Saturday, 11 July 2009

DIARIKU (tolong jangan baca, nanti bosan)

Coretan saya kali ini terlalu panjang, tak perlu anda membacanya nanti kebosanan pula. Saya buat untuk diri saya sendiri supaya tak lupa hingga bila2.

12 Julai genap 3 tahun pemergianmu ayah.

Teringat mula2 ayah diserang sakit buah pinggang.
Muntah tanpa henti (tanpa mengeluarkan apa2 pun, hanya angin sahaja)
Beberapa hari tak sedar diri. CAPD (cuci melalui perut) selama beberapa hari
Saya dan mama menemani ayah di wad kronik (sehari kadang2 4 kematian) pernah ku lihat.

Lepas tu ayah kena cuci melalui IJC (di bahagian dekat dgn. leher). Bhg ini payah nak jaga sebab mudah kena jangkitan kuman. IJC ini digunakan buat sementara sahaja. Untuk mematangkan Fistula (di bahagian tangan – pembedahan kecil di tangan di mana dua saraf dicantum sekali menjadi satu, sebab itulah nadinya bergetar kuat seperti menggunakan bateri) 2 minggu barulah boleh digunakan. Ayah masih guna wheel chair. Ingatannya masih blank. Tak ingat apa2. Plastik kuning sentiasa ada pada mama untuk muntah ayah (sebab urea la tu) 2 minggu saya tak ke sekolah masa tu. Hospital rumahku yg kedua. Fikiran mama masa tu pun berkecamuk serta letih sampai mama pernah eksiden 2 kali dlm seminggu. Ayah duduk di hospital selama 1 bulan.

Rayuan untuk mendapat tempat di hospital kerajaan telah dibuat (tak tahan dengan kos rawatan hospital swasta). Buat sementara waktu ayah dinasihatkan buat dylisis di hospital swasta. Selepas ayah sedar masih tak mampu berjalan tapi menaiki wheel chair, ayah buat dylisis dekat hospital swasta selama lebih kurang 3 bulan (sehari dikenakan RM250.00 tidak termasuk lain2 rawatan) seminggu 3 kali (nasib baik 3 bulan saja, kalau tidak........) (at least sehari kena spend sekurang2nya RM300.00 ketika hari dylisis – termasuk makan dan minyak kereta). Ketika itu ayah masih buat dylisis melalui IJC (melalui leher) dan Femoral Catheter (melalui peha) sebab fistula tak menjadi. Mamalah yang menjaga ayah siang malam tanpa memikirkan kesihatan dirinya langsung. Saya pula terpaksalah ditinggalkan di rumah rakan mama apabila mama bawa ayah dylisis dan pelbagai kemungkinan.

Rayuan diterima. Ayah mendapat tempat rawatan dylisis di hospital kerajaan. Di sini tidak kena apa2 bayaran sebab pegawai kerajaan. Tapi kos berulang-alik dan makan kena tanggung sendiri. Perjalanan yang jauh untuk dylisis di hospital daerah dan rawatan memakan masa sehari suntuk. Perjalanan ke hospital daerah ini hanya boleh di waktu siang sahaja sebab sepanjang perjalanan melalui hutan2 dan bukit bukau serta kemungkinan ada binatang buas keluar seperti babi hutan dan sebagainya. Kalau termalam terpaksa ambil jalan jauh (bukan jalan ini). Kadang2 kereta buat hal. Mama terkejar sana sini di tempat orang. Kadang2 dalam perjalanan pulang, sampai pertengahan jalan, ayah hypo, terpaksa mama patah balik ke hospital untuk mendapat rawatan.

Selalunya selepas mama hantar saya ke sekolah, pukul 7.00 pagi mereka terus ke hospital daerah dan balik pukul 8.00 malam kadang2 10.00 malam kerana ayah selalu kena masuk wad dulu (atas sebab kesihatan). Selalunya saya dah tidur bila mereka pulang. Ayah selalu menangis dan mengerang kesakitan. Kalau ayah sakit, saya dan mama berjaga sampai siang (picit sana sini, saya jadi tukang pijak). Kadang2 tu saya tak ke sekolah keesokan harinya sebab tak tidur malam. Sedih bila ingat kembali azabnya orang sakit buah pinggang. Selepas 6 bulan, ayah baru belajar tak teh (belajar jalan) semula.

Selepas dua bulan berulang-alik, ayah dapat tempat di hospital berhampiran. Syukur, alhamdulillah. Dekat sikit dengan rumah. Kehidupan saya pun berubahlah sikit. Cuma kalau ayah kena tahan wad saja, saya kena tinggal di rumah kawan ataupun nursery bayar hari. Biasa juga saya tinggal di rumah kawan dalam tempoh berminggu2. terima kasih kawan & your family. Allah saja yang akan membalasnya. 4 ur imformation mama saya dilatih memasang mesin dylisis sebelum dylisis dimulakan. Cuma mama tak sanggup cucuk jarum sahaja dekat fistula sebab mama takut darah dan seriau.

Lebih kurang dua minggu, ayah dapat buat dylisis melalui tangan iaitu fistula. Fistulanya selalu rosak disebabkan blood clot (darah beku – mungkin punca dari darah tinggi/kencing manis ataupun banyak makanan lemak2 kot). darahnya beku dalam dylizer macam agar2, ketika itu darah tak boleh dicirculate, terpaksalah dibuang), 1 dylizer tu lebih kurang 2 pain darah kot. Untuk sambung dylisis, heprine iaitu liquid untuk cairkan darah terpaksa dimasukkan. Jika kehilangan darah terlalu banyak, terpaksalah kena tambah darah. Selain ubat-ubatan. Itulah rutin kehidupan pesakit buah pinggang.

Sekejap tangan kanan sekejap tangan kiri, sementara nak boleh buat fistula baru (tangan kanan atau kiri), terpaksalah cuci melalui IJC atau melalui FCT (femoral catheter tube) di bahagian peha (urat besar). Tube tergantung di peha. Bahagian inilah yang paling siksa sekali. Nak mandi payah, nak buang air pun susah, kena jaga betul2 takut kena jangkitan kuman. Biasa banyak kali ayah sakit teruk sebab dijangkiti kuman. Kena duduk di hospital beberapa hari untuk masuk antibiotic yang kosnya lebih kurang RM250.00 sebotol kecil sebesar ibu jari sahaja (nasib baik ubat2 ini semuanya free). Kes ini selalu terjadi dekat ayah.

Selalunya orang sakit jenis ni, ingatannya kurang disebabkan urea. Mungkin tak pantang makan atau penyakit darah tinggi dan kencing manis kot (terlalu banyak nak kena pantang, termasuklah air tidak boleh melebihi 1 botol air mineral botol kecil, ini termasuk kuah, air buah sehari). Selalunya buah pinggang effect ke jantung. Kebanyakannya pesakit ini mati kerana jantung.

Kadang2 tengah saya, ayah dan mama sedang menonton tv atau tengah tidur, tiba2 ayah menjerit minta tolong. Darah memancut2 bagai air paip hingga membasahi kain dan tilamnya, bila tube pehanya (FCT) terlucut. Cepat2 mama tekan bahagian terlucut dan suruh saya lapik plastik dan alas kain dalam kereta serta start engin kereta untuk ke wad kecemasan. Kena tahan wad dan kadang2 kena tambah darah lagi. Biasa sangat2 kes ini.

Akhir tahun 2005, banjir besar melanda. Waktu sedang dylisis, tiba2 tempat dylisis dinaiki air dengan begitu cepat sekali. Nasib baik mama dah dilatih cara2 kecemasan (termasuk waris2 yang menunggu pesakit). Mesin dylisis kena dihentikan. Masing2 bertungkus lumus melekatkan plaster di bahagian fistula dan masing2 jarum berkegantungan di tangan. Apa yang boleh buat, mana nak jaga tangan takut terlucut dan berdarah, mana nak tolong kakitangan hospital melarikan mesin dylisis dan peralatan lain takut2 dimasuki air banjir ke kepala jalan raya (tempat tinggi sikit). Air begitu cepat sekali hingga ke paras lutut dan seterusnya hingga ke paras pinggang.

Banjir ini bukannya untuk sehari dua, malah memakan masa berminggu2. pesakit2 buah pinggang yang kritikal dan tidak mampu mengeluarkan duit yang banyak untuk rawatan hospital swasta akan dibawa melalui ambulan di merata hospital2. mama terpaksa bawa ayah ke hospital daerah yang agak jauh dan selepas itu ke hospital swasta untuk dylisis (setelah hospital daerah penuh). Untuk sampai ke hospital swasta dan berulang ke hospital negeri terpaksa mama melalui berbagai halangan banjir dan meredah perjalanan yang sungguh jauh dan sukar. Sejak dari peristiwa itulah bermulalah ketidak sihatan ayah. Dylisis kadang2 1 kali kadang2 2 kali sahaja seminggu. Itupun boleh buat 2 jam sahaja sebab darah beku, kadang2 tengah dylisis mesin berbunyi sebab darah beku dan kadang2 nak ‘return’ balik darah ke badan terpaksa cari urat besar di mana2 bahagian badan, cucuk sana, cucuk sini dan kadang2 tak boleh ‘return’ langsung. Untuk makluman, semasa banjir hospital negeri penuh, so pesakit buah pinggang kena buat dylisis selama 3 jam instead 4 jam sebab que (terlalu ramai). itupun kadang2 balik pukul 1-2 pagi baru sampai rumah.

Ayah dinasihatkan mendapat rawatan pakar di hospital Selayang, Selangor. Abg saya (yang tinggal di Ipoh) terpanggil untuk membawa ayah, saya dan mama, sebab mama tak berani nak bawa kereta sejauh itu dengan keadaan ayah yang sakit. Sekali lagi saya terpaksa tuang sekolah selama seminggu. Ayah mendapat rawatan lain dari yang lain. Pakar dari serata pelusuk dunia ada di situ. Di serata anggota telah dicuba, masih tak berjaya juga. Waktu itu mama pelawa diri nak menderma saja buah pinggangnya kepada ayah. Tapi ayah menolak, katanya kalau mama beri buah pinggangnya, nanti mama tak sihat, siapa nak jaga dia dan saya. Silap2 mama yang meninggal. Pesakit2 di situ kebanyakannya berbangsa cina, kebanyakan mereka buat transplan di negeri China. Kosnya beratus2 ribu. Tanpa apa2 kejayaan dibuat di hospital Selayang, kami pun pulang semula.

Kos2 ubat-ubatan, perbelanjaan untuk pesakit buah pinggang seperti ayah saya (kronik) memang tinggi. kadang2 peralatan tiada di hospital kerajaan terpaksa dibeli dari luar. Ada yang mencecah hingga beribu2 ringgit.

Ayah terpanggil oleh seorang Dr pakar dari hospital pakar (beliau juga banyak membantu hospital kerajaan). Kali ni tube ditanam di bahagian lengan dan bahagian pelipat lengan untuk dylisis juga yang berkesan. Tapi tak tahan lama. Dua tiga kali cara ini digunakan. Masih tak tahan lama juga. Sekali lagi ayah kena buat CAPD. Kali ini duduk di wad selama 3 minggu.
Akhirnya cara femoral catheter diguna semula sebab peha ayah sembuh dari bernanah. Semakin hari semakin lemah kesihatan ayah. Jalan terakhir jika femoral catherer kali ini tak dapat digunakan ialah dengan cara buat CAPD di rumah.

Dari situlah ayah mula tak sihat. Sakit ayah semakin teruk hingga tak boleh ditinggalkan langsung. Salah satu pengorbanan terbesar mama untuk ayah tersayang ialah berhenti kerja agar ayah dapat dijaga sepenuh masa dan kasih sayang sesempurnanya hingga ke akhir hayatnya. Bilik untuk buat CAPD di rumah pun hampir siap.
Tapi apakan daya, Allah SWT menjemput beliau kembali ke Rahmatullah terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Semoga ayahku ditempatkan bersama ahli2 syurga Firdaus. Amin.

Notaku:
Kepada rakan2 yang mempunyai keluarga yang mengidap penyakit buah pinggang, saya harap banyak2lah bersabar kerana karenah pesakit ini amat menguji kesabaran orang yang dekat dengannya. Jagalah mereka sebaik2nya, sebab mereka memerlukan pemerhatian yang halusi. Jangan biarkan mereka keseorangan apabila mereka sakit. Itulah pesanku.
Satu lagi pesanku kepada misi2, banyak2lah bersabar dengan karenah pesakit. kadang2 mereka ini menduga dan menguji kesabaran hingga hilang sabar dan kadang2 macam tak nak peduli, kan? kan? kan? Hari ini dimarahi, tiba2 esok pesakit itu meninggal. Apakah perasaan anda? Tahukah anda pesakit menangis sebab terlalu kecil hati? Mungkin anda tidak faham sebab anda tidak mengalaminya (yang paling2 kesian ialah ayah tertunggu2 terlalu lama untuk dylisis melalui femoral catheter dan terpaksa kain diselak sebab femoral catheter di celah peha, masa tu buat dylisis atas katil, sebab blood flow tak elok) malah tiada siapa yang pedulikannya ketika itu (sedih bila kenangkan wajah ayah ketika itu macam nak menangis), akhirnya ada juga hamba Allah lain yang bertugas ketika itu buat untuknya. Hanya saya dan mama saja yang tahu. Itulah hari terakhir ayah buat dylisis di situ. Selepas dari hari itu jugalah semangatnya hilang dan dari situlah sakitnya semakin teruk. Ada satu titik dan berdetik di sini. Disimpan di hati sampai mati.
Banyak lagi keralatan yang terbuku selepas pemergian ayah terhadap ....... setelah kehidupan saya dan mama berubah sama sekali. Semoga mereka2 ini mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT. Sedih bila dikenang kembali.
Inilah catatan diariku sebagai kenangan dan tak akan dilupakan hingga ke hujung nyawa.

Wednesday, 8 July 2009

FIRST TIME


First time aku naik bas. Masa tu darjah 5. aku teringin sangat nak naik bas waktu tu. Kebetulan hari itu kawan aku datang rumah bersama kakaknya. Aku minta dekat mama dan ayah untuk naik bas ke destinasi yang paling dekat bersama kawan2 aku (beberapa kilometer sahaja). Setelah rayu merayu, pujuk punya pujuk, akhirnya mama dan ayah termakan pujuk.

Mama hantar dan tunggu aku bersama kawan2 di tepi jalan. Perjalanan balik mama akan ambil di mana aku berhenti. Berkobar2 dan berdebar2 menunggu bas datang. Lebih kurang 10 minit ternampaklah bas ekspres muncul. Perasaan takut dan syok teramat sangat waktu tu. Bas pertama yang aku tahan tak berhenti sebab penumpang penuh kot. Frust gila aku dan kawan2 aku dibuatnya. Satu lagi bas lalu, aku tahan lagi. Kali ni bas berhenti. Tapi bas local, buruk sikit. Mau tak mau terpaksa naik la juga. Aku dan kawan2 seronok dan takut bercampur aduk sekali. Nah!!! Aku terpaksa duduk di bahagian kedua dari belakang sebelah kanan, kawan aku kena duduk belakang sekali sebelah kiri bersama kakaknya. Nampaknya kami tak duduk sekali. Tapi mama pesan sampai dekat Pekan Tanah Merah picit loceng. Mula2 syok la, lepas tu tumpuan kepada keseronokan naik bas dah hilang sebab takut terlepas Pekan Tanah Merah.

Aku menoleh ke belakang, memandang kawan2 aku. Aku senyum. Mereka pun senyum. Tiba2 aku terperasan di belakang aku ada seseorang. Alamak! Takutnya. Sahih orang gila (nyonya tua memang tak siuman pun sedang berleter apa2 tah). Mulalah gelabah al gabra. Kepala asyik toleh ke depan sat ke belakang. Sat ke depan sat ke belakang. Ke sekian banyak kali toleh menoleh, maka si nyonya tu dah naik perasan. Apa lagi, kepala aku di ketuk (luku) bukan main kuat lagi. KEDEKKKUUUK, lukuan yang mendalam rasa sakitnya. Apa lagi akupun menjerit sekuat2 hati: MAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!
Terus bingkas bangun meluru lari laju terus ke bahagian depan bas sambil menangis dan ketakutan yang amat la sangat. Nasib baik konduktor bas tu baik. Dia tolong pegang aku. Ada makcik mana tah bagi aku duduk di sebelah dia walau terpaksa berhimpit dengan anaknya. Nyonya tu masih pot pet entah apalah sambil menuding jarinya kat aku. Takut dan seram sungguh. Nasib naik dia tak ikut aku.

Aku dah tak dapat fikir di mana kedudukan aku masa tu. Perasaan takut menhantui aku. Nasib baik kawan aku tak hilang akal macam aku. Dia picit loceng sebaik sahaja sampai di perhentian bas Pekan Tanah Merah. Sebaik turun bas, mama dan ayah siap tunggu dalam kereta. Aku terus menerkam dan menangis sekuat2nya. Waktu tu aku tak dapat nak ceritakan apa2 kecuali kawan aku sahaja yang pot pet cerita sakan. Mama dan ayah ketawa bagai nak rak, yang aku pula kelupur sakit hati.

Inilah pengalaman pertama aku naik bas dan aku rasa fobia bila nampak orang gila dan rasa takut nak naik bas selagi aku belum cukup bersedia.

Monday, 6 July 2009

HANG NADIM


Saya teringat sepupu saya semasa dia kecik2 dulu. Masa tu dia darjah 2. gurunya bercerita tentang kisah Hang Nadim (Singapura dilanggar todak). Riwayat hidup Hang Nadim hinggalah beliau meninggal dunia. Sesampai tang part kematian Hang Nadim, tetiba2 sepupu saya yang bernama Atan mengangkat tangan tanda bantahan :

Atan: Cikgu salah, mana ada. Hang Nadim belum mati lagi.

Guru: Apa? Kenapa kamu kata macam tu?

Atan: Kan Hang Nadim buka kilang sardin di Jepun.

Guru: ?????? kamu tahu mana cerita ni?

Atan: buku komik, besok saya bawa tunjuk kat cikgu kalau cikgu tak caya!

Guru naik menggong sebentar. Lepas tu beliau terangkan bezanya buku pengetahuan dan buku komik. Keesokkannya bapanya dipanggil jumpa guru tersebut. Kesian Atan sebab pening antara yang benar dan yang joke2. hampeh2. haha

Friday, 3 July 2009

TOKWAN OH TOKWAN


Setiap insan akan tua
Setiap insan akan lalui berbagai perubahan pabila meningkat usia
Setiap insan akan diambil kembali setiap anugerah secara perlahan2 di usia tua oleh Allah S.W.T

Kulit akan berkedut
Mata akan rabun
Rambut hitam akan putih
Ingatan akan cepat lupa
Gigi satu persatu akan tumbang
Dulu sihat kini sakit sana sini
Tidur malam kurang lena
Telinga dulu jelas pendengaran kini entah2 apalah kadang2 dengar kadang2 tidak
Bagi yang memang pot pet masa muda lagi cerewat kot ketika tua (wallahua’lam)

Ku nak sentuh kisah pendengaran
Yang buat aku ketawa hingga kini bila diimbas kembali perbualan makcik A dengan bapanya
(bapa makcik A ni aku panggil tokwan dan aku bukan hina tapi sebab lucu) sebab aku tahu setiap insan akan lalui semua ini pabila menjangkau ke sesekian umur .

Tokwan: petang ini minum ayaq apa? (ayaq : loghat kedah bagi air)
Makcik A: air teh
Tokwan: hah! Bancuh ayaq apa?
Makcik A: air teh, air teh, air teh (meninggi sedikit suara)
Tokwan: ishhhh, hampa ni, aku tanya minum ayaq apa? (hampa : loghat bagi kamu)
Makcik A: (mendekatkan muka supaya faham bila tengok pergerakan mulut)
Tehhhh, tehhhhh, tehhhhhhhhhhh
Tokwan: aku tak faham apa hampa cakap
Makcik A: ayaaaqqqq teeeeeeehhhhhhhhhhhh (semakin kuat suara)
Tokwan: tak pa la. Hampa buat2 la pekak, nanti tuhan bagi hampa pekak baru hampa tau.
(sambil berlalu pergi)
Makcik A: terpingga2 dan kepenatan setelah penerangan tak difahami sampai ke sudahnya.
Tokwan : ayaq apa?
Maktik A: teaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tokwan: oh, tea ka. Len kali sebut la tearrrrrrr.

Esh2 lawak sungguh. Makcik A suruh tokwan pakai alat pendengaran setiap hari, biasalah manalah dia mahu. Dia cuma pakai ketika ke masjid atau keluar rumah sahaja.

Setiap yang muda pasti akan tua,
Setiap yang dipinjamkan akan diambil kembali.

Wednesday, 1 July 2009

KU INGIN TERBANG


Tika terbaring di rumput nan hijau
memandang ke langit awan biru dan memutih
Dihiasi burung2 berterbangan
terasa ingin terbang jua
Mengebar sayap bagai burung
beterbangan di awan tinggi
menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Agong
Hinggap sana hinggap sini
Pagi2 terbang sekawan mencari rezeki
Petang2 terbang sekawan pulang ke sarang
Nikmati rezeki penuh kesyukuran
Tanpa peduli kehidupan yang lain kecuali keluarga dan keturunan
Jauhi diri dari musuh dan bahaya
Jauhi pencemaran alam perosak dunia
hidupmu pengindah alam
Matimu tiada apa2 perhitungan
Itulah hakikat dari mata kasar ini.

Kita manusia
Dianugerahkan segala kenikmatan
Dianugerahkan kepandaian, keindahan dan segala kecantikan
Diberi otak dan deria
Diberi hati dan perasaan
Diberi mata, tangan, kaki cukup lengkap anggota
Diberi telinga untuk mendengar
Diberi lidah bukan untuk mengata
Diberi usia untuk perbanyakkan bekalan
Sesungguhnya setiap anggota akan disoal semula
Di akhirat nanti bersiap sedia
Di sana setaraf tiada bezanya
Hitam putih kehidupan abadi
Nikmat syurga atau siksa neraka?

Pesanku untuk ku
Pesanku jua untuk mu
Mensyukuri segala nikmat dan apa jua cubaan
Jangan sia2kan hidup ini
Berbuat baiklah sesama insan
Andaian dan tuduhan
Membuat insan lain tertanya2
Memberi insan lain pahala berganda2
Kekadang menganiaya secara sengaja
Memandang hina mengukur tarafnya
Hanya merugikan masa
Hanya merugikan pahala
Hanya memutuskan silaturrahim
Hanya memutuskan silaturrahim, silaturrahim, silaturrahim
Hasut menghasut seramai yang boleh untuk membenci
Laga melaga tak akan kemana-mana
Itu semua janji dan mainan syaitan
Untuk insan tidak beriman
(Nabi Muhammad saw tidak mengaku umat orang yang memutuskan silaturrahim)
Selagi kemaafan tak dipinta
Selagi itulah tertanggung dosa
Wallah hua’lam.



Nukilan: Syifa myself keralatan

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P