Friday, 23 April 2010

hi kak eazy campur pasrah dan malu

salam sayang semua

maaflah rakan2 sekalian yer sebab dah lama tak update blog. bukan tak sengaja tapi disengajakan. hari ni aku nak update jugak. dah bersemangat sikit sebab followers makin bertambah. wahhh terima kasih nah. i lep you guys :-* perasan dak t-shirtbiru pon dah semakin berhabuk kerana diperap lama dalam google. eh, apa yang aku merapu ni? haha. bajet nak cakap secara serius. FYI kadang2 tujuan aku online pun sebab nak check sama ada blogger2 kegemaran aku tu update sesuatu yang baru ka dak. nafsu nak berfacebook tak ada pon. wewiitt, nak tau dak blog mana yang aku salute? scroll down bawah2 then nampak dak sidebar tepi belah kanan tu? ada yang tajuk "terbaik dari ladang". haaaaa, depa2 laa. jatuh cinta bulat2 dengan penulisan blog depa. macam nak tiru ja tapi apakan daya, cek orang kedah. mana reti cakap kek yell. hahahaha. **aku puji hampa ni wehh, takpaa, tak payah belanja. ikhlas gilaa. kalau nak belanja jugak, ice cream pun cukup la. oke ! dah takmau bagi t-shirtbiru berhabuk so mai nak post pasai cerita terbaru sepanjang aktiviti minggu lepas. 2 aktiviti yang dilakukan dalam seminggu dan tak dapat dilupakan dan tersangatlah syiokkk.

1. entry ni kena mula dengan nama ibu baru dia dulu. madam azihan guru mata pelajaran pendidikan jasmani aku. kami selalu kena buli dengan dia setiap kali ada PJ. pernah sekali tu aku, nina and azah kena marah teruk dengan dia sebab tak pakai baju PJ. waaaa, malu ja. ehh, aku bukan nak cerita pasai madam ni. aku nak cerita pasai menantu baru dia iaitu kak eazy. heran kan macam mana aku boleh kenai menantu dia sedangkan kak eazy ni orang melaka.
sebenaqnya masa kenduri untie aku hari tu kak eazy ni mai tegoq aku. dia tanya aku yang aku ni syifa ka, then aku pun kata la ya dan tanya balik macam mana dia boleh kenal, lepastu dia kata dia kenal melalui blog. awwwww, serius terkejuts gilers bebssssssss. terharu pun ada sebab tak sangka orang jauh baca blog aku. dah la kedah pekat piau. masa kenduri untie aku hari tu, kenduri belah madam belum lagi dilansungkan. haaaa, kenduri baru ja buat sabtu lepas and aku dijemput oleh kak eazy. awwww, oke ! aku pi dengan untie aku sebab dia pun dijemput sama. sampai saja sana fulamakkkk ! wowww ! mantap gila wedding depa. first time aku pi wedding sehebat tu. pelamin dengan meja makan serius cantik. dah la buat kat dewan. pengantin lelaki pakai baju......... apa tah orang panggei? kot? kod? code?. semart gilaaaa. balik tu terus dok buat gila bayang nak jadi raja sehari jugak. hahhahahahah. memang gila galak aku ni. sekeh satg kot baru terkantoi pakai gigi palsu. eh eh eh, terlajak laa ! hek elehh, terlajak gatai. hahaha, dak2 joke jaaa. gigi masih ori semua. tak ada yang palsu. malah gigi susu pun masih ada banyak lagi.

wiwit. bila habis gambar, maknanya habis la cerita pasai wedding kak eazy ni. so, mari bukak cerita baru pulak. hoho.

perasan dak mata aku dah juling gilaa. ni punca sebab taktau nak tengok camera mana. paparazi banyak dok tangkap gambar kami. hahaha, lawak ngat aih mata aku. toksah dok usya lama2 la !

me and her. kak eazy rendah dari aku. sedangkan masa tu aku tak pakai heels, kak eazy pakai tapi aku tetap tinggi lagi.


2. ni pun cerita pasai kak eazy jugak ! isnin minggu lepas kak eazy ajak pi dating sebab dia dah nak balik melaka. so, kami decide nak dating dekat tasik. aku ajak adilah dengan fatihah tapi fatihah ada tusyen. so, fatihah jumpak kami dekat sana terus. sampai tasek aku dengan adilah sementara tunggu kak eazy, adilah ada la tangkap gambar aku sikit. oke ! sebenaqnya aku yang paksa dia tangkap gambar aku. eshh, loklaq gila perangai. adilah pon sabaq ja dengan perangai aku. haha, tadak pasai adilah dapat pahala hari tu sebab menjadi seorang yang penyabaq.

awwww. i loikeeee

by adilah :)

sedang belek camera adilah


lepastu kak eazy call kata dia dah sampai. aku pun dengan adilah jalan la dari utara ke selatan. punya la jauh dari destinasi kami ke destinasi depa. penat, habeh peluh ketiak2. sampai sana tengok2 kak eazy dengan hubby dia dok tengah minum ayaq. fatihah pon sampai serentak dengan kak eazy tapi dia tak join kami. dia ikot ekhem2 dia. takpa laaa, biaq pi kat dia. habis minum2 baru mula pengambaraan. kami naik kereta golf yang number 3. ingat tu ! number tu penting. sebab apa? satg aku cerita. sekarang layan gambar dulu.

pengantin baru. kepak2 kebom2

hahaha, sweet gilaaa

kami dengan abang atip. hubby kepada kak eazy.

nah, sampai tera tu. ahahha. mau x maut sungguh

sayang sungguh dekat belah kiri dan kanan

fatihah baybeeee.

kak eazy awatt? ahahah

padahal bawah tu banyak serengga. makkkkkkk

kak eazy dok bersilat apa taktau laaa

hahahah. ambik hianggg !

awwwwwww. shukeep



haaaa, sebelum terlupa mai nak cerita pasai kereta yang number 3 tu. kereta malang ! oh no no, bukan ada kena mengena dengan kereta mayat tapi kereta tu memang kurang ajar gilaaa. sebab dia aku tobat2 tak mau pi tasik dah. haha, acah jaaaa

kereta yang kejam !

masa otw nak pi antaq kereta tu balik, so kami terpaksa la lalu depan orang ramai. tiba2 dia bunyi hon. kalau bunyi setakat sesaat atau dua tiga saat tak pa la jugak. ni sampai bunyi tak berhenti langsung. hahah, malu gilaaa. dapat bayang dak semua orang tengok kami masa tu. kami yang dalam kereta punya laaa muka tebai dan muka tak tahan gelak. lawak sungguh. aku dengan adilah duduk kat belakang asyik tutup muka jaa. hahahha. malu sangat2 kot. muka tebai 7 lapih dah masa tu. bila sampai baru hon tu berhenti tapi elok kami semua dah cukup malu. masyaallah, mintak simpang dah aih. jangan dah dok buat macam tu kereta oii. buat naya kat orang ja. hampa pun kalau nak nek kereta golf tu jangan dah pilih no 3. nanti jadi macam kami. tadak pasai hari tu jadi famous secara tak langsung.

adilah kan, dia kejam kot. memang dia suka tengok aku terseksa sebab tak dapat gambar dari camera dia lagi. jahat gilaaaa. aku marah gila nihh ! kak eazy dan abang atip pulak baik gila. depa sweet couple. nak sweet macam depa jugak laaaa. boleh dak abang? heeee hik heeee hik.

ouh oke. rasanya dua tu jala kot aktiviti yang gempak pun. yang lain biasa2 ja. ehem, nak tau lagi cerita? morii sini eden nak khabo nyoo.

3. sebenaqnya la kan aku dah terkantoi blogging dengan ustazah. taktau la macam mana ustazah boleh tangkap. hehe, dia tak marah pun cuma dia akan perli aku bila aku tak siap nota dia. contohnya "syifaa tak siap nota kenapa? dok tulis blog malam2 a?" hahaha, see! muka merah terok bila ustazah tanya macam tu, aku pun terus pandang syed. syed macam tak ada perasaan ja, malah dia hanya golek kepala dan goyang tangan sambil kata "jangan tengok aku, aku taktau apa2". nina terus gelak pastu bisik "ambik ang! tamparan kilat ! kan dah terkantoi". tau dak syed boleh tanya ustazah balik yang ustazah ada facebook ka dak. cisss, tak guna punya syed. kot nak tolong cover kawan sendiri. nasib baik tak letak gambar boipren. haha. ada ka?

4. kawan2, kesian la dekat aku. baru ja bulan 3 hari tu phone lagi satu rosak tapi aku buat taktau ja dekat phone tu. sekarang bulan 4 kan? waaaa, phone aku yang dok pakai sekarang pun rosak jugak. baru rosak semalam. memandangkan aku pernah kata dulu dalam entry ni (hanya perlu baca part 3 april - sabtu) bahawa aku akan buat kenduri arwah jikalau phone tu yang rosak. patot ka aku tunaikan janji aku ni? ada cadangan dak macam mana nak buat kenduri arwah untuk phone? aku rasa aku nak sembahyang lepastu berdoa sesungguh hati tapi apakan daya, aku dalam kawalan bendera merah. sedih gilaa :'( tolong la doa dekat aku. aku sayang sangat phone tu. i keep crying on and on. FYI aku terpaksa pakai phone ketiga. phone yang ketiga ni sengsara gila bila guna. walaupun touch screen tapi words untuk text mesej kecik sangat2. nak guna pen, pen pulak dah hilang. malang2.


jadi macam tu laaa. pasrah tak habis2 lagi pasai phone. nak blogging pon takut sebab ustazah bacaaa :'( malu2. oke babai. i lep you moah moah.

12 comments:

Marker Hitam said...

Aduh kenapa comel sangat ni cik sipa? Amboih suka-suka eja nama org mcmtu haha :D

chapter 15 said...

hahha. tk comel pon laaaa. nama apa?

syed abu bakar said...

kesian nasib ampa naik kereta buggy tu..haha

weh.. beg adilah lawa ♥

chapter 15 said...

hahahah. my beg? :( kecewa kawan dengn hang. tk pnah nak support aku

que said...

orang2 melaka memang kewll2~~

ishiko said...

k.easy muka dya mcm sazzy falak yer.. syifa! cOOomell mcm biasa ~

aifaa said...

:(





xmau komen dah kat ampa.
smua nk bg jeles

MuNsYi SaMa said...

Salam ziarah balik.since kmu xde shoutbox, i'll just comment here.Best blog too.

Kantoi blogging ngan ustazah?die bce blog ni kot..hehe

chapter 15 said...

que : apa diaaaa? ahhaha

chapter 15 said...

ishiko : ahha. baru prasan mka dia mcm sazzy falak. hehe, mna da comel mcm slalu. slalu comot kottt

chapter 15 said...

aifaa : ahahha, jngn la mcm ni babyyy. nnti kita dating sama2 plak nah

chapter 15 said...

munsyi : hehe, okee. tq. awww, mmg dia bc blog ni

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P