Friday 8 May 2009

KENAL KAWAN, TAK KENAL LAWAN


Kebelakangan ini memang saya tension sangat2. Dahlah saya asyik kena bohong dengan rakan baik yang selama ini saya percaya dan ceritakan masalah padanya dan terbukti kini rakan saya itu sebenarnya tak ikhlas. Sakit hati, pedih hati, meluat sungguh. Bila difikir2 ada hikmahnya, biarkanlah, sudahlah, NOKTAH.

Dalam dunia ini bukan saya seorang saja yang bernama Syifa. Tolonglah, Syifa dari sekolah lain yang buat perkara tak elok, kenapalah saya yang menjadi mangsa dan dibusukkan, sedangkan saya tak kenal sesiapapun yang dikaitkan. Selain mama, saya hanya keluar dengan rakan2 yang semuanya perempuan (sebulan sekalipun payah saya nak keluar dengan rakan2, itupun keluar bersama mama, mama hantar dan ambil). Rakan2 saya semuanya baik2 dan bersih belaka. Merayau? Melepak? Awal2 lagi saya pangkah. Telefon? Tak semua panggilan dijawab. Nombor tak kenal tak akan diangkat. Please la. Di sekolah? Anda boleh tanya guru2 yang kenal dengan saya. Tup2 terdengar di merata2 tentang saya, sedangkan saya tak pernah buat perkara melanggar perintah Allah. Tolonglah, berdosa besar perlakuan orang yang membuat fitnah. Hukuman Allah amat berat dan pedih. Sedangkan saya tak pernah kenal pun, inikan pula nak kacau atau mengganggu.

Yang amat menyedihkan lagi terdapat beberapa orang rakan saya yang iri hati, cemburu, ternyata hipokrit juga memainkan peranan seperti:

1. menyamar sebagai saya dan bercakap telefon dengan mamat2 mana entah
2. memfitnah dan melaga2 saya dan rakan2
3. menyuruh mamat2 mana entah untuk mengaku kapel dan sebagainya dengan saya lalu hebohkan
4. berikhtiar berbagai2 cara untuk memburuk dan menjatuhkan saya

Betapa cetek dan pandang ringannya mereka2 ini terhadap berdosa terhadap Allah dan berdosa terhadap orang mereka fitnah. Mungkin dosa itu hanya pada nama dan ejaan sahaja bagi mereka. Keseronokan dan kegairahan mereka melakukan dosa seolah2 mempermainkan tuhan dan menafikan hukuman sesudah mati kelak. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah mengadu dan berserah kepada Allah kerana tiada kudrat untuk saya nak membalas perbuatan, tohmahan serta fitnah seberat ini. Yang tinggal hanyalah banyak berdoa agar diturunkan petunjuk kepada orang2 yang keji ini.

Kepada orang yang suka aniaya dan fitnah orang, suatu hari anda akan rasa apa yang saya rasa dan kalau tak kena kepada anda ia akan kena sama ada adik, abang, kakak malah sesiapa saja dalam keluarga anda atau mungkin setelah anda berumahtangga kelak, anak2 anda akan menanggung akibatnya. INGATLAH setiap kebaikan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Segeralah bertaubat dan seikhlas2 memohon keampunan Allah dan mohonlah maaf terhadap orang yang difitnah. Sesungguhnya doa orang teraniaya amat maqbul. Aminnnnnn.

Wahai rakan baik saya suatu ketika dulu, hentikanlah perbuatan terkutuk dan terlaknat, jagalah tingkah laku, hentikan fitnah kamu terhadap saya dan rakan2 lain. Jadikan pengajaran setelah kamu dibuang dari sekolah lama di atas perbuatan kamu sendiri. Mulakan sesuatu yang berfaedah dan bersih diri di sekolah baru. Segeralah bertaubat, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Saya berharap sangat2. kasihanilah kedua ibu bapa kamu yang percaya dan menaruh harapan yang amat tinggi terhadap anaknya. Fikirlah untuk masa hadapan. Suatu hari anda akan menyesal dan masa itu tidak akan berpatah balik. Renung2kanlah.

Kepada rakan ms, bloggers dan sesiapa yang membaca blog saya, tolonglah faham dan jangan membuat andaian serta menuduh saya yang bukan2 kerana anda tidak di tempat saya. Apa yang saya alami dan menanggung kini saya anggap ini hanyalah dugaan Allah, kerana Allah menyayangi hambanya sebab itu kita diuji. Alhamdulillah. Dan jika anda terdengar tohmahan terhadap saya, tolonglah jangan percaya bulat2, sebab hukumnya sama iaitu subahat.

Sepuluh jari disusun pohon kemaafan kepada rakan2 saya jika selama ini saya terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda, kadang2 tension teramat sangat yang buat saya jadi begini. Kadang2 gurauan kasar saya dapat mengembalikan keceriaan dari bersedih. Tolong faham dan jangan terasa. Oke? Sayang semua. Assalamualaikum.

9 comments:

Unknown said...

dlm pshbtn ada psang dan surut
:)

Aida Amalina said...

klu km bt salah.
kami mintak maaf.

Afaf (: said...

kami pun minx maaf klo buat salah.

sabaq nOh.kami xtaw nk kata pa.suroh sbaq jelah.
minx2 depa tu insaff la.

Midi Vader said...

banyakkan bersabar..
jangan sesekali biarkan apa yang diorang cakap tu jadi betul. jadikan sempadan. yang betul akan nampak betul jugak akhirnya. yang buta pun akan celik. insyallah

Shahirah Zainol said...

tudia aih, sabaq ja adik! igt Tuhan n nabi muhammad.

Monsieur Anonymous said...

gurlz..
better bersabar..
kite lebih kurang same jerk..
n kalau ley..
hidup kite jgn merungut pd Tuhan..
kite kene ikthiar r jlan nye k...
jgn nk kait hukum atau blasan..
tue semua blsan y akan dtg..
fikir utk semasa dan ketika ini dlu k..
hehe~
mcam ustaz r lak..
hampeh gile mmbebel kt org..
wakakaka~
sorie eah Syifa...
=p

tiah aje :) said...

i tink dorg jeles kot.
u kan cantik.bab 2 la ftnah camtu skali.
:)

chapter 18 said...

TERIMA KASIH SEMUAAA. SAYANG ANDAAA

yatt said...

hemm.. sabar jelah.. semua nie dugaan ..relex je.. lelama meka2 yg buat citer 2 diam ar..huhuhu

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P