Friday, 17 February 2012

Hypernyaa Mama....


assalamualaikum

Ya Allah awat panas sangat lani. kalau hujan pun rasa macam tak hujan. panas sangat2. kira aku banyak habiskan masa duduk dalam bilik jaa. nak keluaq bilik pon rasa macam malaih. dak serius aku tak buhung, nak study pon tak boleh sebab tak selesa. kira aku ni sampai ambik kipas lagi satu bawak masuk dalam bilik pastu kerja duk duduk depan kipas ni jala. haha nikmat la sikit nak baca buku ka buat hw or what. 

tapi dalam duk tengah panas ni yang mama duk gagah nak kacau aku. sorry ni bukan mood aku nak berlawak. hahaha tapi disebabkan kalau mama buat lawak mesti aku gelak sampai terkencing. hahaha mama ni lawak gila tau dak. serius harini dia direct duk mengusik aku. dari pagi sampai ke malam duk tak kering gusi sebab gelak kat dia laaa. nak aku cerita benda yang dia buat harini yang aku rasa macam nak tarik2 rambut dia dak? *hahaha bebai ni serius bebai*. jum aku nak cerita

dari pagi tadi lagi aku duk tengok tv dengan mama. aku duduk atas sofa then mama duduk bawah. dia tamau duk atas sofa sebab dia hangat last2 aku yang kena duduk. kalau nak duduk bawah sekali dengan dia tobat kena cincang 4 dah dengan dia sebab dok mai himpit dia. haaaa tau pun hangat. tau dak berebut tempat duduk pon boleh bergaduh macam budak2 kami ni. then time tengok tv tiba2 mama duk buat muka pelik macam mana tah sambil gelak pelik gilaaa. serius aku takut! serupa macam kena rasuk. aku dok gelak2 kat mama konon aku tak kisah pon kalau dia kena rasuk hahahah then boleh mama duk buat keraih dengan muka macam tu. ya Allah rasa macam nak tampaq2 ja dia time tu. memang aku cuak tapi takmau tunjuk depan dia. haha goyang sana goyang sini dia tetap dok buat keras jugak last2 aku pi korek idung dia... tapi dia buat bodo dengan keras gak then aku terus bawak masuk jari aku yang aku korek idung dia tadi dalam mulut dia then barulahhh dia bergerak pastu dok menjerit "syifa jahat syifa jahat!" ahahahhahaha mau tau la mama haha.

then you know what you know what! aku lari masuk bilik sebab nak duk depan kipas sambil baca buku atas katil. mama mai masuk bilik aku pastu dok kata "ooooo patut tak keluaq bilik. ada kipas." pastu dia dok mai duk depan kipas aku. yang paling tak tahan, dengan selamber  badak dia jaa dia tolak aku ketepi. hahaha samseng sungguh. aku duk nampak dah perangai dia memang akai nak ajak melawak. haha mama memang manja tapi aku dok buat dunno ja baca buku. tau dak mama kacau aku sungguh! sat sat dia buh kaki dia atas badan aku, satg pon pegang tangan aku. mentang2 badan dia panas. pastu dia pulak memang tau aku dah la duk tengah  panas, boleh dia pi letak kaki atas badan aku. tau dak badan kami dua macam negative bertemu negative. tak boleh dekat sebab kedua2 badan panaih. hahahah aku pon apa lagi dok mengelak la dari dia last2 aku geram aku bangun pi cubit dia. then dia duk buat sakit sebab kena cubit. paling lawakk tak sampai seminit aku cubit dan2 mama kata tangan dia lebam sambil duk tunjuk2 kat aku. hahahahahahah lawak gila macam budak2. nampak sangat tak logik mama oi. 

aku pun lari la pi tepi sikit then dia duk tampaq2 buntut aku. aku punya la geram aku pun kentut laaa. hahaha mama hangat hati kat aku, dia ambik sapu tangan dia yang dia duk nyeh hinguih pastu buh kat muka aku. jenuh jerit gak la aku sebab mengelak. hahaha aku pon terus bangun geletek dia la sampai dia duk jerit kata "dah dah takmau geletek. nanti mama terkencing". aku duk ingat dia menyerah dah rupa2nya dia teruih ambik sapu tangan dia buh kat muka aku sekali lagi. hahahah jahat gilaaaa! aku pon tolak la belakang dia dengan kaki biaq jatuh katil. kalau nak tolak dengan tangan memang aku kena sapu tangan berhinguih lagi. last2 aku guna kaki. hmm memang nampak agak kurang ajaq tapi aku dengan mama besa dah. mama pon dah no heart feeling. k k back to the story. aku tolak la belakang mama dengan kaki then tau dak dia boleh kata "HAAAA ATAS SIKIT ATAS SIKIT. SEDAPNYAAA ADA ORANG MAU TEKAN BELAKANG MAMA" hahahahaa mama ni memang bagi aku hangat hati betoi laaa. aku usaha nak bagi dia jatuh katil, yang dia dok syok sebab sedap aku duk tendang belakang dia pastu siap suruh atas sikit la lagi kuat la apa laaa. Ya Ampunnn, tensennnnnn ahhahahaha.

elok habis kami gomoi2 atas katil dia kata dia nak pi tengok tv. aku pun rasa macam lega laaa. tau dak elok dia bangkit PRUTTTTTTT dia bagi kentut sedaih kat depan aku. hahahah tak pasai kena lari keluaq bilik sat. eshhh mama mama *geleng kepala*

so macam mana lah kalau mama takda nanti. aku memang rapat dengan dia. aku dengan kawan2 aku pon tak boleh melawak segila macam ni. tetttttt amy boleh kot hahahaha macam dalam cerita ni. dulu time kecik2 dok gomoi dengan ayah ja. gomoi macam ni laa. geletek sana geletek sini. tokak sana tokak sini. hahah last2 dua2 geyau. kalau ayah qeyau maknanya aku gigit tetek dia (opss kecik lg time tu) then kalau aku qeyau maknanya dia gigit jari aku. hhahahaha now ayah dah tak ada mama pulak ganti perangai ayah suka gomoi dengan aku. dulu mama tak macam ni pon. emmmm i love my parents so much. Allah pinjamkan aku ayah yang sangat penyayang. at least aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah yang sangat penyayang walaupun hanya sebentar. k takmau emo. mama still ada ! sayang mama. muahhhhhhhhhhhh assalamualaikum 

3 comments:

onie said...

ekekekekeke..nakal jak :))

FaDyLah dyLa 친구 영원히 said...

sporting giler larh mama Syifa..best !!

Miss Anis said...

mama syifa sma mcm mak anis kuat buat lawak....

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P