Friday, 15 May 2009

SLEEP WALKER

Sejak semalam lagi dok rancang dengan mama nak puasa. Jam loceng rosak, jadi terpaksalah guna jam handphone. Set pukul 4.30 pagi. Handphone diletak bersebelahan mama ketika tidur supaya senang jaga.

Tengah asyik dibuai mimpi mama kejutkan saya. Saya kehairanan apa yang mama cari. Lama la juga. Diseluk di bawah tilam, diangkat bantal, dikibas kain selimut. Penuh pencarian yang tak jumpa. Saya masih melayan lena antara sedar dan tak sedar. Agak lama juga mama cari. Akhirnya mama kata:

“tadi jam bunyi kejap sangat, tak sempat suku lagu pun, tiba2 berhenti, pergi mana handphone ni, sapa masuk rumah, kawaq ka, takkan kot”.

Tiba2 mama pegang tangan saya yang masih dok peluk bantal. Nahhhh haih, waktu manakah saya bangun tutup jam dan dalam tangan saya ada handphone mama. Tobat tak sedaq. Mama kata saya sememangnya macam ni. Selalu jadi ‘sleep walker’. Danger, danger, danger.

Wednesday, 13 May 2009

GELABAH AL GABRA


Selepas solat asar, tup2 rasa “bedetup” jantung apabila lihat jam tangan saya tak ada di tangan. Cepat2 saya buang telekung lalu bergegas ke kelas. Semasa berlari beribu sangkaan bermain dalam kepala. Takut peristiwa lama berulang lagi. Ingat lagi tak kejadian jam tangan dan minyak wangi saya yang hilang dan menjadi isu sewaktu sukan dulu (tak boleh rujuk sebab dah delete). Uishhh, takut2. Sesampai di kelas, ternyata jam tak ada di bawah meja. Kerosek dalam beg pun tak ada. Rasa macam nak rebah. Gelabah al gabra la saya ketika itu. Tanya kawan, nampak dak jam saya, semua kata tak. Berlari semula ke surau. Cari lagi sekali, tak ada juga. Berlari pula ke bilik air, sah dah tak ada. Saya terpaku seketika. Kawan2 dok perhatikan gelagat saya yang serba tak kena. Seluk2 poket, nahhhh ada pun. Buat kalluutt bolehhhh. Kantoi buatan sendiri. Hahahahaha.....

Tuesday, 12 May 2009

Kedebummmmmmmmmm......... bunyi sesuatu yang kuat buat saya dan mama terkejut ketika mama sedang kona baring formula one di selekoh jalan semasa perjalanan balik dari sekolah. Mama beri signal untuk berhenti seketika. Mula2 mama suruh saya turun periksa apa yang berlaku. Saya pun check satu persatu. Mula2 check tayar tak dak apa, check rim kereta kot2 tercabut tak dak apa, check cermin tak dak apa, check nombor kereta kot2 tercabut, pun tak dak apa. Mama pula yang turun check keliling kereta, pun tak dak apa, jengok bawah kereta, pun tak dak apa. Last2 pi check dekat selekoh kot2 terlanggar apa2 atau tercicir sesuatu dari kereta, still tak dak pa, tak dak pa, tak dak pa, tak da pa. Saya dan mama kehairanan. Perjalanan disambung semula. Tup2 barulah saya perasan apabila pandang di bahagian kaki sit belakang, apa ke benda yang bunyi sebegitu kuat. Rupa2nya hentakan sebiji buah limau bali bersaiz giant bergolek2 hingga menghentak pintu kereta. Buah limau ini cikgu tuision saya yang bagi dari hari khamis hari tu lagi tapi lupa nak bawa turun masuk rumah. Astaghfirullah hal’azim, saya dan mama gelak kelucuan kerana gelagat mencari apa ke benda tu.......

Sesampai di rumah, nahaslah kau buah limau. Kau telah dikorbankan. Eeemmmm, buah kesukaan saya ini sedap sebab rasa masam2 manis. Bestkan?

Sunday, 10 May 2009

HAPPY MOTHER DAY TO YOU MAMA :)


Kadang-kadang bila kena letir dengan mama rasa macam geram sangat2. Bila renung muka dia semasa tidur, sapalah aku ini nak marah kat dia. Sebagai anak tiada hak nak marahkan dia. Garis2 halus yang nampak semakin banyak di mukanya, rambut halus2 putih pun tumpang menampakkan wajahnya semakin dimamah usia. Jari jemarinya semasa aku kecil aku dulu lembut ketika membelai, menyuap aku makan dan membesarkan aku hingga sekarang, kini kasar serta urat tangannya menimbul bagaikan lengkaran dawai keras. Kesian mama. Dia bukan pernah buat apa-apa pun kat aku. Dia nak aku serba lengkap dan sempurna. Sentiasa berdoa untuk aku mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mama mungkin sunyi dengan tiadanya ayah di sampingnya. Mama sanggup bekorban apa saja untuk membesarkan aku, mendidik aku, hinggakan aku sendiri tak pernah tau apa2 pun nak buat kerja rumah. Betapa manjanya aku. Kasut, baju tak pernah aku basuh. Jangankan nak gosok baju kalau boleh dia nak tolong pakaikan baju kat aku. Kadang2 aku malas nak makan dia yang tolong suapkan.

Kalau nak ke mana2 pun, pesan macam2 sampaikan alahai, tau dah mama oooiiii. Tak apa aihhh. Dia sentiasa mendoakan aku. Takut2 jadi apa2 kat aku. Suatu masa dulu, masa arwah ayah aku ada, aku ke K.L. seminggu di rumah bapa saudara aku sebelah mama. Ayah aku kata mama tak lalu makan. Tiap2 malam menangis. Telefon satu hari tak tau berapa kali.

Sampai sekarang pun kadang2 sebelum tidur, mama akan bercerita kisah2 silamnya, kisah
zaman kanak2, kadang2 lucu buat aku ketawa terguling2, kadang2 terbawa sampai
keesokkan harinya.

Kalau dulu ayah mendidik aku dengan kemewahan, menuruti kehendak dan melayan
apa jua serta penuhi segala impian, sentiasa dalam dakapan kasih sayangnya buatkan
aku leka, lalai dengan kesempurnaan dan kebahagiaan. Tapi aku bukan anakku sazali pulak. Aku bersyukur anugerah Allah kepada aku. Bukan macam Sazali tu, dapat semua apa dia nak, tut tut besar panjang persalahkan bapa dia jahat tak pandai didik anak. Dah Silap besar ni. Apa punya anak. Fullstop. Kini setelah ketiadaanmu ayah, mamalah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya. Susah senang diajar bagaimana nak harungi. Bagaimana nak tempuhi kehidupan yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan. Wanita yang paling penyabar yang pernah ku jumpa dalam hidupku.

Mama, kau bagaikan perisai bagiku. Mama, kaulah teman, rakan, tempat aku mengadu dan menangis, kongsi kesedihan, kongsi pendapat, kaulah penasihatku, dalam erti kata kaulah segala2nya.

Bila direnung kembali, jika terjadi apa2 kat mama, tak taulah aku. Macam mana kehidupanku. Ya Allah kau berilah kekuatan dan panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik serta kebahagian dunia dan akhirat kepadanya, Amin.

Hari ini aku tidak ke sekolah kerana hendak menjaga mama yang sakit. Kesian mama, masih terbaring. Sepatutnya hari ibu ialah untuk meraikan bersama-sama ibu tercinta tetapi aku hanya menemankan mama yang dalam keadaan tidak sihat. Serius kecewa.

MAMA I LOVE YOU SO MUCH AND HAPPY MOTHER DAYYYY. MUAHHHH

Friday, 8 May 2009

KENAL KAWAN, TAK KENAL LAWAN


Kebelakangan ini memang saya tension sangat2. Dahlah saya asyik kena bohong dengan rakan baik yang selama ini saya percaya dan ceritakan masalah padanya dan terbukti kini rakan saya itu sebenarnya tak ikhlas. Sakit hati, pedih hati, meluat sungguh. Bila difikir2 ada hikmahnya, biarkanlah, sudahlah, NOKTAH.

Dalam dunia ini bukan saya seorang saja yang bernama Syifa. Tolonglah, Syifa dari sekolah lain yang buat perkara tak elok, kenapalah saya yang menjadi mangsa dan dibusukkan, sedangkan saya tak kenal sesiapapun yang dikaitkan. Selain mama, saya hanya keluar dengan rakan2 yang semuanya perempuan (sebulan sekalipun payah saya nak keluar dengan rakan2, itupun keluar bersama mama, mama hantar dan ambil). Rakan2 saya semuanya baik2 dan bersih belaka. Merayau? Melepak? Awal2 lagi saya pangkah. Telefon? Tak semua panggilan dijawab. Nombor tak kenal tak akan diangkat. Please la. Di sekolah? Anda boleh tanya guru2 yang kenal dengan saya. Tup2 terdengar di merata2 tentang saya, sedangkan saya tak pernah buat perkara melanggar perintah Allah. Tolonglah, berdosa besar perlakuan orang yang membuat fitnah. Hukuman Allah amat berat dan pedih. Sedangkan saya tak pernah kenal pun, inikan pula nak kacau atau mengganggu.

Yang amat menyedihkan lagi terdapat beberapa orang rakan saya yang iri hati, cemburu, ternyata hipokrit juga memainkan peranan seperti:

1. menyamar sebagai saya dan bercakap telefon dengan mamat2 mana entah
2. memfitnah dan melaga2 saya dan rakan2
3. menyuruh mamat2 mana entah untuk mengaku kapel dan sebagainya dengan saya lalu hebohkan
4. berikhtiar berbagai2 cara untuk memburuk dan menjatuhkan saya

Betapa cetek dan pandang ringannya mereka2 ini terhadap berdosa terhadap Allah dan berdosa terhadap orang mereka fitnah. Mungkin dosa itu hanya pada nama dan ejaan sahaja bagi mereka. Keseronokan dan kegairahan mereka melakukan dosa seolah2 mempermainkan tuhan dan menafikan hukuman sesudah mati kelak. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah mengadu dan berserah kepada Allah kerana tiada kudrat untuk saya nak membalas perbuatan, tohmahan serta fitnah seberat ini. Yang tinggal hanyalah banyak berdoa agar diturunkan petunjuk kepada orang2 yang keji ini.

Kepada orang yang suka aniaya dan fitnah orang, suatu hari anda akan rasa apa yang saya rasa dan kalau tak kena kepada anda ia akan kena sama ada adik, abang, kakak malah sesiapa saja dalam keluarga anda atau mungkin setelah anda berumahtangga kelak, anak2 anda akan menanggung akibatnya. INGATLAH setiap kebaikan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Segeralah bertaubat dan seikhlas2 memohon keampunan Allah dan mohonlah maaf terhadap orang yang difitnah. Sesungguhnya doa orang teraniaya amat maqbul. Aminnnnnn.

Wahai rakan baik saya suatu ketika dulu, hentikanlah perbuatan terkutuk dan terlaknat, jagalah tingkah laku, hentikan fitnah kamu terhadap saya dan rakan2 lain. Jadikan pengajaran setelah kamu dibuang dari sekolah lama di atas perbuatan kamu sendiri. Mulakan sesuatu yang berfaedah dan bersih diri di sekolah baru. Segeralah bertaubat, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Saya berharap sangat2. kasihanilah kedua ibu bapa kamu yang percaya dan menaruh harapan yang amat tinggi terhadap anaknya. Fikirlah untuk masa hadapan. Suatu hari anda akan menyesal dan masa itu tidak akan berpatah balik. Renung2kanlah.

Kepada rakan ms, bloggers dan sesiapa yang membaca blog saya, tolonglah faham dan jangan membuat andaian serta menuduh saya yang bukan2 kerana anda tidak di tempat saya. Apa yang saya alami dan menanggung kini saya anggap ini hanyalah dugaan Allah, kerana Allah menyayangi hambanya sebab itu kita diuji. Alhamdulillah. Dan jika anda terdengar tohmahan terhadap saya, tolonglah jangan percaya bulat2, sebab hukumnya sama iaitu subahat.

Sepuluh jari disusun pohon kemaafan kepada rakan2 saya jika selama ini saya terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda, kadang2 tension teramat sangat yang buat saya jadi begini. Kadang2 gurauan kasar saya dapat mengembalikan keceriaan dari bersedih. Tolong faham dan jangan terasa. Oke? Sayang semua. Assalamualaikum.

Monday, 4 May 2009

TESCO :)


hoi2. rindu kot. dak ponnnn. hoho. x dak akai nk post blog. akai ilang! x dak. musnah! hancoq. lari tenggelam dalam sungai, tertanam atas bukit, terrr sepahhh. grrr. saya nk exam mid year. syok ngt eh. buleh la beda nk kna kawai skali lg. ok22. teruskn2.

ari pa th. ari ahad ritu. ha! ahad ritu. saya ada jodoh ngn aidalina, si kakak FaDa saya. wee~ syok. jumpa dya. best kott. p mkn kfc ngn adilah dan irina. hoho. x caya bukak blog ni. rock on the stone. lpas p apa suma tu. sja2 la singgah ngn cik lolypop ngn kura2 p ambik gmbaq. besa la. kluaq kalau x ambik gmbaq bikin saya x puaih hati. depa elokk. irina tu leh jd model. bdan, tinggi, rupa paras cukup elok. ceceii, kembang dah r tu. hueh2. adilah pon segakk ehhh. nk tgok gmbaq bnyak bukak kt sini. super gambar. tp sapa2 yg blom add ms saya add dlu sbb saya buat private. hmmm. bgtaw nama di cht box ya apa display name anda sbb saya memilih. hoho. jahat!






grr. sila bukak ni. superrr syokkkkkkkk.

super syiok 1

super syiok 2

super syiok 3

hat tu ja. bye2.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P