Sunday, 15 November 2009

jatuh cinta lagi

Macam mana ya kalau rasa dilamun cinta? Best ka? Hehe, I nak ada cinta jugak. Aku minat dia. esh ! awat bahasa gila gedik taktau. Tadi aku ada nampak sorang mamat ni. Masa tu aku dok tengah tengok tv tapi macam mana taktau leh ternampak dia. jatuh hati terus, ohhh buah hatiku. Aku memang jatuh hati kat dia sangat2. yala, cinta monyet la katakan. Nasib tak jadi berok ja gi. Mamat ni memang hot la kot. Pi Tanya kat girl2 lain. Sure banyak yang kenai. Search gambaq dia kat google belambak keluaq. Aku pon yesss ! suka la sebab senang nak ambik satu beda buh dalam dompet or nset aku. nanti kalau boring boleh usya2.

Aku suka dia tapi aku terlalu takut nak luah perasaan aku kat dia. memang sure dia buat tak layan punya. Biasalah budak nsem. Girl lain yang lagi cantik dari aku pon dia tolak tambah la aku. penah la berapa kali dah dengar suara mamat ni. Suara dia unik sangat. Aku suka suara macam tu. first time dengar dalam hati dupdapdupdap. Umur dia tua setahun dari aku ja. aku rasa masalah umur tak ada kan? Hello, beza 1 tahun ja oke.

Sekali tu nampak dia dok senyum dengan girl lain. Girl tu comei gila :’( sedih kot. Aku jeles. Yaaaa walaupun tak dapat dia tapi perasan suka aku ni tak akan berubah la weh. Dia sekarang dok text girl tu kot. Omg ! kenapa dia tak text aku? nak text macam mana la kan. No phone pon tak ada hehe. Bayangkan kalau dia mintak no aku. aku melompat jala kot. Dah la minat dia gila vavi <333333


Nama dia Justin Bieber. Oke anda terkena bacaan hangit. I love you weh. Hahah.



Kalau hampa semua tengok video yang atas ni baru hampa semua faham maksud aku yang dia text girl tu, dia budak hot, macam mana aku boleh ternampak dia di tv, kenapa banyak girl kenai dia, gambar dia belambak dekat google, kenapa dia tak akan layan aku, dan bla2. pandai2 cari.

Dan demi dia aku ada buat satu benda khas buat dia. oke Justin sayang. U suka tak? Hehe



Bila baca entry aku hat ni serius nak termuntah. Kegedikkan sangat menonjol. dan satu lagi, dengar lah lagu bf aku tu yang bertajuk ONE TIME. Lirik lagu tu memang dia kata kat aku okeeee.

Friday, 13 November 2009

budak pakai baju sekolah

exam dah habisss, mood freedom. sekarang rasa macam nak pi sekolah ja tiap2 hari, yalaaa. cikgu tak mengajar. kami asyik main uno card ja. serius best. aku asyik dapat no 3. baru sekali dapat no 2. bila tak ada cikgu apa yang patut buat? ambik gambar sebagai kenangan? oyeahhhhh. mari tengok gambar2 yang bakal jadi kenangan.

hari ahad, kena pulangkan buku teks, wooo. sesi petang kena mai pagi. tapi sat ja pulang buku lepas tu kena dok dalam dewan ada ceramah. penceramah tu best gilaa, pandai bagi kami semua nangis. memang ramai la menangis masa dalam dewan tu. kebanyakan anak melayu la. cina dengan india ada la jugak sikit. hari isnin pulak kena exam sekali lagi dan selasaaaaaaaaaaaa FREEDOM BEB


ni muka budak nangis tapi dan ambik gambar. pulunpulun


hari selasa, nina ada jamuan pengawas. azah ja tak join. aku pon tak join. mana boleh join sebab bukan pengawas. nina memang bawak camera dah. so aku pon bawak tapi camera pink yang dulu tu ja. sementara tunggu nina balik serius best sembang dengan azah. pikah asyik gelak. aku lagi la gelak sampai gigi pon naik jongang dah. bila nina dah sampai sekolah baru kami ambik gambar sana sini. cemuih tu tak rasa langsung. kebetulan hari tu dapat buku teks untuk tahun depan.

muka budak bakal form 3. hehe


haikal dengan azim. haikal tu kawan dari kecik. kadang2 kalau dia kacau aku rasa macam nak bagi sepak kat dia. azim pulak budak diam dalam kelas tapi kalau kenai dia betoi2 otak dia paling lingkup.
memperkenalkan, syed bakaq abu ataupun syed abu bakar. dia panggil aku pembuli. dia memang dah lama tak puaih hati kt aku.

azah, si cantik jelita. kawan dengan dia gusi tak kering. sure punya !

pikah comeiiii, pipi dia macam fishball. sedap kalau cubit hehe.

haikal dan syed, tengok tu. syed tinggi gila. aku dok bawah ketiak dia. dia angkat tangan, bau hangit weh !


azim pulun, apa ni wehh! curang2. haha


hari rabu, hari tu sebenarnya kena pakai baju uniform tapi disebabkan kami terlalu RAJIN, kami hanya pakai baju pj. malas nak pakai baju kedet polis. panas la.

azah dengan cik syipak. suka gila gambaq ni kot

azah dengan nina mylove



azah dengan pikah, azah curi spek aku. mana bolehhhh..............

nerd kan kan? tekan tang gambaq kalau nak pebesaq

candid. heee. suka :X


i love you guysss, ampa terhebat. mana sayang hampa pon :XXXXXXXX

hari khamis, sesi petang kena pi pagi, tu pun 4 kelas form 1 dengan form 2 yang kena pi. ada hari anugerah kokurikulum. lupaa, hari tu aku bawak camera gemok sikit. serius best. kebetulan bihun sup hari tu pon sedap. erghhhh ! lapaq :'(


gambaq diatas kalau tak puas hati sebab kecik, boleh tekan tang gambaq tu. nanti jadi besaq.



uuuucakkkkkkkk, aum !


dagu belemoih. tak caya tekan tang gambaq tu










okeee, i love you semuaa. sayang buku teks form 2 dengan tahun 2009. form 2 tahun paling gempak :D

Wednesday, 4 November 2009

tak best pon


Aku dan mama dalam perjalanan ke Alor Star untuk menghantar baju tempahan kepada kawannya. Di pertengahan jalan, tiba2 kawan mama telefon, suruh mama tunggu kat tepi garden sebelah stadium. Sesampai di tempat yang dituju, orang yang ditunggu tak sampai2, mama pun mulalah tutup aircond, bukak cermin dan pintu kereta, sembang punya sembang, akhirnya kawan mama pun sampai. Selesai semua, aku dan mama terus ke Pacific Malls untuk beli sesuatu. Mama turun dulu, yang aku masih tercari2 sesuatu tak jumpa2. jengok habis bawah kusyen, cari punya cari bagaikan nak rak, akhirnya baru aku ingat, kasut aku tertinggal dekat tempat tadi (semasa bersembang, kaki aku dok kat luar keta). Nah aihhh. Naik keta tak pakai kasut. Apa lagi, terus bergegas ke tempat tu semula. Tok sah dok kata apa la, mama pot pet pot pet sampai sakit pala. Nasib baik jumpa. Kasut aku dok tersusun elok di tengah2 kawasan tandus dan gersang. Nasib baik tak hilang.

Ini adalah gara2 mama aku tegur sepasang selipar yang masih elok lagi ditinggalkan oleh mana2 orang di tepi jalan semasa aku dan mama baru nak mulakan perjalanan ke Alor Star. Agaknya semasa orang tu nak naik bas atau teksi kot kot je nah, mungkin terlupa ingatkan nak masuk rumah kot (dalam otak dok ingat rumah la tu), maka ditanggalkan selipar (yang pasti semasa turun bas atau teksi tentulah tercari2).

Satu lagi, semasa balik dari sekolah, waktu tu lapaq nasi tak sangga dah, mata dah naik kelam, terkam punya terkam ternaik kereta orang lain yang sama jenis, sama warna. Masuk dok elok dah baru perasan tersilap keta. “Oppps silllaaapppp” dua perkataan yang terkeluaq dari mulut aku. Alamak, malunya aku, tergelak sampai nak terkencing aku dibuatnya. Yang lucunya, pemandu kereta tu tercenggang2, tak terkata apa2. Terlopong mulut. Awat tak terkejut, sepatutnya budak lelaki yang naik kereta tu tiba2 aku yang naik. Mana tak terkejut. Mampuih gak. Yang mama dok perhati dah. Sah aku naik kereta orang lain. Dia dok gelak sorang2. setelah masuk kereta aku, apa lagi, aku renggah gelak semahu2nya (biaq pi orang kata aku tak sopan pun). Lawak gila kot petang tu.

Wednesday, 21 October 2009

KAWAN ?


Assalamualaikum, hari ni aku nak post topic berkenaan kawan.

Kawan? Kawan tu sebenarnya macam mana? Kawan tu teman yang dok main masak2 or tembak2 tu ka? Yang tu? Esh ! aku taktau la sama ada aku ada kawan setia ka dak. Hampa kawan setia aku ka? :|

Aku nak cakap soal kawan ni tapi isu2 yang macam ni cukup sensitive kot. Takut2 satg ada yang terasa or apa2 dan kalau aku tersalah anggap jadi len pulak. Tadak pasai hampa semua kata aku bodo sombong. Hmmm.



1. DIA BENCI SAYA TAPI SAYA SAYANG DIA

Mula2 kenai lepastu jumpa sekali terus rapat. Dia ni memang cun la. Aku first time tengok muka dia rasa macam “eshh. Aku tengok manusia ka ni. Awt segak sangat” serius weii. Masa mula kawan dia oke sampai la. Kami pernah bergaduh sekali tapi aku taktau kenapa tiba2 dia takmau kawan dengan aku. Aku hantaq msj, call dia tak layan. Aku sampai nangis2 kenapa dia buat macam tu kat aku. Apa salah aku sampai dia buat macam tu sekali. Aku punya la tebai muka berapa puluh lapis pon taktau la dok buat baik kat dia tapi dia haram tak bagi respon.

Tapi lepas bapa minggu tu dia oke balik. Dia mintak nak kawan balik. Aku pon on ja. Lepas tu aku nak tenteramkan jiwa. Takmau dah pikiaq. Aku dah ingat dia pon mau kawan balik dengan aku. Tapi tak apa la, kami kawan biasa saja. Kami dah tak rapat macam dulu. Tegor-menegor bila perlu saja.

Persoalan kenapa dia marah aku masih tertanya2 dan dinantikan. Aku hanya menunggu dan sabar sampai beberapa bulan lepas tu baru segala persoalan telah dijawabkan.

Rupa2nya dia takmau kawan dengan aku hanya berpunca dari orang lain. Ni kes tiru aksi. Salah sangat ka? Boleh masuk jail ka? Aku tak paham sungguh. sedangkan aku tak perasan dan tak bermaksud langsung. Tapi aku tak berapa ambil hati sangat soal tu. Aku sedih kerana selama ni aku bangga kawan dengan dia, aku puji dia dekat kawan2 aku yang lain hanyalah sia2. dia selama ni kutuk aku kot belakang. Sumpah sedih. Dia kawan yang paling aku suka. Tetapi kawan yang aku suka tu hanya berlakon sahaja di depan aku. Malah belakang aku perasaan benci dia membuak2. aku tak sangka dia sanggup berbuat demikian. Tapi aku ada ALLAH. Sekarang persoalan yang sudah lama dikunci telah dapat dibuka.



2. KAWAN BARU SAYA HIPOKRIT

Ada la beberapa orang kawan2 dekat sekolah. Aku mengaku aku rapat dengan nina. Aku orang baru dalam persahabatan hampa semua tapi aku ikhlas nak kawan dengan hampa semua. Aku mana ada orang lain dah selain hampa semua. Tapi hampa semua tak berapa nak mau kawan dengan aku.

Aku dalam kelas kawan dengan nina, duduk dengan nina. Kalau ada apa2 berita cerita kat dia la. Tu pon tak semua, sikit2 ja. Aku takut dia tak suka dengar cerita2 aku. Tapi soal nina aku tak kisah sangat. Dia oke dekat sekolah.

Tetapi aku terasa dengan orang lain. Riak wajah depa aku dapat agak yang depa tak suka aku. Kalau sembang depan bukan men elok, tanya khabar la bla2. cuba kalau aku kalih belakang sat ja. 5 minit cukup la. Mula la ada mulut muncung la, senget la. Mengata aku latu. Tapi cuba masa depa dok buat mulut aku pi kalih belah depa dan2 senyum lebaq sampai nampak gusi.

Aku selalu terhegeh2 nak buat sembang2 dengan depa tapi sapa pon tak layan aku. aku cuba buat lawak tapi sorang pon tak gelak. Tau la lawak aku tak selawak mana pon tapi sekurang-kuranya ambik la hati aku. Aku pun manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Masa sembahyang aku terpaksa bergegas ambik air sembahyang, pakai terlekung. Aku kena cepat takut satg ampa semua duduk segeng la. Aku hampa pulau duduk belakang sorang2. aku penah terlewat sat ja. Hampa pi duduk saf pertama. Aku duk saf kedua. Sengaja nak tengok perangai hampa, nak pelawa aku dok dengan hampa ka dak. Padahal sebelah hampa semua tu masih banyak ruang lagi. Hampa semua sengaja tarik orang lain mai duk sebelah hampa. Awt? Takut sangat ka aku sembahyang sebelah hampa? Sapa tak terasa. Salah sorang dari hampa dok kalih belakang tengok aku. Nak padan muka la tu. Tau sangat. Dia ingat aku tak perasan dia tengok aku. Aku pun senyum la dekat dia baru dia terkejut sambil senyum tegopoh-gapah, lepas tu terus kalih depan.

Kawan ka lagu tu? Ataupun aku ja yang anggap hampa semua kawan aku. Hampa tak anggap aku sebagai kawan hampa pon. Banyak lagi kalau nak bagitau apa yang aku terasa lagi. Takut tak larat baca ja. Aku pon tak larat taip panjang2. tapi memang aku terkilan dengan perangai hampa semua. Nina ja dak. Dia oke dengan aku. aku takut kalau dia marah aku. aku dok jaga hati dia ja lani :’(

Kadang2 kalau nina tak pi sekolah aku pun rasa takmau pi sekolah. Yalah, nina ja yang mau kawan dengan aku. sebab hampa aku malas pi sekolah. Tengok muka hampa yang tak ikhlas buat aku tak bersemangat nak belajar.



3. KEMANA HILANGNYA PERSAHABATAN KAMI

Aku ada la sorang kawan yang comel. Dia baik. Kami selalu main basikal sama2. Minum susu lembu sama2. main hujan sama2. ada skirt yang sama. Kalau ibu bapa kami beli apa2 mesti beli untuk kami sama. Suka gigit orang sama2. ada skirt Barbie yang sama. Bilangan anak patung Barbie yang sama banyak. Sama2 comei haha. Baju mandi yang sama warna dan corak. Kasut lampu yang sama dan kasut roda dan macam2 lagi. Gambar kami pon masih ada la ni. Dari baby sampai besar. Gambaq kami berdua sambil berpeluk2. mama penah cuci gambar tu bagi jadi big size dan letak dalam frame and taruh atas almari tv di ruang tamu.

Kami masa kecik2 dulu suka main masak2 guna unggun api. Bakar surat khabar betoi2. tak padan dengan umoq 5 tahun masa tu. Penah sekali aku tak mau kawan dengan dia sebab apa entah la, lupaaaaa. Dia marah dekat aku sebab aku takmau kawan dengan dia. masa aku mandi, dia ambik la kasut baru aku lepastu dia tanam dalam selut. Satu lagi dia sembunyi dalam reban ayam. aku punya la nangis sebab tu kasut kesukaan aku yang baru dibeli. Aku mengacum dekat mummy dia sehingga dia dimarahi. Heeee. Padan muka. Budak2 lagi masa tu.

Tapi sekarang tak tau la apa dah jadi dengan hubungan kami. Kami saling tak bertegur sapa, Cuma hanya lihat gambar masing2 melalui myspace saja. Tu pun kalau la dia lihat gambar aku. entah2 aku saja yang pulun lihat gambar dia. dia sekarang makin cantik. Jauh berbeza dari aku. kulit dia putih, aku dak. Rasa rindu dekat dia. kenapa dia tak tegur aku? aku add dia tapi dia tak app aku. sedihnya. hmmmm. Nak buat macam mana. Aku tak layak berkawan dengan dia. tak setaraf.

Monday, 19 October 2009

cikgu baru maths


assalamualaikum

sekarang ni aku tengah cari cikgu sukarela yang boleh ajar aku maths. serius kepala otak dah jadi batu bila tengok nombor2. tolun tolun. ni bukan cobaan, ni betul2. gaji aku bayaq la. ini bukan men2 nah. kalau ada yang sudi. sila bagitau. memang perlu buat masa sekarang. sat ja. dah nak final exam. takot2.

budak yang baru lepas pmr tu jangan dok buat sombong nah. mai ajaq aku la pulak. toksah dok kedekut ilmu. hehehe. hampa semua baik kan?


dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P