Monday, 30 March 2009

KALI KE-3 (30 MAC 2009)


hari ini kewajiban saya sebagai pelajar berjalan dengan lancar. di sekolah tiada haru hara langsung. ini semua kerana 2 orang makhluk asing tidak hadir ke sekolah pada hari ini. hati saya berbicara kecil sambil beriang-ria "ohh, riangnya hari ini. x payah lihat si muka 2 orang makhluk asing tu" syukur alhamdulillah Ya Allah, ternyata kau memang hendak mengembirakan aku pada hari ini.

ujian pertama di sekolah saya telah berlangsung dan sekarang hanya menunggu detik-detik menggerunkan iaitu bulan 4, bulan ujian buat kali ke dua. oleh sebab itu, saya hanya tahu memberi tumpuan 95% di dalam kelas ketika guru mengajar. selepas habis kelas maths, saya terus berlari mengejar cikgu rohana dan meminta bantuannya agar saya dapat mengulang kaji bersamanya pada waktu solat asar. oh kawan2, jangan kamu salah anggap. bukan saya dan cikgu rohana tidak mahu berjemaah bersama tetapi kami ada masalah tersendiri.

loceng pun berbunyi. ia menandakan tibalah waktu solat asar. saya pun berlari anak ke tempat cikgu rohana di bilik guru besertakan 1 buku text dan 3 buku latihan maths. duduk dan berbincang bersamanya sehingga tamat waktu sembahyang.

kemudian terdengar announcement dari pejabat bahawa ada perhimpunan khas akan dilangsungkan dan kami diminta pergi berhimpun di court badminton. mendengar leteran dari puan om sangat membosankan malah juga kami terpaksa berhimpit di lokasi yang sempit dan panas. pukul 6.45 pintu pagar sekolah dibuka. pelajar cina lelaki berebut2 untuk keluar dahulu. melucukan betul :))

balik kerumah saya terus menuju ke bilik air dan mandi. setelah abis memakai baju sikat rambut, saya berasa ingin mengulangkaji apa yang diajar oleh cikgu tadi dan saya pun membuka buku maths. al maklumlah, ujian sudah dekat. saya nk lulus! (haha, sedikit kepulonan) dalam beberapa MINIT kemudian saya menutup buku dan berjalan menuju ke komputer dan cuba on9kan myspace. ternyata ia berhasil. hari ini internet tidaklah merajuk lagi.

sejam kemudian, mama datang kepada saya dan membawa sepasang baju kurung berwarna pink lembut yang agak comel (sesuai untuk kalangan remaja seperti saya). oh rupa2nya baju itu dibuat oleh mama untuk saya. terima kasih mama. oklah, itu sahaja. saya beredar dahululah wahai si rakan pembaca. dengan ucapan terakhir buat posting kali ini ASSALAMUALAIKUM.

2 comments:

.aisyah.fatihah. said...

dy boh gmbaq edward gak norh. aik! btuah aril sbb dkelilingi peminat pompuan yg comel2 such as nurul syifa bt. majid.

chapter 14 said...

hahah. dak eh. dya pon comel. 2 sbb syamil ska

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P