Apa khabar wahai calon2 pmr 2010 sekalian? Sudah bersediakah anda untuk mengharungi peperiksaan penilaian menengah rendah nanti? Erghh, terlalu lambat dah kot untuk aku nak wish good luck dekat hampa semua, masing2 tadak nak online dah aih. Aku pun boleh on sebab dah mintak dari awal lagi dengan alasan dekat mama nak tulis blog kata nak mintak ampun dekat semua orang. walaupun aku demam yang sangat2 hari ni tapi aku tetap nak post blog pasai pmr. takut tak sempat nak mintak ampun. Tekanan pmr sangatlah maksimum sehinggakan semakin banyak jerawat bagaikan gunung berapi yang baru tumbuh berceracak (hiperbola).
hari ini hari jumaat kemudian sabtu sampai la selasa. Dengaq nama selasa rasa macam nak gelaaa. Berapa hari lagi? tolak hari ni, sabtu dan ahad. Isnin nak nyawa. Takmau dok selam dah, nanti lemaih tadak pasai mati (harap paham peribahasa secondhand aku ni). dah2, kalau kira semua jadilah EHHHH, bukan DUA kah? Oh mai god. Dak, tak terkejut pon. Sedaq dah. Tapi awat dok rasa mengigil nak terkencin lagi taktau. Dok ketaq. Tengah tahun dulu dok berdoa bagi pmr dipercepatkan. hari ni dok doa bagi ditangguhkan. Eh2, nak dimansuhkan pun takpa.
Ya Allah aku sekarang semakin dekat exam semakin banyak tekanan dari segenap penjuru. Dari sini baru aku kenai yang mana kawan dan yang mana lawan. Tembelang yang selama ni bersembunyi dah mula menunjukkan belang, kelemahan, kehipokritan sebab nak menang dalam PMR sampai mengenepikan ikatan silaturrahim, memulau dan sanggup berbuat apa saja untuk puaskan hati masing2. aku pula setiap hari dok hamboq ayaq mata pasai depa. Kecik hati tak habih2. mama kata toksah dok buat ‘cengngeng’ sangat aih, satgi sakit sapa susah? Kata2 mama buat aku jadi kuat.
Nawaitu aku nak belajar bersungguh2 dan buatkan mama bangga, tapi hampa seolah2 mencantas semangat aku agar kecewa dan ‘down’. Aku pun sedar siapa diri aku. Aku tetap mengalah. Aku tak secemerlang macam hampa semua.Walau apapun aku harus menghadapi segala dugaan dan cabaran ini serta bertawakkal dan berserah kepadaMu Ya Allah yang lebih mengetahui.
Ya Allah kau kuatkan iman dan semangatku
Ya Allah kau berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala dugaan
dan rintangan
Ya Allah kau tabahkan hati dan pelihara aku ketika menghadapi orang2 yang ingin bermusuhan denganku
Ya Allah kau lindungilah aku dari segala keburukan dan kejahatan
Ya Allah kau berikan aku kejayaan dan kemenangan di dalam perjuangan ini
Ya Allah kau jadikanlah aku lebih matang dan kecerdikan minda
Ya Allah kau terangi hati dan ingatan aku
Ya Allah semoga Engkau permudah dan lancarkan aku menjawab semua kertas soalan peperiksaan PMR agar aku beroleh kejayaan yang cemerlang
Ya Allah aku harap air mata mama adalah air mata kegembiraan bukan kekecewaan
Ya Allah sekiranya di sebaliknya, aku redho dan semuanya adalah kehendak dan ketentuanMu dan sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui akan segala sesuatu.
Amin, amin, amin ya robbal ‘alamin.
Sebelum aku mengundurkan diri, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan kemaafan kepada mama, keluarga kandung ku, guru2 yang bertungkus lumus demi kejayaan aku, dan juga bersabar dengan karenah aku, rakan2 dan sesiapa sahaja yang mungkin terasa dengan sikap dan perangai aku. Para bloggers semua, maaf banyak2 kerana tak sempat menjawab comments anda sebab sibuk sangat2 dan aku jarang online. ALL THE BEST TO FORM 3 STUDENTS ESPECIALLY CLASS 3T1.
Akhir kata “Tolong doakan untuk kejayaan aku dalam PMR ini”.
with love,
syifamajid