Tuesday, 31 March 2009

INI CERITA SEMALAM


Haha. Saya gelak. Bila memikirkan kembali kejadian semalam. Pasti perut saya akan menjadi riuh rendah gelak sekali. Semalam ada mesyuarat guru2, so tak berapa belajar, cikgu tak banyak ada. Oh! Boringnya. Saya dan ain merayau sahaja. Eh2 dak2. tak merayau pun la. Kami buat ulang kaji skit2 dan membuat rakan kongsi bersembang.
Mak ain tak dapat ambil dia dekat sekolah sewaktu balik. Jadi ain baliklah bersama saya. Hmmm. Kelas terakhir pun sudah tamat. Saya pun bergegas pergi la ke kelas ain. Rupa2nya dia tidak dilepaskan lagi. Tak palah. Saya pun tunggu. Jam sudah pukul 7 tetapi cikgu tu tetap tak bagi mereka keluar lagi. 5 minit selepas itu, barulah mereka dilepaskan. Rupa2nya, suma kena denda akibat tak hantar buku. Haha, kesian sungguh! Saya dan ain pun larilah sebijik macam orang kurang siuman manalah dengan beg pun berat. Setengah jalan saya terdengar orang panggil kami dan saya nampak Puan Om. Alamak! Takut, sebab baru2 ni ada kes budak perempuan balik 7.30 (ada projek kot). Tak palah, saya pun pergilah ke arah dia. Ternyata mama pun ada sekali. Haha, risau punya pasal kat anak dia sampai jumpa Puan Om tanya pasal saya. Pakcik guard pun turut turun padang mencari sama. Esh2, teruk2. mama cerita dia gelabah juga waktu tu dan terfikir untuk masuk ke dalam bilik air dan check setiap pintu, kot2 la saya jatuh ka apa ka. Mama pot pet la juga kat guru yang lepas ain lewat bukan sebab apa, sesi petang mana boleh buat macam tu kerana kesuntukan masa dan hari semakin gelap, sesi pagi takpa nak buat macam tu sebab masa masih panjang. Lagipun mama risau sebab di luar sekolah tak ada sesiapa lagi dah.
Pada mulanya saya rancang nak ajak ain ke rumah saya, tapi segalanya dah berubah. Mama pun terus hantar ain pulang ke rumahnya. Berakhirlah sudah kisah semalam.

No comments:

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P