Thursday 9 April 2009

PAGI YANG BERWARNA WARNI

Pagi tadi saya bersama mama ke market. Selalunya saya jadi penunggu kereta bila mama dengan urusannya. Kali ini rasa ingin ikut pula. Semasa mama memilih ulam ulaman, datang seorang makcik muda datang menegur mama. Mama pun bersembang rancak sungguh dengan kawannya ni. Entah apa yang dibualkan tak taulah, saya tak berapa faham.

Tiba2 datang pula seorang lelaki pertengahan umur (bukan Melayu) menegur mama. lelaki ini sebenarnya sengau. Maaf bukan saya menghina atau mengejek tapi ada sesuatu nak diceritakan di sini.

(baca dengan mengikut cara sengau)

Lelaki : apho khobho khok, lhamho tha jhumpho?

Mama : khabar baik, kak dah pencen, saja ambik awal

Lelaki : khak yhang sheorhang nhi apho khobho?

Makcik: khobho bhoik, awhak shihhat kho?

Lelaki : hhong jhonghan dhok pherhli akho. Akho shephak khot. Khuahang ajhaq

Tiba2 muka lelaki tu merah macam nak makan orang, terus melenting kata makcik tu perli dia, sampai nak sepak. Kata kurang ajar. Makcik tu terdiam dan tergamam. Laaa, memangpun makcik tu pun sengau. Tak sempat mama nak kata apa2, si lelaki tu pun pergi meninggalkan kami sambil membebel dalam keadaan yang sungguh marah. Kesian tengok makcik tu, malu dia di depan orang ramai. Tahulah di market katakan. Saya dan mama bersalaman dengan makcik tu dan terus tuju ke tempat lain. Bagi saya pagi ini penuh dengan warna warni

4 comments:

farah atiqah adli said...

ish ksian macik tuh. haish

chapter 18 said...

haha. taw x pa :D

.aisyah.fatihah. said...

phakchek 2 thudhuh thanpha ushulh peghiksha. haha. jdi kot mcm sengau :)

chapter 18 said...

hahaah. dak

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P