Monday 21 June 2010

S to the T

Assalamualaikum my lovely and hansome friends that I always salute. First of all aku nak sangat ucap ribuan, jutaan, million, thousand terima kasih dekat hampa semua. Entry yang bertajuk “Tolong Fahami Aku” memang aku taip dalam keadaan nangis teresak-esak. Melalui entry tu, aku dapat berbagai comment dari segi pandangan positif dan nasihat yang memang berguna. Mula2 aku memang dah tak ada semangat dan ketika itu yang ingat hanyalah nak mati saja tapi sebab hampa la! ya, sebab hampa la cekk. Sebab hampa aku dah mula bersemangat dan ceria sikit. Memang awesome gila la hampa semua. Salute dekat semua yang beri nasihat. Semuanya membina tahap banggunan klcc. Ada yang comment dekat entry tu sendiri, ada yang send private massage dekat fb, ada yang send dekat wall, ada yang send massage dekat phone, ada yang call terus and especially my lovely friend zara :) dia sampai post dekat blog dia and FYI nasib kami lebih kurang ja. Hehe terharu gila. Entry tu bukanlah untuk menagih simpati tetapi keadaan sangat tertekan masa tu membuatkan aku menaip untuk melepaskan bebanan yang tersirat dalam hati. aku pun tak sangka boleh taip dengan begitu jiwang dan panjang.


So, fullstop pasai entry tu. Dah tak mau pikiaq. Mai nak cerita pasai len pulak. Erkk, nak cita apa ha? Okie. Currently im waiting for this 26th. Haha, sebab apa a? sebab nak pi motivasi Dr Fazley. Act motivasi tu sepatutnya dah buat sebelum cuti sekolah lagi tapi Dr Fazley buat terkejut tergempaq nak kena balik kl so ia didelaykan ke 26th ni. Yang sebelum ni Dr Fazley sempat mai sat ja tapi takpaa. Sebab dia dah hampakan kami semua, dia bayaq hutang dengan menyanyi dekat kami and ada sesi ambik gambaq. FYI time dia nyanyi tu, dia mai dok sebelah aku cekk. Ahha. Rasa macam nak leboq time tu jugak. Punya la handsome. Awwww, haha. Bau wangi ja dekat dia. Tiba2 rasa dah takmau panggil dia Dr Fazley, nak panggil dia abang Fazley la pulak. Haha boleh dak? Bini dia mai smackdown dengan aku mampoih :P



Sekarang angkat tangan sapa yang rindu nak tengok aku upload gambaq secara gila2, I mean secara banyak2. haha, yeahh. Aku pun rindu nak upload secara gila2 jugak tapi apakan daya. Gambaq banyak cuma masa ja tadak. Kalau hampa tolong resize takpa la jugak. Haha hampeh. So sebagai bayaq hutang, setiap 1 paragraph aku letak 1 gmbaq aku. Deal? (hutang bodo). Fine laaa, kalau aku rajin nanti aku karang cerita pasai holiday haritu. Kalauuuu la rajin. Aku dok nampak macam berat tangan dah. haha.



Sapa rajin mai jadi cikgu math aku sat? Heeeeeee, kak mun tak boleh ajaq aku sebab dia dah balik asrama. Sedih kan? Pity me :’( sapa yang TAU maths tu mai la ajaq aku. Please2, ni bukan cobaan, ni betoi2. banyak lagi yang aku perlu tau and nak tau so help me pleaseeeeeeeeee. I know you guys terer in maths. Tengok muka pon dah tau. Ceceii, kembang la tu. Jangan terkoyak sapender cukup la.




Okie, setakat itu sahaja entry kali ni. Apa2 pun HAPPY FATHER’S DAY. I love you and miss you so much ayah. Al-fatihah cup cup


Saturday 19 June 2010

TOLONG FAHAMI AKU

Lama sudah aku pendam, sekarang masanya untuk aku luahkan setelah timbul pelbagai spekulasi tentang aku. Mama sengaja tak mau bayar broadband sebab PMR tak lama lagi. Takut2 aku leka. Lama sudah aku tak online. Aku terima taluan panggilan telefon dari rakan2 yang sepupu aku kutuk aku dalam wall facebook. Kebetulan hari itu aku berada di rumah ibu bapa kandung aku (SEBAHAGIAN DARI BUKTI). Aku cuba check dekat sana. Memang benar berita tu. Gara2 spekulasi inilah mama terpaksa bayar semula broadband. Aku berjanji akan jarangkan online sebab benda ni “berhantu” hinggalah habis PMR.

Celik2 mata yang aku nampak dan yang aku tahu ialah aku mempunyai mama dan ayah yang sangat sayangkan aku dan aku sentiasa dalam pelukan, belaian dan kasih sayang yang tak terhingga dan tak ternilai jika nak ditukarkan dengan wang ringgit atau apa jua pun di dunia ini. Mereka adalah dua insan yang berhati mulia yang tidak mungkin aku lupa sampai akhirat. Aku cukup bahagia sebahagia bahagianya bersama mereka. Syukur aku kerana dikurniakan mama dan ayah.

Masa berlalu begitu pantas, semasa aku di darjah 5, aku dikejutkan oleh guru kelas yang memanggil nama aku dengan kuatnya iaitu “syifa anak angkat”. Aku terkejut dan tergamam serta sebak lantas aku terus berlari keluar kelas untuk ke bilik air. Sesampai di sana aku menangis sekuat2nya disebabkan rasa malu dan sedih yang amat sangat. Sekembalinya aku ke kelas guru tadi menjeling sambil berkata “mengada2, kata macam tu pun nak menangis, saja buat2 la konon”. Demi Allah aku memang tak tau langsung yang aku ini anak angkat. Aku balik rumah terus tanya ayah, tapi ayah nafikannya sebab mungkin untuk menjaga perasaan aku, mungkin takut akan kehilangan aku dan berbagai kemungkinan.

Bermula dari saat itulah gah satu sekolah, bahkan jiran tetangga dan merata ceruk yang aku ini anak angkat. aku selalu dikecam, dihina, diejek seolah2 aku ini anak tak ada mak bapak. Suatu hari, jiran aku seorang budak lelaki, sama baya aku, satu sekolah dengan aku berteriak di luar rumah dengan perkataan “syifa anak harammmm”. Aku terus berlari mendapatkan ayah sambil menangis. Ayah aku ketika itu baru saja balik dari dylisis (cuci buah pinggang) yang masih keletihan dan tersangatlah tak sihatnya bingkas bangun terus meluru keluar rumah dan cuba mengejar budak setan tu. Mama aku puas juga cuba menghalang ayah aku yang sedang mengamuk tapi tak berdaya. Ayah aku capai kayu lebih kurang dua kaki panjang setebal 2 inci terus punggal (baling) hampir kena kepala budak setan itu. Kalau budak tu tak tunduk, mungkin pecah kepala kot. Ayah jatuh tersungkur di jalan bertar. Mama papah ayah masuk ke dalam rumah. Ayah bagaikan orang tak sedarkan diri selepas kejadian itu. Kesian ayah.

Masa berlalu lagi. Semasa dalam perjalanan dari sekolah ke hospital Alor Star (ketika itu ayah sakit teruk), aku beranikan diri tanya mama. Dari situ barulah aku tahu asal usul aku, kenapa, bagaimana dari A hingga Z. Aku percaya cerita mama, sebab mama orang yang baik, ikhlas dan jujur, mama tak pernah dan tak suka berbohong. Aku tak akan percaya cakap orang lain sebab aku kenal mama. Aku bersyukur sebab bapa kandung aku ialah adik ayah aku juga, darah daging ayah aku. Kalau diikutkan aku anak yang keempat dari 7 orang adik beradik keluarga asal aku. Disebelah keluarga yang menjaga aku, aku anak last dari 3 orang adik beradik (kedua2 orang ini ialah anak tiri mama). Fullstop.

Sebelum kematian ayah, berkali2 ayah amanahkan aku jangan tinggalkan mama, jaga mama, walau apa terjadipun bela mama, jangan abaikan mama. Aku berjanji kepada ayah, aku tak akan lupakan jasa ayah dan mama yang bersusah payah menjaga, mendidik, menyekolah dan mengorbankan masa dan tenaga, malah menghabiskan puluhan, ratusan ribu ringgit untuk membesar aku tanpa mengira susah payah dari umur aku sehari lagi. Kalau nak dihitung tak terjumlah banyaknya. Hanya Allah saja yang membalas kebaikan dua insan yang amat aku sayangi ini.

Masa berlalu lagi. Selepas kematian ayah, aku dan mama terpaksa berpindah agak jauh dari rumah asal dan kampung keluarga aku. mama sering sakit. Kesian mama. Berbagai dugaan, penderitaan juga keperitan hidup terpaksa aku dan mama lalui dan tempuhi selepas kematian ayah. Hanya Allah saja yang tahu keadaan kami ketika itu. Tak perlulah nak bercerita panjang. Tekanan demi tekanan yang bertubi2 datang dari segenap penjuru mengganggu fikiran aku sampai aku sakit. Lantas semasa aku sakit sebegitu pun masih ada lagi tekanan dari orang yang mengaku sayang tapi tiada perasaan. Kesian mama terpaksa berjaga siang dan malam menjaga aku, merawat aku. Siapalah aku untuk melupakan insan ini (aku akan benci seseorang yang membenci mama aku) lebih2 lagi untuk orang yang ingin memisahkan kami berdua. Walaupun mama tidak melahirkan aku, tapi pengorbanan dan susah payah untuk membesarkan aku sejak dari umurku dua hari pun amatlah besar.

Masa berlalu lagi, aku sembuh dari sakit. Aku sedar siapa aku, aku tak lupa keluarga sebenar aku, mereka adalah wali aku. Aku pun tahu dosa pahala dan berdosa besar menafikan mereka keluarga aku. walaupun aku jarang melawat mereka, tak semestinya aku lupa mereka, kadang2 aku telefon bertanya khabar. Aku dengan keluarga asal aku sejak kecil2 lagi mesra sebab mama boleh kata setiap hari ke sana (sebelum pindah rumah). Tapi disebabkan pindah berjauhan dan mama sering sakit menjarakkan perhubungan.

MAKA terjadilah tohmahan dari kawan2 termasuk boyfriend kawan baik aku suatu ketika dulu (kedua2 mereka ini sekarang satu sekolah dengan aku) yang mengutuk aku dalam myspace kononnya aku anak angkat yang entah dari keturunan tak gunamana datangnya aku, begitu juga dalam message fb, myspace, formspring dan juga comment dalam blogs selalu ada saja insan2 yang tidak punya hati dan perasaan mengutuk, menghentam aku dan lebih menyedihkan aku, sepupu aku sendiri pun mampu dan tergamak mengutuk aku di wall facebook yang mendakwa aku lupa diri, buang keluarga dan sebagainya. (fitnah demi fitnah yang disebarkan oleh mereka2 ini buatkan aku sering menangis dan sentiasa bersedih jesteru itu mendekatkan lagi aku dengan Allah). Fitnah ini kalau bukan datang dari orang terdekat macam mana kawan2 aku nak tahu. Takkanlah aku MESTI JERIT DAN BUAT ANNOUNCEMENT bagi seluruh dunia tahu yang aku hari ni pergi rumah tok aku, rumah mak bapak aku dan telefon mereka. Sedangkan urusan mereka aku tak ambil tahupun. Kalau nak cerita hal peribadi mereka mungkin memalukan dan menjatuhkan maruah. Mama dan ayah tak pernah ajar aku untuk menjatuhkan maruah orang. Mereka tak pernah ajar aku untuk menderhaka atau melupakan keluarga aku. Yang mereka ajar aku ketika aku dianiaya ialah SABAR, SABAR, SABAR, berserah dan bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu maha pemberi pembalasan, perkataan itulah yang sering aku dengar. Hanya mama seorang saja yang faham dan duduk di belakang aku, mempertahankan maruah aku, memujuk aku, berdoa untuk aku, menangis bersama2 aku. Yang lain……? Faham2lah sendiri.

Hari ini sepupu aku memalukan aku di WALL FACEBOOK, suatu hari Allah akan malukan dia pulak. ASALKAN AKU TAK BUAT SALAH KEPADA ORANG YANG MELAHIRKAN AKU, BAPAK AKU (tanpa mereka siapalah aku) DAN MAMA DAN AYAH AKU cukuplah sebab Allah itu maha tahu niat dan nawaitu aku.

Tolong jangan ganggu kehidupan aku dan mama sebab kami sangat bahagia walaupun tempat bergantung kami telah pergi dahulu dari kami. Kalau arwah ayah ada, ayah akan mempertahankan hak aku dan membela aku. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan ayah. Walau sesusah dan kepayahan manapun hidup ini aku dan mama akan harungi jua. Sebab bagi aku ini adalah dugaan Allah terhadap aku dan mama (sebab itulah aku dipilih untuk menjadi anak angkat, bukan KAMU). Sesiapapun tidak akan faham perasaan aku kecuali orang yang mengalami nasib yang sama macam aku. Dan tak rasa apa yang aku rasa, tak rasa apa yang aku tanggung. Kadang2 aku rasa dunia ini begitu sempit dan menghimpit buatkan aku lemas dan tak berdaya. Allah tidak menghimpitkan hidup aku tapi orang2 yang tidak bertanggungjawab inilah yang memainkan peranan menghimpit dan mengkucar kacirkan hidup aku.

Aku bukan maksud untuk menyinggung perasaan ibu bapa sebenar aku, tidak sama sekali. tapi aku tujukan kepada parasit dan orang yang terlalu sebuk dan juga terlalu busybody nak kucar kacir kehidupan aku serta menimbulkan keretakan antara keluarga aku dan keluarga angkat aku. Aku bukan anak derhaka, aku bukan buang keluarga. Realitinya pun aku diberi kepada orang. Tentu dah aku duduk dengan orang. Dapat kasih sayang secukupnya dengan orang. Dapat segala2nya dengan orang. Bahagiapun dengan orang. Jadi kenapa sekarang setelah aku besar panjang sebegini nak timbul perkara yang bukan2. kalau aku sememangnya pergi tak berhubungan langsung atau lost contact ataupun tak jijak langsung rumah mereka kot lah nak kata aku buang keluarga. Aku pun ada tanggungjawab untuk diri aku dan ibu angkat aku. Kot2 aku maki ka, mengutuk ka dekat mereka barulah boleh kata aku buang keluarga. Sebenarnya aku sendiri pun tak faham apa yang hampa nak. Mentang2 ayah aku meninggal dan aku tau keluarga sebenar aku, tak semestinya aku kena patah balik pulang ke pangkuan keluarga sebenar aku. Tergamakkah aku tinggalkan mama aku keseorangan sedangkan aku satu2nya anak yang dia ada. Aku tak akan engkar amanah arwah ayah yang berkali2 berpesan kepada aku supaya jangan tinggalkan mama. Lagipun aku sayang mama bagaikan nyawa aku sendiri. Keluarga sebenar aku masih ada 6 orang anak lagi. Sejujur dan seikhlasnya aku berterima kasih sangat2 kepada ibu bapa sebenar aku atas pengorbanan mereka memberi aku kepada mama. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik mereka. Aku juga tak pernah lekang berdoa untuk mereka.

Dan satu lagi, dari Lohmahfuz lagi tercatat yang aku ditakdirkan menjadi anak angkat kepada mama aku dan itu adalah pilihan Allah untuk aku, aku redho, aku terima seikhlas dan sesyukurnya. TAPI yang aku kesal ialah sikap manusia yang suka menimbulkan berbagai2 perkara pelik2 yang sering mengganggu fikiran dan kehidupan aku dan mama. Gangguan2 dari orang yang selfish dan tak bertanggungjawab semata2 ingin memisahkan aku dan mama buatkan aku rasa macam nak MATI dan rasa macam nak ikut ayah meninggalkan dunia yang penuh dengan manusia yang berhati busuk dan iri hati.

Sekarang, kalian sudah tau siapa aku. Tolong jangan tanya lagi selepas ni. Jangan masuk formspiring aku sebab nak maki aku sebagai anak buang keluarga. Hampa taktau apa, chill? No, I want to die.

And now I want to ask you all, WHY MUST NOW?




http://thechickspuanzara.blogspot.com/2010/06/kita-sama-sayang.html (baca blog zara, nasib kami sama ja)

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P