agaknya kerana badan panas kot buat gigi saya sakit sangat. rasanya dah goyang2. adoi sakitnya. nak cabut takut. tambah2 nampak doktor gigi, lagi menggeletar. nak cabut ka tak. baik cabut sendiri. goyang sikit2 macam selalu. lama2 tercabut juga. kebanyakan gigi saya masih gigi susu. Di bahagian depan atas dan bawah ja gigi kekal. tapi gigi susu pun jangan, sakit bukan main lagi. macam nak keluar hingus. nak makan pun payah. adoiii hai.
pernah dulu semasa darjah lima, saya takut nak cabut gigi di sekolah. jadi mama bawalah saya pergi ke klinik swasta. takut tu tuhan saja yang tahu. tunggu punya tunggu, nama saya pun dipanggil. selepas tu kena tunggu plak dalam bilik doktor punya la lama, dan saya juga terpaksa nganga mulut dengan jangka masa yg agak lama. cek pi cek mai, tiba2 nurse pun datanglah dengan sebatang jarum, dok layoq pula tu dengan tekanan yang memercikkan ubatnya nak junam ke gusi saya. alamak, menggigil gila waktu tu. akibat terlalu takut saya terus meronta2 tak mau dicucuk. apa lagi, dua tiga orang nurse pun tekan badan saya yg agak keras ini, termasuklah doktor. doktor pun naik geram la dengan perangai saya yg agak manja tu, mungkin dia lupa kot. dia tekan leher saya seperti mahu mencekik saya. saya pun lagi meronta la sampai terlepas dari genggaman doktor itu dan sekali lagi saya diberkas oleh kedua nenek kebayan yang menakutkan (nurse), mereka pakat pegang saya macam nak kena sembelih, hanya tuhan saja yang tahu situasi saya pada ketika itu. teriak mengalahkan baby yang baru lahir.
mama saya pun tak tahan tengok saya menangis, meronta, takut akan jarum terkena mata dan dengan keadaan macam tu, dia minta doktor hentikan peperangan kecil itu. apa lagi doktor pun terus naik berang, bebai tu tak terkatalah jika nak cerita. level kemarahannya pun tak silap saya sudah mencecah tahap gunung berapi yg sedang meletup. mama pun tarik tangan saya lalu keluar dari bilik yang berhantu itu dan dia cuma ambil ubat sahaja. yang nak jadi bahan ketawa tu ialah doktor tu tak puas hati lagi dengan saya dan dia datang dari belakang, terus dia cekik leher saya sambil berkata " niiihhh, apaaa punya teruk la, haish!", gurau doktor sambil berlalu pergi dan apabila berfikir kembali kejadian tu, saya akan ketawa dan senyum sorang2. memang ia agak lucu dan ia adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan.
Satu lagi kisah, tapi taklah kena mengena dengan kisah sakit gigi atau doktor gigi. ini berkenaan dengan takut doktor dan jarum juga. itupun semasa saya darjah lima. saya terpijak paku karat (agak serius). mama bawa la saya ke klinik swasta lagi sekali. satu tragedi yang sama berlaku. setelah nampak jarum, mulalah adegan yang menyayat hati. empat orang nurse termasuk doktor tekan saya yang sedang meronta2 macam nak kena sembelihlah juga. hampir setengah jam depa dok perosah saya sampai tudung kepala doktor dan nurse terbang. pecah peluh semuanya. masih tak dapat nak cucuk katakan. akhirnya doktor yang give up. doktor kata relek2 dulu. tarik nafas dulu. putaran jam berjalan hampir satu jam. akhirnya doktor yang penyabar tu pujuk dengan kata "takpa aih, rasa macam ketit semut ja!" sambil tangannya kutil lengan saya. akhirnya saya pun dengan mudahnya menyelak lengan baju dan terus membiarkan doktor menyuntik jarumnya. padahal bukan susah dan tak sakit sangat pun. bila saya dan mama keluar bilik doktor, semua mata memandang ke arah saya. mesti depa ingat perang apakah yang berlaku tadi dalam bilik doktor. baru nak tau rasa malu ketika tu.
sekali lagi saya akan menceritakan kisah ketakutan saya apabila bertemu jarum. begini ceritanya. semasa umur saya dalam lingkungan 8 atau 9 (kurang pasti) saya mendapat kad yang berwarna hijau yang tidak menarik langsung warnanya. dan membawa pulang untuk menunjukkan ia kepada mama dan ayah. keesokan harinya saya pun pergi sekolah bersama kad itu (sebenarnya saya pun tak tahu apa yg terkandung di dalam kad tu) dan serahkan ia kepada guru kelas saya. selepas rehat semua pelajar kelas saya dipaksa pergi ke bilik rawatan. setelah sampai di sana kelihatan seorang pelajar menangis di hadapan muka pintu bilik itu. tetapi saya endahkannya. malas nak ambil kisahpun sebab dia bukan rakan saya. masuk dalam bilik tu dan tut2 nama saya yang pertama dipanggil. dengan selambanya saya pun duduk lah kat atas bangku plastic dan memuji nurse itu seperti ini "nurse cantik la" (waktu tu muka x taw apa2 pun). tiba-tiba nurse yang saya puji tadi mengeluarkan sebatang jarum suntikan. apa lagi! terkejut berok la saya. terus melompat ke arah ustaz dan memeluknya rapat-rapat kerana terlalu takut. bila nurse tu hampiri saya, saya terus lari dan nurse tu pun mengejar saya satu bilik sehinggakan cikgu-cikgu lain pun turut mengepung. riuh rendah sekali keadaan ketika itu. habis berserak barang-barang kedoktoran saya tepis dan menolak meja ke arah nurse dan ustaz. saya dapat menembus keluar melalui celah kelengkang ustaz seperti anak tikus. panjat tingkap menjerit minta tolong ialah perkara yang dapat saya lakukan ketika itu. akhirnya ustaz dukung dan peluk saya. akhirnya dapat juga nurse tu menyuntik saya dalam keadaan meronta-ronta. tetapi sewaktu jarum memasuki isi lengan, saya menjerit sepuas-puas hati sampai semua orang terkejut melihat gelagat saya. dan ada juga yang datang menjenguk dari tingkap dan sebagainya.
Dah berlalu kisah tu, yang jadi masalah sekarang ni ialah sakit gigi berulang lagi. gigi dah goyang2. nak jumpa doktor gigi? nehi2. (hindustan la katakn) nampak gayanya kena jadi doktor gigi sendiri la pulak. tetapi saya ada petua yang bagus. dan kalau nak cuba boleh jugak :D
makan durian banyak2. kalau boleh makan durian kampung. lagi power. hembus dan belahak banyak2 kat muka sapa2 yang cepat naik angin, pastu suakan pipi ke arahnya dan biarkan ia menyepak/sepak sehingga gigi tercabut.
apa2 pun gigi saya masih sakit, adoi sakit, mama oooiii, sakit, sakit, sakit. telan ponstan sebiji, barulah kureng sikit. bertahanlah sampai tercabut gigi.
1 comment:
cabut je la gigi tu..... selagi x cabut.. selagi tu le sakit nye... huhuhu.....
Post a Comment