Sunday 29 May 2011

peristiwa cokelat kaki yang sepatutnya bagi kaki jaaa

(gambaq bagi gambaq muka ketat sebab panaih. haha. sama la situation aku sekarang yang panas gila sambil update blog entah apa2 punya cerita. dalam gambaq ni aku pangkah tudung aku sebab nampak rambut. demm)

Masa aku kecik2 dulu aku pernah mencuri buat pertama kalinya. Ni aku nak cerita pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila2.

Haaa, time tu darjah 2. dulu2 aku sekolah swasta. Sememangnya ramai la anak orang kaya belajaq kat situ. Tak berapa kerat sangatlah yang sederhana hidup belajaq kat situ. Sebab aku tak kaya la aku belajaq sekolah tu setakat darjah 3 ja. Mai aku nak cerita pasal perangai jahat aku time kecik2. sebelum ni pun dah ada cerita kat entry sebelum2 ni. Ni cerita lain pulak k :) harap hampa sabaq sat.

Cakap pasal mencuri, aku pernah curi sekali ja kot kalau tak silap. Kalau terambik tu belakang cerita. Tu pun aku pulangkan balik. Tapi ikut mood la. Kalau rajin aku bagi balik. Kalau dak, aku mintak teruih ja kat pemilik dia. Mama tukang cek beg. Besa la budak2 kan time tu. Kecik molek tomeiiiiii tapi jahat Ya Rabbi. Masa tu darjah 2. Sekolah aku ni ada trend dia. Biasa la hari2 ada saja benda baru yang depa2 nak tunjuk atau layoq kat kawan2. Macam2 benda depa bawak pi sekolah. Sekali tu trend cokelat kaki. Cokelat ni bentuk kaki then kalau kita nak makan, kena celup dulu dengan serbuk. Seriously memang tu feveret aku dulu. Depa semua pakat dok layan coklat kaki, boleh kata semua pakat ada macam2 cokelat time tu. Aku memang teringin nak rasa. Jiwa kanak2 biasa la telioq sangat2. makk nak nokkk. Aku taktau kat mana depa beli. Aku mintak kat depa, depa tak bagi. Tiap2 hari depa bawak pi sekolah pastu duk layoq kat aku. Memang kejam gila tau dakk. Bila aku tanya depa beli kat mana, depa bukan nak habaq. Menci gilerr oooo. Aku pernah paksa ayah cari kat merata kedai tapi tak jumpak jugak. Last2 ayah beli cokelat milo sekupang ja kat aku. ayah pun jahat. Dah tau anak dia teringin cokelat kaki tapi tak dapat bukan nak ganti dengan cadburry ka apa. Haishhh.

Satu haritu, aku pi sekolah macam biasa then macam biasa jugaklah depa duk mai layoq kat aku cokelat kaki tu. Aku mintak nak satu tapi sorang budak ni just bagi rasa sekali ja. Bukan bagi sebungkus tapi bagi jilat sekali saja cokelat dia. Euwwww, geli kalau ingat balik. Tah2 budak tu taik gigi dia sekilo paa, weeeekkk. Lepas rasa aku nak lagi tapi dia takmau bagi dah. Akhirnya geram punya pasai macam mana tah aku boleh tercuri cokelat dia. dalam beg dia ada banyak lagi cokelat kaki tu. Apa salahnya aku ambik satu. Lagipun dia bukan reti kira kan. Bila cokelat tu ada dalam tangan, perghhh memang terbaik lah. Puaih haihhh. Aku punya la sembunyi dalam poket takut terkantoi mencuri. Sementara nak tunggu waktu balik, aku koyak la plastic dia sebab tak sabaq sangat nak makan. Guess what, aku makan bawah meja ja. Sekali tunduk, sekali jilat ja dapat T.T. plastic dia yang penuh serbuk tu aku bukan reti nak ikat ka apa. Terus bubuh dalam poket baju macam tu ja. Lepas balik rumah, ingat nak makan la cokelat tu sepuas hati tengok2 serbuk dia dah tertumpah dalam poket baju sampai habeh. Weii sedih gila. yang nak jadi cerita, aku lupa nak ambik buang cokelat tu sebab nanti mama tau tapi terlupa sebab tertidoq. Well jaga2 memang kena sound lah dengan mama. Mulalah persoalan demi persoalan dari mama bajet super polis menyiasat. Terkantoi mencuri. Pot pet pot pet sampai tertidoq.

Bangun dari tidoq mama teruih ajak aku pi kedai borong. Nahhhh, hambik engkau, sekotak mama beli kat aku cokelat kaki tu. Aku makan sampai keluaq berbuih oo mulut. Ok fine. Tu hyperbola. Besok tu pulak aku pulak layoq kat depa apa yang aku ada. Pesan mama jangan sekali2 mencuri sebab hukumnya berdosa. Dan cokelat tu tumpah sebab tak baik makan benda curi dan hukumnya haram. Itulah kata mama. Then sejak dari tu aku rasa setakat yang aku ingat aku tak pernah curi. Duit mama dan ayah pon aku tak pernah nak ambik senyap2. tapi kalau mama confuse sama ada itu duit dia atau duit aku then dia pulak mai tanya aku kan. Memang aku kata aku punya la. Haha halalkan la nohh.

haaa, ni lah cokelat kaki tu. dalam pack tu ada serbuk dia. dap oo dapp ooo. ok aku menipu. mana sedap pon. maneh melecaih!

12 comments:

cordoziL said...

hahaha~

farhan asyraf said...

oke fine hat ni lawak. haha like :D

Mek Onie said...

tudiaaaaa! makan cekelat kaki,tak dapat curik naaa! hooooo,nak habaq kat mama dia sat g..wekekeke! ( padahal mama dia tau da,wekeke ) nakal tol dak syifa sorang ni !

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

xsedap ek coklet ni ?

Unknown said...

awt x panggil aku ja ? mai nak bgi kaki aku ni . cokelat juga ^.^

Norzalika said...

haha..lawak la crita nih...
pekat noh ckp kedah..haha..
thumbs up :)

chapter 18 said...

farhan : haha apa yang lawak?

chapter 18 said...

meaw : hahh shsssshh diam2. jgn gtau sapa2 :D haha

chapter 18 said...

inspiration : dak pon. maneh melecaih

chapter 18 said...

syed : ahahhaha yang ni aku gelak

chapter 18 said...

khun : hehe thank youuuu :D

Anonymous said...

thumbs up ! heee (:

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P