Sunday, 29 May 2011

peristiwa cokelat kaki yang sepatutnya bagi kaki jaaa

(gambaq bagi gambaq muka ketat sebab panaih. haha. sama la situation aku sekarang yang panas gila sambil update blog entah apa2 punya cerita. dalam gambaq ni aku pangkah tudung aku sebab nampak rambut. demm)

Masa aku kecik2 dulu aku pernah mencuri buat pertama kalinya. Ni aku nak cerita pengalaman yang tak akan dilupakan sampai bila2.

Haaa, time tu darjah 2. dulu2 aku sekolah swasta. Sememangnya ramai la anak orang kaya belajaq kat situ. Tak berapa kerat sangatlah yang sederhana hidup belajaq kat situ. Sebab aku tak kaya la aku belajaq sekolah tu setakat darjah 3 ja. Mai aku nak cerita pasal perangai jahat aku time kecik2. sebelum ni pun dah ada cerita kat entry sebelum2 ni. Ni cerita lain pulak k :) harap hampa sabaq sat.

Cakap pasal mencuri, aku pernah curi sekali ja kot kalau tak silap. Kalau terambik tu belakang cerita. Tu pun aku pulangkan balik. Tapi ikut mood la. Kalau rajin aku bagi balik. Kalau dak, aku mintak teruih ja kat pemilik dia. Mama tukang cek beg. Besa la budak2 kan time tu. Kecik molek tomeiiiiii tapi jahat Ya Rabbi. Masa tu darjah 2. Sekolah aku ni ada trend dia. Biasa la hari2 ada saja benda baru yang depa2 nak tunjuk atau layoq kat kawan2. Macam2 benda depa bawak pi sekolah. Sekali tu trend cokelat kaki. Cokelat ni bentuk kaki then kalau kita nak makan, kena celup dulu dengan serbuk. Seriously memang tu feveret aku dulu. Depa semua pakat dok layan coklat kaki, boleh kata semua pakat ada macam2 cokelat time tu. Aku memang teringin nak rasa. Jiwa kanak2 biasa la telioq sangat2. makk nak nokkk. Aku taktau kat mana depa beli. Aku mintak kat depa, depa tak bagi. Tiap2 hari depa bawak pi sekolah pastu duk layoq kat aku. Memang kejam gila tau dakk. Bila aku tanya depa beli kat mana, depa bukan nak habaq. Menci gilerr oooo. Aku pernah paksa ayah cari kat merata kedai tapi tak jumpak jugak. Last2 ayah beli cokelat milo sekupang ja kat aku. ayah pun jahat. Dah tau anak dia teringin cokelat kaki tapi tak dapat bukan nak ganti dengan cadburry ka apa. Haishhh.

Satu haritu, aku pi sekolah macam biasa then macam biasa jugaklah depa duk mai layoq kat aku cokelat kaki tu. Aku mintak nak satu tapi sorang budak ni just bagi rasa sekali ja. Bukan bagi sebungkus tapi bagi jilat sekali saja cokelat dia. Euwwww, geli kalau ingat balik. Tah2 budak tu taik gigi dia sekilo paa, weeeekkk. Lepas rasa aku nak lagi tapi dia takmau bagi dah. Akhirnya geram punya pasai macam mana tah aku boleh tercuri cokelat dia. dalam beg dia ada banyak lagi cokelat kaki tu. Apa salahnya aku ambik satu. Lagipun dia bukan reti kira kan. Bila cokelat tu ada dalam tangan, perghhh memang terbaik lah. Puaih haihhh. Aku punya la sembunyi dalam poket takut terkantoi mencuri. Sementara nak tunggu waktu balik, aku koyak la plastic dia sebab tak sabaq sangat nak makan. Guess what, aku makan bawah meja ja. Sekali tunduk, sekali jilat ja dapat T.T. plastic dia yang penuh serbuk tu aku bukan reti nak ikat ka apa. Terus bubuh dalam poket baju macam tu ja. Lepas balik rumah, ingat nak makan la cokelat tu sepuas hati tengok2 serbuk dia dah tertumpah dalam poket baju sampai habeh. Weii sedih gila. yang nak jadi cerita, aku lupa nak ambik buang cokelat tu sebab nanti mama tau tapi terlupa sebab tertidoq. Well jaga2 memang kena sound lah dengan mama. Mulalah persoalan demi persoalan dari mama bajet super polis menyiasat. Terkantoi mencuri. Pot pet pot pet sampai tertidoq.

Bangun dari tidoq mama teruih ajak aku pi kedai borong. Nahhhh, hambik engkau, sekotak mama beli kat aku cokelat kaki tu. Aku makan sampai keluaq berbuih oo mulut. Ok fine. Tu hyperbola. Besok tu pulak aku pulak layoq kat depa apa yang aku ada. Pesan mama jangan sekali2 mencuri sebab hukumnya berdosa. Dan cokelat tu tumpah sebab tak baik makan benda curi dan hukumnya haram. Itulah kata mama. Then sejak dari tu aku rasa setakat yang aku ingat aku tak pernah curi. Duit mama dan ayah pon aku tak pernah nak ambik senyap2. tapi kalau mama confuse sama ada itu duit dia atau duit aku then dia pulak mai tanya aku kan. Memang aku kata aku punya la. Haha halalkan la nohh.

haaa, ni lah cokelat kaki tu. dalam pack tu ada serbuk dia. dap oo dapp ooo. ok aku menipu. mana sedap pon. maneh melecaih!

Tuesday, 17 May 2011

L.O.V.E



“Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.”


Monday, 16 May 2011

bersama kakak-kakak

Salam, lamanya tak tengok blog. Kali ni bukan stakat berhabuk ja tapi sampai berlumut sekali ooo. Erhkkk hyperbolanya. Tapi takpa, aku dah tukaq background dia. Kali ni warna hitam. So, tak la nampak kotoq sangat nanti. Haha ingat ni baju ka noh? So macam mana? Ok dak? Gee

Well, minggu lepas aku asyik dating dengan kakak2 ja. Semua tua dari aku. ehem, dah nama pon kakak kan. Kalau yang ada misai, tu kira abang. Apa ni apa ni. mereng apa ni !

Disebabkan aku tak ingat hari dah tarikh, aku cerita tak pakai tarikh ja la nah. Kalau dak sebelum ni kan syifa majid suka post blog guna tarikh

Pada hari ____ (fill in the blank) minggu lepas. Tengah aku tidoq tepi kaki mama, macam mana tah boleh mimpi sampai qenyeh time tidoq. Mama la cerita, ahaha malu. Then tiba2 ada orang call, tengok2 kak aliah yang call. Me was like what the hell she want from me. Sapa yang nak rampas boiperen dia. Nak serang aku ka ni? well, I’m too dramaqueen. Sorry guys. Sebenaqnya aku heran la kenapa kak aliah call. Rupa2nya dia nak ajak pi shoot. Huhu segannyaaa tapi aku ni jenih tak suka tolak kalau orang ajak jumpa. Lagipun rindu kak aliah. Then aku ajak amy sekali. Sampai kat tempat shoot tu rupa2nya mak aihh banyak gila photographott. Macam nak qengau kak aliah ja time tu. Aku ingat ka kami shoot kami2 ja. Rupanyaaa weiii sumpah aku mengamok macam hulk. Aku sepak pintu kereta sampai kemek. Alahh, nampak benor nipunyee~~~

Yang aku dengan muka ketatnya pi posing macam oreng tak tahwan. Dah la tudung tak jadi T.T. amy pon sama laa. muka dia pon jadi ketat jugak paa. Aku tak shoot sekali dengan dia. kami asing sebab photographer lain2. hmm, nasib la ada yang nak ambik aku jadi model. Ramai oo pilih amy. Dia hot setaff.

Then habih dari shoot apa semua tu kami pi tasek. Memang saja pon nak buang masa kan. Dah la aku dengan nak exam. Adoii. Tapi seriously best lepak dengan kak aliah, kak nurul dengan kak ummi. Depa awesome. Tak larat nak gelak bila duk dengan depa. Tambah2 kak ummi. Haishh, kelolo gila haha. Kak nurul tu actually from Indonesia. Dia belajaq kat Malaysia. Haha dia pon boleh gagah duk buat lawak dengan cakap kedah pelet indo. Sumpah lawak. Dah la muka macam hana tajima. Dah dah. Aku tak larat nak taip. Banyak lagi aku nak taip. Tengok gambaq dulu okayyy :D tapi yang sedih aku masih tak dapat gambaq masa shoot tu. adoii. takpa lah. pasrah :(


meet kak fathin dengan baby comellll

hooo sesukaaa


amy, kak aliah, me and kak nurul





Then esok tu pulak aku call teah suruh mai rumah ajaq math. Study punya LAMA tetiba kak fatin call nak ajak teah pi asyik. Me was like ok foinee, takmau ajak I pon tak kisahhh. Tengok2 dia ajak aku sekali. Muehehe syokk ni. mama sempat bagi depa rasa cupcake perisa nenas buatan dia. seriously, aku taktau nak bagi berapa percent sedap dia sebab aku suka yang blueberry lagi. kat tasek kami tak pi mana pon. Duk atas bulatan tu sebab2 kosong pa. see kosong ja pon. Tak padan dengan keluaq. Dah la esok tu exam T.T. tapi yang most important you should know kan, time tu anak doktot rozmey ada dekat tasik with his bodyguard. Alahh, tak kisah pon dia duk usya2 kami sebab dia nsem. Tak macam pak dia. skema lebih. Hahaha. Ok then tengok gambaq ja kayyyyyyyy

kak fatin ja comei. kak teah dak

depa hyper sebab time ni anak dr rozmey duk usya2


rinduuu

poloqoid



Baru2 ni buat pertama kalinya saya dating dengan kak sheera, kak arifah dan kak anis amalina. Tambah lagi sorang si syah toek. Dia tu jumpa banyak kali dah. Hehe. Depa mai rumah minum ayaq. Then aku ikot depa pi sambung lepak dekat rumah kak arifah. Wohoo, besauu gila lah rumah dia. laman dia luaihh. Kat rumah dia, kami tak banyak buat aktiviti pon. Cuma ambik gambaq ja. Ambikkkk banyak sungguh gambaq. Hehe. Lepas tu aku balik kak anis yang hantaq. Sebelum tu kami singgah pi print gambaq. Wihii best. Lani jadi hobi la pulak. Album aku lawa oo. Aku lekat2 banyak gambaq2 time pi shoot. Serius sukaa :D apa2 pun thanks kak anis sebab sudi mai ambik dengan hantaq. Kat kak sheera thanks jugak sebab sudi buang masa bagi gambaq dekat ym. Kak arifah pon thanks sebab buat ayaq. Kat syah thanks sebab mengalah duduk belakang dalam kereta. Haha. Apa pon thanks thanks. Syok dapat kenai hampa semua. Awesome !!

from left : kak arifah, kak anis, kak sheera and kak syah

me like this one :D

L.O.V.E












Ok lah, ni pon cerita basi sebenaqnya. Disebabkan thra tua dari aku setahun maka dia pon tergolong sebagai kakak. Haritu saja la pi ambik thra. Disebabkan rindu dekat adilah sangat2, aku pon ajak dia sekali. Ingat nak pi shoot tapi malangnya hujan. Kesian thraa hmm. Pastu abang najib cadang nak buat dekat tempat equin. Nasib baik dan jugak ambik gambaq tu pun sat ja. Ni lah hasil dia



hai thraa :)






Ok, itu sahaja. Tau memang entry ni boring. Sorry, nak buat macam mana ceq tak pandai buat lawak. Nanti aku update pasai hari ibu nah. Kami pi celebrate. Nanti lah nanti la. bubyeee

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P