Hari ini saya kenalah menulis dengan menggunakan bahasa surat. Bukan dalam loghat Kedah tulin dan ringkas tulisannya. Bukan sebab apa, untuk tatapan kak Aizam Aiman agar mudah faham coretan saya.
Pada 2 Mac yang lalu saya dikejutkan dalam chat box saya dengan perkataan : “aizamaiman: dah pos. Dah dapat nanti bgtau ye. Tq.” Nak tahu tak siapa yang tulis? Itulah kak Aizam Aiman penulis buku novel yang terkemuka juga di negara kita yang tercinta ini. Saya merupakan di antara 2 orang yang bernasib baik memenangi hadiah sebuah buku keluaran terbaru beliau berjudul Sayalah Puteri Raja. Saya dah agak dah, jika pos 2hb, hari rabu 4hb mungkin akan sampai kot.
Macam orang mengantuk disurungkan bantal je. Tiba2 bunyi moto posman berhenti depan pagar rumah dan terus membunyikan honnya. Apa lagi, terlompat, terjeritlah saya seperti selalu, jika ada sesuatu yang excited atau sesuatu berita gembira memang saya macam nilah.
Terus saya meluru kepada pak posman “Nurul Syifa?” kata pak posman. “Ya ya” kata saya terus mengambil sebuah kotak berukuran lebih kurang 25 x 21 cm dengan ucapan terima kasih. Sebaik saja pak posman berlalu, sekali lagi terlompat2 macam kera kena belacan terus masuk ke dalam rumah.
Tak sabar2 lagi nak tengok isi di dalam kotak. “adoi! payahnya nak bukak kotak ni”. Sebenarnya bukan payahpun nak buka kotak ni, tapi kerana gelojoh dan tak sabar2 sangat tulah jadi macam ni. Wawwww, cantiknya, siap diikat dengan ribbon ungu, dengan eksesori2nya ‘berkegantungan’ sesuai dengan warna kulit buku yang sungguh cantik dan menarik. Terharu sungguh. Saya pun baca apa yang ada di luar kulit buku”Edisi Khas! Pop-up Harum dan Berkilau – Sayalah Puteri Raja! : Aizam Aiman”. Saya juga menerima sebuah buku kecil Petit Novel : Sayalah Bodyguard PM! – Aizam Aiman.
Disebabkan kesuntukan masa dengan waktu nak ke sekolah, tapi saya sempat juga membelek2 dan seperti biasa, habit saya yang tidak pernah lupa iaitu untuk bergambar bersama buku2 ini.
Saya rasa terharu dan ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih yang teramat sangat kerana menghadiahkan buku2 tersebut, padahal saya sendiripun tak sangka kak Aizam Aiman datang singgah ke blog saya lebih kurang sebulan yang lalu dan saya adalah orang yang bertuah sekali. Secara tidak langsung dapat mengenali kak Aizam Aiman dengan lebih dekat dan keluaran buku2 yang akan datang. Saya juga berdoa agar kakak berjaya dalam bidang penulisan dan mendapat sambutan lebih meluas lagi. Dan semoga Allah murahkan rezeki kakak dan dipanjangkan umur. Amin.
Nak kenal Aizam Aiman : www.aizam-aiman.bolgspot.com.
No comments:
Post a Comment