Monday 20 April 2009

ASKAR PINK COLOUR


assalamualaikum kawan2 semua. posting saya kali ini mungkin mengandungi unsur2 yang mengeli dan menjijikkan tetapi ia bukan satu penghinaan.

pada suatu hari, saya dan mama pergilah ke alor setar kerana mama ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan. ketika dalam perjalanan kami berdua bergelak ketawa dengan bahagia sekali sehingga tibalah di destinasinya.

mama pun turunlah dari kereta dan meninggalkan saya keseorangan di dalam kereta. saya yang agak bosan terus bermain game di telefon bimbit sendiri. tiba2.... sebuah lori yang panjang melintasi kereta saya dan ia berhenti untuk menunggu lampu isyarat. saya pun mengangkat kepala daripada bermain game lalu melihat lori tersebut dan ASTARFIRULLAHHALAZIM. saya menangis teresak-esak, berloya-loya dan dalam posisi yang hendak pengsan.

kawan2, tahukah apa yang saya nampak di dalam lori itu?

jeng jeng jeng..... saya ternampak sepasukan askar yang berwarna merah jambu muda dengan bersaiz "montel". masih tidak dapat apa yang saya maksudkan itu? ok lah! saya akan memberitahunya tetapi anda jangan la loya dan sediakan besen. ianya ialah BABI/KHINZIR/PIG.

bweeek! sungguh menggelikan. sungguh-sungguh yang teramat-amat. yang paling membuatkan saya menangis kerna seekor daripada pasukan itu jatuh tergolek di jalan raya dan menggelupur. jadi terpaksalah tuan si pembawa lori tu berhenti dan parkingkan lorinya. kawan2, tahu tak dimanakah tempat yang lori tu di parkingkan? oh semestinya! di depan kereta saya. oppss! sedikit penambahan. kereta saya dan lori askar2 tu agak jauh sikit tetapi memang di depan mata.

saya apalagi! menangis teresak-esak lalu menelefon mama sambil nangis macam ada kematian. inilah diantara perbualan saya dan mama di telefon bimbit. (hnya yang ingt)

saya: mama. (menangis, x dapat nk cakap apa2) mamaaaaaaaa (menjerit sambil menangis)
mama: awt nih? anak mama ok ka ni?
saya: mamaaaaaaa (tersedu2) mai dekat keta. cepat mamaaaaaaaa (menjerit sambil menagis)
mama: yaya. syifa sabaq. tggu mama mai. jngn p mana2.
saya: cepat sikittt (menangis sambil melepaskan tekanan)

sementara saya menunggu mama. saya hanya pelok tubuh, menangis dan menangis. 1 minit kemudian dari cermin saya nampak mama berlari dengan laju sekali. sampai di kereta mama tanya

mama: awt teyak2 nih?
saya: mama geli mama! (tetap menangis)
mama: apa? geli apa?
saya: syifa nampak babiiiiiiiiiiiiiiiii. ( berderum air mata merambu)
mama: hahahaha loklaq sungguh la. buat cam dia mai cium.
saya: bungek! nmpk depan2. taw apa! (sambil menangis teresal-esak)
mama: laaaaaaaaa. mama ingat ka sapa mai belah keta
saya: (masih menangis,menjerit dan kelupur)

selepas tu mama gelak sampai terduduk di atas tar. saya pulak lagi bertambah nangis. mama pulak sambil gelak sambil mengejek saya. sungguh si siaw pada hari tersebut. x dapat bayangkan. 2 minggu baru ingatan saya tentang askar2 itu lenyap dan selepas kejadian, seminggu saya demam. sehinggakan terbawak2 dalam mimpi.

itu sahaja kisah saya dan askar pink colour. sekian terima kasih.

10 comments:

Tikah said...

saya kuat
bca blog anda x terasa loya n besen un x disediakan.
;p
haha

chapter 18 said...

hahaha :D

Anonymous said...

haaa
ish3
skong mak ang
haha
bkan nk cium pn
patik!!
hahha

chapter 18 said...

kreng asam mamat ni, kuadjaqqqqqq

chapter 18 said...
This comment has been removed by the author.
aifaa said...

haaha yg ampa cita kt rmh ampa tu ka :D

chapter 18 said...

yaya :) ngeee. rindu kat abg2 askar tu.

miss.lolypop said...

hahahhaa
gila askar wana pink !
bestt gilaa
hahhaha

chapter 18 said...

hhah.ngeeee

chapter 18 said...
This comment has been removed by the author.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P