Tuesday 26 January 2010

Air mata cinta


Aku melepaskan kerinduan ini setelah kesekian lama menanti
Air mata cinta jadi penganti
Dulu cinta laura main kat channel three
Sekarang air mata cinta kat Astro Prima pengganti siri
Lakonan orang yang sama aku minati
Laura2 minat sungguh lakonan mu kali ini
Sapa tak tengok rugi-rugi
Best ooo taklah sampai menjilat tivi
Jom jom kita pi tengok sekali
Jam 3.00 petang setiap hari
Kecuali Sabtu dan Ahad tak yah dok nanti
Selamat menonton sat ayaq mata sat kenyeh nampak gusi
Tidoq malam tak sabaq nak tunggu esok tengah hari
Air mata cinta drama bersiri
Siap lagu Rossa sampai la aku dok nyanyi.

oke, tak suka pon kat laura. saja nak bagi ayat sedap ja :)

Thursday 21 January 2010

mama, syifa nak benda baru boleh?

oke, nanak telipon tapi mama tak bagi. sedih sangat kot ni. macam nak baling ja phone yang lama. asyik stuck ja. wekkk, hahaha. aku nak handphone sony ericson YARI. cool gila tapi mama tak bagi sebab aku nak pmr. phone aku yang sekarang pon dia pegang tambah pulak nak beli yang baru. berangan ja la syifa oi. abg cik mat sure suka punya kalau aku ada phone ni

aku : mama mai tengok ni, nsem gila nset ni
mama : jangan harap. bagi 8a dulu
aku : sementara tunggu result pmr keluaq elok nset ni jadi pekasam dah.
mama : pekasam sedap. elok harga dia turun
aku : errr. buat muka kecewa

hitam dan merah. aummm. pilihan aku warna merah

dan warna pink pon ada. tapi nampak macam pondan. merah la nsem sikit


haha ! pmr ! awat hang lambat sangat. bagi cepat sikit. malas nak tunggu hang lama2. oke hat tu ja. demam ni oke. byee

Monday 18 January 2010

cool enemy

Rumah bawah tanah memang sejuk. Tak payah guna econ. Agak2 pecah panaih rasa nak keluaq berjemur sekejap. Jeng jeng jeng!!! Ternampak musuh lalu selamba dengan muka sombong. Tak sempat nak lari bersembunyi. Terpaksalah menyembunyikan diri dicelah2 jeriji besi, musuh ni bukan nak bagi salam dah kalau nampak. Sememangnya tak boleh lari, nanti perasan mampuih, sahih kena ligan.


mula2 tu cool ja lagi. bersantai yerr cik kokka


aik ! kenapa menunduk macam tak betoi ni?


ohhh, rupa2nya ada musuh di bawah kamu yee. hehe


akibat lama menunggu untuk musuh pergi hampir 40 minit. sampai terjelan lidah punya lapaq ayaq. esh2. teruk la hang kokka hahahaha.



ingat nah ! tak payah dok takut sampai tahap cipan
(cipan? hahaha piqah, aifaa, kak sall, arn...... cipan? hehe. macam kenai ja nama tu)


INI BETUL-BETUL TERJADI SELEPAS AKU BALIK SEKOLAH TADI ! 100% DARI MATA KEPALA AKU SENDIRI. NO COPY-COPY DARI ORANG DAN NO COPY GAMBAR DARI WEB

aik, kenapa gambaq minah ni terselit? sebab dialah ketua segala kokka. hehe

Friday 8 January 2010

eh, kenapa semangat hang macam skema ja?


Asslamualaikum

Apa la yang aku nak post untuk entry kali ni. Eh aku belum buat azam yang betul2nya kan? Perlu ka? Dah nak abih bulan 1 dah pon. Eshh serius ka ni? Biaq laa. Sebenaqnya aku dah pegang azam ni awai lagi Cuma tk bagitau kt public ja pon. Apa agak2nya ya azam Cik Nurul Syifa Majid untuk tahun 2010? Err tak banyak sangat pon. Sikit sahaja. Tak payah nak ambik pen tulis2.

Pertama : aku nak jadi anak yang solehah, dah takmau gaduh2 dengan mama. Taat kepada mama dan cikgu. Solat pon takmau cincai cincai. Masuk waktu terus sembahyang dan tak tinggai kecuali sakit perempuan. Melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Aurat? Dalam proses nak bagi sempurna. So, baju2 yang agak ketat dan singkat akan pakai ketika dalam rumah saja. nanti kat sekolah pon aku nak pakai inner. Eh, tk hangat ka? Hangat lagi di neraka.

Kedua : aku nak minda aku lapang. Dah takmau pikiaq pasai perkara buruk yang pernah terjadi. Mulakan yang baru dengan azam nak dapat straight A’s dalam pmr, insyaalah. Kerja sekolah takmau tinggai. Belajaq bersungguh2.

Ketiga : nak ubah diri supaya lebih matang dan cuba bediri di atas kaki sendiri. Dah takmau harap kawan ja yang dok bagi tau apa yang perlu buat. Kerja sekolah ka atau apa2 pon cuba pikiaq, cari dan buat sendiri.

Keempat : berdiam diri lebih bagus dari bersuara. Try control segala mak nenek percakapan. Takmau dok hingaq2 dah dekat sekolah. Malu sangat kot. Benda baik aku save dalam memory, benda buruk dengaq dan keluaq kot telinga kiri. Mengumpat, mengutuk, menghina, meng apa lagi? Meng meng meng tak akan ada dalam diri syifa selepas ni.

kelima : kawal emosi. jangan terlalu pasrah dan menganggap diri ni teruk. cuba coolkan keadaan dan jugak cuba relaks. uit ! dah dia takmau terima jala kan? kalau parah sangat kongsi ja dengan blog private yang dibuat khas tentang dia saja. hehe senang cerita senang masalah.

Oke syifa? Boleh ka hang buat kelima perkara ni? Good luck noh. Hahaha azam macam skema gila but its socayyyy. Biaq la ! bukan nak mati pon kan bila buat karangan skema macam ni. Hahaha.

p/s : ida dengan ilah siksa aku kot weh. Depa biaq aku merana sebab depa tak bagi lagi gambaq tasik haritu :’( one more thing jangan lupa ya follow my new twitter. click button yang disebelah ni ---->
ataupun bukak www.twitter.com/syifamajid

undur diri dulu ya, salam <3>

Monday 4 January 2010

sekarang sudah pukul 1

hujan agak lebat malam ni, aku pi aneka saja2 nak beli pembalut buku. basah lokoih dan akibatnya pening kepala :)

sampai saja di rumah terus capai handphone untuk bersyiok sendiri dan aku baru perasan bahawa quality handphone aku sudah hancoq leboq. (ada chan nak beli phone baru) kemudian pulak capai camera gemok dan qenyeh seikhlas hati tapi tetap tak puas hati. muka pulak nampak pelik semacam ja. oke lah ! cuba sekali lagi, cheseeeeee :)))))) uhhhh, tetap tak oke. tiba2 mama lintas dan aku..

aku : mamaaaaa, tolong ambik gambar syifa sat. bagi nampak baju nah
mama : nak suruh ambik gambaq buat apa !
aku : untuk blog la

dan hasilnya



tetap nampak pelik but its socayyy.

oke, kembali kepada tajuk sebenar

tahun ni theme aku ke sekolah lebih ke arah pinky2 ni. so, aku beli pembalut buku yang berwarna pink dan purple only. tak tau lah pembalut ni akan bertahan sampai bila. harap2 sampai habis pmr sebab aku kan loklaq sikit. mesti comot habih punya lepas ni. take a look muahahhahaha

aw, love it

pin ni taktau apa motif dia. suka punya pasai tu sebab beli

aikkk, sang tikus mencelah?


eh, lagu ni pon macam best jugak kan? yalah yalah. memang best pon. tumb up ! how bout the lyric? hehehe. aku memang jiwang bila dengaq lagu yang dinyanyikan oleh lelaki :P

Sunday 3 January 2010

mereka back to school tapi saya pulang ke sekolah

jangan tanya kenapa setiap entry aku buh gambaq. saja ja sebab nak tunjuk perubahan muka pada setiap masa. hahahahahahaha pulunnnnnnnnnn !


Assalamualaikum, jawab la. Untuk kebaikkan hampa semua gak kan? kenapa tajuk entry macam cilakoi? sebab aku pon terpeleot

Sekolah? Ramai pakat tanya dekat aku “eh syifa, hang pindah sekolah ka?” ramai la sangat. Why Tanya? Takot aku pi sekolah hampa a? haha dak aih. Syifa tak pindah sekolah pon. Serius beb ! aku mana pindah sekolah pon

Sebenaqnya alkisah yang orang leh tau aku pindah sekolah tu bermula dari aku bohong nina la. Eshh, tapi ayat bohong tu mcm kureng sikit la. Senang cita, bermula sejak aku nak pekena kawan2 aku. saja ja nak buat macam tu. hehe lepastu pulak syed gatai pi tanya dekat facebook. Apa lagi ! tergempaq a cik mot nak pindah sekolah. Ceyyy, buat macam cik mot terkenai haha. Lepastu mula pakat tanya aku betoi ka dak. Aku pon takkan kata dak, oih mana boleh ! pecah rahsia la kalau aku kata dak, so aku mengaku kering ja. heee. Kak sall pon sampai tertipu. Semalam sebelum tidoq dia pesan berkandaq kat aku. haha. Sebenaqnya aku ada tujuan len. Nak tengok depa sayang aku ka dak. Rupa2nya sayang jugak noh kawan2 aku dekat aku. teruja ni, air mata jatuh dup dup dup

Bayangkan aku pekena kawan2 aku dari awai cuti dah la tu boleh buat kering ja sampai bukak sekolah hari ni. Nina asyik call aku tanya memang keputusan aku muktamad la apa la bla2. cara dia cakap memang dia macam kecewa gila sebab dia tadak partner dalam kelas. Pastu hari ni 3.01.2010 hari pertama persekolahan. Aku bangun awai gila. Konon excited la haha lepastu mandi, sembahyang, makan apa semua pi sekolah. Langit dok gelap lagi beb aku dah sampai sekolah. Pak guard qenyeh ja tengok muka aku. lepastu jalan2 pusing dekat depan sekolah tersempak dengan nina. Nina apa lagi perasan dia, qimbok aku pon dia mau waktu tu pastu dia dok beletiaq sambil jalan “eeeeee, bencinya. Eeeeee, bencinya”. Lepastu kami dua jalan cari tempat duduk dan tersempak dengan azah dan pikah pulak. Depa dua mai kat aku pastu kata “mana sekolah convent hang? Haha”. Pakat lawan geram la kat aku tapi masa tu syed tak jumpak gi. Kalau jumpak memang sah sekali lagi kot aku nak kena qimbok.

Dah cerah sikit langit kami semua kena berkumpui di dewan terbuka. Haaaa ! memang terbuka sungguh haha. Masa dok dalam tu tak tahan bau ketiak orang. Haishhh macam nak pengsan ja. pastu dengaq la cikgu beletiaq, pengetua pot pet.

Dan bila abih cikgu beletiaq pot pet apa semua tu kami ni form 3 kena pi depan untuk tentukan kelas masing2. Masa nak kedepan tu cikgu amin tersebut nama aku dekat mic “syifaa, mai depan”. Syed pon kalih belah aku pastu dia jerit “woiiii, tipu aku”. haha sori noh. Aku dah mula cuak la dup dap dup dap sebab takot turun kelas. Memang macam nak kena jantung dah masa tu. cikgu mula baca dari kelas last. Kelas last dengan second last tak la cuak sangat lepastu cikgu umum kelas untuk 3t2 iaitu kelas second. Aku ni sambil dengaq sambil dok berdoa jangan bagi turun kelas. Aku masa tu serupa orang hilang anak.tak tahwan gilaaaaa. Aku tetap dengan degupan jantung dup dap dup dap dan semakin rancak sehingga mengalahkan lagu hip hop. Lepas cikgu abih baca nama2 untuk kelas 3t2 aku teruih mengeloh macam orang dok senak2 pastu berak. Bunyi tu panjang kot “hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, mujoq” tapi serius masa aku mengeloh, aku tak perasan langsung, automatic kot haha. And yeyeyyyyyy lega dapat kelas depan. Sekali dengan semua kawan2 aku pulak tu. weweitt ni yang syok nih. Syed pon sekali.

Masok kelas berebut meja dengan budak cina macam vodo. Tapi at least aku dapat tempat betoi2 depan whiteboard. Aku duduk dengan nina. Azah dengan pikah pulak duduk belakang kami heeee. Amin2. pastu cikgu kelas masok dan dia ajaq kami semua bahasa BM. FYI OUR NEW BM TEACHER IS SO HILARIOUS !!!!!! so cool. Best beb.

Nak cita apa lagi? Oh yeahh malas laa. Entry ni cukup panjang dak? Hahaha sori. Memang sekarang aku sungguh rajin. Okeeee, mari kita mara kehadapan kepada story lagi 1

Semua orang yang kenai aku tau habit aku geqet aku. perangaii buruk aku no 1. memang rajin sungguh geqet kuku. Cuti sekolah aku buat azam nak taruh kuku dan aku berjaya. Aku macam bangga kot sebab tak penah2 kuku jadi lawa. Ya laaa, first time kuku panjang seumoq hidup. Jangan salahkan aku, salahkan gigi sebab dia yang meqela nak exercise. Tapi sekarang kuku dah pendek sebab kena potong kes sekolah dah bukak. Mana kecewa pon. Macam nak qeyau oo. Hahah overnya aku.

jangan tanya kenapa tangan aku hitam. tu semua angkara flash taguna tu. ehh, pi mai pon aku hitam an? mai mana pulak tangan nak putih. hahaha

ni ponnnnn ! waaaa. nak tengok lebih besaq tekan tang gambaq. pelek kan tangan aku?
Oke ! ada lagi? Haaa, ada lagi. Sat2

Ni haa, nak tolong promote blog deduaorang. Harap maaf ya bukan seseorang tapi deduaorang. Nak promote blog oden. Dia laaa. Malam apa tah ym dengan dia, dia dok melawak kes promote blog. hahaha dak eh dak eh. Dia melawak ja tu. tapi biaq laa. aku jenih luruih bendoi. Nak promote gak blog oden !

http://ohbluesands.blogspot.com/

tu blog dia. blog yang paling gempak bagi aku. memang lawak gila la blog dia. blog dia tak payah dok buat dosa bila baca. Oden ni best ooo. Dia lawak, kekadang kepoyowan sikit. Sapa tak baca blog dia rugi !!!!!! Oden ni sebenaqnya uncle aku hahah dak2 joke2. satg dia qeyau mampoih. Dia dapat plkn. Nanti dia balik plkn, badan dia jadi berketui2 taktau la hampa2. dia laki selena Gomez beb. oden ! oke dak kami tulis pasai ni? Thumbs down ka up? Aw aw. Dan yang kedua……..

memenangi blog si abang miqun iaitu http://ameerulpunya.blogspot.com/

cool dak cool dak? Dia ni nsem oii. Sapa nak galak2 pi la ngorat dengan menfollow blog dia. kata “ni kawan cipak, saya nak kawan dengan awak. Cipak paksa saya ngorat awak”. woihh. Berani hampa nak ngorat dia ! dia pakwe aku nah. Cehhh, keciwi gila aku nak ngaku pakwe sendiri. Pastu dia sapa? Oh okeyy, dia jantan. Dakkkk, dia bukan jantan tapi anak teruna pemalu yang sedang taquh janggut. eshh kojam sangat kot. Oke lah dia ni sepupu aku. sepupu lelaki yang terbaik. Anak emak pandai masak nasi kata untie aku dekat dia. apa lagi! Pi la jenguk2 blog dia. dia dok keciwi lagi dengan blogger. Dah la first time kerja buat terok boleh haha. Wekkk !

And and the last one !

tataaaaa, nak pi baca buku. Ceceiii (mohong pa). Yaka baca buku? Ka pi tdoq? Haha. Ily cup cup.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P