Tuesday, 21 June 2011

Sahabat :)

DULU MEMANG KAMI TERSANGATLAH BAIK


dulu kemana saja, kami mesti bersama...
rumah hang, rumah aku
baju hang, baju aku
kasut hang, kasut aku (ok fine yang tu tipu. kaki kami tak sama saiz)
cuma....

boyfriend hang ja bukan boyfriend aku


KAMI SANGAT GEMAR PERGI KE TASIK


pernah sekali tu seminggu direct kami lepak tasik
tapi memang betoi kata orang tua bahawa.....

TASIK ITU ADA HANTU!!!

mula2 aku tak percaya, lepas amy kena rasuk baru aku percaya



HAMPA TAK CAYA KA YANG AMY KENA RASUK??!!!




NAH BUKTI !!



kak amy mengamok sebab tak dapat balik rumah


tetapi kenapa aku pulak yang jadi mangsa untuk bermain enjit2 semut dengan dia?


kemudian aku menjirit KETEPIIII~~~ KETEPIII~~~


hat belakang rambut kerinting tu bukan hantu tapi hafiz awan nanooo



amy dah kembali pulih. alhamdulillah. maka bermula lah sesi bermaaf-maafan sobsss


tetapi little red riding hood tak dapat memaafkan amy dengan ikhlas


akhirnya dia sedar bahawa sahabat itu penting dan tak mungkin dia dapat berpisah dengan sahabat dia ini atas sebab perkara remeh temeh dari hantu tasik maka berbaiklah mereka semula

Tuesday, 14 June 2011

Ayahku Majid.....



Rindu uuuuuuu, rindu serindu rindunya aaaaaaaaa. Itulah mukadimah post aku kali ini. Rindukan seseorang serindu rindunya, sepilu pilunya. Sayangku padamu tak mungkin akan luput sampai mati. Raut wajahmu sentiasa di dalam ingatanku. Rindu aku untuk memelukmu namun apakan daya, rindu aku menciummu, rindu belaian serta gurauan dan aku teramat rindu akan segala2nya. Terkadang ada sesuatu berlaku yang mengguris hati dan perasaan aku, buatkan membuak2 perlukan kehadiranmu disisi. Air mata berlinangan dan sering termimpi2 bila teringatkanmu. Hampir sebelas tahun hidup bersamamu bagiku terlalu singkat namun nostaljia dan pengorbananmu kekal hingga ke akhirat. Ya Allahhhhhhhh, sesungguhnya Kau lebih mengetahui dan memahami. Sudah ditakdirkan untuk perpisahan ini. Aku redha akan ketentuanMu. Walaupun hampir 5 tahun kepergianmu. Bagiku bagaikan semalam. Semoga arwah ayah ditempatkan bersama ahli2 syurga firdaus. Aminnnnnnnnn. Al-fatihah untukmu ayah. Apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa dan bersedekah untukmu wahai ayahku sayang :’(

Tuesday, 7 June 2011

sepetang di rumah toksu :)

Assalamualaikum. Hmm dah lama gila aku tak hupdate blog. Tah laa. cerita tu banyak sangat tapi mood aku pulak tak betoi. Fb pon aku jarang online lani. Idk why. Aku tengah tension gila. macam nak buh penerajang ja sapa yang dok cari pasai dengan aku lani. Aku jadi sensitive lain macam. Sikit2 nangis. Sikit2 mengamok. Erghhhh aku takmau pi tanjung rambutan. Ok fine aku merapu kot lain.

Sebenaqnya aku nak share gambaq dengan hampa semua time keluaq dengan geng2 ben dekat rumah toksu. FYI ben dengan amu malil adalah orang yang sama ya. Haha mama pon keliru mana satu ben mana satu amu malil. Totally, aweshome mehh depa semua tu. Hilarious gila ! eh lupa2. kak anis amalina pon ada kayy. Well, hari tu memang hari gelak la kot tapi aku gelak cover. Ehemm, besa la control gila. haha

Tapi yang sedih sekali time bersiap nak pi rumah toksu, baru aku perasan yang contact lens aku hilang. Demn gila ! dah la hilang time tu. Bayangkan bijik mata palsu aku hilang. Esh esh eshhhhhhhhhhhhhh. Aku taktau aku buang mana contact lens aku. aku dok rasa aku mamai then aku pi buang. Wehhh seyy gila. mau tak mau kena pakai spec. bila nak ambik gambaq baru buang. Tu pong ! mata jadi juling pastu cemei gila. dah la tak nampak orang then tak nampak photographot. Ok hat tu muhung. Nampak eh tambah2 abg aiman azizan. Sikit punya comei. memang ceq nampak tapi muka tu haa tak beropa nak cham. Ok lah. Takmau beletiaq panjang. Haa hambik gambaq tu aku tayang

 candid la kunun. haha malu tersangat time ni okayyy
by aiman azizan :D

 see see. tengok mata aku. cisss. menci gilaaa. tapi gambaq lawa. i loikee
by aiman azizan jugokkk 

ni by ben :D
hidung kak anis sepatutnya ada love bite tapi ben edit bagi tadak. hebatt

 ni pulak by Izzuddin. hoooo. ayat tu makna sangatt

 paling sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sebab aku nampak fake gila. posing gila ayu tapi kalau kat luaq dah macam hantu perangai aku. 
picture by aiman hakim :)

ok memang sempoi lah



by salihin yang cool hensem lagi peramah, sopan santun, rambut ikal mayang, berbudi pekerti, menghormati org tua, tidak pernah masok pusat serenti dan berckp benar....  
ok dia yang suruh kata mcm tu. haha


and last one tak lupa jugak jasa photographer2 semua ni. semua hebat :D semua lawak.
sapa2 nak tunang ka nak kawin ka pi hambik depa pi. kalau shoot dengan depa tak rasa tension sangat sebab depa style bagi orang gelak. cool gila tambah2 si salihin tu. 


sat nak promote

Sunday, 29 May 2011

peristiwa cokelat kaki yang sepatutnya bagi kaki jaaa

(gambaq bagi gambaq muka ketat sebab panaih. haha. sama la situation aku sekarang yang panas gila sambil update blog entah apa2 punya cerita. dalam gambaq ni aku pangkah tudung aku sebab nampak rambut. demm)

Masa aku kecik2 dulu aku pernah mencuri buat pertama kalinya. Ni aku nak cerita pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila2.

Haaa, time tu darjah 2. dulu2 aku sekolah swasta. Sememangnya ramai la anak orang kaya belajaq kat situ. Tak berapa kerat sangatlah yang sederhana hidup belajaq kat situ. Sebab aku tak kaya la aku belajaq sekolah tu setakat darjah 3 ja. Mai aku nak cerita pasal perangai jahat aku time kecik2. sebelum ni pun dah ada cerita kat entry sebelum2 ni. Ni cerita lain pulak k :) harap hampa sabaq sat.

Cakap pasal mencuri, aku pernah curi sekali ja kot kalau tak silap. Kalau terambik tu belakang cerita. Tu pun aku pulangkan balik. Tapi ikut mood la. Kalau rajin aku bagi balik. Kalau dak, aku mintak teruih ja kat pemilik dia. Mama tukang cek beg. Besa la budak2 kan time tu. Kecik molek tomeiiiiii tapi jahat Ya Rabbi. Masa tu darjah 2. Sekolah aku ni ada trend dia. Biasa la hari2 ada saja benda baru yang depa2 nak tunjuk atau layoq kat kawan2. Macam2 benda depa bawak pi sekolah. Sekali tu trend cokelat kaki. Cokelat ni bentuk kaki then kalau kita nak makan, kena celup dulu dengan serbuk. Seriously memang tu feveret aku dulu. Depa semua pakat dok layan coklat kaki, boleh kata semua pakat ada macam2 cokelat time tu. Aku memang teringin nak rasa. Jiwa kanak2 biasa la telioq sangat2. makk nak nokkk. Aku taktau kat mana depa beli. Aku mintak kat depa, depa tak bagi. Tiap2 hari depa bawak pi sekolah pastu duk layoq kat aku. Memang kejam gila tau dakk. Bila aku tanya depa beli kat mana, depa bukan nak habaq. Menci gilerr oooo. Aku pernah paksa ayah cari kat merata kedai tapi tak jumpak jugak. Last2 ayah beli cokelat milo sekupang ja kat aku. ayah pun jahat. Dah tau anak dia teringin cokelat kaki tapi tak dapat bukan nak ganti dengan cadburry ka apa. Haishhh.

Satu haritu, aku pi sekolah macam biasa then macam biasa jugaklah depa duk mai layoq kat aku cokelat kaki tu. Aku mintak nak satu tapi sorang budak ni just bagi rasa sekali ja. Bukan bagi sebungkus tapi bagi jilat sekali saja cokelat dia. Euwwww, geli kalau ingat balik. Tah2 budak tu taik gigi dia sekilo paa, weeeekkk. Lepas rasa aku nak lagi tapi dia takmau bagi dah. Akhirnya geram punya pasai macam mana tah aku boleh tercuri cokelat dia. dalam beg dia ada banyak lagi cokelat kaki tu. Apa salahnya aku ambik satu. Lagipun dia bukan reti kira kan. Bila cokelat tu ada dalam tangan, perghhh memang terbaik lah. Puaih haihhh. Aku punya la sembunyi dalam poket takut terkantoi mencuri. Sementara nak tunggu waktu balik, aku koyak la plastic dia sebab tak sabaq sangat nak makan. Guess what, aku makan bawah meja ja. Sekali tunduk, sekali jilat ja dapat T.T. plastic dia yang penuh serbuk tu aku bukan reti nak ikat ka apa. Terus bubuh dalam poket baju macam tu ja. Lepas balik rumah, ingat nak makan la cokelat tu sepuas hati tengok2 serbuk dia dah tertumpah dalam poket baju sampai habeh. Weii sedih gila. yang nak jadi cerita, aku lupa nak ambik buang cokelat tu sebab nanti mama tau tapi terlupa sebab tertidoq. Well jaga2 memang kena sound lah dengan mama. Mulalah persoalan demi persoalan dari mama bajet super polis menyiasat. Terkantoi mencuri. Pot pet pot pet sampai tertidoq.

Bangun dari tidoq mama teruih ajak aku pi kedai borong. Nahhhh, hambik engkau, sekotak mama beli kat aku cokelat kaki tu. Aku makan sampai keluaq berbuih oo mulut. Ok fine. Tu hyperbola. Besok tu pulak aku pulak layoq kat depa apa yang aku ada. Pesan mama jangan sekali2 mencuri sebab hukumnya berdosa. Dan cokelat tu tumpah sebab tak baik makan benda curi dan hukumnya haram. Itulah kata mama. Then sejak dari tu aku rasa setakat yang aku ingat aku tak pernah curi. Duit mama dan ayah pon aku tak pernah nak ambik senyap2. tapi kalau mama confuse sama ada itu duit dia atau duit aku then dia pulak mai tanya aku kan. Memang aku kata aku punya la. Haha halalkan la nohh.

haaa, ni lah cokelat kaki tu. dalam pack tu ada serbuk dia. dap oo dapp ooo. ok aku menipu. mana sedap pon. maneh melecaih!

Tuesday, 17 May 2011

L.O.V.E



“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”


dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P