Tuesday 14 February 2012

Lace....



Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
so apa khabar?

dah lama tak update blog. well, aku kan tengah bajet perdana menteri yang negara dia dok perang sebab tu busy gilaa sampai tak update blog. hewheww aku rindu rindu rindu sesangat nak update tapi takda masa. bila ada masa cerita pulak tak ada. so saddd :'( ni ni pon boleh update sebab ada cerita sikit nak share share. aaaa ok fine, sebenaqnya bukan cerita tapi gambaq. iyooo lah. nak upload gambaq banyak2 kat facebook tak syiok. kat blog ja tempat paling best nak upload gambaq banyak2 sebab bloggggggg kan comel (tadak kena mengena pon). oke back to real story

haritu kan kan kan kan memang boring tahap taktau nak habaq. nak study baru lepas jaa. nak study banyak2 nanti bengong kepala. pastu rasa nak ajak mama keluaq pi beli asam dekat tesco then tetiba kakyan makhluk hat paling lawa mesej aku kata boypren dia nak shoot aku. ok boypren kakyan ni memang aku kenai lama dah. errr nak kata lama tu tak berapa nak lama sangat laaa tapi boleh la setakat dok pi ragaih gunung kinabalu sekali dulu2. hahah oke aku muhung. eshhh kalau hampa baca blog aku hat sebelum ni, aku penah shoot sekali dengan dia kat umah toksu sekali dengan ben apa semua. alaaa, hat nama sally tu. ingat dak lagi? sat nak upload tunjuk gambaq dia


ingat dak lagi? haaa dulu ein ni free hair. time dia shoot aku kat umah toksu rambut dia panjang lagi. tapi taktau macam mana tah dia gatai pi potong rambut sampai jadi pendek. aku rasa rambut pendek dia tak sesuai dengan muka dia kot last2 alhamdulillah laaa sally kembali bertobat pakai tudung and alhamdulillah sekali lagi sally buat tv show "tanyalah ustaz" dan penonton setia dia kakyan laa. ahhha comei sungguh dua orang ni.


then bila rambut dia panjang balik, dia buang tudung. eshhh sally oiiii. hang derhaka!

HAHAHAHHA dak dak, aku melawak jaaa. sebenaqnya nama sebenaqnya sally ialah salihin. orang dok panggei dia ein. haha einnn jangan dok marah noh. kita melawak adik beradik. kakyan pon jangan dok tibai syifaa nah sebab dok tulis pasai cik abang kakyan.

satt kita sampai tang mana tah? haaa lepas kakyan kata boypren dia nak ajak shoot tu. aku pon on jala. then ein kata jumpa kat tesco. tau dak jadi hampeh macam mana tah time tu. dah la dengan call ein tak dapat2. rupa2nya dia silap taip 014 jadi 016. bungekkk gila. tepon kakyan pon dia off phone. serius geram. dah la mama dok sakit perut last2 dia balik umah tokwan tumpang melepas kat situ. yang aku duk kat tesco. tapi yang hampeh lagi tu elok mama dah sampai tesco balik, ein still tak sampai2. serius wajaq gilaaaa! time kat tesco tiba2 ein gedik buat prank call :

ein : "hello, ni syifa ka?"
me : "ya saya" *serius time ni taktau kata tu ein*
ein : "syifa ada mana"
me : ada kat tesco
ein : ni penolong kanan sekolah bahiyah ni. boleh datang sekolah dak. syifa ada buat salah
me : *hahahahahahha awat aku nak kena buat salah kat sekolah orang. bukan sekolah aku pon* 
"buat salah apa?"
ein : vandalisme
me : "awat saya nak buat salah pulak. silap orang kut. saya bukan sekolah tu"
ein : *dia macam terkantoi* "oh tukaa, pastu pastu syifa sekolah mana?"

then dok balas punya balas baru tau kata tu ein. hahahaha kojaq sungguh, aku punya la gelak kuat depan orang. haha buat malu jaa. tau dak seyes rasa cuak gila kot haha. serius kojaq. then tanya ein ada sapa lagi satg dia kata ada aiman azizan dengan farhan. aku tak kenai farhan tu sapa sebab tak pernah jumpak pun tapi aiman azizan cukup kenai rapat leeee. berapa kali dah dok shoot dengan dia. haha setakat nak qenyeh sampai nampak taik gigi pon tak segan dah dengan dia sebab besa dah. ingat entry aku dulu dengan mar? haaa, hat shoot badan debab debab sikit tu. haaa dia tu laaaa. photographer paling comei (puji mintaak cekelat)

time shoot tu tak larat nak gelak. ein memang gilau tau dak. time kat rumah toksu dulu pon tak larat nak gelak sebab dia laaa. abang aiman azizan pon boleh gagah buat loklaq. dok mengusik buat lawak. abg farhan senyap sikit. dia tak besa kot or dia terkejut sebab aku cakap banyak sangat sampai dia tak tercakap.
time paling tak tahan masa shoot tu dah lewat petang2 so angin pon punyalaaa kuat. tak larat nak pebeetoi tudung eshh tsk tsk :'( kebanyakkan gambaq semua tudung aku kemek. aaaaarghhh tensen tensen tau dak. ein duk geram sebab dok tak dapat gambaq hat tudung sempurna elok. last2 abang aiman pi tahan angin. ehemmm dia kan lebaq sikit. pastu kira dia duk sebelah aku, angin tak kena kat aku laa sebab dia lindung. hahahahhaahah lawak k! bila mai part abang aiman nak shoot pulak, ein yang kena lindung. hahaha paham2 la ein kan tak lebaq macam abang aiman. haha kot mana pon angin boleh kena gak. haha sumpah lawak weii (hampa tak gelak pon haa? ok bye. aku buat lawak ni)

hmmm sebenaqnya kan. hmmm sebenaqnyaaaaaa. sebe.... sebenaqnya aku dah tak larat nak taip. boleh dak aku nak upload gambaq pulak. boleh dak? pelissssssss :D OKAYYYY THANK YOU!


Photo By Ein


tudung indon haha


saja nak habaq aku bukan pakai tudung dian pelangi pon. ni selendang besa ja then aku belit2 jadi bentuk macam ni. dia macam fesyen dian pelangi tapi lagi kemaih. nak tutorial?






oke hat atas ni semua yang ein shoot. lawanyaaaaaa, kreatifnyaa ein! ni mesti time exam seni form 1 form 2 selalu dapat A kan? hahahha fine tadak kena mengena pon. 
okeh jum tengok hasil tangan aiman azizan pulak dan seterusnya farhan :D act ada 1 tu gambaq by aiman azizan lawa gilaaa. gambaq sambil aku baring. nak upload tapi takmau public hentam. gambaq tu sebenaqnya takda niat lain pon. SORRYYYYY!. dekat fb dah kena komplain hewhew. yalaaa, manusia syok nasihat kesalahan orang depan2 orang ramai. PM kan boleh? chill :)

Photo By Aiman Azizan


edit by me, aku memang suka perosak gambaq orang hahaha. sorry abang aiman



gambaq ni pon aku saja2 edit hahahah. kenan laa cek


Photo By Farhan



oke ni dalam camera ein. aku saja curi2 edit 



yeyyyyy finally dah habis pon entry kali ni. tak larat nak taip dah ni tapi kena taip lagi heheh sat nah sat nah
JOM KITA RAMAI2 PI LIKE FANPAGE PHOTOGRAPHY EIN DAN AIMAN AZIZAN
serius waa cakap sama lu. syok ooo outing dengan depa. terai la terai la. pergi like tau :) 


pastu ein suruh aku promote blog dengan fb dia sekali. pi la follow blog dgn add fb ein comei tu. pi laa pi laa : http://salihinismail.blogspot.com/ & http://www.facebook.com/salihin.hajiismail

5 comments:

Miss Anis said...

cantik....

Qurratu Kushairi said...

cantek hang neh :P

Maya Diana said...

cantikkknyer...model n fotografi pun cantik...seriusss...

nak ajak join..
https://www.facebook.com/RakanBlog

~ Jebat Derhaka ~ said...

hang p mik gambaq tang mna nieyh ?

Syazana said...

lawa :)

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P