Sunday, 30 August 2009

ANGANAN RAYA


TOK SAH DOK TANYA LA NI ENTRY APA. BACA SUDAH.


1. PUASA

lapar = selalu dok dengar perot bernyanyi bermacam2 lagu. kalau aku on9 ka tengok tv ka apa ka tak payah pasang lagu sebab perut aku dah ada muzik.

dahaga = tak dahaga sangat sebab aku direct dok rumah ja. tak keluar langsung. buhung kuat. dak aihh. kluar2 :) alhamdulillah la aku tak dahaga. tapi taktau la buka sekolah macam mana nanti. aku jumpa kawan sah pot pet macam nenek pot pet kt cucu. gerenti limapuluh2 aku dahaga.

2. TERAWIH

buat setakat ni aku terawih dengan mama dan untie2 aku kat umah tokwan. serius best terawih tapi rasanya best lagi kot kalau pi masjid atau surau. lagi ramai lagi best. dok ingat teringin jugak nak terawih dengan adilah tapi tak sampai masa lagi.

3. KAWAN-KAWAN

aku teringin terok nak jumpak kawan2 lama aku macam ilah ka ida ka aw! terutama ilah :) serius rindu dia terok2. tengok! aku ja yang gagah gatai rindu orang. depa dak pon, contoh ilah bukan rindu aku pon, dia dok rindu kat kawan baik dia aida jala. dalam blog ka status mood ka direct nama aida, aku haram tadak. serius dengki hehe. ilah! aku buh gambar ang yang masa kita pi mandi pj2 mau? bibir ang seksi masa tu. sungguh aih AKU TAK BOHONG.

4. MAKANAN

aku lapar terok bihun sup karya makcik kantin aku. muka sombong pait tapi bihun sup dia serba rasa dan aku jugak rindu ayam masak merah karya kedai rumbia. lani kedai tu dah tukar tukang masak. ayam masak merah dia dah pon menjadi tak normal tak macam dulu, tak sesedap sesangat. paihtu aku rindu masak pindang ! ya masak pindang. dah lupa pon dengan masakan tu. dah lama mama tak buat. haaaa, satg nak suruh dia buat untuk buka posa. setuju dak? apa lagi tah? tadak dah bab makanan. aku TAK TAU bab makanan tu sebab aku KURUS. kan kan?

5. BAJU RAYA

baju raya kali ni jenis apa ya? nak bagitau dak? dey dey yenna podaceit ! tak mau aih bagitau colour apa dan jenih apa kat hampa semua. rahsia serahsianya. kalau ada aku bagitau orang tu sebenarnya aku buhung ja. saja suka tipu. sori nah, nanti tak buat lagi.

6. KUIH RAYA

seperti tahun2 lepas, mama memang buat bisnes juai kuih raya. tapi bukan dia yang buat la, itu dia punya kawan yang buat. dia hanya tolong juai ja. komisyen dapat kat dia. hebat dak?

memang mama juai kuih raya tapi kami tahun ni tak mau beli kuih raya atau ambik kuih raya yang dia juai tu. kami nak buat sendiri tapi taktau bila. aku nak uli2 tepung, gerenti best aih pastu lengoh tangan. caya laaa

7. BUNGA API / MERCUN

aku teringin bebeno nak pegang bunga api pastu pusing tangan biar api tu berbentuk. mercun pulak aku teringin nak cucuh pastu buh dalam parit atau botoi pastu tutup telinga sampai tak dengar apa2 seolah2 mercun aku tu bunyi haram tak berbaloi. aku teringin jugak nak cucuk bunga api keliling pasu bunga pastu nyanyi lagu hari jadi.

teringin teringin teringin

8. SHOPPING BARANG RAYA

aku nak beli segala mak nenek dalam supermarket yang tak berapa super. ayam, daging, ikan, berok, sayur, keropok bla2 dan paling penting gula ! ya gula. aku nak beli gula biar belambak2 supaya aku dan mama tak payah susah payah berlakon sampai kami dua beranak tak mengaku anak dan mak macam dalam entry ni. hancoq2.

9. KEMAS RUMAH

aku rajin jadi aku kemas rumah. aku kemas la sangat. sapa mai rumah aku tau la. macam kilang buat rambut. kat lantai penuh rambut. rambut budak mana taktau. dalam rumah aku tadak budak, hampa semua paham2 la noh. serius tak paham dengan rambut ketegaq aku ni. kalau hampa semua nak tau rambut aku ni spesis tak makan saman. saman pi la seribu sejuta kali pon, dok ketegaq tera tu gak. aku kata jangan dok luruh dia luruh gak. rumah aku kalau sehari tak sapu sampah serupa sepuluh hari tak sapu. punya banyak rambut aku luruh. yang mama dok perli terok kata aku tua dah tu pasai rambut luruh. hangat hati terok !

10. RANCANGAN TV

sempena bulan puasa ni astro prima ada cerita baru. qalesya, cerita kanak2. yeah2 bagus2 lagi menarik minat aku untuk membuang masa dan tak baca buku. nahi2 kabi kusyi kabi gem. raya ni aku harap lebih bnyak cerita yang best2. yelaaa, sekali skala. jangan dok tayang cerita pondok buruk sudah la. aku dah naik cemuih dengan cerita tu. sampai mata aku pon dah nek buruk tengok cerita tu.

11. DUIT RAYA

duit raya kali ni aku mau banyak2. kawan2 aku hat kaya tu boleh dak aku nak pi rumah ampa semua? pastu nak pi bawak cokodok bodek2 mak pak ampa supaya bagi duit raya banyak2 kat aku. boleh dak? eeee. tak berani aku aih nak bodek mak pak ampa semua. mai pak yang jenis misai panjang serupa A GALAK mampoih aku. mak pulak yang jenis MAK SOM dalam cerita putera syalan. nahiiiiiiii kirim salam ! ingat tau ! duit raya untuk aku kasi gempak nah :)

12. SALAM MENYALAM

hat tu benda paling aku risau bila raya. nak kena salam2. salam mintak ampun tu yang aku naik takut sikit. tau dak sebab apa? meh aku nak bagitau, selalu la kan orang salam mintak ampun dengan family depa semua muka serius. aku tak boleh gila nak buat muka serius, direct dok gelak sambil mintak ampun. mintak ampun cara pa aku pun taktau. tapi kalau pagi raya tu bangun2 pagi kena tempit dengan mama baru muka serius sebetoinya.

dan akhir sekali pasai si hero kesayangan aku. MAJID BIN AHMAD atau MAJID BIN NAH. gila bayang kat dia, rindu aih kat dia. aku teringin nak bau tangan dia, nak tonyoh bibir aku dekat tangan dia, nak ungkap perkataan " ayah syifa mintak ampun noh dari hujung rambut sampai hujung jari". teringin sungguh. rindu dendam tahap sebak di dada. nahi2. sedeh ah tak mau cakap dah. aku harap dia aman kat sana.

dan aku nak tempek sikit ja. sikit ja nah !

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 52"

harap malaysia lebih aman, maju dan harga barang turun. sayang malaysia. muahh ceceii, malaysia dah tua oooooo.


okeeee. macam mna ? dah habis baca? oke. chow sing chowwwwwwwwwwwwww. kedah piaw tu yang membuatkan entry ni bertambah nsem.

Saturday, 29 August 2009

BUKAK POSA


Mesti suspen bila baca tajuk entry aku. Bukan aku bukak posa waktu siang la. Maksud aku malam ni nak bukak posa kat mana tah? Ala kami dua beranak je, nak bukak kat mana pun tak pa. Berapa hari dah bukak posa kat umah tokwan, siap mayang tarawih lagi paih tu baru balik umah. Hari tu kami bukak posa kat restoran bunga naga, best gak menu2nya. Hah? Kat mana? Oh restoran atas bukit, jalan nak pi wang tepus (baik habaq siap2). Tapi mama suka menu yang ringan2, aku suka makan nasi. Sebelum pi pastikan telefon order lauk pauknya dulu. Jom ramai2 pi berbuka kat restoran bunga naga (tolong iklan la pulak). Jangan bimbang kat situ ada surau, mayang maghrib siap2. Masih sempat lagi balik mayang tarawih. JOM, JOM…….


haaa. ni lauk aku. hebat dak? mama tak sentuh langsung lauk ni. aku sorang ja perabih. tak caya? scroll down
















tadaaaa. aku dengan sepupu aku bajet tahun ni raya mesti kurus punya sebab puasa. pastu mama cakap " elehh, hampa tadak boleh kurus aih. lepas bukak mesti cover balik sehari tak makan" tengokk....... aku dah salah satu contoh. ikan besar betih aku perabeh sorang. hebat dak?

pastu kan masa kan aku kan dengan kan mama kan nak kan balik kan jumpak kan kan kan

kan

kan

kan

kan

kan

kan

kan

kan

pakwe aifaa. dengar kata aifaa sayang terok pakwe dia hat ni. tiap2 malam pakwe dia jaga dia tepi katil. sekarang ni pulak musim hujan lagi pakwe dia dok panggei dia malam2.












Thursday, 27 August 2009

Nostaljia di bulan ramadan


Teringat aku ketika bulan ramadan tahun yang lalu, dalam kesibukan umat Islam melakukan ibadat puasa dan persediaan menjelang hari raya, sewaktu itu aku dan mama sedang mencari tempat parking yang ternyata semuanya penuh. Akhirnya mama terpaksa parking kereta di tempat yang agak sunyi sedikit dan agak jauh dari bangunan Alor Star Mall. Seturunnya kami dari kereta, tiba2 terdengar suara seorang perempuan menjerit meminta pertolongan. Aku terpandang seorang lelaki berlari dengan pantasnya di hadapan aku dan mama dengan dikejari oleh beberapa orang lelaki. Bagai kilat mereka dapat menangkap peragut beg tangan seorang nyonya. Lelaki2 itu terdiri dari mata2 gelap dan juga orang awam sebab selepas ditangkap cepat2 tangan peragut digari.

Aku menekup sebahagian muka terpaku dan terketar2 serta seriyat darah pabila melihat kejadian yang tak diingini ini berlaku direct depan mata. Yang sedihnya kenapa mesti jadi peragut, sedangkan banyak kerja halal lagi diberkati, yang boleh dilakukan, walau macam mana sekalipun kesempitan hidup, bukan dengan cara shortcut dan sesemudah ini. Kenapa mesti pilih hidup dalam buruan, dikejari dan kesudahan penjara tempatnya. Aku tak tahan melihat setelah ditangkap bukan sekadar kena penaboh, perimbok(sebab melawan) malah tersenyuh muka dijalan tar (untuk memudahkan digari sebab meronta2 nak lari) sampai air mata aku keluar tak terasa sebab kesian dengan nasib peragut (bukan kesian perbuatannya, tapi kesiankan nasib dan kesakitannya, walaupun memang patut pun) sememangnya aku tak boleh jadi lawyer sebab mudah kesian (lawyer buruk tak pa la kot). Setelah peragut dibawa pergi, langkah aku longlai bagaikan nak lumpuh rasanya. Semangat aku untuk nak membeli baju raya ketika itupun dah hilang. Awat tak tau dengan aku ni, sekembali ke rumah, masih dapat bayang kejadian tu. Beberapa hari baru hilang bayangan serta ingatan aku terhadap kejadian itu (maksud aku ketika nak pejam mata nak tidur malam). Mungkin inilah yang dinamakan fobia atau bahadi kot. Inilah di antara nostaljia di bulan ramadan yang sukar untuk dilupakan.

Pesanan aku : berhati2lah di mana jua anda berada sebab terlalu ramai peragut lebih2 lagi di bulan Ramadan ini. Oke lah setakat ini pengalaman aku untuk dikongsi bersama dan disudahi dengan Selamat Berpuasa, pahala penuh, amalan penuh. Assalamualaikum!

Tuesday, 25 August 2009

Gula oh gula


Mula2 mama tak berapa kisah sangat pasal gula sebab masih ada stok. Ingatkan masalah gula ni sat saja. Tut2 gula di rumah makin susut maka terjadilah satu kisah.

Mama: Syifa, mama cari rata2 kedai semua tak ada gula. Apa kata Syifa masuk kedai sana, mama masuk kedai sini, kot2 ada gula. Belilah 2-3 kg kalau boleh. Kalau terserempak dengan mama dalam kedai, Syifa buat2 tak kenal tau !

Saya: oke lah.

Maka mulalah saya masuk satu kedai tu. Kedai tu cuma jual 1 kg setiap orang. Dalam masa dok tunggu nyonya dok timbang gula, mama masuk kedai tu juga. Saya terlupa pesanan mama tadi apa tah?.

Tetiba terpandang mama dengan selamba saya berkata

Saya: laaaaa, buat susah2 mai kedai ja, yang mama mai kedai wat apa?

Lantang sungguh suara saya hingga mama cepat2 buat : shhhhhhhhhhhhhhhh. Sambil mengenyit mata. Seb bek nyonya tu tak perasan. Apa lagi saya gelak bagai nak rak (bila teringat pesan mama sejak dari tadi lagi). Mama boleh buat dekkkk je. Mama dapat 1 kg. saya dapat 1 kg. Saya pergi ke kedai seberang jalan pula. Bila masuk2 nampak mama tengah beli gula, saya tergostan, takut orang perasan dua beranak nak beli gula serentak. Sekali lagi saya gelak sebab terpaksa menyorok balik tiang. Sebaik mama keluar dari kedai tu, mama buat2 tanya :

Mama: Syifa, mama apa khabar? Mama tak mai ke? Nak beli apa?

Saya tak dapat nak tahan lagi dengan lakonan dan gurauan mama, saya gelak sampai terduduk2. Bila reda barulah masuk kedai yang mama masuk tadi. Rupa2 tauke kedai tu perasan kot lalu bertanya :

Tauke : yang tadi tu mak hang ka?

Saya : dak aih, mak kawan saya. ( gula punya pasal terpaksa berlakon la pulak ).

Itulah lakonan saya dengan mama dalam detik2 ketandusan gula. Tapi tak pa, dah dapat 4 kg gula kerana sebelum ini kebanyakan kedai yang saya pergi tiada gula langsung.

Sebagai langkah berjimat: kalau air manis sentiasa ada atas meja 1 teko dan 1 jug dalam peti sejuk, ooooo terpaksalah digantikan dengan satu cawan atau 1 gelas sahaja atau mama kena beli air ready made kat supermarket.

Sebagai pemanis, senyumlah semanis gula, yang ni gerenti tak kena penyakit kencing manis, free tak payah beli kat mana2 kedai dan satu lagi sedekah senyuman mendapat pahala (tengok2 sama kepada siapa yang kita senyum, silap2 senyum, dia ikut sampai rumah, nala punya bahaya). Barulah nak tersengeh.

Monday, 17 August 2009

jalan-jalan

hi ! apa khabar?

hari sabtu baru2 ni aku dengan family mama ada la buat rombongan ke rumah sanak saudara yang lain2. best la jugak. tapi perkara yang tak diingini berlaku la. arghhh ! tak mau cerita pasal tu. bikin bulu roma aku cerin ja.

takmau cerita panjang kali ni. sikit ja nak cerita. dari rumah ke rumah tak ada pon baby sampai ke rumah yang terakhir barulah ada baby malah dua tiga orang dan comei pulak tu. tau tak rumah sapa? bohong kalau sapa tau dah. mana aku cerita pon lagi kan? rumah yang ada baby tu ialah rumah pak uda aku. best gila lah kawasan rumah dia. rumah dia tengah2 sawah padi. time kami semua sampai rumah dia pulak dalam lingkungan pukul 4 macam tu. lagi best la petang2. cuba bayangkan !

aku pon tak lepaskan peluang untuk ambik gambar. haha.


ni adik dengan abg


aww. geram. nyum2


our conversation. sapa tak boleh baca tu sila tekan dekat gambaq.

haaa. hat ni katagori lelaki nsem

hat ni pulak katagori minah sawah gatai

hat ni katagori rumah antik.

hat ni pon sama. gataii

okee. abeh dah aku pot pet. babaiii

Thursday, 13 August 2009

kahelan


bagi aku bahasa kedah adalah bahasa yang sangat unik. begitu jugak la bahasa negeri2 lain tetapi dah aku duduk kedah, kedah aku kedah piau and kau la macam kopi yang mama dok selalu bancuh.

mari kita baca contoh2 cara percakapan orang kedah. best oo.

(1)

aku sedang berjalan bersama rakan2 yang lain, disampuk pulak oleh rakan aku yang satu lagi. ada cerita baru la kot sampai tergesa2 nak bagitau.

kawan : wei syifa, bak hang wei, ada budak baru bak hang wei, nsem gila bak hang wei, dengar cerita budak tu dok dekat taman hang bak hang la. hang tau dak rumah dia kat mana? bak hang sungguh2 aih, nsem gila dia.

point : bak hang tu maksudnya nak bagitau dekat hang

(2)

yang ni cara percakapan aku pulak. kawan2 yang tak perasan tu, sekarang baru nak perasan. len kali cuba dengar betoi2.

aku : mama2, mama tau ark tadi kat sekolah ada pengumuman tau ark. cikgu suruh semua pelajar wajib memakai mask tau ark. esh, tak dapat bayang la kalau esok kena pakai mask, sah panas gila tau ark. mama tau ark.

point : tau ark tu maksudnya tahu tak

(3)

yang ni jiran aku. kalau dia cakap naik rimas aku. cara dia cakap sebijik cam orang thailand lembut.

jiran : syifa, hang nak pi aneka kannaa? disitu kannaa ada panggung wayang kannaa. lani kannaa ada cerita baru kannaa. best la kannaa. hang pi la tengok. aku pi dah dengan family. best kannaa.

point : kannaa maksudnya kan kan.

(4)

ni pulak sepupu aku sendiri. suatu hari kami sepupu sepapat bercerita tentang hantu. tiba2 dia menyampuk.

sepupu : wei2, hari tu kannaa ayah aku naik basikal. hampa semua tau dak basikal? basikal? basikal yang budak2 dok naik petang2 tu. alaaaa, basikal, basikal.

aku : yaya, awat dengan basikal?

sepupu : ha, lepas tu ayah aku jatuh dalam lubang. tau dak lubang? lubang? tau dak lubang? lubang yang bentuk bulat tu. lubang yang berlopak tu la. lopak? lopak?. tau dak lopak tu apa? lopak, lopak. yang air bertakung dalam dia. bertakung, tau dak bertakung? takung?

aku : yaaaaaaaaaaaaa, kami tau aih. lepas tu?

sepupu : lepas tu habis la. tau dak habis?

aku : dah2. aku tau, mana hantu dia?

sepupu : tah ! lupa dah cerita.

lepas tu semua pakat gelak kat dia. bukan lupa sebab apa. sebab terlalu banyak ulang2 sampai lupa habis. banyak sangat basikal, lubang, lopak, bertakung. esh2. hancur2.

point : cakap ulang2 ( tak semua orang cakap macam ni)

Sunday, 9 August 2009

saya dulu kecik2........

semasa saya kecik2 dahulu, saya selalu bagitau mama yang saya teringin nak kahwin dengan putera raja. kononnya la putera raja tu dapat bagi saya kekayaan. semua orang sukakan kekayaan. kn kn kn? Saya ni materialistik sikit masa kecil2. (waktu tu bukan tahu apa2 pon)

saya jugak suka perasan sebab dulu saya gelap dan saya tak comel. cita2 saya dulu nak jadi penyanyi tetapi suara sumbang mambang. cita2 untuk menjadi pelakon tak terlintas la pulak. Model? Hmm ada kot. Dulu ja nah

saya dulu suka bergaya tapi bila lihat balik gambar2 masa saya bergaya, satu haram pon tak lawa. saya langsung tak pandai bergaya sebenarnya. bila mama beli alat make up, sayalah orang pertama yang akan merasmikannya sedangkan ia kepunyaan mama. jikalau saya dapat lip bam, lip gloss dan seangkatan dengannya yang berperisa manis, sejam kemudian habis la benda tu kerana saya ratah (makan) ia.

heroin hindustan


jikalau saya pergi ke KFC, ayah selalu order kentang putar yang big size kerana kalau yang small size saya tak akan makan mahupun menyentuh pon tidak. berlagak sikit. kalau saya tak habis makan kentang putar tu, dah tentu ayah akan marah. so, saya buat shortcut iaitu jadikan ia losyen badan. habis 1 badan saya sapukannya. hehe. Nak cuba pon boleh. Tapi kalau berhasil bagitahu kat media tau ni ciptaan terbaru saya. kalau tak berhasil. Diam2 sudah lee.


saya suka nyanyi lagu2 yang berkaitan cinta. siti norhaliza idola saya lah time tu. setiap jam saya akan selalu karaoke lagu siti dengan mic kecil saya dan apabila ayah dapati saya suka nyanyi lagu cinta ayah akan perli saya sehabis-habisan. contoh "eeeee. anak ayah gatai nak kawin".

saya juga suka bergomoi dengan ayah. kononnya saya MUHAMMAD ALI dan ayah pula THE ROCK. tapi saya lebih selesa memanggil ayah THE ROCK BASI. kalau kami bergomoi, mama yang akan selalu menang sebab mama akan buat pertaruhan sama ada saya atau ayah yang akan nangis dahulu. selalunya saya lah sebab ayah suka main kecoh dengan cara menggigit jari saya. tapi kalau saya yang menang, saya menang dengan cara tak kecoh bukannya seperti ayah. saya hanya perlu gigit perut ayah, kemudian ayah menangis buat2 dan saya lah juaranya. tak susah kan? :D

mama selalu cakap bahawa saya tidur dengan hodoh sekali. Mulut ternganga, mata terbuka sikit. tapi saya tak percaya sebab dulu saya anggap diri saya sebagai tuan puteri. Dalam buku cerita sleeping beauty ada la gambar katun puteri masa tidur dan cara dia tidur begitu sopan. Jadi sepikir saya, saya pon tidur macam tuan puteri tulah. Padahal lebih terok. Bila mama tunjuk gambar masa saya tidur barulah tersengeh. Hehe

semasa rombongan sekolah tadika

suatu ketika dahulu saya teringin naik kapal terbang dan ayah pon berjanji untuk bawak saya naik kapal terbang suatu hari nanti. tunggu punya tunggu, ayah masih tiada perancangan untuk pergi makan angin kemana2 sehinggalah suatu hari saya demam panas. Ayah pulak naik risau. Sesudah sahaja demam saya dah hilang, ayah terus ajak saya dan mama ke “kek yel”. Apalagi qenyeh sampai ketelinga aih masa tu. Best naik kapal terbang.


Dari dulu sampai sekarang hobi saya memang suka ambik gambar. Oh ! maksud saya orang ambikan gambar saya. tapi masa tu tak digelar photoshoot tapi photoambiksendiri. Ya ka? Mana2 lah. Reka ja tu. Tapi masa dulu, kalau adik beradik ambik gambar tapi tak pelawa saya join, saya akan nangis. Sampai kadang2 kalau mereka nak ambik gambar terpaksa lari dari saja. Wah ! kejam sungguh. Kalau saya imbas kembali album2 adik beradik saya bersama sepupu sepapat saya, tak sah kalau tak ada muka saya.


Dah la tu. Saya dah tak larat nak taip. Tapi kalau cakap dah tentu macam2 lagi saya boleh cerita. Haha. Oke lah. Harap terhibur dengan gambar2 saya semasa kecil. byeeeee

Wednesday, 5 August 2009

banyak cerita donggggg

assalammualaikum, hi :)

uhuk2 alamak..... batuk la pulak. aku sekarang ni asyik batuk ja. tapi aku tak H1N1 naa, H2N2 pon dak. batuk, sakit kerongkong, NAK demam dan selsema bodo2 ja. tak la sampai selsema serius sampai hingus leleh ke mulut. dakkkkkkkk. aku tak la sampai tahap tu.

sebenarnya banyak aku nak posting pasai bla2. tak pa kot noh? tak marah kn? hehe

1) kelmarin aku takpi sekolah, sebab batuk. malam tu nina call yang esok kena pakai mask. pa lagi tak syok tak syok tak syok. cita2 nak jadi cikgu tiba2 harini kena jadi doktor sat. haha. kelmarin dalam pukul 6 tu aku keluar la dengan mama nak beli icing cupcake. pastu dalam perjalanan fuhhh power gila jerebu. mula2 aku ingat spek mata aku yang berminyak, rupa2nya memang betol la jerebu. terok gila2 sampai kereta sebelah pon nampak tak clear. mama pon bawak la slow2 takot excident ka. pastu sampai sana. beli itu beli ini balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

2) hari ni semua pelajar kena pakai unit uniform masing2. aku pon syok la sebab suka sungguh pakai baju kedet polis. depa pulak pakat kata aku segak bila pakai baju tu. pa lagi kembang sekolah aih. haha. tapi hari ni aku jadi dokpo. taw dak dokpo tu apa? hehe. dokpo tu doktor digabungkan dengan polis. jadi lah dokpo.


sampai sekolah terus pecut masok surau pastu bla22 dan masuk kelas. masuk2 cikgu dok edar kertas tanda2 H1N1 pastu ada la sikit2 dia terang kat kami semua. masa dia nak keluar kelas dia ada tanya sapa ada demam atau batuk2 bla2. pastu aku buat bodo ja. tak mau ngaku then camna tah tiba2 gatai pi batuk. adoii. cikgu pon ajak la pi pejabat suruh tepon mama mai ambik. aku ketegaq time tu. bantah ! konon sehat walafiat takmau dengar cakap cikgu. cikgu pon kata"bek pilah syifa oi. kalau rasa terok sangat mai jumpa saya". ngeh2. syok ! tak payah balik

masa BI aku batuk terok. uhap uhap uhap. teacher masa ngajaq pon asyik beralih kt aku ja. ada la budak2 peqak buih kalih sama. depa tak penah tengok orang batuk la kot. elok loceng bunyi untuk masa rehat terus aku cari cikgu. masa tengah cari tu kan ada la gak terdengar dua orang cikgu laki nih dok cakap sama2 depa sambil batuk2. depa cakap camni "saya la kan kalau kena H1N1, malam ni jugak aih saya pi bakaq ...........".

hebat cikguuu. ahhaa. pastu aku jumpak cikgu yang aku cari tu dan dya sruh pi tepon mama kat pejabat. masa dok tunggu mama kat tempat menunggu tu cikgu2 tutup abeh aih cermin2. kot2 kena virus batuk aku tu. amboi aihhh, rasa dipulaukan la pulak. terasa terasa, buat cam aku H1N1 positif. kuarintin pon dak. haish. dalam pukui 4 camtu mama mai ambik. tanpa lengah2 mama terus bawak pi hospital. check sana check sini abeh pastu balik umah.

3) balik umah sempat buat cupcake lagi. biasalahh mencuba bahan baru. ahah. tapi kali ni lagi best buat dan lagi comei. tikah ! kak sall ! syed ! adilah ! jangan jeles yewww. haha


wooo. dah habis pon bab chapter 3. mai nak teruskan dengan chapter 4 pulak. tapi tolong jngan kata aku perasan walaupon aku selalu perasan. tapi kali ni. memang aku tak perasan. ahah

4) bezakan di antara cinta laura dan gita gutawa. yang mana better? hueh2. aku suka gita lagi kot. tapi gita tombammmmmmmmmm. tombam sangat. aww. haha. laura comei? yaka? selalu orang kata opie comei lagi. tah ! opie pon aku taktau yang mana 1. tak kenai :)


tapi dekat sekolah budak form 1 dan form 2 pakat panggei aku laura. goshhhh ! tak suka. sama tang mna? muka ek? wow. i comel la ! haha. dak2. tah la. perangai kot. aaaaaaaaaaa. i gedikkk. haha. baru tau ka cik syifa yang u tu gedik. haha. tah2. suka gita lagi. go gita go gita. go drum go drum. hahah.

(mampoih la aku kali ni. sah lepas ni pakat masuk chatbox kata aku perasan) wekkk :P


dah habis. babaii. sori nah kedah sikit bahasa. tak larat nak guna bahasa buku dah.

Tuesday, 4 August 2009

oh bahasa sejati ku. muaaaahhhhhhhhh


Oh bahasaku warisanku

Setiap negeri ada bahasa yang tersendiri. teringin nak belajar bahasa negeri lain.

Orang key el kata MANGKUK TINGKAT
Setengah orang kata MANGKUK HAYUN
Orang tengganu kata TENONG
Yang best sekali orang utara kata SI’ aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Orang key el kata CARRY (duduk atas carrier basikal)
Setengah orang kata apa2 entahlah tapi masih lembut lidah
Orang tengganu kata KENDONG kot
Tapi yang best orang utara kata MOT

Apapun aku sayang bahasa warisan Kedah Jati Pure

Sebenarnya boring sangat2 sebab itulah aku tulis apa yang terlintas di kepala otak aku. Oh demam dan batuk2 kenapalah kau menawan diriku ini.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P