Tuesday, 29 December 2009

Nostalgia Hari Raya


Pernah waktu aku kecik2, time tu raya pertama, sepupu sepapat aku mai rumah ajak aku kutip duit raya. Tapi aku segan, lagipun mama tak bagi, mama kata aku dah besaq la, takut orang jahat la, macam2 lagi lah. Pujuk punya pujuk mama bagi juga ikut depa. Tapi kebenaran takat area taman aku ja sebab depa kenai dan tak jauh dari umah. Ada yang bagi lima kupang, ada yang bagi satu hinggit, dua hinggit, lebih2 lagi rumah ataih bukit yang bertingkat2 tu dia bagi 5 hinggit, umah taukeh butik bagi 10 hinggit, kaya la sat aku masa tu. Jiran kiri kanan umah aku bagi 10 hinggit. Wow, banyak kan?. Tapi yang best sekali pi rumah yang satu ni, depa dua laki bini kerja besaq, rumah besaq, kereta besaq, kebun getah besaq, dusun besaq, bendang besaq2, waima besaq2lah semuanya, kaya katakan. duit pun besaq2. Terkejut macam nak tekeluaq biji mata. Hah?, besaq sungguh duit dia buat keluaq dari poket atas, lima puluh lima puluh, tak dak not meqah. Dok kira tak habih2. Pehtu dok tanya ada berapa orang. Kami semua masing2 pakat qenyeh sampai ke telinga. Duit lima puluh beb. pehtu lagi, dia seluk poket seluaq pulak, sat kiri sat kanan. Dok cari apa tah lama2 ngat. Pakat dok tadah tangan tak sangga punya lama. Tot tot dia sua duit sekuppaaang. Ini tak adil. Mana aci. Sungguh aih tak tipu. Kalau ada duit pecah lagi waktu tu mungkin bagi 5 deit. Ceit, inggapoh. Kami gelak sampai sakit perut sebab kejutan macam kena karan, mana ada orang bagi sekupang dah time tu. Dok harap dapat lima puluh (sapa nak bagi) last2 dapat sekupang. Sejak dari itulah, raya tahun seterusnya bagi budak2 yang tau kemurahan hati orang kaya tu, nahi mungkin pi dah umah dia sebab tak bukak pintu.

Sebelum tu, pada malam raya, umah aku pasanglah pelita minyak gaih dekat pagaq dan luaq umah. Setiap celah pokok2 bunga kertas diterangi dengan cahaya pelita. Pehtu masuk dalam umah, tak kesah dah lah. Lebih kurang setengah jam kot, aku perasan awat pelita terpadam. Aku dan ayah aku hendap tengok pasaipa. Mana pi nya pelita2. tengok2 dah jadi lepiaq macam kena steamroll. Rupa2nya yang buat tu anak orang kaya tu la, Dia katok pelita2 hampir kesemuanya. Dia nampak ayah aku terus lari balik umah. Anak dia bukanlah besaq mana, baru darjah berapa ja waktu tu. Selebih baki pelita tu sempat lagi wat lari dan pasang kat umah dia. Hebat2. keesokkannya mama aku sembanglah dengan orang kaya tu, terkeluaqlah kisah kahelan anaknya. Senang ja dia jawab. Biaq pi lah. Budak budak. Gelak pulak tu. lawak la kot anak dia boleh wat cam tu. hmmm, ada juga orang jenih tu dalam dunia ni. Sesetengah ibu bapa tak kesah apa anak dia buat, just biaq dengan cara ikut suka walaupun mengganggu masyarakat sekeliling atau dengan cara yang tersangatlah tak betul. Lingkup2.

3 comments:

nqddnnrzm. said...

dah makpak dia gutu gak kott

aifaa said...

lenkali curik ja keta depa

azaliahjsalleh said...

ahahaaaaaaaa
nice story

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P