Friday, 18 December 2009

kisah benar pernah ku dengar


Setelah kedua ibu bapa Ina meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Ina waktu itu berumur 14 tahun sudahpun menjadi anak yatim piatu dan terpaksa tinggal bersama ibu saudaranya yang mempunyai 2 orang anak. Yang sulung lelaki berumur 5 tahun dan yang perempuan berumur 6 bulan. Ina sayang sangat2 kedua sepupunya lebih2 lagi si kecil comel serta gedebab buat semua orang ingin cubit pipi. Suatu hari waktu tu cuti sekolah, Ina minta izin ibu saudaranya agar tidak menghantar baby ke nursery sebab nak main puas2 dengannya. Bila baby dilambung ia akan gelak tekekeh2. alangkah comelnya. Lambung punya lambung, kedebap jatuh ke lantai. Apa lagi, baby menangis tak henti2. Ina rasa teramat takut sebab berbagai cara telah dibuat supaya baby diam tapi tak berhasil. Akhirnya terpaksalah Ina menalipon ibu saudaranya di tempat kerja. Cepat2 baby dibawa ke klinik berhampiran. Doktor bertanya, adakah baby ini terjatuh. Tiada siapa dapat menjawab. Termasuk Ina. Beliau tidak berani berterus terang atau ceritakan apa yang berlaku sebab beliau terlalu takut, lebih2 lagi beliau hanyalah menumpang di rumah ibu saudaranya yang bersuamikan seorang lelaki perungus. Baginya jika berterus terang, sesuatu terjadi kepada baby, nescaya beliau akan dihalau keluar dari rumah itu. Lebih baik baginya berdiam diri walaupun rasa bersalah teramat sangat. Baby telah mendapat rawatan demi rawatan dari masa ke masa.

Masa berlalu kesekian tahun, kesan jatuh semasa kecil mengakibatkan baby menjadi cacat dan terencat. Yang lebih kesian lagi baby hanya mampu tidur di atas tilam tanpa dapat merasakan berjalan dengan kakinya. Mengesot2 saja yang mampu.

Penyesalan yang tak sudah bagi Ina. Setiap kali melihat baby (sehingga besar pun masih lagi dipanggil baby), rasa bersalah meruntun jiwa dan beliau selalu mengalir air mata untuk baby. Namun rahsia tetap rahsia (bukan senang bagi Ina mengunci seketat2nya rahsia itu sehingga kadang2 baginya bagaikan nak gila). Beliau berjanji, selagi hayat dan kudratnya ada, beliau tetap akan menjaga baby sampai bila2.

Kini Ina sudah bekerja. Beliau telah mengupah orang gaji untuk menjaga sebaik2nya sepupu kesayangannya selain membantu ibu saudaranya juga. Namun itu belum cukup untuk menebus segala kesalahannya.

Sehingga kini pun ibu saudaranya masih belum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Walau bagaimanapun, kekesalan atas penyebab kecacatan sepupunya itu memang tak dapat dilupakan dan hanya Allah sahaja yang tahu rasa bersalahnya. Beliau sentiasa memohon keampunan Allah di atas setiap perbuatan2nya.

Bagi pendapat aku, sepatutnya Ina ceritakan apa yang sebenarnya berlaku agar mendapat rawatan awal dan mengesan puncanya agar tidaklah terjadinya kecacatan dan keralatan sedemikian. Entahlah jika itu yang ditakdirkan dan ketentuan untuk baby, ada penyebab serta hikmah di sebaliknya, wallahua’lam, hanya Allah sahaja yang tahu.

5 comments:

byabya said...

Setuju dengan pendapat anda.
(;

naz said...

mesti ada khikmah :)

syed abu bakar said...

ak geyau tau x!huahuahua!
sedih gila!ak berpendapat memang btul apa pendapat ang..

que said...

adekah gambar kene mengena dengan cerita....pusing2

aifaa said...

ebatnyew akak cipak bercewite..hihi

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P