yang akan membalasnya. 4 ur imformation mama saya dilatih memasang mesin dylisis sebelum dylisis dimulakan. Cuma mama tak sanggup cucuk jarum sahaja dekat fistula sebab mama takut darah dan seriau.

Lebih kurang dua minggu, ayah dapat buat dylisis melalui tangan iaitu fistula. Fistulanya selalu rosak disebabkan blood clot (darah beku – mungkin punca dari darah tinggi/kencing manis ataupun banyak makanan lemak2 kot). darahnya beku dalam dylizer macam agar2, ketika itu darah tak boleh dicirculate, terpaksalah dibuang), 1 dylizer tu lebih kurang 2 pain darah kot. Untuk sambung dylisis, heprine iaitu liquid untuk cairkan darah terpaksa dimasukkan. Jika kehilangan darah terlalu banyak, terpaksalah kena tambah darah. Selain ubat-ubatan. Itulah rutin kehidupan pesakit buah pinggang.

Sekejap tangan kanan sekejap tangan kiri, sementara nak boleh buat fistula baru (tangan kanan atau kiri), terpaksalah cuci melalui IJC atau melalui FCT (femoral catheter tube) di bahagian peha (urat besar). Tube tergantung di peha. Bahagian inilah yang paling siksa sekali. Nak mandi payah, nak buang air pun susah, kena jaga betul2 takut kena jangkitan kuman. Biasa banyak kali ayah sakit teruk sebab dijangkiti kuman. Kena duduk di hospital beberapa hari untuk masuk antibiotic yang kosnya lebih kurang RM250.00 sebotol kecil sebesar ibu jari sahaja (nasib baik ubat2 ini semuanya free). Kes ini selalu terjadi dekat ayah.

Selalunya orang sakit jenis ni, ingatannya kurang disebabkan urea. Mungkin tak pantang makan atau penyakit darah tinggi dan kencing manis kot (terlalu banyak nak kena pantang, termasuklah air tidak boleh melebihi 1 botol air mineral botol kecil, ini termasuk kuah, air buah sehari). Selalunya buah pinggang effect ke jantung. Kebanyakannya pesakit ini mati kerana jantung.

Kadang2 tengah saya, ayah dan mama sedang menonton tv atau tengah tidur, tiba2 ayah menjerit minta tolong. Darah memancut2 bagai air paip hingga membasahi kain dan tilamnya, bila tube pehanya (FCT) terlucut. Cepat2 mama tekan bahagian terlucut dan suruh saya lapik plastik dan alas kain dalam kereta serta start engin kereta untuk ke wad kecemasan. Kena tahan wad dan kadang2 kena tambah darah lagi. Biasa sangat2 kes ini.

Akhir tahun 2005, banjir besar melanda. Waktu sedang dylisis, tiba2 tempat dylisis dinaiki air dengan begitu cepat sekali. Nasib baik mama dah dilatih cara2 kecemasan (termasuk waris2 yang menunggu pesakit). Mesin dylisis kena dihentikan. Masing2 bertungkus lumus melekatkan plaster di bahagian fistula dan masing2 jarum berkegantungan di tangan. Apa yang boleh buat, mana nak jaga tangan takut terlucut dan berdarah, mana nak tolong kakitangan hospital melarikan mesin dylisis dan peralatan lain takut2 dimasuki air banjir ke kepala jalan raya (tempat tinggi sikit). Air begitu cepat sekali hingga ke paras lutut dan seterusnya hingga ke paras pinggang.

Banjir ini bukannya untuk sehari dua, malah memakan masa berminggu2. pesakit2 buah pinggang yang kritikal dan tidak mampu mengeluarkan duit yang banyak untuk rawatan hospital swasta akan dibawa melalui ambulan di merata hospital2. mama terpaksa bawa ayah ke hospital daerah yang agak jauh dan selepas itu ke hospital swasta untuk dylisis (setelah hospital daerah penuh). Untuk sampai ke hospital swasta dan berulang ke hospital negeri terpaksa mama melalui berbagai halangan banjir dan meredah perjalanan yang sungguh jauh dan sukar. Sejak dari peristiwa itulah bermulalah ketidak sihatan ayah. Dylisis kadang2 1 kali kadang2 2 kali sahaja seminggu. Itupun boleh buat 2 jam sahaja sebab darah beku, kadang2 tengah dylisis mesin berbunyi sebab darah beku dan kadang2 nak ‘return’ balik darah ke badan terpaksa cari urat besar di mana2 bahagian badan, cucuk sana, cucuk sini dan kadang2 tak boleh ‘return’ langsung. Untuk makluman, semasa banjir hospital negeri penuh, so pesakit buah pinggang kena buat dylisis selama 3 jam instead 4 jam sebab que (terlalu ramai). itupun kadang2 balik pukul 1-2 pagi baru sampai rumah.

Ayah dinasihatkan mendapat rawatan pakar di hospital Selayang, Selangor. Abg saya (yang tinggal di Ipoh) terpanggil untuk membawa ayah, saya dan mama, sebab mama tak berani nak bawa kereta sejauh itu dengan keadaan ayah yang sakit. Sekali lagi saya terpaksa tuang sekolah selama seminggu. Ayah mendapat rawatan lain dari yang lain. Pakar dari serata pelusuk dunia ada di situ. Di serata anggota telah dicuba, masih tak berjaya juga. Waktu itu mama pelawa diri nak menderma saja buah pinggangnya kepada ayah. Tapi ayah menolak, katanya kalau mama beri buah pinggangnya, nanti mama tak sihat, siapa nak jaga dia dan saya. Silap2 mama yang meninggal. Pesakit2 di situ kebanyakannya berbangsa cina, kebanyakan mereka buat transplan di negeri China. Kosnya beratus2 ribu. Tanpa apa2 kejayaan dibuat di hospital Selayang, kami pun pulang semula.

Kos2 ubat-ubatan, perbelanjaan untuk pesakit buah pinggang seperti ayah saya (kronik) memang tinggi. kadang2 peralatan tiada di hospital kerajaan terpaksa dibeli dari luar. Ada yang mencecah hingga beribu2 ringgit.

Ayah terpanggil oleh seorang Dr pakar dari hospital pakar (beliau juga banyak membantu hospital kerajaan). Kali ni tube ditanam di bahagian lengan dan bahagian pelipat lengan untuk dylisis juga yang berkesan. Tapi tak tahan lama. Dua tiga kali cara ini digunakan. Masih tak tahan lama juga. Sekali lagi ayah kena buat CAPD. Kali ini duduk di wad selama 3 minggu.
Akhirnya cara femoral catheter diguna semula sebab peha ayah sembuh dari bernanah. Semakin hari semakin lemah kesihatan ayah. Jalan terakhir jika femoral catherer kali ini tak dapat digunakan ialah dengan cara buat CAPD di rumah.

Dari situlah ayah mula tak sihat. Sakit ayah semakin teruk hingga tak boleh ditinggalkan langsung. Salah satu pengorbanan terbesar mama untuk ayah tersayang ialah berhenti kerja agar ayah dapat dijaga sepenuh masa dan kasih sayang sesempurnanya hingga ke akhir hayatnya. Bilik untuk buat CAPD di rumah pun hampir siap.
Tapi apakan daya, Allah SWT menjemput beliau kembali ke Rahmatullah terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Semoga ayahku ditempatkan bersama ahli2 syurga Firdaus. Amin.

Notaku:
Kepada rakan2 yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakit buah pinggang, saya harap banyak2lah bersabar kerana karenah pesakit ini amat menguji kesabaran orang yang dekat dengannya. Jagalah mereka sebaik2nya, sebab mereka memerlukan pemerhatian yang halusi. Jangan biarkan mereka keseorangan apabila mereka sakit. Itulah pesanku.
Satu lagi pesanku kepada misi2, banyak2lah bersabar dengan karenah pesakit. kadang2 mereka ini menduga dan menguji kesabaran hingga hilang sabar dan kadang2 macam tak nak peduli, kan? kan? kan? Hari ini dimarahi, tiba2 esok pesakit itu meninggal. Apakah perasaan anda? Tahukah anda pesakit menangis sebab terlalu kecil hati? Mungkin anda tidak faham sebab anda tidak mengalaminya (yang paling2 kesian ialah ayah tertunggu2 terlalu lama untuk dylisis melalui femoral catheter dan terpaksa kain diselak sebab femoral catheter di celah peha, masa tu buat dylisis atas katil, sebab blood flow tak elok) malah tiada siapa yang pedulikannya ketika itu (sedih bila kenangkan wajah ayah ketika itu macam nak menangis), akhirnya ada juga hamba Allah lain yang bertugas ketika itu buat untuknya. Hanya saya dan mama saja yang tahu. Itulah hari terakhir ayah buat dylisis di situ. Selepas dari hari itu jugalah semangatnya hilang dan dari situlah sakitnya semakin teruk. Ada satu titik dan berdetik di sini. Disimpan di hati sampai mati.
Banyak lagi keralatan yang terbuku selepas pemergian ayah terhadap ....... setelah kehidupan saya dan mama berubah sama sekali. Semoga mereka2 ini mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT. Sedih bila dikenang kembali.
Inilah catatan diariku sebagai kenangan dan tak akan dilupakan hingga ke hujung nyawa.

21 comments:

Monsieur Anonymous said...

a'ah..
burink..
pjg ngt..
huhu~
=p

Tikah said...

:(((((
cipaaa
sedih gelaaaaa
bleh nangis kmii..
kmi dpt rasa sedih dea ouh
sabaq noh cipa

chapter 18 said...

portgas : ahaha. sapa sruh bc. hoooo

chapter 18 said...
This comment has been removed by the author.
chapter 18 said...

tikah : km taip sambil nangeh weii.

najia . said...

omg sedehnye ;(
siaan syifa .

emo_frog said...

i like reading this..i'm sorry for lost..may gob bless him..u're a tough girl..no wonder u can handle all this..

que said...

perginya seorang insan yg dikasihi,kerna Allah nk mengutuskan seorang yg lain..walau kasihnya tiada tandingan,tapi insan baru ini bakal membawa sinar...Kerna Dia sangat adil dalam percaturanNya dan sentiasa bersama orang yang sabar...

(fuh,ustat kejap) (=D

nqddnnrzm. said...

kawan baek abah sy, pakcik fauzi, pun kena penyakit ni jugak. mmg tengok dia pun, esh. perit jugak la. dugaan yg Allah bagi kat dia. skarang dia dah pun kembali ke rahmatullah. innalillah hi wainnalilla hi rojiun

dalam satu cerita, kawan kepada kawan family saya tataw la sapadia tah, anaknya kena penyakit buah pinggang, hatta ibunya yg terlampau kasihankan anaknya derma la satu buah pinggang dia. pmedahan tu berjaya, tapi anaknya hidup x lama lepas tu. dalam 2-3 taon. ibunya yg hidup lagi lama.

kalau nak sampai waktu tu, dah sampai la.. x kira la kita usaha tara mana. ajal maut di tangan Allah, kita hanya mampu redha dan bersabar.

cipak, sabar na? :) jadi la anak yg solehah supaya ayah cipak tenteram di barzakh, supaya lahad dia jadi macam taman² disyurga, insyaAllah.

Fi said...

sabar syifa..
i know it is sad when u think about someone that u love already gone.
but the most important thing is
keep praying for him.
May Allah brings him to heaven.
I know he is a great dad.
n u r the great daughter.
Tp solute ngn mama syifa.
Kuat gila jga ayah.
same goes for u syifa.

aifaa :) said...

sedeh dan terharu cita ni ):
semoga anda tabah :)

Afiqah Sahillah said...

sedeyh nyep sayang, nngesh kak eyqa bacep :(( kuat kan semngat yep sayang, both ur mom n u kuat cgat cgat hdapi dugaan Yang Maha Esa ini. Keep on praying for him :) Amin.

chapter 18 said...

najia : :0 thanks sbb faham

chapter 18 said...

emo frog : tq tq tq tq tq

chapter 18 said...

que : terima kasih ustaz lawak. haha

chapter 18 said...

nbk : wah2. panjang gila. thanks nah sbb bc entry ni. terharu saya, kesian pakcik fauzi tu an. hmm. pakcik nbk ! tq sekali g.

chapter 18 said...

firah ; haha. terima kasih. mama berhenti kerja sebab nak jaga ayah tapi elok dia berhenti dlm bpa hari. ayah meninggal. sob sob. thnks firah sebab faham

chapter 18 said...

aifa : hehe. orait ! tq noh

chapter 18 said...

eyqa : tq, thanks, trimas, kasih, tocei, nadrei bla2 kat ampa.

chapter 18 said...

TERIMA KASIH ATAS KEFAHAMAN ANDA2 SEKALIAN. WAH ! INILAH YANG BUAT SYIFA LEBIH SYG ANDA2 SEMUA. TQ SEKALI LAGI YAH !

IT'S Me N.a.N.a said...

dear, u tc to ur self. Byk2 kan berdoa utk ayah k. Jgn lupa jaga mama juga. Jaga selama hayat nya dan selagi hayat kita masih ada utk menjaga nya. Ingat lah. Manjai mereka sebanyak mereka memanjai kita ketika kita kecil.

** jaga diri hiasi peribadi.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P