Tuesday, 13 July 2010

12 Julai datang lagi


Semalam 12 Julai tarikh keramat bagiku, genap sudah kepergian ayah 4 tahun. Aku amat rindukanmu ayah.

Masih terbayang lagi di malam selepas kematian ayah, aku bermimpi ayah dan toknek (nenek – orang yang memelihara ayah sejak dari kecil bagaikan ibu) datang menjemput lalu memimpin tangan aku menuju ke sebuah taman yang amat indah dan cantik, tiada taman pernah ku lihat secantik itu, lalu ayah dan toknek menghayunkan buaian laju2 membuatkan aku rasa amat bahagia sekali ketika itu. Lepas tu mama pun datang menjemput dan merayu kepada aku, “syifa tak boleh ikut ayah, mama perlukan syifa”. Lantas aku terjaga dari mimpi terus menangis teresak2.

Yang paling aku rindu ialah panggilan “OME” panggilan comel disingkatkan jadi ome untuk kejutkan aku pagi2 ke sekolah. Lepas tu aku akan masuk bilik ayah untuk peluk dan cium baru pergi mandi. Ketawa terakhir ayah semasa aku mengusik ayah, beliau geletek dirinya sambil mengejek2 dengan ketawa buat2 dan akhirnya ayah gelak terbahak2 terus mengeluarkan air mata, yang lucu sekali ayah sampai terjatuh dari kerusi. Itulah saat2 paling indah bersama ayah sebelum beliau pergi.

Masih ingat lagi ayah pergi selepas seminggu menyambut hari lahir mama 5 Julai 2006. waktu tu ayah sememangnya tak sehat, ayah tidak mampu berjalan tanpa ‘sling’ ataupun tongkat. Selepas dari hari itulah ayah tidak lalu makan, makan kadang2 perlu disuap dan perlu diberi perhatian sepenuhnya. Ketika itu ayah memerlu seorang 24 jam di sisi, malah sembahyangpun terpaksa disebelahnya ketika itu. Mama terpaksa cuti dan seterusnya bersara demi menjaga ayah tercinta.

Hari ini dalam sejarah
12 Julai tarikh keramat bagiku
Kehilangan seseorang yang bernama ayah
Tiada pengganti tiada sama kasih sayangmu
Anak ini tak henti2 berdoa untukmu
Cepat lambat aku dan mama akan menyusul untuk bertemu
Banyak lagi ilmu perlu ku tuntut dan ku bawa
Buat bekalan di alam sana
Biar sama2 kita bertemu dan bahagia
Syurga firdaus tempat idaman aku, ayah dan mama.

Ayah, kerinduan anakmu ini diiringi doa yang tidak putus2 agar ayah aman, bahagia dan semoga ayah ditempatkan bersama ahli2 syurga Firdaus. Amin.

AL-FATIHAH untuk ayahku.

8 comments:

ishiko said...

salam syifa.. sis harap syifa tabah yer..dan jadi penguat semangat utk mama syifa.. beelajr rajin2x & jd ank yg baek k... uh.. sdkit sebak disini..

chapter 15 said...

hehe, tq2. jngn la sebakkk

nqddnnrzm. said...

trasa nak tiyak ;(

khadyjah fhatyah said...

cipa tabah ya, :)

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

aifaa said...

;(
nak nangeh.hu

rasanya kami xpayah nak bagi nasihat apa2 dah,hmpaa pon dah tau apa nk bt kat ayah hmpa.
congrats cipak,mesti abah hampa xsabaq nak jumpak hampa nanti.dia dok tengok dari tempat rehat.
sabaq tau,mesti abah hmpa bangga gila dapat anak mcm hampa.

bagi abah ampa bangga! ;)

naz said...

:) hey syifa kuat. al fatihah

pp said...

al fatihah.
hope u'll be a strong girl.
go cipaaaaaaaaaaa!

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P