Wednesday 29 April 2009

HAPPY TAWWW :))

hoyeah! nk p skolah. nk p skolah. nk p skolah! buleh dak jumaat sabtu pon saya nk p skolah. semangat p skolah dah timbui balik. hoo :) ni bukan apa. syok sngat la tu. haha. selamat pagi duniaaaa. kim salam kt suma org. haish! dok syok sngt2. saya bungun awai rini. ehem! besalah mayang2~ tp selalunya lpas smbhyang saya slalu sambung balik tdoq tp rini dah rasa semangt gila nk p skolah. hosyeh! eeeeee. nk p mndi la. eh2 x x. nk p bersiap la. awai lagiii. sabaq cik cipak kepak. tp malang weiii. nina x mai skolah. dya lah smangt saya mai skolah taw da. saya nk dia mai. nina! ampa x mai, kami pon x mai. heee :) kalau ketinggalan p la jmpa cikgu balik. cikgu bukan nk marah. p mai pon saya leh tiru buku kawan. haha :)) saya happy bersama patrick saya yg superr cute. saya suka taw. gahgahgah! nk gelak sikit buleh dak?

hahaha, hohoho, hikhik, hakhak, hehehe, kahkah, kikiki, lalala, ngeee
(sapa2 yang taw perkataan gelak selain yang di ats ni, sila bgtau oke. saya x kan tibai anda)

okeh! lani saya dok dengaq lagu cokelat-salah. serius best. x caya sudah. cuba dngaq. bestttt besttt. sapa tak suka saya? ohh. jngn risau. saya pun x suka anda. lala. mmg x dak point dah ni. tp nak taip sngat. sekarang ni pon saya dok taip sambil qenyeh taw. ngeeeeee :D










haha. saja buh gmbaq. air mineral msti marah kt saya sbb buh gambaq yg spesis galak2. takpala. x kisah. nak marah, marah laa. lg pon bukan saya buleh dengaq pon. buuuu. blog ni x dak kena mngena ngn kamu. x suka jngn bukak ea. lalala. x p skolah. hari ni nina, izzati, azah, pikah x maw mai. x mau la saya. nk kawan ngn sapa? x kan ngn fazzz kot. no no no. dia baru ja sakiti ati saya. ok lah. berundur dahulu. byeee.

cup22. anak patung tu lah patrick ataupun patik sayaaaaaa. superr cute kn? oh! saya taw. patrick saya mmg cute. haha.

toodles :)
xoxo syifa

Monday 27 April 2009

LUQMAN AL-HAKIM

Apa yang perlu diperkatakan kepada pesakit jiwa dan hati busuk seperti air mineral @ seekor babi ialah ALHAMDULILLAH dan INNALILLAH HIWAINNA ILAIHIROJI’UN. Biarlah Allah membalasnya. Aku mohon sangat2 kepadaMu Ya Allah semoga diperturunkan musibah dan pembalasan kepada orang yang suka mengganggu, memperlekeh dan mempermainkan orang. AMIN YAROBBAL’ALAMIN. Apa yang perlu aku buat cuma bersabar, tunggu dan lihat. Sebab aku kenal dan anda semua kenal, dan orang ini terlalu dekat dan berpura2 baik. Kalau anda tahu anda akan rasa terkejut dan tak akan percaya. Suatu hari anda akan tahu juga. NOKTAH!!!!

Selain kita tahu himpunan wasiat2 Luqman Al-Hakim utk anak2nya, di sini ingin saya ceritakan kisah menarik yang dialami oleh Luqman Al-Hakim:
Dikisahkan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang khadam dari Habsyah yang bekerja dengan seorang kaya raya. Sebagai seorang pelayan, ia sedar akan kewajipannya dan sentiasa melaksanakan arahan tuannya. Suatu hari tuannya menyuruh Luqman menyembelih seekor kambing untuk dibuat lauk. Tuannya berpesan kepada Luqman agar mengasingkan dua ketul daging yg terbaik dari kambing itu, dan daging yang paling berkhasiat dan sedap rasanya. Luqman segera melaksanakan perintah tuannya. Seekor kambing disembelihnya lalu memotong dua ketul daging yang paling baik seperti yang diminta iaitu hati dan lidah. Setelah dimasak daging itupun dihidangkan.

Di hari lain pula, tuannya menyuruh Luqman menyembelih seekor lagi kambing dan berpesan supaya asingkan dua ketul daging yang paling buruk. Luqman segera menyembelih seekor kambing dan mengasingkan dua ketul daging yang paling tidak baik dan menjijikkan seperti yang diminta oleh tuannya. Ternyata beliau mengambil hati dan lidah. Sama seperti di atas. Lalu diberinya kepada tuannya. Alangkah terkejut tuannya apabila melihat di hadapannya lidah dan hati juga. Lalu tuannya berkata: “wahai Luqman! Dulu aku suruh engkau ambilkan dua ketul daging yang paling baik dan berkhasiat, engkau bawa hati dan lidah. Sekarang aku perintahkan engkau agar membawa aku dua ketul daging yang paling buruk, lalu engkau berikan hati dan lidah pula. Apa maksudmu itu?”

Mendengar desakan tuannya itu Luqman menjawab: “Ya tuanku. Memang tidak ada bahagian yang paling baik selain daripada lidah dan hati jika keduanya memang baik. Dan tidak ada bahagian yang lebih buruk selain daripada lidah dan hati itu sekiranya kedua2nya memang buruk.” Yang dimaksudkan Luqman adalah lidah dan hati itulah bahagian badan manusia yang paling baik jika dijaga dengan baik. Dengan lidahlah manusia berzikir kpd Allah, nasihat yang baik dan mendatangkan pahala.

Sebaliknya hati dan lidah pula adalah terburuk bagi manusia sekiranya kedua2nya tidak dikawal. Di dalam hatilah bersarangnya penyakit hasad dengki, cemburu, dendam, suuzzan, takbur, was2 dan banyak lagi. Lidah yang tidak terkawal pula adalah lebih tajam daripada pedang. Ia mengata, mengumpat dan mengeluarkan kata2 yang tidak baik yang boleh membawa padah. Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
“tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya (betul tutur katanya).”

Apabila hati seseorang baik dan lurus, maka baik pulalah semua tindakan, penglihatan dan pendengarannya. Di antara bahagian tubuh yang dapat membawa mala petaka kepada orang lain dan diri sendiri akibat hati tidak betul dan lidah. Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
“sesungguhnya di dalam tubuh ini ada seketul darah beku, apabila benda itu baik, maka baiklah seluruh tubuh yang lain, tapi bila benda itu buruk, maka buruklah seluruh tubuh yang lain. Ketahuilah bahawa benda itu adalah hati.”
Wallahu’alam.

Thursday 23 April 2009

HUJAN OH HUJAN KENAPA ENGKAU TURUN :)

hooooooooooooooooooo.... penat22. sejukkkkkkkkkkkk

td oke. ni baru ja balik. td p nat asun ngn mama pastu nk p bli kerang. kononnya mkn kerang leh tmbah darah. so bli la. bli sana bli sini. dah habeh. time patah balik, org2 niaga pakat pung pang pung pang susun barang nk balik. yg mama heran la. pasaipa th dpa ttup awai rini pastu dia p tnya makcik juai tudung dannnnnnnnnnnnnnn makcik tu jawab "cik oiii, x nmpk ka hujan nk turun dah" oh222. sebab tu ka. tp mama ketegaq dya nk beli gak barang. dya kata "dak eh, hujan tu bukan nk mai sini pon. satg dya lari la". esh! loklaq! yg saya dok dengaq makcik tua dalm lingkungn 60an mana th dok beletiaq "ampa pa suma ni dok kata hujan2. dya mai sungguh la. cuba wat x taw tgok! msti la x mai. ampa pun sama. mmg syok hujan turun" pastuu prutttttttttttt dya kentut! bukan men deqih! siap terangkt buntut2. eeeeee. makcik! loklaq laaaaa. dah la baru2 ni saya bau kentut apek tua. pastu dalam ym dok dengaq apek kentut. klepak klepuk klepek. haish! kesian kt saya. mmg bulan ni, bulan saya dngaq org kentut kot. ataupun bulan ni pakat kena sawan kentut. haish!

ok2. sambung balik. elok kluaq dri gerai tdung tu ja bedeqummm hujan turun dengan selebat-lebatnyaa. saya ngn mama lari sambil gelak. eh22. sebelum tu km masok balik dah khemah org tu. tgok2 dya p ttup khemah dya. harem sungguh! lari sat masok dalam payung org tu. lari satt masok dalam payung org ni. dah la tu. wt muka x malu msok dalam pyung org. pastu masok keta. punya la sejuk. haish. abeh pkat basah kuyup. kesian km dua branak. mama la ketegaq. nk tgok sngt tdung. ha! kn dah jd camni. masok keta, ada la beberapa gmbaq org basah kuyup. nk tgok? sat nah.








TESTING2 TUDUNG BARU. X DAK PIN. LONGGAQ. TU SEBAB DOK PEGANG

Tuesday 21 April 2009

HAISH! APEK2

tadi, sebelum aku pergi ke sekolah aku menemani mama di bank. mama meluru ke kaunter apabila nombornya dipanggil. aku hanya menunggu sambil melihat orang lalu lalang di hadapan aku. seorang nyonya lalu di hadapan aku bersama pasangannya apek tua lingkungan 80an.

yang sakit hatinya apek ni sambil jalan, sambil melepaskan bom meleret2. bunyinya seperti (plepup plepap plepup plepap) sepanjang jalan. bau tu toksah dok kata la. punya la masam! aku tertawa kecil sambil menutup hidung. fuhhh gila la wei! ingat ka dia nak duduk kat kerusi belakang malah kerusi di sebelah aku yang dia pilih. tak apalah! aku pun tak lah kisah sangat sebab ingat ka bom dah abih peluru. rupa2nya masih ada stock. plepup sana plepap sini. haish! tension sungguh. akhirnya, aku yang tak tahan terus bangkit dari tempat duduk lalu mengubah posisi kedudukan. dah la sakit perut! sampai sekolah aku muntah dan the end :)

Monday 20 April 2009

ASKAR PINK COLOUR


assalamualaikum kawan2 semua. posting saya kali ini mungkin mengandungi unsur2 yang mengeli dan menjijikkan tetapi ia bukan satu penghinaan.

pada suatu hari, saya dan mama pergilah ke alor setar kerana mama ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan. ketika dalam perjalanan kami berdua bergelak ketawa dengan bahagia sekali sehingga tibalah di destinasinya.

mama pun turunlah dari kereta dan meninggalkan saya keseorangan di dalam kereta. saya yang agak bosan terus bermain game di telefon bimbit sendiri. tiba2.... sebuah lori yang panjang melintasi kereta saya dan ia berhenti untuk menunggu lampu isyarat. saya pun mengangkat kepala daripada bermain game lalu melihat lori tersebut dan ASTARFIRULLAHHALAZIM. saya menangis teresak-esak, berloya-loya dan dalam posisi yang hendak pengsan.

kawan2, tahukah apa yang saya nampak di dalam lori itu?

jeng jeng jeng..... saya ternampak sepasukan askar yang berwarna merah jambu muda dengan bersaiz "montel". masih tidak dapat apa yang saya maksudkan itu? ok lah! saya akan memberitahunya tetapi anda jangan la loya dan sediakan besen. ianya ialah BABI/KHINZIR/PIG.

bweeek! sungguh menggelikan. sungguh-sungguh yang teramat-amat. yang paling membuatkan saya menangis kerna seekor daripada pasukan itu jatuh tergolek di jalan raya dan menggelupur. jadi terpaksalah tuan si pembawa lori tu berhenti dan parkingkan lorinya. kawan2, tahu tak dimanakah tempat yang lori tu di parkingkan? oh semestinya! di depan kereta saya. oppss! sedikit penambahan. kereta saya dan lori askar2 tu agak jauh sikit tetapi memang di depan mata.

saya apalagi! menangis teresak-esak lalu menelefon mama sambil nangis macam ada kematian. inilah diantara perbualan saya dan mama di telefon bimbit. (hnya yang ingt)

saya: mama. (menangis, x dapat nk cakap apa2) mamaaaaaaaa (menjerit sambil menangis)
mama: awt nih? anak mama ok ka ni?
saya: mamaaaaaaa (tersedu2) mai dekat keta. cepat mamaaaaaaaa (menjerit sambil menagis)
mama: yaya. syifa sabaq. tggu mama mai. jngn p mana2.
saya: cepat sikittt (menangis sambil melepaskan tekanan)

sementara saya menunggu mama. saya hanya pelok tubuh, menangis dan menangis. 1 minit kemudian dari cermin saya nampak mama berlari dengan laju sekali. sampai di kereta mama tanya

mama: awt teyak2 nih?
saya: mama geli mama! (tetap menangis)
mama: apa? geli apa?
saya: syifa nampak babiiiiiiiiiiiiiiiii. ( berderum air mata merambu)
mama: hahahaha loklaq sungguh la. buat cam dia mai cium.
saya: bungek! nmpk depan2. taw apa! (sambil menangis teresal-esak)
mama: laaaaaaaaa. mama ingat ka sapa mai belah keta
saya: (masih menangis,menjerit dan kelupur)

selepas tu mama gelak sampai terduduk di atas tar. saya pulak lagi bertambah nangis. mama pulak sambil gelak sambil mengejek saya. sungguh si siaw pada hari tersebut. x dapat bayangkan. 2 minggu baru ingatan saya tentang askar2 itu lenyap dan selepas kejadian, seminggu saya demam. sehinggakan terbawak2 dalam mimpi.

itu sahaja kisah saya dan askar pink colour. sekian terima kasih.

Saturday 18 April 2009

SEMUANYA DISINI


assalamualaikum :)

hmm saya x taw nk mula cam mna. bnyak sangt cerita yg saya nk ceritakan kt ampa suma. ok2. start ngn aidalina.

happy befday wei. sayang ampa. td jumpa ampa kt rumah gila best. aidalina sory nah x dapat p pizza ngn rai befday ampa td. sorry sngt2. km dah jnji ngn adilah 1 mggu dah. satg dya kata pa plak. noh dilah! sori ya sori sngt22222 saya berasa bersalah dekat anda whai kwan baik ku. apa pun happy befday to u, makan ubi kayu, tido dalam klambu, tido dengan lembu, buuuuuuuuuuu.

ok2 pakcik makcik saya hari ni kluar ngn adilah kn kn? dak eh ngn org sawan mna x taw. dak2 lawak ja. dilah! jngn teyek. haha. km bukan kuaq dua :D mampoih la. satg kna kacau (buat cam segak sngt). km kuaq ngn arwinar, pawah gulehatey, tiwkawh dan dan dan farah kot (djah 6). hahaa. comei ja adik2 yg kuaq rini ngn saya. ok! fyi ni first time kuaq ngn depa. best gk oi. dilah ada2 ja masalah adoi. km tgok cita antu jangan tegurrrrrrrrrrrrrrrr. hahah x taw la sapa tgoq siap la kawan tu. bunyi cam seram ja kn? mmg pon. sapa kata dak dya mmg hero heroin.

jnji pkui 2 tp saya mai lewat 2.50 kottt. sbnaqnya pkui 2 sampai dah kt neka. saja ambik angin kt dlm keta ngn mama. haha. hngt kot. sori noh. bukan x mau jmpa ampa. mlas :D xtaw nk p mna.

sampai2 neka nek tang wyng truih p counter tiket. bila pa suma p helohelo ngn gulahaty ngn tikah. paah syok ja dngaq sora dya. kalot cam katon. pastu 3 mnit sblum wyg nk mula saya ngn dilah nk beli air tp air wyg mahai ngt. pa barang weii! km pon lari la kodek2 p bli kt dlm supermarket. adilah lari sambil gelak. esh2 bli air sorg satu pastu p bayaq :D kak counter tu lembab cam pa g wei. cam nk sruh dya cepat skit. bukak plastic 30 saat. cup2 adilah tiru saya. saya ambik coke dya pon sama. boikot woiiiiiiii!

masok2 pawagam tu dok kata dalam hati dah x mau takot. satg adilah abaq kt apek. mampoih saya kna cop diddy penakot ngn dya. so time iklan wt rlex ja. start2 cita ttup truih mka. x brani elok ttup mka org suma pkat jerit truih. haish. bahaya2 sebbek saya sempat ttp mka. berminit2 saya ttup mka ngn sweater. last kali bukak. sat ja. tu pon nk mntak nset kt tikah. lpaih dpt nset tu ttup balik. lala. saya share kusi ngn budak djah 6 tu. hahah. takot cik oi. dilah dok sebelah sya. terima kasih kerana menemaniku. nah hai! mai tang part seram tu dya pon 2x5 pelok sya cam dya plok laki dya nnti. kuat gila. menjerit no 1 la. hahha. ceeeeeeeee. pnt dah eh ttup mka bukak la sat. makn popcorn budak tu ats riba saya (sndri pgang nah). dya mai kat part seram. bnyi plak. mengejutkan. pa lg tekejut bapak la! abeh popcorn2 saya baling. hahah pastu kelupoq tu cam org gila, dah la cari sweater nk ttp mka. kaki tu sempat sat sepak pala kak mana th dpn saya. kesian ngt eh. kak tu kalih saya ttup mka. ngeh2. minittttttttttttt lagiiii saya bukak lagi skali sweater. hahaha. adilah bukak air coke td yg dlm beg. besala beg dya jala yg dok jd penutup mka dya. msti la air tu dok goncang, yng dya pon pndai :D sruh paah bukak pa lg. pesta air la. mampoih gk. abeh bju paah ngn sluaq saya kena. tdung makcik dpn km pon kna. mngamok la kawan! hehe. saya wt x taw ja. lgggggggggg berminit2 saya bukak lagi sweater. hahha. kali ni mmg lawak. bukak2 mai antu truih! terkejut gila mak bapak! saya pon menjerit la pgei makkkkkkkkk makkkkkkkkkkkkk. pastu org2 blakang pkat gelak kt saya. ha la! bukan men deqaih saya jerit. buat cam umh sndri :D dah2. lpaih kejadian tu saya ttup muka a sampai z. sampai abeh cita. last2 x phm 1 cta pon. selendang abeh qonyeh. anak tudung sampai tengah pala. nmpk abeh telinga2. pin yg spatutnya bwah dagu p dok tang dahi. gila comot time tu. pastu kluaq pawagam tu kalot dok pebaik selendang sampai tersigung kakak yg saya sepak pala dya td. dya kata "adoihh" kesian :) saya truih lari p blakang arina. wt x taw malu2. kak tu plak x kaleh. dya cuma urut2 blakang dya ja. mau ka x. kuat gila saya sigung smpai bunyi. waktu dya trun tangga pon saya nmpk dya dok urut lg. kesian sungguh!

jeng2. km truih masok toilet. hahah. idamankuuuuuuuuuuuu. ambek gmbaq skit2. bdak pompuan skinny mna th dok usha cam x puaih ati. saya taw la saya segak pon. hahha. dak2. men2 ja. nk tgok gmbaq dak? nah ha? sat22 nk upload





ok. siap. dah ngeeeee. hahah. lpaih tu p hamidah. saya order tomyam aym. farah bdak kcik tu order koeyteaw tomyam. hahaha. ok2. sedap dan km balikk. awwwwwwwww. tamat episod.


17 april 2009
yaya :D ada apa ha ngn hari tu. hehaaaa. saya p penang ngn makcik saya. huhu. best gila22. sampai kaki pon nk lekang. tp puaih gilaaaaaaa. hahahah saya beli hadiah hari ibu kt mama. bnyak ooooo. abeh bratus2 kt dya. bek p la. syok pa bg mak snyum. wt suprise kt dya.

ya! aku pulun. nk menunjuk. x ska sila pangkah aku!
gmbaq tu ada la gk. nk tgok ka? hahahha. ok2. saya post



balik dr pasemua tu km singgah kt laut sat. ada la beberapa keping gmbaq. heheh. nk tgok dak? tekan di sini

tadaaaaaaaaaaaaaaaaa. tamat.

Tuesday 14 April 2009

BLANK MORNING


Pagi ni fikiran buntu. No idea at all. Tired + lazy. Tapi nak bagitau la. Apa yang saya tulis ni tak payah baca la noh. Bukan ada apa2 pun. Kosong, kosong, kosong.

Tapi kalau nak baca juga, its up 2 u la. Memang tak dak apa. Just gatai tangan ja. Nak baca buku segan. Nak ulang kaji lagi segan. Nak do some exercises pun segan. Nak belek muka pun segan (perasan). Segan, segan, segan.

Ada satu lagi saja yang tak segan. Tidoq. Yang ni paling best in the whole wide world. Boleh mimpi macam2 dalam 1 masa. Itupun kalau tidoq siang la. Awat malas tak tau. Segan nak pi sekolah, segan nak mandi, segan nak makan, segan nak minum. Apa nak jadi dengan saya ni. Periksa penggal dah hampir. Takut gila2. cikgu kata kalau gagal boleh turun kelas. Lagi takut. Ya Allah berilah aku kekuatan. Berilah aku semangat. Berilah aku ketabahan. Berilah aku kerajinan. Berilah aku keazaman yang kuat. Berilah aku kejayaan. Berilah aku kecemerlangan. Kuatkan imanku. Cergaskan mindaku. Cergaskan tubuh badanku. Bantulah aku ya Allah. Ha! Lega sikit.

Ni satu lagi nak bagitau. Kalau saya ada masa + rajin, tulisan dan ejaan lengkap. Kalau suntuk masa, dekat2 nak pergi sekolah, kalut juga nak posting maka terjadilah tulisan short cut. Harap2 anda semua tak kisah. ok lah noh untuk hari ni. Memang kosong kan, kan, kan. Orang kata jangan baca, nak baca juga. Tapi jika dah terlanjur baca tu, saya nak ucapkan terima kasih banyak2. i love u guys. Bye.

Monday 13 April 2009

SAYA SI PENUNGGU PINTU KERETA


ya kanak2 pintar hari ni nak belajar apa ek? dak2. toksah belajar, bca ja.

td lpas subuh ingt nk sambung tidoq balik tapi mama kata cipakkkkkk p mandi nak kluaq sat p wt keja. adoi! kacau la saya dok mmpi patrick ni. hahah. dak2 men2 ja. xpa la saya pon p la mnd ( mnd sambil mata ttup). mandi2 p pkai bju ( pun sambil mata ttup). elok nk kluaq umah tu mama jerittttttttt "anak mama pkai bju tebalik oi" saya pun alah! bek p la. nk dok dlm keta ja. saya pun heret la bantai busuk saya masok keta. pagaq pa suma len cita nah. malas dah kot. truih tdoq ja lpas msok keta.

dalam keta saya mmpi patrick wei. sumpah tak bohong! td bohong la. hahha. saya mmpi saya call dya, dya jwb tp saya dok snyap. haha. 6 kali kot saya call dya pastu kali ke 7. dengaq org pggei. "cipakkkkkkk kunci pintu" alllaaaaaaa. kacau betol la. bungek!

mama p bnyak tempat gilagila weh. haha. x pa x kesah saya tdoq ja dlm keta. x sdaq diri dah. ha! dya ada p umh tok wan saya dkt a.s :) saya x trun pon. hhaha. besa la. nk tdoq! pastu tokwan saya tnya mama "mana syifa" mama kata "dya tdoq" dan jeng2 tokwan pon balas balik "minah tu klau hidup dya 50 thun tggai 25 thun umoq dya perabeh untuk tdoq ja" bungekbungekbungek laaaa. esh!

dan habis untuk cerita tadi.

Saturday 11 April 2009

SYIFAMAJID


assalamualaikum

saya sekarang ni di dalam situasi cirit birit. haish! setiap kali awal mggu je mesti ada masalah. dya x bg p skolah la tu. hahah. jngn harap mama nk bg x p skolah dah. berhari2 saya ponteng kes kaki naik ketumbuhan.

nk bagitaw ni. saya rindu dekat ayah la. time last kali dya gelak sngt2 masa saya merajuk dekat dya. dya marah saya pastu saya jawab "hmmm. ayh marah syifa x jadi nk blanja pizza. td tu ingt nk blanja ayh pizza. pastu ayah marah syifa x jadi la" start dr tu dr marah truih gelak. sebenarnya mula2 tu gelak paksa ja. dya sendiri yang geletek perut dya supaya bg gelak. last2 gelak sungguh sampai terbatuk2. haish! rindunyaaaaa saya time tu.

dulu time raya ayah suka kata camni kt saya "syifa nk buat kuih raya ngn mesin panasonic ha?" pastu2222 waktu pagi2 nk p skolah ayah suka gerak saya camni "omeiiii, bgun kaih omei! pi kolah" pastu klau saya x bgun dya suka cubit/tmpaq pp saya sampai saya tarik rmbut dya dan cubit tetek dya. (kanak2 11 thun haha) kadang2 masa cuti bila dya gerak saya, saya x jaga last2 dya yg tidoq skali. hahah. bila saya nyanyi lagu cinta. dya suka kata camni "anak ayah gatai. ada boyfriend dah ni" dan saya jawab "mana ada! syifa nyanyi ja la lagu siti x nmpk ka lagu siti"

malam dya meninggal tu. saya mimpi dya ngn tok nek saya kot (ntah la lupa dah). depa dua mai ajak saya p taman. pastu ayah hayun buaian kt saya. tggi sangt2 sampai leh nmpk langit. taman dya cantik. kt malaysia mmg x pnh nmpk lagi. best ooo. sejuk ja taman tu.

lpas tu malam saya ngn aidalina chat di ym. km sembang pasal ayh masing2. saya pun teriak la sbb sedih. waktu mayang doa bnyak2 kt ALLAH sampai mama pon mai peluk saya sambil nangis. dannnnnnnn jeng222 saya mmpi ayah mai dekat saya pastu km dua ambik gmbaq dan dya pelokkk saya cam ulaq sawa peluk mangsanya. erat sngat2 ketat sngt2. pastu dya ciummmmmmmmmmm saya puas2 kt pp. saya dapat rasakan yang kulit dya lembut sangt2. sejuk ja. misainya pon saya dpat rasakan LAGI sampai SEKARANG ni.

tetapi dalam mmpi orang yang mati klau cakap bukan dya dah. btoi dak? wallahhua'lam. x pasti ngeh2. alhamdulillah selama saya dok mmpi yang ayh dok mai ni mmg dya x cakap langsung. senyum ja sampai gg pon nmpk. haish! gembiranya saya bila ingt balik time ayh ada. tp apa buleh buat. ALLAH sayangkan dya.

so kepada kawan saya yang masih ada ayah, bersyukur lah. jngn sesekali melukai hati dya. ayah tu ada bnyak tanggungjawab. apa saja dya. dya ttp ayah kita. saya bukan nk nasihat ampa suma tp hanya cakap dr pandangn saya sahaja.

Friday 10 April 2009

Al-Fatihah Untukmu Ayah




Ayah
tanggal 10 April
Kini genaplah 60 usiamu
Sayang
Pergimu meninggalkan aku
Usiaku yang masih terlalu kecil
Belum puas merasakan kasih sayangmu
Namun walau sedetik wajahmu
Namun walau sedetik jasamu
Tak mungkin akan ku lupakan.


Ayah
Jika kau ada
Alangkah bahagianya
Akan ku peluk seerat2nya
Akan ku cium sepuas2nya
Belum puas merasakan dakapanmu
Kesedihan dan tangisan anakmu ini
Rindu, rindu dan rindu menusuk kalbu
Hanya tuhan saja yang tahu.

Ayah
Jika kau ada
Hidup ku takkan jadi sebegini
Siapalah pandang
Siapalah bertandang
Yang rapat semuanya menghilang
Saudarapun entah tak kunjung datang.

Ayah
Aku sedar siapa diriku ini
Aku anakmu yang paling disayangi
Tapi
Kebencian terserap disanubari mereka yang iri
Apalah dosaku diperlakukan sebegini
Berbagai tuduhan dilemparkan
Menyakinkan si pendengar yang buta hati
Dan jika ada mu ayah
Hidupku takkan jadi begini.

Ayah
Terlihat wajah ibu yang kesepian
Aku cuba menceriakan kehidupan
Tapi
Dugaan demi dugaan
Mendatang tanpa diundang
Si viruses berkeliaran di mana2
Tak puas hati dan rasa dengki
Fitnah terdengar di sana sini
Nak meragut kebahagiaan ku ini.

Ayah
Jika kau ada
Semua ini tak mungkin aku tempuhi
Semua ini tak mungkin akan terjadi
Hidup ku dalam ketakutan
Hidup ku penuh gangguan
Fikiran ku jadi tak tenang
Berbagai ancaman dan ugutan
Aku ingin hidup sendiri
Aku cukup bahagia kini
Bersama ibu yang masih disisi
Walau tak memiliki harta duniawi.

Ayah
Kepergianmu meninggalkan aku
Allah itu lebih mengetahui
Menguji ketabahan dan keimanan ku
Demi ganjaran hidup sesudah mati
Aku redha setelah kau pergi
Aku redha ujian Ilahi
Doa dan sedekah dari anakmu ini
Buatmu ayah yang amatku sayangi
Amin, amin, amin, ya robbal ‘alamin.

Kalau boleh tak mahu berhenti meluahkan perasaan ini, kerinduan yang amat mendalam terhadap ayah yang tercinta, tersayang, tak terungkap oleh kata2 akan kesayangan dan kerinduan ini. Bagi yang kehilangan sahaja yang tahu akan perasaan kehilangan. Terasa bagai nak pecah dada ini bila sebak dan sedih mengenangkanmu ayah. pergimu tiada pengganti
Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Kawan-kawan yang ku sayangi, Sedekahlah al-fatihah kepada ayahku majid. Aku akan tetap menghargainya. Dan aku ucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Thursday 9 April 2009

PAGI YANG BERWARNA WARNI

Pagi tadi saya bersama mama ke market. Selalunya saya jadi penunggu kereta bila mama dengan urusannya. Kali ini rasa ingin ikut pula. Semasa mama memilih ulam ulaman, datang seorang makcik muda datang menegur mama. Mama pun bersembang rancak sungguh dengan kawannya ni. Entah apa yang dibualkan tak taulah, saya tak berapa faham.

Tiba2 datang pula seorang lelaki pertengahan umur (bukan Melayu) menegur mama. lelaki ini sebenarnya sengau. Maaf bukan saya menghina atau mengejek tapi ada sesuatu nak diceritakan di sini.

(baca dengan mengikut cara sengau)

Lelaki : apho khobho khok, lhamho tha jhumpho?

Mama : khabar baik, kak dah pencen, saja ambik awal

Lelaki : khak yhang sheorhang nhi apho khobho?

Makcik: khobho bhoik, awhak shihhat kho?

Lelaki : hhong jhonghan dhok pherhli akho. Akho shephak khot. Khuahang ajhaq

Tiba2 muka lelaki tu merah macam nak makan orang, terus melenting kata makcik tu perli dia, sampai nak sepak. Kata kurang ajar. Makcik tu terdiam dan tergamam. Laaa, memangpun makcik tu pun sengau. Tak sempat mama nak kata apa2, si lelaki tu pun pergi meninggalkan kami sambil membebel dalam keadaan yang sungguh marah. Kesian tengok makcik tu, malu dia di depan orang ramai. Tahulah di market katakan. Saya dan mama bersalaman dengan makcik tu dan terus tuju ke tempat lain. Bagi saya pagi ini penuh dengan warna warni

Friday 3 April 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

 
 
Hari ini latihan silat amat meletihkan. Sesampai saja di rumah terus ke dapur untuk meneguk segelas air sejuk. Emmm lega rasanya tekak saya. Saya meluru ke ruang tamu dan lalu duduk bersandar pada grill pintu rumah sambil membelek gambar2 yang saya snap kat sekolah tadi. Tiba2 suatu suara lantang lagi menakutkan kedengaran di belakang saya :
“MAAAAAAAAAAAAAA! Minta sikit, suda 2 hari tarak makaaan..”
Terkejut saya macam nak pengsan, berbinau2 mata, apa tidaknya, apabila tiba2 tangan hitam legam berkedut2 terhulur di atas kepala saya. Terasa juga beberapa urat rambut terkena tangannya, eeeeee. Cepat2 saya merangkak2 macam apa lagi sambil menjerit panggil mama. Tak sempat nak bangun lari dah. Ketaq gila2. Saya pandang India mabuk mana tah, dengan bau masam tuak, sungguh menakutkan. Dia menghulurkan tangan sambil membuat seolah2 menyuap makanan kemulut dengan lagak menggolek kepalanya menagih simpati. Mama datang lalu menghulur RM1.00, lalu dia pun pergi.
Yang menghairankan dia buka pagar dan berjalan ke pintu rumah tak terdengar bunyi langsung. Cekap sungguh. Sejak berlaku peristiwa itu, saya kena pastikan pintu pagar sentiasa berkunci dan jika perkara ini selalu terjadi, gue boleh mati ooo. Tapi bila teringat saya merangkak2 dengan laju sekali hingga sampai ke ruang tv tu rasa nak tergelak la jugak. Aduyai2.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P