Tuesday, 10 March 2009

OH ANAK BURUNG!

Aku geram sungguh bunyi bising anak2 burung kat atas pokok pinang sebelah bilik aku. Aku tau depa memang lapar. Mak depa pi mana tak tau? Biar anak2 qeriau hampir setengah jam dah. Aku nak tidur balik pun tak boleh. Haishhh. Eeeeeeee geram toi la. Last2 aku ambil keputusan aku nak panjat pokok tu. Bukannya tinggi sangat pun, lebih kurang empat kali tinggi aku ja. Akupun panjat la. Yang herannya badan aku ni memang ringan, tau la batang pinang besar mana, agak2 besar betis aku ja dan pokok tu tak melentok pun. Sampai di kemuncak pokok, aku nampaklah sarang burung. Tak taulah burung apa2tah. Ada tiga ekor semuanya. Comeinya, mulut tenganga2 nampak lidah, memang lapar. Akupun bawa turunlah seekor dulu. Yang di atas pokok tu masih dok bunyi lagi. Risau ngat aihhh. Seekor demi seekor aku bawa turun. Aku masukkan ke dalam kotak yang dilapik dengan kain tuala. Aku suap dengan pisang emas, pastu sulam dengan air. Terpejamlah mata anak2 burung tu. Hah! Diam dah, mengantuk kot. Pastu yang seekor lagi tu, yang ada warna kuning kat atas kepala nakal sikit, dia bunyi pulak dah. Macam2 cara aku buat nak bagi dia diam, tapi tak berhasil juga. Aku pegang dia rasa macam nak picit2, bunyi lagi, lagi, lagi dan lagi. Oleh kerana terlalu bising membuatkan aku terkejut dan terjaga, ya Allah!!! aku merepet ka. Tapi pasaipa masih dok dengar bunyi anak burung? Memang betui la ada anak burung? Tercari2 aku di mana. Bunyi dekat sangat dengan aku. Kat mana hah? Satu katil aku cari, selak selimut, selak bantal2, kerosek celah tilam, selak cadar katil kot2 ada bawah katil, aishhh. Tak dak pun. Dok bunyi2 lagi. Last2 barulah aku terperasan, tau dak bunyi kat mana anak burung tu? Memang sebijik bunyi anak burung. Rupa2nya hidung aku yang tersumbat yang bunyi “ciiittt, ciiittt, ciiittt, ciiittt, ciiittt........” hahahahaha, aku gelak sorang2 macam orang gila lagi. Haru biru goh! Ni la akibatnya tidur balik selepas sembahyang subuh.

No comments:

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P