Monday, 16 May 2011

bersama kakak-kakak

Salam, lamanya tak tengok blog. Kali ni bukan stakat berhabuk ja tapi sampai berlumut sekali ooo. Erhkkk hyperbolanya. Tapi takpa, aku dah tukaq background dia. Kali ni warna hitam. So, tak la nampak kotoq sangat nanti. Haha ingat ni baju ka noh? So macam mana? Ok dak? Gee

Well, minggu lepas aku asyik dating dengan kakak2 ja. Semua tua dari aku. ehem, dah nama pon kakak kan. Kalau yang ada misai, tu kira abang. Apa ni apa ni. mereng apa ni !

Disebabkan aku tak ingat hari dah tarikh, aku cerita tak pakai tarikh ja la nah. Kalau dak sebelum ni kan syifa majid suka post blog guna tarikh

Pada hari ____ (fill in the blank) minggu lepas. Tengah aku tidoq tepi kaki mama, macam mana tah boleh mimpi sampai qenyeh time tidoq. Mama la cerita, ahaha malu. Then tiba2 ada orang call, tengok2 kak aliah yang call. Me was like what the hell she want from me. Sapa yang nak rampas boiperen dia. Nak serang aku ka ni? well, I’m too dramaqueen. Sorry guys. Sebenaqnya aku heran la kenapa kak aliah call. Rupa2nya dia nak ajak pi shoot. Huhu segannyaaa tapi aku ni jenih tak suka tolak kalau orang ajak jumpa. Lagipun rindu kak aliah. Then aku ajak amy sekali. Sampai kat tempat shoot tu rupa2nya mak aihh banyak gila photographott. Macam nak qengau kak aliah ja time tu. Aku ingat ka kami shoot kami2 ja. Rupanyaaa weiii sumpah aku mengamok macam hulk. Aku sepak pintu kereta sampai kemek. Alahh, nampak benor nipunyee~~~

Yang aku dengan muka ketatnya pi posing macam oreng tak tahwan. Dah la tudung tak jadi T.T. amy pon sama laa. muka dia pon jadi ketat jugak paa. Aku tak shoot sekali dengan dia. kami asing sebab photographer lain2. hmm, nasib la ada yang nak ambik aku jadi model. Ramai oo pilih amy. Dia hot setaff.

Then habih dari shoot apa semua tu kami pi tasek. Memang saja pon nak buang masa kan. Dah la aku dengan nak exam. Adoii. Tapi seriously best lepak dengan kak aliah, kak nurul dengan kak ummi. Depa awesome. Tak larat nak gelak bila duk dengan depa. Tambah2 kak ummi. Haishh, kelolo gila haha. Kak nurul tu actually from Indonesia. Dia belajaq kat Malaysia. Haha dia pon boleh gagah duk buat lawak dengan cakap kedah pelet indo. Sumpah lawak. Dah la muka macam hana tajima. Dah dah. Aku tak larat nak taip. Banyak lagi aku nak taip. Tengok gambaq dulu okayyy :D tapi yang sedih aku masih tak dapat gambaq masa shoot tu. adoii. takpa lah. pasrah :(


meet kak fathin dengan baby comellll

hooo sesukaaa


amy, kak aliah, me and kak nurul





Then esok tu pulak aku call teah suruh mai rumah ajaq math. Study punya LAMA tetiba kak fatin call nak ajak teah pi asyik. Me was like ok foinee, takmau ajak I pon tak kisahhh. Tengok2 dia ajak aku sekali. Muehehe syokk ni. mama sempat bagi depa rasa cupcake perisa nenas buatan dia. seriously, aku taktau nak bagi berapa percent sedap dia sebab aku suka yang blueberry lagi. kat tasek kami tak pi mana pon. Duk atas bulatan tu sebab2 kosong pa. see kosong ja pon. Tak padan dengan keluaq. Dah la esok tu exam T.T. tapi yang most important you should know kan, time tu anak doktot rozmey ada dekat tasik with his bodyguard. Alahh, tak kisah pon dia duk usya2 kami sebab dia nsem. Tak macam pak dia. skema lebih. Hahaha. Ok then tengok gambaq ja kayyyyyyyy

kak fatin ja comei. kak teah dak

depa hyper sebab time ni anak dr rozmey duk usya2


rinduuu

poloqoid



Baru2 ni buat pertama kalinya saya dating dengan kak sheera, kak arifah dan kak anis amalina. Tambah lagi sorang si syah toek. Dia tu jumpa banyak kali dah. Hehe. Depa mai rumah minum ayaq. Then aku ikot depa pi sambung lepak dekat rumah kak arifah. Wohoo, besauu gila lah rumah dia. laman dia luaihh. Kat rumah dia, kami tak banyak buat aktiviti pon. Cuma ambik gambaq ja. Ambikkkk banyak sungguh gambaq. Hehe. Lepas tu aku balik kak anis yang hantaq. Sebelum tu kami singgah pi print gambaq. Wihii best. Lani jadi hobi la pulak. Album aku lawa oo. Aku lekat2 banyak gambaq2 time pi shoot. Serius sukaa :D apa2 pun thanks kak anis sebab sudi mai ambik dengan hantaq. Kat kak sheera thanks jugak sebab sudi buang masa bagi gambaq dekat ym. Kak arifah pon thanks sebab buat ayaq. Kat syah thanks sebab mengalah duduk belakang dalam kereta. Haha. Apa pon thanks thanks. Syok dapat kenai hampa semua. Awesome !!

from left : kak arifah, kak anis, kak sheera and kak syah

me like this one :D

L.O.V.E












Ok lah, ni pon cerita basi sebenaqnya. Disebabkan thra tua dari aku setahun maka dia pon tergolong sebagai kakak. Haritu saja la pi ambik thra. Disebabkan rindu dekat adilah sangat2, aku pon ajak dia sekali. Ingat nak pi shoot tapi malangnya hujan. Kesian thraa hmm. Pastu abang najib cadang nak buat dekat tempat equin. Nasib baik dan jugak ambik gambaq tu pun sat ja. Ni lah hasil dia



hai thraa :)






Ok, itu sahaja. Tau memang entry ni boring. Sorry, nak buat macam mana ceq tak pandai buat lawak. Nanti aku update pasai hari ibu nah. Kami pi celebrate. Nanti lah nanti la. bubyeee

Friday, 29 April 2011

Gadis Bertudung


Hai hai hai. Hmm, dah lama aku tak update blog. Sebenaqnya aku taktau nak update apa. Tapi harini aku nak beranikan diri untuk ngaku sesuatu. Yaa, aku rasa malu. Aku rasa macam kena ludah balik. Tah laa. aku harap orang yang baca entry kali ni boleh pikiaq positive pasai aku. jangan lah salah sangka.

Mohon maaf dan ampun sebab syifa majid dah tak macam syifa majid yang dulu. Syifa majid yang dulu, hampa boleh kenai dia sebagai gadis bertudung. Memang dalam facebook gambaq dia semua pakai tudung tapi kalau tag photo. Maybe ada gambaq dia yang tak pakai.

Hmm tah laa. aku takmau la buat terok dan besaq2kan benda ni tapi aku pon rasa bersalah sebenaqnya. Aku mengaku baru2 ni aku free hair. Jumpa aina di cp. Erkkhh. Mula2 ingat tak terkantoi dengan orang. Serius aku rasa macam segan gila. Jadi bersalah dan malu gilaaaa. Pastu baru2 ni pon ada beberapa gambaq aku yang tak menutup aurat. Haishh, jadi pelik aku lani.

Dulu2 aku tak pakai tudung. Tu zaman friendster. Siap upload gambaq pakai singlet ja. Besa laa. un matured time tu. Bila masuk myspace. Dah koi pakai tudung. Yang boleh pakai pon sebab rambut aku buruk. Cina salah gunting. Rambut aku jadi pelik. Pendek lain macam ja. Mula2 tu niat lepas rambut dah okay takmau pakai tudung balik tapi bila dah orang pakat kenai aku sebagai gadis bertudung. Aku kekalkan imej aku.

Bila aku bergaul dengan orang tak pakai tudung, aku jadi tak pakai. Awat aku mudah sangat nak ikot orang. Sepatutnya aku kena pertahankan cara aku sendiri. Bukan ikut cara orang. Rapuh gila iman aku. Aku tak kata kawan2 aku dorong aku buang tudung. Amy pon marah kalau aku tak pakai tudung. Sebenaqnya diri aku sendiri yang takmau pakai. Mama lagi marah kalau aku tak pakai.

Aku rasa macam dah permainkan tuhan. Sumpah aku taktau apa nak jadi dengan aku. demi Allah aku rasa bersalah dan malu gila. aku malu dekat semua orang lebih2 lagi dengan Allah. Aku mintak ampun dan maaf sangat2.

Terus terang sekali ja aku pernah free hair. Tu pun time keluaq dengan amy, leeya dengan kak nana apa semua. Malam tu balik rumah, memang kena serbu jugak la dengan mama. Then aku duk ambik gambaq dengan leeya tak pakai tudung. Dulu teah yang duk jadi tukang upload gambaq aku tak pakai tudung. lani hmmm

Weiiiiiiiiiiiiiii, sorry sangat2. aku takkan buat dah benda gila macam tu. Sat pakai, sat tak pakai tudung. aku menyesal buat macam tu. Kalau nak pangkah aku pon, pangkah ja. Memang aku salah. aku pon rasa bersyukur gila sebab bila aku buat salah ada lagi orang yang tegoq aku. sekali lagi aku mintak maaf. Aku takott :’(

Sunday, 10 April 2011

penumbuk maut


Salam, maaflah cikgu2 dan kawan2. saya tak pi sekolah harini. Puaihnya tidoq. Mueheh. Aku bukan sengaja takmau pi sekolah. Sebenaqnya mata aku sakit weii sampai lebam ! :’( Hmmm. Nak tau ka kenapa mata aku boleh jadi macam tu? Yalahh, bila terjadi perangai unmatured. Aku lahh, gatai pi cari pasal dengan samseng sekolah aku. sekolah aku memang gangster sikit student dia. Kisah sebenaqnya macam ni..

Semalam kan ada perlawanan bola dekat sekolah aku. kira ramei laaa cowok cowok yang dateng ! hek hek. Then aku pon gatai la pi tengok depa main bola. Memang gediks gilee kan? Sepatutnya perempuan kena la tolong mak lipat kain, bukan pi tengok orang main bola. ESH MASALAHNYA AKU DEKAT SEKOLAH. BUKAN DEKAT RUMAH. MACAM MANA NAK LIPAT KAIN :DDDD. Oke oke. Merapu dah. Balik kepada cerita… time depa duk main bola tu, tak silap sekolah mana tah. Aku kutuk sorang budak ni dekat kawan2 aku. serius aku cakap pelan ja. Rasa2 macam orang tak dengaq. aku kata “esh muka tak handsome. Then duk wat pala pasaipaa. Mai sekolah orang buat cermat la sikit. Tak padan dengan dia nak kuih bahu aku mintak nombot telipon”. Tapi time tu memang ada la geng form 5 perempuan yang spesis suka pukui orang duk sebelah kami. Aku pon boleh terkata macam tu sebab sebelum game start, budak laki tu duk main kuih bahu aku. rasa macam kurang ajaq dak? Kenai pon haram dak tiba2 mai sentuh. Cisss tadak guna.

Waktu rehat, aku saja lalu kot block form 5. time jalan tu aku terdengaq macam ada sora budak pompuan duk panggil betina. Aku pon kalih la kot2 ada orang nak ajak gaduh. Muehehe (dasar aku yang buat pala kemaih). Tengok2 budak pompuan tu jalan laju bukan main mai kat arah aku. elok sampai ja depan aku, dia tolak bahu aku (aku rasa bahu aku femes sungguh kemarin. Dua orang dah duk mai pegang. Dah la tak bagi salam). sambil kata :-

Fyi PG tu singkatan dari Perempuan Gila dan PL tu pulak singkatan dari Perempuan Lawa. Yang gila tu perempuan tu. Yang lawa tu aku. HAHAHHA

PG : “hang sembang pa tadi kat padang time orang duk men bola?”
PL : “sembang pasai aku gaduh dengan boiperen aku. awat? Nak dengaq?”
(ehemm, mentang2 la baru gaduh kan. Mesti cerita kat kawan2. ahahhaha)
PG : “toksah duk dalih la wei, aku dengaq aih hang kata kat mamat tu duk wat pala la. Tak nsem la. Apa masalah hang?”
PL : “lani aku nak tanya hang. Ada kacau hang ka aku nak kata kat mamat tu?”
(memang aku sangat sangat suka buat berani. Padahal time tu terkencing sikit dah dalam spenda)
PG : “lani aku nak tanya hang. Hang tau aku sapa?
PL : “perempuan gila yang duk tak duk mai serang aku serupa haram”
eh dak dak. Tu dalam hati ja. Aku jawab macam ni
“hang nak habaq kata hang awek dia la ni?”
PG : “haaaa, sedaqqq kot hang. Yang duk kata laki aku mintak nombot telifon hang pasaipa. Stai perasann. pakwe aku tak buloq aih kat perempuan macam hang”


Kemudian, aku tertampaq pala dia. Memang sakit hati gila la dia kata aku perasan kot weh padahal pakwe dia yang merenyam. Pastu kawan dia tetiba PI TUMBUK MATA AKU! apa masalah diaaa. Aku tak kacau diaa. Aku sampai kena tumbuk. Tak boleh ka buat elok2. aku pon lari la. Tergamam kot sampai terkena tumbuk. Time nak balik sekolah, depa duk lalu depan kelas aku. tau dahh, mesti nak ajak gaduh luaq sekolah pulak kan. Serius cuak gilaa. Geng dia ramaii. Semua badan besaq2. aku pun mintak tolong din dengan dikwan (classmate) cover aku time keluaq kelas laa. elok masuk dalam kereta, aku pun nangis la sekuat hati. Ahhahahaha cengengggggg ! mama macam takmau bela aku. dia kata “tulaaa, len kali jangan la kutuk2 orang” and I was like NI ANAK MAMA KENA TUMBUK BETOI2 KAT MATA BOLEH DUK BUAT RELEX NOH.

And now macam mana ni? geram tak dengaq? Aku yang kena mengorat tapi aku yang kena tumbuk. Mamat sakai tu terlepaih macam tu ja. Eeeeee geram tau dak. Tapi hat tu takpa lagi. kompen hampa semua tak berapa geram lagi, yang lagi lagi geram. Sebenaqnya aku tipu hampa ja. 98% cerita ni hanya rekaan semata2. yang pasai sakit mata dengan tak pi sekolah tu betoi la. Sekolah aku baik aih. Tadak aih samseng macam aku cerita tu. tetttttttttttttttttttt



tekanla nuffnang dengan heartbeat. nak beli ubat mata. muehehe

Thursday, 7 April 2011

my relationship


Disaat bulan mengambang, ramainyaa yang on facebook.. Ada yang menukar status relationship masing-masing. Single ke in a relationship. Dari relationship ke single. Dari engaged ke married. Dari single ke married (skip terus. Ape kehe ni yok?). bila engaged kene berapee? Bila married anak dah ade berapee? Hekhek. burung-burung berkicauan.. ada yang bersuke riaa… ada yang menyanyi… happy birthday to mee happy birthday to mee. Abang usopppp !!! bakoo baru tahu

Juliana evans dengan zizan raja lawak. Micheal buble dah kawin. Justin bieber dengan selena Gomez. Rebecca black dengan Rebecca brown. Bestnya masing-masing ada couple. Aku teringin jugak nak letak in a relationship with someone dekat facebook. Biaq orang tau yang syifa not available. KAH KAH KAH ! PULUN !

Aku tak suka show off yang aku ada bf dekat public. aku tak suka orang tau yang aku tak single. Aku takot ! aku takot nanti orang bawak mulut. Aku takot aku pandang kot lain. Aku takot orang mengumpat. Aku takot orang complain yang kami tak sesuai la, apa la.

Aku suka tipu bf aku. aku suka bagi dia jeles tapi dia tak boleh nak kata apa dekat aku. Aku rasa aku uji gila tahap kesabaran dia sampai satu hari dia buat satu kesalahan yang bagi aku besaq gila kot. memang aku tak boleh nak kata apa dah. Aku mengamok macam orang gila. So let me thank you for your time and not try to waste any more of mine. Aku terluah “I think we should break”.








Maka hari menjadi gelap, tsunami melanda, rebut menerbangkan bumbung rumah dan kaki usop pon dilenyek dengan jentera padi. Sekian saja berita dari wartawan syifabedah. Wassalamu.. dah la wei pi masuk bilik baca buku nuh ! layan syifa, dia mana pernah betoi pon.

Sunday, 27 March 2011

nanak boleh? nanak sangat2

Fine lah. Kenapa macam tak ada mood ja nak update pasai benda ni?

Sapa ayah dia polis? Mak? Aduhh. Mak pun mak lah ! sapa sapa? Ada dak dekat sini? Jumaat hari tu hari polis sedunia kan? Cool beb. Aku punya lah rajin pi sambut sekali. Usaha bagi nama last2 minit dekat cikgu rositah. Sambutan dia biasa2 ja. Kali ni depa buat secara kecil2. Geng kedet polis yang depa invite pon hanya sekolah aku ja. Last year smj sekali. Tapi yang spoil aku tertinggal camera dekat rumah amy. So tak dapat la cek nak bawak. Nasib azim bawak camera. Bergantung gambaq dekat dia jala. Hmmm. Mai nak cerita apa aktiviti dekat sana. Hampa dengan pon conform hampa pon boring. Eh, bukan dengaq tapi baca. Pukui 7 dah terpacak depan pagaq sekolah tapi malangnya cikgu rositah pulak yang lewat. Haha. Tak pa lah. Then bergerak dengan kaki sendiri ke IPD kubang pasu. Sekolah aku dekat ja dengan IPD. Jalan kaki pon tak dan nak rasa penat dah sampai :) Dekat sana just berdiri tegak dalam keadaan sedia. Hehe. Bayangkan lah. 1 jam lebih kot. lenguh gilaa. Aku sampai tertidoq cek oi sambil diri. Haaa, jangan buat main aa dengan cipak. Time mandi pon boleh tidoq. She can sleep everywhere.. (ayat tak boleh pi bak hang). Then lepas habis majlis, depa bagi nasi lemak sorang sebungkuih. Lepas makan balik sekolah, cikgu bagitau yang kami kena jaga parking hari mesyuarat pibg nanti. Whatdepakkk :’(

comeikann aku. ahhaha. setai perasan memang tak boleh pergi ahhh


Lepastu memandang aku manusia yang tak pernah2 tak berhenti kata TAKMAU. Then ini yang aku perlukan sekarang. Ermm. Tak la perlu sangat pon. Saja kata perlu padahal teringin ja. Hik hik ape lah you nii.

1. telephone bimbit yang berkamera hanya 2.0 mgpxl

- sangat memerlukan. Aku takmau phone yang camera dia banyak megapixel dah macam hazel. Kalau boleh nak 2.0 ja. Macam phone sony k660 aku tu. Gambaq 2.0. kalau guna camera 2.0 muka aku pon nampak gebu jaa. Dah tak payah pakai flash2. menyemaks jaa. Then takmau slide dah. Payah ! asyemen. Tipu ja. Tak payah mana pon. Rasa cool ja fone slide tapi taktau lah eden nak oyak gumana.

2. webcam

-weh kesian wei kesian. syifa tak ada webcam ! haha. Sapa kata? Aku ada cek oi webcam. Cuma webcam aku warna dia tak best ja. Then dah la bentuk macam apa lagi kan. Sooo, aku nak webcam yang baru. I need the new one ! pleaseeee. Nak skype nak skype. Dak2. aku tipu. Sebenaqnya nak snap gambaq guna webcam. Akai!

3. ipod ipud iped

- nanak ipod. Nanak nanak nanak. Cisss, ketinggalan gila aku ni. orang dah pakai mana hala dah. Sampai screen pon calaq balaq habih dah aku baru nanak. Ipad la weii ipad ! ipad memang bersetyleee gila tapi aku tak berapa minat sebab dia besaq. Aku nanak yang kecik2 senang nak simpan dalam beg. Senang bawakk. Wiwi. Macam2 la alasan dekat public yang takmau ipad. Habaq jala aku tak mampu noh. Haha. Buat gegeh apa syifaaakk ni. ada yang suruh aku pakai iphone ja terus. Awakk !! saya nak dapat ipod pon jenuh nyawa sampai pecah lubang hidung tambah la nak beli iphone. Hehe. Tapi kalau dapat iphone, aku tak mintak dah lerrr phone 2.0 mgpxl. Hikhik. Mama pon nak bagi lampu hijau ja nak beli ipod. Awwww.



4. camera bukan slr

- well kawan2. kalau aku pi tasik ja. Mesti dah ramai pakat galas kot tepi dslr ni. memang ramai sangat2 dah. Pencuri pon sampai taktau nak curi yang sapa punya. Erghh, apa aku merapu ni kan? Dulu2 masa zaman myspace. Sapa yang ada slr ni kira memang hebat gila laaa. Kalau dapat pegang slr ja mesti snap gambaq dekat cermin then upload. Nanti berlungguk la komen. Bila masuk zaman fasebuk ja. Terus macam semua orang wajib ada. Semua orang ada duit lani. Hehe. Ada yang beli sampai 4k la apa la. Kayanyaaa. Aku dulu2 beli murah2 jaa :’(

panjang ngat aih mukadimah aku untuk statement camera ni. hmm. Aku tak idamkan slr tapi aku nak camera yang kecik2 cukup la. Ada jugak survey. Mula2 duk kenan dekat canon g12. pernah try dah guna camera tu. Gambaq sharp gilaaa! Serius tak tipu. Dah la kecik pulak tu. Senang bawak. Harga pon dalam 1k ja. Tak mahai mana pon. Hmmm. Mama kata kalau nak yang tu nanti slr nak letak mana? Betoi jugak kan? Kalau slr boleh trade in macam phone taka pa la jugak kan. Mama pon sokong kalau aku guna g12 tu. Tak besaq gabok macam slr. Tapi kalau sedap guna lumix laa. tapi yang tu harga dia hentam kalah slr pulak kan. Tak mampu tak mampu.


5. seliper/ selipar/ sandle/ selipa jepun

- yess, saya perlukan selipar. Selipar yang RM10. ada banyak pilihan. Murah dan tak tahan. Tettt. Tak tahan pi la sekali sekala. Weiiiii, aku tak tipu hampa dah. Aku memang lepas ni keluaq nak pakai seliper ja. Senang tau dak. Tak gaduh pikiaq. Kalau kasut kena pikiaq la sesuai dengan baju ka dak. Blurrr Hehe. Jangan mengada lah syifa ! hang start ja enjin kereta then pi cari dekat aneka. Hmmm MASALAHNYA MAMA TAKMAU BAGI KUNCI THEN MACAM MANA NAK START ENJIN.


5 perkara dah cukup. Belum tentu aku nak dapat. Paling senang nak dapat yang no 5 tu la kot. Yang lain jenuh bertungkus lumus, memerah peluh, memasak lemak untuk nak dapat.

Then sapa2 yang ada twitter. Pi la follow aku. Hehe. Aku active kat sana dah lani. Facebook kurenggg. Oke2. follow oke? Muaahhhhh


and click la nuffnang dengan heartbeat sekali. muahh. sayang semua

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P