Sunday, 28 June 2009

TEKA TEKOK




Semalam ayah Jo sekeluarga bawa aku dan mama makan di sebuah restoran yang memang best. Bukan setakat best menu2nya, tapi best keadaan sekitar restoran itu juga. Restoran terletak di atas bukit dihiasi taman dan juga pemandangan pokok2 buah naga di bawahnya. Rasa sejuk dan nyaman ditiup sang bayu malam.

Selain menikmati panorama dan menu sedap2, yang paling best semasa berada di situ selain tangkap gambar dalam keadaan kegelapan malam ialah apabila ayah Jo aku buat teka teki teka tekok yang berbunyi begini :

Ayah Jo: Syifa, kalau bawa monyet naik basikal, monyet tu nak letak
dekat mana? Depan ke belakang?

Aku : tentulah depan

Ayah Jo: beri sebab kenapa letak kat depan?

Aku : Kalau letak kat belakang, nanti monyet naik kepala.

Ayah Jo: Salah

Setelah aku memjawab berbagai jawapan2 yang memang tak betul dan tak masuk akal akhirnya tukang pemberi soalan pun memberilah jawapannya. Nak tau jawapannya apa?

Treng teng teng











Ayah Jo: Kalau duduk kat depan
Nanti orang panggil MONYET SYIFA
Tapi
Kalau duduk kat belakang
Orang panggil apa? Cuba jawab

Syifa : SYIFA MONYET..........
Aduhhhhhhhh! Terkena lagiiiiiiii

Kami gelak serentak memecah keheningan malam sebab semua pengunjung dah balik. Bila lihat jam di tangan menunjukkan jam hampir pukul 12.00 tengah malam sedangkan perjalanan masih jauh nak balik rumah. Nasib baik mereka sekeluarga mengekori kereta kami hingga sampai rumah. Thank you, thank you so much ayah Jo & family.





abg jat ! ambik la gambaq nih. haha

Friday, 26 June 2009

ANGGUK2 GELENG2


Setelah berfikir di mana nak makan petang tu, sebulat suara suggest nak makan dekat sebuah restoran yang sungguh nyaman, mengadap bendang dan pepohon menghijau. Masa kami sampai tiada orang lagi sebab terlalu awal, baru ja buka. Setelah menu dibaca dan order mengorder, maka tertunggulah makanan sampai. Lebih kurang beberapa minit, ada makcik dan pakcik pun masuk dan nak makan dekat situ juga. Pakcik tu duduk mengadap meja aku.

Apa pakcik ni? Awat? Apa masalah? Takut aku. Apa cerita ha? What’s happening? What do you want? What & what? Am i so pretty sampai tak lepas mata memandang? Perasan terlebih sudahhh.

Bila dia pandang aku, dia kenyit mata, kepala diangguk2. tersengeh2. apa hal? Nanak apa hah? Aku cuit mama dan bisik dekat mama yang pakcik tu apa hal? Sampai naik rimas. Isteri dia pula wat selemba rock ja. Aduh tension. Mama kalih tengok pakcik tu. Aku pun tunduk segan. Mama suruh aku ubah tempat. Sekali sekala mama kalih lagi.

Nah !!!!!!! Mama gelak sampai tak dapat nak cerita lagi. Aku pula hairan apa ke hal pula dengan mama ni. Setelah reda kelucuan mama, barulah aku tau apa sebenarnya.

Rasa2 tak payah la cerita kot sebab apa. Wat malu aku balik. Nak tau juga ka? Jangan marah tau. Aku yang perasan sorang2. Jangan kutuk aku tau.

Rupa2nya habit pakcik tu, suka kenyit kenyot mata, kepala angguk2, tersengeh2, sebab semasa dia sembang dengan isterinya pun macam tu, dia dok sorang2 pun macam tu dan semasa dia kalih muka ke dinding pun macam tu. Astagfirullah halazim.

KANTOIIIIIIIIIIIIIIIIII........

Sunday, 21 June 2009

LOVE STORY


hai kawan. saya dilamun rindu la. dilamun rindu untuk ada balik idea2 yang bernas macam dulu. otak pun dah jem sebab tak ada roti. hehe. takpalah ! saya akan cuba jugak. kesian dekat blog yang sunyi ni. tapi maaf la ya kalau entry ni tak cukup bagus.

mari saya cerita balik kisah cinta monyet saya semasa berumur 3 tahun lebih KOT !! sebelum tu semua ni diceritakan semula oleh mama. kalau nak ingat tu memang tak kan lah. biasalah, otak penuh dengan jem. roti tak cukup. hehe. semasa tu tak pakai pampers dah, besar dah. kononnya dah besar la. haha.

waktu tu saya dan mama pergi ke shopping mall. mama belikan saya gula2 lolypop. sedap sungguh lolypop tu. tiba2 lolypop tu jatuh ke lantai. lantas saya nak ambil balik. mama marah katanya kotor. saya menangis sekuat2nya. ni yang buat mama bengang sebab bukan senang nak stop tangisan saya. tiba2 ada seorang budak lelaki cute sangat lengkungan 4 tahun kot. mama terkejut tiba2 budak tu datang terkam kepada saya. dia berikan keropok di tangannya tanda memujuk saya lalu berkata I LOVE YOU. apatu? saya terdiam sejenak dan saya mencium pipinya. budak2 la katakan. mama saya dan mak budak lelaki tu tergelak tengok perangai kami berdua. jangan buat dah tau!!! kata mama, berdosa.

semasa mama cerita semula pengalaman ni, saya gelak sampai terguling. haha. kan saya ni kuat gelak, tu la sebab sampai terguling. cerita ni macam fairytale kan? tp itulah REALITINYA.

Sunday, 14 June 2009

kenapa ni?


haish. kenapa la sekarang ni air mata asyik nak keluar ja. sedeh ka? ntah laaaa. nak nangis ja. :((((. sedehhh? ntah laaa. terkilan? ntah laa. tp air mata nak keluar ja. apa dah nak jd ni? knapa knapa?
































jawapannya : mama tengah potong bawang la. haha

Saturday, 13 June 2009

WADUH2, SEKOLAH DONGG


yey ! cuti sekolah dah habis, buleh pergi sekolah ! ek eleh ! yey la konon. dalam hati macam dah macam tak mau tengok dah buku2. eeee menyampahnyaaa. haish ! kenapa lah sekejap sangat cuti. kenapa kenapa kenapa?

dah nak bukak sekolah pon. msti nanti dunia blog dan space2 ni akan sunyi. allaaaa, myspace x risau sangat sebab dah cemuih. blog ni ha ! haiyaaa, mesti ramai yang balik hostel kn? alaaaa, sunyi lah nanti chat box aku. follower pon tak akan selalu meningkat la.

lepas tu habis pakat sibuk dengan pmr, spm , stp or bla3. perasaan berdebar2 pon akan datang balik. biasalahh, keputusan exam mid year hari tu la. aku? hehe. x rsa apa pon. for me there's no full results. just a few subjects im sitting for. its just because of my sickness.

yeah ! cuti sekolah, kebanyakkan family2 orang pergi sana sini. aku? esh2. hampeh ! terperap kt rumah cam kancil busuk ja. haha. kenapa kancil? sbb kncil kurus, aku kurus okeee. kenapa busuk? sbb aku malas mandi. haiyaaa. duduk ja rumah tapi malas nak mandi, makan pon tak lalu. busuk2. yang tau mengadap pc ja. buat apa pon tak tau lah.

kepada sesiapa yang nak balik hostel tu aku ucapkan : selamat balik, selamat jalan, take care aw, blajar rajin2. hmm. ntah la kak sheera masih sempat ke tak baca entry ni. tak apalah. aku masih mahu meneruskan ucapan walaupun dah terlewat. babai babai babai semuaa. i love you budak blog hostel. hehe

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

luar tittle :

semalam dulu aku bermimpi arwah ayah tercinta, tersayang, terindu, ter ter ter datang mengajak aku ikut dia. betapa segaknya arwah dengan serban dan jubah putih serta raut wajahnya yang berseri2. aku cakap dekat mama yang aku dah lama hidup dengan mama jadi aku nak ikut ayah pula. mama pon benarkan aku ikut arwah dan berpesan agar dok elok2 di sana bersama ayah. ayah pimpin tangan aku lalu bawa aku pergi, mama pun balik la seorang diri.

alahaiii, takunyaaa. aku harap dan berdoa agar aku dan mama dipanjangkan umur. bayangkan kalau aku tiada, siapalah yang akan menjaga mama. nauzubillah. i love you mama.

KAT SEMUA ORANG PUN AKU NAK MINTA MAAF. AKU BANYAK BUAT DOSA. SORI SANGAT2.

oke2. chilll.

HIP HIP HORAYY HIP HIP HORAYY HIP HIP HORAYY.

Thursday, 11 June 2009

PUTERAKU


Lama sudah tak bercerita kisah2 aku. Aku masih ingat lagi kisah aku dengan putera katak. Masa tu tinggal di rumah lama. Aku panggil putera katak tu putera. Badannya montok, mata seksi kalau nak tahu. Tapi aku geli dan elegik kat dia sebab kulitnya yang kerapu. Putera suka duduk dalam bilik air. Setiap kali masuk bilik air mesti ada dia. Pasti aku menjerit sebab pandangannya yang tajam. Kalau terdengar menjerit dalam bilik air tu, bukan siapa lagi, melainkan putera dengan akulah. Dia takut kat aku, aku takut kat dia. Kadang2 aku ambil timba serkup dia, baru boleh mandi. Putera ini gatal sikit. Lagi aku takut lagi gatal lah dia. Pernah mama buang dia jauh2, tapi dia balik semula dalam beberapa hari. Adoiiiiii !!!!!!!!!!!!!

Suatu hari aku dan mama baring2 sambil tengok tv. Putera kadang2 terlompat2 dalam rumah. Takut juga terkena air kencing putera, kata orang boleh buta mata. Pernah aku dibuai mimpi, tiba2 terasa sejuk di atas dada aku. Aku menjerit sepuas2nya lalu cekup dengan tangan dan terus baling putera (dengan perasaan geli dan terkejut serta terdesak). Kesian putera sebab balingan aku terkena dinding. Kelepeeeekkkk, melekat dekat dinding. Nasib baik tak mati. Sorry puteraku syg. Siapa suruh tidur atas dada aku, gelinyaaaaaaaaaa.

Setelah aku berpindah ke rumah baru, entahlah apa nasib sang puteraku. Terasa rindulah pula.
Entah2 tercari2 sang puterinya ini. Macam cerita fairytale lah pulak. Kui2. entah2 memang betul pa putera tu putera raja katak.

Friday, 5 June 2009

KENDURI


hmmm. hari yang cukup sunyi dan cukup memenatkan. aku buat apa sampai penat? ntah la, mybe sbb aku sakit kot. tekanan darah aku rendah sangat. semalam ada wat kenduri kecil kat rumah, bukan x mau ajak. knduri bc yasin dan tahlil ja pon. panggil budak2 tahfiz. depa comel2. serius x tipu. haha. yang budak2 ja nah. besaq2 x mau tgok. haram ! oh, lupa cerita. untuk berubat aku ni kena buat knduri dan baca yasin kat rumah setiap minggu selama 10 bulan. lama kn? hmmm. tp mama buat tahlil sekali. penatttt, kemarin ida mai teman. ilah x mai. tp kemarin dulu dia mai dah. ilah ngn ida la bg aku best. x la boring sngt.

oke, kembali kepada kenduri semalam.

time budak tahfiz baca yasin, km dua duduk dalam bilik. haha. km x bca pon. holiday ! masa duk dalam bilik tu, aku ngn ida check tekanan darah. mak aih ! aku ha ! rendah sungguh. 76/53. rendah sngat2. tahap kritikal. doktor kata bahaya, buleh ke MA titutot. tah x mau sebut. ida pon rendah gak. dalam 80 ja. kesian km dua. patot aku dok asyik cam duk atas kapal ja.

weh2. aku teringin sangat nak makan kenduri. lapaq lauk knduri kawin. ayam masak merah, fuhhh. daging masak hitam. nyum2. esh ! x buleh bayang. pastu aku teringin nak pakai baju kebaya yang lama2 p knduri. hmmm. syoknyaaaaaa.

apa lagii ha. hmmm. page baru aku ni wna pink. ke arah kewanitaan. sure laki x kan minat blog aku. haha. takpa laa. aku bahasa kedah pekat. anak jati kedah (tiru sheera).

oke, pasai penyakit aku. x mau abaq sbb aku x leh abaq. dan aku dah sembuh. alhamdulillah sngt2 tp dalam 50 50 ja. ntah laa. 2 ekoq bebb. esh3. bnda pa 2 tu? tah. x mau sebut.

chow ! cup2. aku nak ucapkan kepada semua orang yang sanggup2 ambik berat terhadap aku. menanyakan khabar aku. oh, terharu laa. dan jutaan ampun dan maaf kalau aku ada buat salah kt ampa semua. sikap aku jneh kelam kabut, loklaq bla3. hmm. aku pon x mau merepet bnyak2. bye. i love youu all.

kepada followers baru, terima kasih ya. oh ! dan

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA ORANG

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P