Wednesday, 29 July 2009

Ikan kikik mak iloi2


Ini kisah pengalaman tokwan pada cucunya. Tokwan kalau bercerita kisah apa2 pun memang best. Terlopong mulut orang yang mendengar. Kalau bercerita kisah lucu, sakit perut dibuatnya. Tapi kalau beliau marah……………. (Hadoi. Esh2, nah aih makan tak habeh oi). Tapi kali ini aku nak cerita kisah lucu dari pengalaman tokwan.

Suatu hari tokwan menaiki motosikalnya di sebuah perkampungan yang di kiri kanannya nun jauh saujana mata memandang sawah padi. Jaraknya agak jauh dan melalui batas kecil untuk menghala ke setiap buah rumah. Pemandangannya memanglah cantik. Tiba2 tokwan terserempak dengan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki entah ke mana hala tujunya. Tokwan berhenti lalu beri lelaki itu tumpang. Tokwan tanya, “anak ni nak ke mana?”. Lelaki itu hanya tunjuk saja arah hadapan sambil memegang bahu tokwan terus naik motosikal. Perjalanan pun diteruskan. Sesampai di pertengahan jalan tokwan dikejutkan oleh suara lelaki itu yang amat kuat dengan menepuk kedua2 belah pehanya sambil menari2 di atas moto :

Ikan kikik mak iloi2
Ikan gelama mak ilai2
Bini cantik sombongnya amboi
Bila ketawa mengilai-ngilai
bla...bla...bla...

Seriat darah tokwan. Nak berhenti tanpa sebab sat lagi orang gila ni mengamok. Tak sangka yang tumpang itu orang gila. Orangnya memang smart. Sabar je la mendengar dia menyanyi terpekik telolong di belakang. Tut tut, ternampak sebuah rumah di hadapan. Tokwan pun melencong di persimpangan jalan rumah tu lalu berhenti serta bagi tahu kat lelaki itu niat tokwan untuk ke rumah tu. Lelaki tu pun turun dan meneruskan jalan kakinya sambil menyanyi sekuat2nya. Itulah, kadang2 niat baik tak disangka2 mengundang berbagai kezutan.

16 comments:

criestz said...

baek sgt pon xelok ye owg kate..
ea syifa.. bape ramai tok wan kamo ade hah??
oo curang ea =P

emo_frog said...

lol..

nbk said...

cmtu pon ada jugak haha.

Pa'An said...

pun pernah bawak org tak siuman naik moto..^-^

.v.i.v.i.d.i.a.n. said...

waah..pengalaman yng menarik
org gila pun ttp manusia
ttp penghuni syurga
jgn disangka gila tu teruk :P

miss.lolypop said...

hahaha,lawak

Fadz said...

gaga

Portgas .D. Ace said...

huhu~
besh ooo lgu nieh..
da dgr??
saloma nyanyi..
hehe~
=p

chapter 14 said...

ihsan ; haha. betoi2. mna da bnyak. 2 ja :D sorg dalam seribu cerita

chapter 14 said...

emo frog : errr. apa2? :D

chapter 14 said...

nbk : halaa. tunggu lagi. ngeeee

chapter 14 said...

paan : pnh? best tak? time bawak tu dya mnari dak? hahahah

chapter 14 said...

vividian : yayayyayya. cek tau aihh

chapter 14 said...

adilah ; buuuuu. adilah ngarut

chapter 14 said...

fadz : rindu lady ha? laa. awt tulis gaga ja. tulias la lady gaga.

chapter 14 said...

portgas : dengaq dah. dengaq time kecik dulu2. syok noh

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P