Monday, 14 December 2009

Lost World With Tembun

Hi :) aku baru ja balik dari LOST WORLD OF TAMBUN. Tak syok langsung. Kalau boleh macam tak mau pi dah. Haha dak2. serius syooooook sangatsangat. Macam Disney channel kata apa tah? So SYOK Holiday. Memang syok sangat. Tapi orang tua2 cakap kalau syok sangat nanti sedih kan? Ceii, betul2. memang sedih pon sebab cousin aku yang bernama sawarhdawh muhzawmel dah balik. Errr actually nama dia bukan eja macam tu. simple dimple ja, Saadah Muzamil merangkap kepada adah. Boring la dia tak ada. masa dia ada aku selalu kena 5 pang dengan tangan piring dia. besaq kedabak kalah tangan mama. Adoi. Oke2. mai aku cerita pengalaman ke tambun. Baca bismillah dulu tau sebab entry ni panjang.

3 hari sebelum pi memang dah merancang nak betolak awai pagi la. Kalau boleh macam nak subuh dalam kereta haha. Punya hyper tak sabaq nak pi. Ceii tapi tak jadi la apa yang dirancang. Kami bertolak pukui 6 setengah subuh macam tu laa. Senang cerita after solat subuh. Kami pi dua bijik kereta. family adah dari kl bertolak dari sana lepastu jumpa terus dekat tambun. Adah naik kereta sekali dengan aku. masa awai2 naik kereta an, bukak radio hitz fuyooooh dengaq lagu Justin Bieber One Time beb. Syiok tu tak terkata laa. Awai2 pagi dengaq suara pakwe sendiri nyanyi. haha galok.

Lama gila dok dalam kereta sampai buntut jadi lepiaq macam roti canai dah, kami semua berhenti breakfast dekat juru. Lepastu teruskan balik perjalanan ke tambun. Cousin aku yang lagi sorang mula la nak merasmikan GPS nset baru dia tu. pastu mula la ikot GPS tu. memang rasa selamat sampai dah. Tambah pulak ada sorang lagi GPS iaitu aku. kononnya aku ingat jalan la sebab penah pi dah beberapa tahun lepas. driver pon tak cuak la. Ceiiii, jalan punya jalan tengok masuk macam 1 kawasan nak naik ke puncak. tepi2 tu penuh dengan batu and bukit bukau. Cousin aku macam cuak dah lalu menanya kepadaku

Cousin: eh cipak, betul ka ni jalan pi tambun
Aku : yala betoi laaa. Batu2 ni dulu syifa penah nak sumbat sara time kami bergadoh masa perjalanan nak balik.

Cousin aku pon sedap la hati bila dengaq aku cakap macam tu lalu meneruskan perjalanan. Nak dekat setengah jam kami berada di kawasan batu2 last2 untie aku yang naik kereta lagi 1 call. “eh mat. Hang dah silap jalan ni. Ni kampung (taktau nama) jalan nak pi Cameron highland” hahaha. Cousin aku punya la gelak 1 kereta sekali ngn adah mama apa semua. Ngek gilaa. Kedua2 GPS tak boleh pakai.

Dalam kereta, cousin aku cakap la “memang betoi2 lost world sungguh aih” pastu aku menyampuk “dak la abang cik mat. Bukan lost world of tambun tapi lost world with tembun” sekali 1 kereta habeh hingaq. Biasalahh, cousin aku tu memang tembun (gemok) sikit. Gelak pi gelak mai dah sampai.

Sampai2 tu mak aih. Orang banyak nak mampoih. Dalam kolam tu berhitam dengan kepala orang. Memang banyak gila tapi yang menyakitkan hati masa nak salin pakaian dalam toilet. Memang sempit dengan manusia2 yang sebok jugak nak salin pakaian sampai aku pon jadi cicakgirl tertempek dekat dinding untuk mendapatkan laluan. Adoi. Dalam pukui 4 lebih macam tu kami semua dah nak balik. dan sekali lagi aku jadi cicakgirl dalam toilet.

Nasib baik la kami semua tak balik hari. Paksu (ayah adah) sewa apartment yang berhampiran tambun. Sampai2 aku angkat barang apa yang perlu. Mandi2, tonyoh abih muka dengan pencuci muka sebab takot burn. Lepastu tidoq sampai tak sedaq diri. Mahgrib mama kejut sebab dia memang anti orang tidoq mahgrib. Bangun pon tak pa la memang dah puas tidoq. Tak la letih sangat.

Lepas mahgrib kami semua keluaq dinner. Dan mula dari tu semua pakat rasa bahang kesakitan akibat main ayaq terlalu lama. Adah dari mood chill jadi bad gila. Sampai aku nak tegoq pon malaih. Aduii. Aku tak la rasa sakit pon cuma dekat peha ja. tu pon sat sakit sat dak ja. tak terok macam orang len. Cewahhh. Nak kata aku kuat laa. Besalahhh, aku kan cicakgirl tandas. Tepuk la tangan sikit amboih.

Balik dari dinner ada upacara membuka hadiah paksu sebab hari kami di tambun jatuh kepada hari lahir dia. oyeahh. Happy belated birthday ! lepas bukak hadiah apa semua kami ni kaum hawa pakat menyicah. Fuhhh, sedap ya robbi. Abeh menyicah, sembahyang apa semua lepastu masuk tidoq. Letak2 kepala truih tidoq.

Esok tu dah pakat nak balik. Adah terus balik dengan family dia ke kl terus. Aku dengan yang lain teruskan perjalanan balik ke kedah. Masa balik tu tak bapa banyak aktiviti.

Singgah makan, sembahyang apa semua lepastu singgah shoot. Huyoo. Syiokkk. Port cantik gila beb. Hehe. Rasa macam nak pi lagi. Tak pecaya tengok la gambaq2 bawah ni. adah tolonglah jangan qeyau sebab aku tau hang akan jeles. haha

muka budak tak sabaq nak senyum

cari justin tak jumpa2

wow, kawasan macam dekat china

ignore saja muka aku. focus kt port dia

by me :)

cool kan? sampah boleh kira. tak banyak pon. kawasan bersih.
terima kasih sebab perihatin nah masyarakat semuaa. hidup 1 malaysia !

ada puntianak dak atas tu?

poket tu kembung sebab spek la. adoiii. be positive

pokok emas ka pokok warna emas?

duduk habis sopan ketika diatas pokok. sori nah. nak tanya monyet masa tu cara2 duduk sopan diatas pokok tapi monyet pulak tak ada.

oyeahh. jumpa dah justin. "hi baby". dia kata kt aku dari jauh

menari dengan justin la masa ni dalam hujan tapi justin tak mau join masuk camera.
dia kata nanti masuk akhbar aku jadi terkenal lepastu brad pit pulak mai minang aku.

lompat2. kalau zoom betoi2 baru nampak ayaq hujan dok menitik. try tekan kt gambaq tu

aku tiru gambaq yang kt header blog paknil.


dok dengaq pesanan justin dari bawah. dia cakap
"eh sayang, u hati2 tau dok atas tu. nanti u jatuh, i kena sambut"

terbaik wokkkkkk. sukaaa !



waktu balik melalui jalan biasa pastu cari jalan nak ke highway tak jumpa. kami berhenti la untuk tanya seseorang di bus stop. dari muka memang bengis macam nak makan orang. tapi dah berhenti takkan nak jalan pulak. satg orang tu kata apa pulak. lantaklah ! sekali tanya tengok2
orang tak tahwan. renggah gelak 1 kereta. nasib baik orang tu tak mai terkam kot tingkap. haiyooo

lepas tu aku tidoq sampai kedah. pastu masok rumah. tengok gambaq yang kt dalam slr and then good night. kroh2. ZZZZZzzzzzz

dan begitu la ceritanya. perjalanan yang hyper dan menyeronokan. kalau tak puas baca entry yang belungguk ni. baca entry ni jugak. oke babai. selamat membaca entry yang panjang ni.

21 comments:

-luqman- said...

fuih, cantik toi gmbr dia. jeles aih. haha
malam aritu ada nampak syifa ngn kazen syifa kot dkat star prade.

✿ wanr0hayaty ✿ said...

cntik pic2 2,,
hehehhe,,
jeles tol,,

ahmad hisyam said...

pink! sukeee

angkasa said...

aah tu la psai
lawa gmbaq dia
pink+putih=cute!

ncookiesr said...

kakcipakk comeii,
jelesss,
ahaha :)

ezhan_artwork said...

waaaa....makin style la gmbar...
background tu lawa...
guuud job

Tikah said...

segak

A.d.A.h said...

cik cipak! cye na qeyau un tak dak guna! cye bkn mnt na amek gmbaQ pon.. ske amek gmbaQ org laen jer sygg oi! eyt! na gmbaQ! hang kte na crte psl CIK TI tuh.. ble?? ngeh3

budak kampung said...

cantek2 gamba.... model pun cantek, juge comel

chapter 14 said...

luqman : heee. betoi2. baju putih tu la saya. masa tu pi cari hadiah befday uncle sy la :D

chapter 14 said...

wan : haha. tak payah la jeles. tak cantik mana pon

chapter 14 said...

hisyam : eeeee. laki suka pink. awaw ! haha

chapter 14 said...

angkasa ; tq kak nena. muah

chapter 14 said...

ncookiesr: uishh. besa2 jaa. tq nah btw

chapter 14 said...

ezhan : err. malu i bila org hebat kata puji i mcm tu. tq nah

chapter 14 said...

tikah : ampa segak g

chapter 14 said...

adah : haha. malu jaa. kena aku balik aw ! cik ti? nanti2 nah. mood nak taip tak ada g. cik ti dah pun meninggalkan dunia yang fana dan serta kita yang membuat dia sakit jantung kot.

chapter 14 said...

budak bandar kepada budak kmpung : ahhaha. dak laa. besa2 jaaa.

que said...

xoxox

aQ sygg dea said...

ceh! awat nme kmi unik gla ang eja.. ih3

Miss Lula said...

canteq gambaq no.. :D

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P