Friday, 13 March 2009

JARUM SUNTIKAN BOLEH MERAGUT NYAWA SAYA


agaknya kerana badan panas kot buat gigi saya sakit sangat. rasanya dah goyang2. adoi sakitnya. nak cabut takut. tambah2 nampak doktor gigi, lagi menggeletar. nak cabut ka tak. baik cabut sendiri. goyang sikit2 macam selalu. lama2 tercabut juga. kebanyakan gigi saya masih gigi susu. Di bahagian depan atas dan bawah ja gigi kekal. tapi gigi susu pun jangan, sakit bukan main lagi. macam nak keluar hingus. nak makan pun payah. adoiii hai.

pernah dulu semasa darjah lima, saya takut nak cabut gigi di sekolah.  jadi mama bawalah saya pergi ke klinik swasta. takut tu tuhan saja yang tahu. tunggu punya tunggu, nama saya pun dipanggil. selepas tu kena tunggu plak dalam bilik doktor punya la lama, dan saya juga terpaksa nganga mulut dengan jangka masa yg agak lama. cek pi cek mai, tiba2 nurse pun datanglah dengan sebatang jarum, dok layoq pula tu dengan tekanan yang memercikkan ubatnya nak junam ke gusi saya. alamak, menggigil gila waktu tu. akibat terlalu takut saya terus meronta2 tak mau dicucuk. apa lagi, dua tiga orang nurse pun tekan badan saya yg agak keras ini, termasuklah doktor. doktor pun naik geram la dengan perangai saya yg agak manja tu, mungkin dia lupa kot. dia tekan leher saya seperti mahu mencekik saya. saya pun lagi meronta la sampai terlepas dari genggaman doktor itu dan sekali lagi saya diberkas oleh kedua nenek kebayan yang menakutkan (nurse), mereka pakat pegang saya macam nak kena sembelih, hanya tuhan saja yang tahu situasi saya pada ketika itu. teriak mengalahkan baby yang baru lahir.

 mama saya pun tak tahan tengok saya menangis, meronta, takut akan jarum terkena mata dan dengan keadaan macam tu, dia minta doktor hentikan peperangan kecil itu. apa lagi doktor pun terus naik berang, bebai tu tak terkatalah jika nak cerita. level kemarahannya pun tak silap saya sudah mencecah tahap gunung berapi yg sedang meletup. mama pun tarik tangan saya lalu keluar dari bilik yang berhantu itu dan dia cuma ambil ubat sahaja. yang nak jadi bahan ketawa tu ialah doktor tu tak puas hati lagi dengan saya dan dia datang dari belakang, terus dia cekik leher saya sambil berkata " niiihhh, apaaa punya teruk la, haish!", gurau doktor sambil berlalu pergi dan apabila berfikir kembali kejadian tu, saya akan ketawa dan senyum sorang2. memang ia agak lucu dan ia adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan.

Satu lagi kisah, tapi taklah kena mengena dengan kisah sakit gigi atau doktor gigi. ini berkenaan dengan takut doktor dan jarum juga. itupun semasa saya darjah lima. saya terpijak paku karat (agak serius). mama bawa la saya ke klinik swasta lagi sekali. satu tragedi yang sama berlaku. setelah nampak jarum, mulalah adegan yang menyayat hati. empat orang nurse termasuk doktor tekan saya yang sedang meronta2 macam nak kena sembelihlah juga. hampir setengah jam depa dok perosah saya sampai tudung kepala  doktor dan nurse terbang. pecah peluh semuanya. masih tak dapat nak cucuk katakan. akhirnya doktor yang give up. doktor kata relek2 dulu. tarik nafas dulu. putaran jam berjalan hampir satu jam. akhirnya doktor yang penyabar tu pujuk dengan kata "takpa aih, rasa macam ketit semut ja!" sambil tangannya kutil lengan saya. akhirnya saya pun dengan mudahnya menyelak lengan baju dan terus membiarkan doktor menyuntik jarumnya. padahal bukan susah dan tak sakit sangat pun. bila saya dan mama keluar bilik doktor, semua mata memandang ke arah saya. mesti depa ingat perang apakah yang berlaku tadi dalam bilik doktor. baru nak tau rasa malu ketika tu.

sekali lagi saya akan menceritakan kisah ketakutan saya apabila bertemu jarum. begini ceritanya. semasa umur saya dalam lingkungan 8 atau 9 (kurang pasti) saya mendapat kad yang berwarna hijau yang tidak menarik langsung warnanya. dan membawa pulang untuk menunjukkan ia kepada mama dan ayah. keesokan harinya saya pun pergi sekolah bersama kad itu (sebenarnya saya pun tak tahu apa yg terkandung di dalam kad tu) dan serahkan ia kepada guru kelas saya. selepas rehat semua pelajar kelas saya dipaksa pergi ke bilik rawatan. setelah sampai di sana kelihatan seorang pelajar menangis di hadapan muka pintu bilik itu. tetapi saya endahkannya. malas nak ambil kisahpun sebab dia bukan rakan saya. masuk dalam bilik tu dan tut2 nama saya yang pertama dipanggil. dengan selambanya saya pun duduk lah kat atas bangku plastic dan memuji nurse itu seperti ini "nurse cantik la" (waktu tu muka x taw apa2 pun). tiba-tiba nurse yang saya puji tadi mengeluarkan sebatang jarum suntikan. apa lagi! terkejut berok la saya. terus melompat ke arah ustaz dan memeluknya rapat-rapat kerana terlalu takut. bila nurse tu hampiri saya, saya terus lari dan nurse tu pun mengejar saya satu bilik sehinggakan cikgu-cikgu lain pun turut mengepung. riuh rendah sekali keadaan ketika itu. habis berserak barang-barang kedoktoran saya tepis dan menolak meja ke arah nurse dan ustaz. saya dapat menembus keluar melalui celah kelengkang ustaz seperti anak tikus. panjat tingkap menjerit minta tolong ialah perkara yang dapat saya lakukan ketika itu. akhirnya ustaz dukung dan peluk saya. akhirnya dapat juga nurse tu menyuntik saya dalam keadaan meronta-ronta. tetapi sewaktu jarum memasuki isi lengan, saya menjerit sepuas-puas hati sampai semua orang terkejut melihat gelagat saya. dan ada juga yang datang menjenguk dari tingkap dan sebagainya. 

Dah berlalu kisah tu, yang jadi masalah sekarang ni ialah sakit gigi berulang lagi. gigi dah goyang2. nak jumpa doktor gigi? nehi2. (hindustan la katakn) nampak gayanya kena jadi doktor gigi sendiri la pulak. tetapi saya ada petua yang bagus. dan kalau nak cuba boleh jugak :D

makan durian banyak2. kalau boleh makan durian kampung. lagi power. hembus dan belahak banyak2 kat muka sapa2 yang cepat naik angin, pastu suakan pipi ke arahnya dan biarkan ia menyepak/sepak sehingga gigi tercabut. 

apa2 pun gigi saya masih sakit, adoi sakit, mama oooiii, sakit, sakit, sakit. telan ponstan sebiji, barulah kureng sikit. bertahanlah sampai tercabut gigi. 

Tuesday, 10 March 2009

OH ANAK BURUNG!

Aku geram sungguh bunyi bising anak2 burung kat atas pokok pinang sebelah bilik aku. Aku tau depa memang lapar. Mak depa pi mana tak tau? Biar anak2 qeriau hampir setengah jam dah. Aku nak tidur balik pun tak boleh. Haishhh. Eeeeeeee geram toi la. Last2 aku ambil keputusan aku nak panjat pokok tu. Bukannya tinggi sangat pun, lebih kurang empat kali tinggi aku ja. Akupun panjat la. Yang herannya badan aku ni memang ringan, tau la batang pinang besar mana, agak2 besar betis aku ja dan pokok tu tak melentok pun. Sampai di kemuncak pokok, aku nampaklah sarang burung. Tak taulah burung apa2tah. Ada tiga ekor semuanya. Comeinya, mulut tenganga2 nampak lidah, memang lapar. Akupun bawa turunlah seekor dulu. Yang di atas pokok tu masih dok bunyi lagi. Risau ngat aihhh. Seekor demi seekor aku bawa turun. Aku masukkan ke dalam kotak yang dilapik dengan kain tuala. Aku suap dengan pisang emas, pastu sulam dengan air. Terpejamlah mata anak2 burung tu. Hah! Diam dah, mengantuk kot. Pastu yang seekor lagi tu, yang ada warna kuning kat atas kepala nakal sikit, dia bunyi pulak dah. Macam2 cara aku buat nak bagi dia diam, tapi tak berhasil juga. Aku pegang dia rasa macam nak picit2, bunyi lagi, lagi, lagi dan lagi. Oleh kerana terlalu bising membuatkan aku terkejut dan terjaga, ya Allah!!! aku merepet ka. Tapi pasaipa masih dok dengar bunyi anak burung? Memang betui la ada anak burung? Tercari2 aku di mana. Bunyi dekat sangat dengan aku. Kat mana hah? Satu katil aku cari, selak selimut, selak bantal2, kerosek celah tilam, selak cadar katil kot2 ada bawah katil, aishhh. Tak dak pun. Dok bunyi2 lagi. Last2 barulah aku terperasan, tau dak bunyi kat mana anak burung tu? Memang sebijik bunyi anak burung. Rupa2nya hidung aku yang tersumbat yang bunyi “ciiittt, ciiittt, ciiittt, ciiittt, ciiittt........” hahahahaha, aku gelak sorang2 macam orang gila lagi. Haru biru goh! Ni la akibatnya tidur balik selepas sembahyang subuh.

Wednesday, 4 March 2009

SAYALAH PUTERI RAJA



Hari ini saya kenalah menulis dengan menggunakan bahasa surat. Bukan dalam loghat Kedah tulin dan ringkas tulisannya. Bukan sebab apa, untuk tatapan kak Aizam Aiman agar mudah faham coretan saya.


Pada 2 Mac yang lalu saya dikejutkan dalam chat box saya dengan perkataan : “aizamaiman: dah pos. Dah dapat nanti bgtau ye. Tq.” Nak tahu tak siapa yang tulis? Itulah kak Aizam Aiman penulis buku novel yang terkemuka juga di negara kita yang tercinta ini. Saya merupakan di antara 2 orang yang bernasib baik memenangi hadiah sebuah buku keluaran terbaru beliau berjudul Sayalah Puteri Raja. Saya dah agak dah, jika pos 2hb, hari rabu 4hb mungkin akan sampai kot.


Macam orang mengantuk disurungkan bantal je. Tiba2 bunyi moto posman berhenti depan pagar rumah dan terus membunyikan honnya. Apa lagi, terlompat, terjeritlah saya seperti selalu, jika ada sesuatu yang excited atau sesuatu berita gembira memang saya macam nilah.


Terus saya meluru kepada pak posman “Nurul Syifa?” kata pak posman. “Ya ya” kata saya terus mengambil sebuah kotak berukuran lebih kurang 25 x 21 cm dengan ucapan terima kasih. Sebaik saja pak posman berlalu, sekali lagi terlompat2 macam kera kena belacan terus masuk ke dalam rumah.


Tak sabar2 lagi nak tengok isi di dalam kotak. “adoi! payahnya nak bukak kotak ni”. Sebenarnya bukan payahpun nak buka kotak ni, tapi kerana gelojoh dan tak sabar2 sangat tulah jadi macam ni. Wawwww, cantiknya, siap diikat dengan ribbon ungu, dengan eksesori2nya ‘berkegantungan’ sesuai dengan warna kulit buku yang sungguh cantik dan menarik. Terharu sungguh. Saya pun baca apa yang ada di luar kulit buku”Edisi Khas! Pop-up Harum dan Berkilau – Sayalah Puteri Raja! : Aizam Aiman”. Saya juga menerima sebuah buku kecil Petit Novel : Sayalah Bodyguard PM! – Aizam Aiman.


Disebabkan kesuntukan masa dengan waktu nak ke sekolah, tapi saya sempat juga membelek2 dan seperti biasa, habit saya yang tidak pernah lupa iaitu untuk bergambar bersama buku2 ini.


Saya rasa terharu dan ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan dan terima kasih yang teramat sangat kerana menghadiahkan buku2 tersebut, padahal saya sendiripun tak sangka kak Aizam Aiman datang singgah ke blog saya lebih kurang sebulan yang lalu dan saya adalah orang yang bertuah sekali. Secara tidak langsung dapat mengenali kak Aizam Aiman dengan lebih dekat dan keluaran buku2 yang akan datang. Saya juga berdoa agar kakak berjaya dalam bidang penulisan dan mendapat sambutan lebih meluas lagi. Dan semoga Allah murahkan rezeki kakak dan dipanjangkan umur. Amin.


Nak kenal Aizam Aiman : www.aizam-aiman.bolgspot.com.

Wednesday, 25 February 2009

PANTUN MERAPU LAGI BERHANTU

si kepoh suka cakap menjulang
si mulut baldi menepuk dahi
datang bertamu tak diundang
tak disangka2 membawa taik.
perangai tak elok bukan pemikat
rupa cantik pun tak terpikat
kalau orang nak kawan, orang kawan sat
nak buat apa hidup x berkat.
bodo mana dok kawan ngn ampa
control gila belum apa2
emmmmm alamat yang hebat last2 tadak apa
takpa2 tau2 tinggai celepa.

buat salah selalu lupa
tak malu rupa dok pelawa diri
aku tak pernah dok kacau ampa
tok sah dok layoq tak rasa iri.

kononnya hebat belajaq kuntau
muka belemoih contiang arang
palit memalit buat tak tau
kucar kacir kehidupan orang.

makan2 terkena santau
rajin sangat dok pi merantau
jangan ingat orang tak taw
perot busuk dah naik bau.

mata sepet si anak nyonya
depa tu pndai buat kueh pau
org teraniaya makbul doanya
balasan tuk orang prangai melampau.

dosa pahala sebelum mati
pikirlah sejenak bukannya letih
kamu jadikan amalan suka menyakiti
kelukaan kurniaan Allah amatlah pedih.

muhasabah diri sebelum terlambat
bukan orang ja, Allah pun dok perhati
cepat2lah pi brtaubat
sebelum malaikat maut undangkan mati.
pssssttt: idea pantun ni mai waktu nak p tidoq lepaih 2 pi zZzZzZzZzZ sampai pagi. ngeh2

Sunday, 15 February 2009

YANG PASTI SUDAH PASTI, KAULAH HEROKU

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
Pergimu meninggalkan ku di sini
Bagaikan hidupku jua kan mati

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
Kenangan membawa ke lubuk hati
Kau pergi gambarmu pengganti diri

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
Walau sesaat takkan ku lupai
Budi jasamu kan ku bawa mati

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
Pesananmu ku simpan di lubuk hati
Agar bertemu di alam abadi

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
Tangisan anakmu tak siapa dengari
tak terperi Kerinduan ini

Yang pasti sudah pasti
Kaulah heroku
agar rohmu dirahmati
Syurga firdaus harapan abadi

Yang pasti untukku kini
Kaulah heroku
Bukan pengganti yang sudah pergi
Tapi teman sehati
Bagaikan lagu Alif – Akan Tiba rona roni
Persoalanmu sudah terjawab di sini
ciknurulsyifafumfasayangkatayahnyayangbernamamajidbinahamadmuah

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P