Semalam, seluruh badan aku rasa sakit sangat2. Ini gara2 latihan silat pada hari Sabtu. Tendangan yang bertubi2 di belakang aku pada mula2nya tak rasa sakit sebab tahan nafas. Balik rumah berceritalah dengan bangganya kononnya tak sakit. Sepanjang hari aku tak rasa apa2 pun. Waktu malam jam 8.00, aku berchating ym bersama rakan seperjuangan aku waktu silat. Katanya seluruh badannya sakit yang tak terkata akibat terkena tendangan aku yang bertubi2 sebanyak 8 kali. Kesian,aku pun turut simpati akannya. Lebih kurang pukul 11.30 malam kepala aku pula terasa sakit teramat sangat. Badan terasa sengal2, rasa loya dan pening membuat aku tak dapat mencelik mata dan bercampuran hendak muntah. Mama memberi aku 2 biji panadol besertakan segelas air, sedikit urutan serta picit kepala dan dia sapukan minyak panas di badanku dan suruh aku tidur.
Keesokan harinya, seperti biasa aku bangun awal pagi, tetapi kesakitan kepala dan badanku membuat aku tak dapat duduk senang. Kaki dan betis macam digantung batu 30 kilo. Pening2 dan nak temuntah. Mata masih tak dapat nak celik. Aku pun menangis sehingga mama naik panik. Tetapi mama orangnya cool sahaja. Mama bancuh segelas milo dan suruh aku makan dengan roti untuk lapik perut sebelum makan ubat. Aku disuruh rehat, sementara mama pergi panggil jiran aku memang pakar urut (orangnya muda, cute tapi ada 2 anak perempuan yang comel2) memang tak sangka dia ni bidan.
Seluruh anggota badan aku kena urut semalam. Segala urat kaki dan betis dikendurkan. Yang mendasyatkan dan melucukan, kedua2 kami belahak macam nak muntah apabila kepala ku dipicitkan. Hampir sejam juga aku diuli macam roti canai. Akhirnya lega la juga. Rasa sakit dah kembali semakin sembuh. Dalam sejam begitu, baru aku perasan peha aku lebam2, tak tau la apa pasal. Ok lah, setakat ini saja coretan aku buat kali ini. Terima kasih si sudi membaca!
No comments:
Post a Comment