Monday, 27 April 2009

LUQMAN AL-HAKIM

Apa yang perlu diperkatakan kepada pesakit jiwa dan hati busuk seperti air mineral @ seekor babi ialah ALHAMDULILLAH dan INNALILLAH HIWAINNA ILAIHIROJI’UN. Biarlah Allah membalasnya. Aku mohon sangat2 kepadaMu Ya Allah semoga diperturunkan musibah dan pembalasan kepada orang yang suka mengganggu, memperlekeh dan mempermainkan orang. AMIN YAROBBAL’ALAMIN. Apa yang perlu aku buat cuma bersabar, tunggu dan lihat. Sebab aku kenal dan anda semua kenal, dan orang ini terlalu dekat dan berpura2 baik. Kalau anda tahu anda akan rasa terkejut dan tak akan percaya. Suatu hari anda akan tahu juga. NOKTAH!!!!

Selain kita tahu himpunan wasiat2 Luqman Al-Hakim utk anak2nya, di sini ingin saya ceritakan kisah menarik yang dialami oleh Luqman Al-Hakim:
Dikisahkan bahawa Luqman Al-Hakim itu adalah seorang khadam dari Habsyah yang bekerja dengan seorang kaya raya. Sebagai seorang pelayan, ia sedar akan kewajipannya dan sentiasa melaksanakan arahan tuannya. Suatu hari tuannya menyuruh Luqman menyembelih seekor kambing untuk dibuat lauk. Tuannya berpesan kepada Luqman agar mengasingkan dua ketul daging yg terbaik dari kambing itu, dan daging yang paling berkhasiat dan sedap rasanya. Luqman segera melaksanakan perintah tuannya. Seekor kambing disembelihnya lalu memotong dua ketul daging yang paling baik seperti yang diminta iaitu hati dan lidah. Setelah dimasak daging itupun dihidangkan.

Di hari lain pula, tuannya menyuruh Luqman menyembelih seekor lagi kambing dan berpesan supaya asingkan dua ketul daging yang paling buruk. Luqman segera menyembelih seekor kambing dan mengasingkan dua ketul daging yang paling tidak baik dan menjijikkan seperti yang diminta oleh tuannya. Ternyata beliau mengambil hati dan lidah. Sama seperti di atas. Lalu diberinya kepada tuannya. Alangkah terkejut tuannya apabila melihat di hadapannya lidah dan hati juga. Lalu tuannya berkata: “wahai Luqman! Dulu aku suruh engkau ambilkan dua ketul daging yang paling baik dan berkhasiat, engkau bawa hati dan lidah. Sekarang aku perintahkan engkau agar membawa aku dua ketul daging yang paling buruk, lalu engkau berikan hati dan lidah pula. Apa maksudmu itu?”

Mendengar desakan tuannya itu Luqman menjawab: “Ya tuanku. Memang tidak ada bahagian yang paling baik selain daripada lidah dan hati jika keduanya memang baik. Dan tidak ada bahagian yang lebih buruk selain daripada lidah dan hati itu sekiranya kedua2nya memang buruk.” Yang dimaksudkan Luqman adalah lidah dan hati itulah bahagian badan manusia yang paling baik jika dijaga dengan baik. Dengan lidahlah manusia berzikir kpd Allah, nasihat yang baik dan mendatangkan pahala.

Sebaliknya hati dan lidah pula adalah terburuk bagi manusia sekiranya kedua2nya tidak dikawal. Di dalam hatilah bersarangnya penyakit hasad dengki, cemburu, dendam, suuzzan, takbur, was2 dan banyak lagi. Lidah yang tidak terkawal pula adalah lebih tajam daripada pedang. Ia mengata, mengumpat dan mengeluarkan kata2 yang tidak baik yang boleh membawa padah. Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
“tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya (betul tutur katanya).”

Apabila hati seseorang baik dan lurus, maka baik pulalah semua tindakan, penglihatan dan pendengarannya. Di antara bahagian tubuh yang dapat membawa mala petaka kepada orang lain dan diri sendiri akibat hati tidak betul dan lidah. Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
“sesungguhnya di dalam tubuh ini ada seketul darah beku, apabila benda itu baik, maka baiklah seluruh tubuh yang lain, tapi bila benda itu buruk, maka buruklah seluruh tubuh yang lain. Ketahuilah bahawa benda itu adalah hati.”
Wallahu’alam.

3 comments:

miss.lolypop said...

haihh !
yayaa
pnjang sungguh !

firahfairytale said...

sapadia org tuh?
awt dia buatpa?

chapter 14 said...

dilah: haha. apa2 pun trima kasih kerana sudi membaca

firah: org x leh abaq. nk taw dya buat apa. bca la cht box km

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P