Sunday 7 March 2010

Lelaki misteri

dok pikiaq sampai jadi lagu ni

Seorang lelaki tampil mengenali
Di sapa aku beberapa kali
Akhirnya aku kenali melalui ini
Bertukar no. perkenal diri
Chat mengechat masih tak pasti
Pengenalan diri masih sembunyi
Mula2 aku gelar lelaki misteri
Tanpa identiti
Tanpa dikesani
Siapa lelaki ini ?
Setelah ditanya beberapa kali
Patutkah aku gelar pembunuh bersiri
Setakat sms tak mencukupi

Tangan di dahi memikir lagi
Menahan geram tak puas hati
Aku cuba telefon untuk memasti
Alamak suaranya merdu sekali
Bagai nak jatuh jantung sanubari
Berbual panjang gelinya hati
Semakin lama semakin mengenali
Sikit2 dah tau mananya mari
Adanya kantoi barulah ori

E ! ee ! eeee, geramnya aku dengan dia ni !
Macam nak katok kepala dia dengan kayu belati
Setiap kali text mesti nak tergelak macam nak mati
Aku ni jadi habuan untuk dia perli
Bila la dia nak tunjukkan diri
Tah2 hidung macam buah ceri
Mata bulat macam bola hoki
Telinga capang macam katun mickey
Kurus kering macam lidi
Ni ja yang aku boleh pikir sendiri
Ambik hiang aku kata ni !

Tau la blog dia hebat sekali
Kadang-kadang terasa la jugak jealousy
Kalau nak banding blog aku tak ada isi
Bila buka blog orang sana sini
Mesti ada link yang tajuk TI di hujung sekali
Blog dia sekali baca, mesti ulang lagi
Bahasanya indah hebat sekali
Banyak orang dok puji
Tak payah dok kembang sampai tak celuih kerusi

Oke la ! dah takmau tulis panjang lagi
Terasa nak pi tidoq nak jumpa mimpi
Putera mimpiku itu sudah menanti
Semoga berjumpa di esok pagi

1 comment:

NAZ said...

wah wah madah berkalam :) kalau lelaki sulit itu saya hahaha kalau misteri bukan saya

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P