Sunday 25 April 2010

smiley sunday :)

esok saringan untuk kejohanan olahraga sekolah aku. yaya, sekolah aku baru nak sukan. aku ambik bahagian acara lari. fine ! bukan aku yang "ambik" bahagian tapi cikgu yang letak nama aku. dia ambik ikut tahun lepas. so, aku pun terlibat sama. ingat tahun ni takmau aktif apa dah tapi terpaksa ! geng rumah sukan aku memang masing2 berat buntut. lemak berlebihan ! memang menyakitkan hati sebab kena jugak ambik acara sampai pagi tadi aku asyik nangis ja.

ohhh, sebelum tu nak bagitau yang semalam kami satu family belah mama pi celebrate birthday cik zah iaitu untie aku. happy birthday ! nanti aku post lain nah pasai semalam. saja takmau post lagi sebab gambar tak sempat nak resize. hehe, lagipun kann nanti ada orang tu jeles sebab dia tak boleh join sama. tau dak sapa? oke :) si saadah muzammil.

kembali kepada tajuk entry sebenar. hari ni aku tak pi sekolah sebab ada bola. hek elehh ! alasan tak cukup power. sebenarnya semalam memang aku dah suruh mama tidur alor setar rumah tokwan ja sebab dah pukul 11 baru sampai rumah tokwan (bayangkan kalau jitra pulak pukui berapa pulak) tapi mama ketegaq nak balik rumah jugak, last2 kami dua beranak pedeqaih kereta laju2 sebab memang malam sangat2 dah. dalam pukui 11 lebih kot wehh. 11.30 sampai rumah tengok2 taman kami tak ada elektrik. kan aku dah kata ! cakap anak pi bantah jadi macam ni la ! ahahha. tadak pasai malam tu mama drive balik dari jitra ke alor setar. mangkuk ayun sungguh. baju sekolah apa semua tak sempat iron. so ! holiday la aku, wiwiiii.

hari ni duk rumah dari pagi sampai petang. jam pukui 5 baru aku sedar kata esok aku ada saringan dan aku tak exercise langsung. urat2 pon dok cekang elok lagi. lepastu tu teruih jadi panic sampai tak leh tahan then qeyau sekuat hati. mama bagi idea suruh pi jogging dekat tasik dengan pia. kami pun pi tasik dan singgah pi ambik amy dekat rumah dia. amboih ! aku dengan pia pakai seluar track dengan kasut sport. amy boleh pakai jean siap dengan bawa beg lagi. memang dia nak kena dah ni. aku marah gila kat amy. hahaha :))

sampai tasik pia ajak naik kereta golf. ehhh, baru ja aku taubat takmau naik kereta tu kan? haha tapi aku pi naik jugak. mula2 pia drive sikit dalam 50 meter lepastu aku sambung. hahaha syiok gilaaa ! aku asyik nak drift ja. yang pia dok kalot jaga stereng aku. eh pia, cipak tau la! amy pulak jadi tukang gelak. hahaha dah la cara gelak dia sempoi gila.

FYI aku jumpa ramai gila geng athlete mahawangsa tadi dekat tasik. jumpak depa qenyeh buat bengong jaa. ceceiii, depa jogging la konon sebab esok saringan. aku pi tasik semangat nak jogging pastu bila tengok kereta golf terus lari nafsu. esok pi padang qenyeh buat2 lengoh kaki. wah ! kelia punya alasan and fyi sekali lagi ! kami dapat kereta no 1. mula2 pakcik tu suruh naik kereta no 5 tapi kereta no 5 tu macam besar gila. tak setai la weh. oke ! sebenarnya kami bertuah tak dapat kereta no 5 sebab kereta tu spesis kereta yang no 3 tu jugak. dok tak dok bunyi hon. kesian couple yang naik kereta tu tadi. hahaha, sure malu habis macam aku dengan adilah, kak eazy and abang atip hari tu. wekkk :P

wekk tu tanda nak muntah. memang muak dah tulis banyak2. apa kata kita tengok gambar pulak? video pon ada. okey? owkkkk kieeeee...........



gambar 1 : ahaha, tengok muka pia weii. lawak gilaa.
gambar 2 : hat ni normal pose

amy dengan kanta mata besar dia

ini pulak saya si kecik cumi :D

hahaha, suka gambar ni. candid kot

hat ni feveret sangat2. best gilaaa !

awwww, masa ni pia dok marah sebab aku tak lari. pastu sebelum aku nak lari aku patah balik nak tangkap gambar dengan pia. pia masih marah and bila aku peluk dia macam tu, diam teruih.

tudiaaa, yang kat atas kereta tu dok tak senyap.

ceceiii, pemandu yang berkhemah. berkhemah yerr bukan berhemah.

sambil drive sambil text. tu boleh langgar tebing. haha apa la aku ni !

3 sahabat berlainan sekolah. cool :D

haha. aku nampak kemetot gila

tulisan tu semula jadi okeyy ! apa yang aku tutup a? aaaa
aku tutup tong sampah yang penuh dengan sampah

tonggek !

pia and amy


hahahaahahahahahah. hat ni baru la puaih !

dah habis gambar kan? lepastu? lepastuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu video time !



first video. taktau apa yang kami merepek dan record. yang tau gelak2 ja. amy dengan pia dok record kot terbalik. haishhh, so terpaksalah ampa semua rotatekan kepala sendiri.



ni pulak second video. yang penting bahasa kedah piau. asyik cakap benda yang tak betoi. hahaha, aku rasa kami paling hingaq. memang gedik gila. jatuh saham teruih tapi biaq laa. sekali sekala. eheheh.

oke, babai. wish me good luck walaupun memang dah tau yang aku bakal kalah. weeee. ily kawan semua. muahh

Friday 23 April 2010

hi kak eazy campur pasrah dan malu

salam sayang semua

maaflah rakan2 sekalian yer sebab dah lama tak update blog. bukan tak sengaja tapi disengajakan. hari ni aku nak update jugak. dah bersemangat sikit sebab followers makin bertambah. wahhh terima kasih nah. i lep you guys :-* perasan dak t-shirtbiru pon dah semakin berhabuk kerana diperap lama dalam google. eh, apa yang aku merapu ni? haha. bajet nak cakap secara serius. FYI kadang2 tujuan aku online pun sebab nak check sama ada blogger2 kegemaran aku tu update sesuatu yang baru ka dak. nafsu nak berfacebook tak ada pon. wewiitt, nak tau dak blog mana yang aku salute? scroll down bawah2 then nampak dak sidebar tepi belah kanan tu? ada yang tajuk "terbaik dari ladang". haaaaa, depa2 laa. jatuh cinta bulat2 dengan penulisan blog depa. macam nak tiru ja tapi apakan daya, cek orang kedah. mana reti cakap kek yell. hahahaha. **aku puji hampa ni wehh, takpaa, tak payah belanja. ikhlas gilaa. kalau nak belanja jugak, ice cream pun cukup la. oke ! dah takmau bagi t-shirtbiru berhabuk so mai nak post pasai cerita terbaru sepanjang aktiviti minggu lepas. 2 aktiviti yang dilakukan dalam seminggu dan tak dapat dilupakan dan tersangatlah syiokkk.

1. entry ni kena mula dengan nama ibu baru dia dulu. madam azihan guru mata pelajaran pendidikan jasmani aku. kami selalu kena buli dengan dia setiap kali ada PJ. pernah sekali tu aku, nina and azah kena marah teruk dengan dia sebab tak pakai baju PJ. waaaa, malu ja. ehh, aku bukan nak cerita pasai madam ni. aku nak cerita pasai menantu baru dia iaitu kak eazy. heran kan macam mana aku boleh kenai menantu dia sedangkan kak eazy ni orang melaka.
sebenaqnya masa kenduri untie aku hari tu kak eazy ni mai tegoq aku. dia tanya aku yang aku ni syifa ka, then aku pun kata la ya dan tanya balik macam mana dia boleh kenal, lepastu dia kata dia kenal melalui blog. awwwww, serius terkejuts gilers bebssssssss. terharu pun ada sebab tak sangka orang jauh baca blog aku. dah la kedah pekat piau. masa kenduri untie aku hari tu, kenduri belah madam belum lagi dilansungkan. haaaa, kenduri baru ja buat sabtu lepas and aku dijemput oleh kak eazy. awwww, oke ! aku pi dengan untie aku sebab dia pun dijemput sama. sampai saja sana fulamakkkk ! wowww ! mantap gila wedding depa. first time aku pi wedding sehebat tu. pelamin dengan meja makan serius cantik. dah la buat kat dewan. pengantin lelaki pakai baju......... apa tah orang panggei? kot? kod? code?. semart gilaaaa. balik tu terus dok buat gila bayang nak jadi raja sehari jugak. hahhahahahah. memang gila galak aku ni. sekeh satg kot baru terkantoi pakai gigi palsu. eh eh eh, terlajak laa ! hek elehh, terlajak gatai. hahaha, dak2 joke jaaa. gigi masih ori semua. tak ada yang palsu. malah gigi susu pun masih ada banyak lagi.

wiwit. bila habis gambar, maknanya habis la cerita pasai wedding kak eazy ni. so, mari bukak cerita baru pulak. hoho.

perasan dak mata aku dah juling gilaa. ni punca sebab taktau nak tengok camera mana. paparazi banyak dok tangkap gambar kami. hahaha, lawak ngat aih mata aku. toksah dok usya lama2 la !

me and her. kak eazy rendah dari aku. sedangkan masa tu aku tak pakai heels, kak eazy pakai tapi aku tetap tinggi lagi.


2. ni pun cerita pasai kak eazy jugak ! isnin minggu lepas kak eazy ajak pi dating sebab dia dah nak balik melaka. so, kami decide nak dating dekat tasik. aku ajak adilah dengan fatihah tapi fatihah ada tusyen. so, fatihah jumpak kami dekat sana terus. sampai tasek aku dengan adilah sementara tunggu kak eazy, adilah ada la tangkap gambar aku sikit. oke ! sebenaqnya aku yang paksa dia tangkap gambar aku. eshh, loklaq gila perangai. adilah pon sabaq ja dengan perangai aku. haha, tadak pasai adilah dapat pahala hari tu sebab menjadi seorang yang penyabaq.

awwww. i loikeeee

by adilah :)

sedang belek camera adilah


lepastu kak eazy call kata dia dah sampai. aku pun dengan adilah jalan la dari utara ke selatan. punya la jauh dari destinasi kami ke destinasi depa. penat, habeh peluh ketiak2. sampai sana tengok2 kak eazy dengan hubby dia dok tengah minum ayaq. fatihah pon sampai serentak dengan kak eazy tapi dia tak join kami. dia ikot ekhem2 dia. takpa laaa, biaq pi kat dia. habis minum2 baru mula pengambaraan. kami naik kereta golf yang number 3. ingat tu ! number tu penting. sebab apa? satg aku cerita. sekarang layan gambar dulu.

pengantin baru. kepak2 kebom2

hahaha, sweet gilaaa

kami dengan abang atip. hubby kepada kak eazy.

nah, sampai tera tu. ahahha. mau x maut sungguh

sayang sungguh dekat belah kiri dan kanan

fatihah baybeeee.

kak eazy awatt? ahahah

padahal bawah tu banyak serengga. makkkkkkk

kak eazy dok bersilat apa taktau laaa

hahahah. ambik hianggg !

awwwwwww. shukeep



haaaa, sebelum terlupa mai nak cerita pasai kereta yang number 3 tu. kereta malang ! oh no no, bukan ada kena mengena dengan kereta mayat tapi kereta tu memang kurang ajar gilaaa. sebab dia aku tobat2 tak mau pi tasik dah. haha, acah jaaaa

kereta yang kejam !

masa otw nak pi antaq kereta tu balik, so kami terpaksa la lalu depan orang ramai. tiba2 dia bunyi hon. kalau bunyi setakat sesaat atau dua tiga saat tak pa la jugak. ni sampai bunyi tak berhenti langsung. hahah, malu gilaaa. dapat bayang dak semua orang tengok kami masa tu. kami yang dalam kereta punya laaa muka tebai dan muka tak tahan gelak. lawak sungguh. aku dengan adilah duduk kat belakang asyik tutup muka jaa. hahahha. malu sangat2 kot. muka tebai 7 lapih dah masa tu. bila sampai baru hon tu berhenti tapi elok kami semua dah cukup malu. masyaallah, mintak simpang dah aih. jangan dah dok buat macam tu kereta oii. buat naya kat orang ja. hampa pun kalau nak nek kereta golf tu jangan dah pilih no 3. nanti jadi macam kami. tadak pasai hari tu jadi famous secara tak langsung.

adilah kan, dia kejam kot. memang dia suka tengok aku terseksa sebab tak dapat gambar dari camera dia lagi. jahat gilaaaa. aku marah gila nihh ! kak eazy dan abang atip pulak baik gila. depa sweet couple. nak sweet macam depa jugak laaaa. boleh dak abang? heeee hik heeee hik.

ouh oke. rasanya dua tu jala kot aktiviti yang gempak pun. yang lain biasa2 ja. ehem, nak tau lagi cerita? morii sini eden nak khabo nyoo.

3. sebenaqnya la kan aku dah terkantoi blogging dengan ustazah. taktau la macam mana ustazah boleh tangkap. hehe, dia tak marah pun cuma dia akan perli aku bila aku tak siap nota dia. contohnya "syifaa tak siap nota kenapa? dok tulis blog malam2 a?" hahaha, see! muka merah terok bila ustazah tanya macam tu, aku pun terus pandang syed. syed macam tak ada perasaan ja, malah dia hanya golek kepala dan goyang tangan sambil kata "jangan tengok aku, aku taktau apa2". nina terus gelak pastu bisik "ambik ang! tamparan kilat ! kan dah terkantoi". tau dak syed boleh tanya ustazah balik yang ustazah ada facebook ka dak. cisss, tak guna punya syed. kot nak tolong cover kawan sendiri. nasib baik tak letak gambar boipren. haha. ada ka?

4. kawan2, kesian la dekat aku. baru ja bulan 3 hari tu phone lagi satu rosak tapi aku buat taktau ja dekat phone tu. sekarang bulan 4 kan? waaaa, phone aku yang dok pakai sekarang pun rosak jugak. baru rosak semalam. memandangkan aku pernah kata dulu dalam entry ni (hanya perlu baca part 3 april - sabtu) bahawa aku akan buat kenduri arwah jikalau phone tu yang rosak. patot ka aku tunaikan janji aku ni? ada cadangan dak macam mana nak buat kenduri arwah untuk phone? aku rasa aku nak sembahyang lepastu berdoa sesungguh hati tapi apakan daya, aku dalam kawalan bendera merah. sedih gilaa :'( tolong la doa dekat aku. aku sayang sangat phone tu. i keep crying on and on. FYI aku terpaksa pakai phone ketiga. phone yang ketiga ni sengsara gila bila guna. walaupun touch screen tapi words untuk text mesej kecik sangat2. nak guna pen, pen pulak dah hilang. malang2.


jadi macam tu laaa. pasrah tak habis2 lagi pasai phone. nak blogging pon takut sebab ustazah bacaaa :'( malu2. oke babai. i lep you moah moah.

Friday 16 April 2010

jumpak fatihah, yey yeyyyy



oke la ! saja nak bagitau yang aku jumpak fatihah. lama sangat kot tak jumpa dia. rindu dia. dah la dia cantik gilaa. wuhuuu :'( cukup sedih bila tengok orang cantik

dulu kami memang sekolah sekali, mai besaq pakat pindah. nak tau dak masa aku darjah 5 dan 6 dulu sapa musuh aku? haaaa, si fatihah ni laaa. memang benci gila kat dia. siap tulis dalam diary lagi "aku benci fatihah ! aku nak dia mati" hahaha. bungek gila dok doa bagi anak orang mati. kami tak sama status :'( dia lawaaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku? tok sah dok tanya la. semua orang boleh bagitau kata hodoh. hampa semua tau dak, setiap kali aku pi sekolah mesti kena lalu depan kelas fatihah pastu mula la dia nak jerit kata syifa gedik. tak silap aku masa aku darjah 6 kot, masa tu aku dok tingkat 1 sebab nak pi toilet. fatihah dok tingkat 2. dia jerit kuat2 kot weh. dia kata "syifaa gedikkkkkkkkkkkkkkkkkkk" hahaha. pastu aku jerit balik "hang la gedik babi ! " sumpah macam budak bodo bila ingat balik. erkk, memang aku bodo pon masa tu. fatihah pandai laa. fatihah kan, dia kan famous gila dekat sekolah dulu. kalau tanya sapa ratu ahmad tajuddin., semua boleh jawab kata fatihah. memang dia di top 5 la. tu pasai aku jeles. sekarang kami dah oke. dah tak gadoh. hehe. sebab masing2 dah besaq gajah dah. matang dah aihh. hahaha. boleh pikiaq panjang (bangga form 3).

semalam jumpak dia lawok gilaa. kami dok sembang2 gelak2. dok cerita balik kenangan dulu2. paling tak tahan aku tanya dia pasai apa kami leh gadoh dulu. last2 pakat sorang pon tak leh jawab. aik aik ! nak tau ka macam mana aku leh jumpak dia? ehem. scroll bawah sikit

sebelum tu aku kena mula dengan lapor hari. sat nak pikiaq. ha ! aku jumpak fatihah hari khamis. hari rabu malam tu memang tak mau pi sekolah sebab ada aura suruh tak pi sekolah, tapi tak bagitau mama pon laa kata takmau pi. tiba2 fatihah antaq mesej suruh join dia pi ahmad tajuddin sebab ada hari sukan. dia kena teman adik dia.

aku : mama, teah ajak pi ahmad tajuddin esok
mama : tak payah la. pi sekolah. jangan dok ponteng
aku : eshh, sapa kata nak pi. saja nak abaq. orang pon nak pi sekolah sebab ada science.

cecei, konon takmau pi. padahal dalam hati hancoq gila sebab tak leh pi. haha, esok pagi tu sebelum pi sekolah aku cirit birit. ulang masok toilet sampai nak lekang pintu kes bukak tutup banyak kali sangat. pkui 7.45 masih dok dalam jamban. last2 memang tak pi dah laaa sekolah. oyeahhh, aku punya la syokkk. akai nak pi ahmad tajuddin. dalam setengah jam sikit aku buat2 slumber suruh mama antaq pi ahmad tajuddin.

aku : mama, antaq orang pi ahmad tajuddin sat
mama : oooooo. cirit birit tadi apa semua tu auta jala? kojaqqqq
aku : ahha, mana da. sakit perut lagi ni (sambil wat2 nak berak)
mama : sat mama nak mandi. satg pakai pampers. takot satg teraboq kat sana.

fine ! mama perli terok. walawehhh, ahahaha. sampai sana macam besa la. kami tak buat apa pon. dok tengok budak lari. alooo, comei ngat aih. ahaha. anddddddddddddd patot aku cerita dak? kalau aku cerita ni polis mai tangkap dak? dak kot noh? bismillah. well, kami budak rock. dah ponteng sekolah buat cara ponteng aaaaa. kami pi aloq staq tau dak. haha, merayau abeh. jahatnyaaaa. abang polishhh! jangan marah nahh.

yang syiok sekali sebab terjumpak sorang budak sekolah ni. haaa, dia baik sebab tak ponteng macam kami :P muahmuah. suka sangat hari tu. petang tu kami balik, fatihah dok rumah aku sampai malam. weeeee, S.Y.I.OK. aku pakai inai tau dak ! kes tengok tangan fatihah laa. cantik sangat bila berinai. haha. aku pulak style tak leh tengok inai. mesti teringin nak pakai :P tak padan dengan kuku kemetot. dakk, sebenaqnya galok nak pakai apa yang pengantin pakai.

macam tu la alkisah dia. jutaan terima kasih kepada si seponser kereta sebab sanggup bawak kami pi jalan2. tq banyak2. tq tihah sebab bagi hari aku best. tq awak sebab sudi qenyeh dekat saya masa saya di tingkat atas. tq tq tq tq. i love yesterday muahhh :-*

dalam toilet nih. bau busuk dak? hahaa. mana daaa, toilet ni wangi sebab ni toilet cikgu. kami hentam masok ja. konon orang luaq taktau apa. ahhaha


fatihah dok sebok belek phone aku, yang aku dok qenyeh sorang2. hek elehh, apa la teah ni. sekeh pala satg kot.

sweet gila lesung pipit teah. nak jugak ! pipi aku macam mana? serius isi lebih

kesian la kat anak dara ni. berkelah tanpa nasi dan tikaq. haha. makan rumput ja pon. ni semua kes kena cari tempat nak cakap tepon laa. nak dok atas buaian line tak clear, last2 kalau dok atas rumput baru line clear. sebab lu la mamat ! lu hutang budi sama gua nah !

kuku fatihah merah macam api. cantikkk :'(


** aaaaa, macam tu laa. hehe sori la kalau bahasa agak loklaq. sekarang pon dah pukui 3. ngantok dah ni. keliaaaa aaaa. bahasa paria ni. hebat dak? ahah. jumpa lagi ! abang2 yang minat kat fatihah ni kasi la nomot phone. nanti i tolong adjust. ahha

Wednesday 14 April 2010

last saturday

lapok sangat dak kalau aku post pasal hari sabtu last week? kena jugak post sebab ada beberapa gambar yang aku harus menayang (dengaq tu ! nak menayang nah, bukan tunjuk) haha. bismillah banyak2 sebab cik syifa ni kalau post mesti bederet dengan gambar.

sabtu hari tu ada hari jaya waris dekat sekolah, tapi untuk form 3 ja. neah hai! kantoi la result terok dekat mama. azah dengan pikah tak mai, nina mai lewat dalam pukui 8.30 macam tu. hampeh, aku pi awai sebab nak kena ambik gambar. sampai2 sekolah geng makcik2 (panggilan untuk budak kelas aku) pakat kata nina, azah pikah apa semua tak mai lagi. serius wei macam nak qeyau. awat hampa buat macam ni kat aku? apa salah aku !!!! todien dok buat pasrah terok dekat sini hehe. pi kelas nasib baik ada syed dengan azim dan beberapa geng bujang babok. pastu aku taktau nak duduk dengan sapa, aku ajak la syed dengan azim pi kantin.

aaaaaaaaaaa none none none. majlis bermula tapi kami tak masuk pon dewan. takpa laa, biaq ibu bapa yang didahulukan. kat luaq dewan, kami buat bermacam2 aktiviti. paling aktiviti gila ialah conteng meja. syed punya idea kontot lani !

syed yang tulis. aku pura2 ja tu. hahaha :P mula2 ingat boleh keluaq tapi tak boleh. cuak gila kot. cup2! awat muka aku pelik? haha. masa ni tengah teqan gelak kat syed pastu azim captured. candid la tu.

pastu pi tuang ayaq. cerdikkk !

pastu pi tiub ayaq tu macam tiub lilin. saja nak bagi ayaq tu jalan merata ahhaha

lepastu tonyoh2 sampai jari jadi kasaq tapi tetap tak keluaq. makin cuak wehhh !!!

todiaaa. kebuntuan idea tak tau nak buat macam mana dah. dey aneee ! tolong la aku azim oi. jangan la tolong qenyeh ja.

haaa, baru reti nak tolong bila aku beletiaq. ikhlas ka dak taktau la si azim ni, tapi tulisan tu tetap tak keluaq and last2 kali aku bukak kasut teruih

so, jadilah macam ni. hahahah. ambik azim. sorang satu

muka kantoi. hahahah

yeyyy, dah hilang. haaa, pada aih nak ilang pon. jenoh pecah peluh. aku padam nama aku ja. yang cute tu biaq jaa. tak larat dah aih. ahahah

haaaa, macam tu laaa. syed punya kerja tapi aku yang pecah peluh. dia asyik dok tangkap gambar ja. masalah sungguh. ha, pi tengok gambar len pulak. tak larat nak taip dah ni. lengoh2

di kantin ni, muka aku disimbahi cahaya nur pagi

gambar 1 : tiru kak aliah ni. hehe, aku boooolatt
gambar 2 : gigi comei kan kan?
gambar 3 : i love you spec (habeh tarak)


persahabatan syifa dan syed
hahahahahahhahahahahahahahhahaha


beza teruih. perempuan pakai spec besaq. laki pakai spec kecik. dunia akhir zaman la weh !

hi abang syed. baby syifa nak duduk sekali boleh?

aku posing elok dah ni syed. hang pulak pi gelak serupa kerang lagi.

tadaaaaaaa hahahahah

botoi ayaq tu aku bawak pi mana2 ja. sekolah, tusyen, pi jalan2, aneka ahahaha. mesti kena bawak sebab tu botoi ayaq magic. habaq hang aku suka gambar yang fahmi gelak. serius sweet gilaaa

tengah tengok porn, tu pasai gelak. hahaha, mana daa. tengah tengok video kami semua la. dalam video tu fahmi dok gelak2. dah la sweet. haha. yang tulisan ILY tu jangan tanya kenapa. kekasih gelap.

nina, nino, ninin ! hahaha. ambik perhatian ! ninin !

dah bubuh gambar nina, mai la gambar aku dengan dia pulak. ahahha


fav gilaaaa. thanks sangat2 dekat syed

mr cia masih sempat ajaq math. hehe

bini dia nampak taktau laa. sure rumah aku kena bom

mr yap and mr cia. kedua2 fav sir. hehe, masa ni mr cia dan wat lawak. dia kata
"mr yap, nanti dia (aku) mau antar gambar kita masuk majalah mangga"

dan yang turut bekerjasama ialah cik canon saya. tq babehhh :D

awat pulak dia kena jadi model canon aku? mana jadi ni. aku pon nak jugak la kalau macam tu :D

haaaa, tadaaaaaaa. hahahaha. rosak gambar teruih bila ada minah ni

and


the last picture


i love you guys. sedih sebab azah dengan pikah tak ada :'( depa la yang aku paling rapat pon di sekolah. jangan salah sangka nah dengan gambar di atas, tangan aku tak kena peha azim pon. hehe, muahhhh ! entry ni syed wajib comment. dia tak comment siap laaa. oke babai :D

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P