Sunday, 13 September 2009

TAPAK KAKI KECIK


Malam tu selepas solat tarawih di rumah tokwan, aku dan mama terus pulang ke rumah walaupun malam sudah terlalu lewat. Sesampai di rumah, aku dan mama dikejutkan oleh sepasang tapak kaki kanak2 berumur lebih kurang 2 tahun. Comel2 gitu terpampang di bahagian depan cermin kereta sebelah aku duduk. Berdegup jantung bila teringat peristiwa di tahun2 yang lepas sewaktu dekat dengan bulan puasa, kecurian dari makluk kecik bermaharaja lela dekat kawasan perumahan termasuk rumah tokwan yang menjadi mangsa kecurian pada masa itu. Sungguh menyeramkan.

Keesokkan paginya mama cuci cermin kereta untuk membuang bekas tapak kaki makluk tu dengan berbagai cara, masih tak hilang2 juga.

Aih, semakin berdebar dan pelik sebab sesuatu yang jelas lagi nyata terpampang di depan mata sesuatu yang aneh sekali. Dan2 terasa berdiri bulu roma, seram sejuk, meremang tengkok bila imbas kembali makluk ini seperti orang perkatakan dan filem2 tentangnya. (bukan seperti cerita Jangan Pandang Belakang Congkak – hat ni cerita lawak semata2). Aku dan mama nekat malam tu untuk bermalam di rumah tokwan saja. Penakut katakan, walaupun bulan puasa mana ada benda ni semua. Aku dan mama tak mau tunggu malam untuk ke rumah tokwan dan pada petang tu juga kami bertolak. Semasa dalam perjalanan ke rumah tokwan, ikutilah perbualan aku dengan mama :

Mama : syifa, cuba lap cermin yang ada bekas tapak kaki tu dengan towel, kot2 tapak
kaki tu datang dari dalam kereta?

Aku tanpa banyak songeh capai towel dan terus lap cermin kereta.

Aku : a’a la mama, tapak kaki tu dah tak ada dah.

Mama : laaaaaaa, makna kata, tapak kaki tu datang dari dalam keretalah, entah2 tapak
kaki syifa pa?

Aku : (berfikir sejenak) betul la, kan semalam syifa letak kaki atas dash board kereta,
mestilah kena cerminnya.

Mama : haish, kaki syifa kan besar, takkanlah…, tapak kaki tu kecik je.

Aku : ya la, hujung jari kaki, mesti la nampak kecik.

Perbualan terhenti seketika……….

Mama : kalau gitu, syifa la T.O.Y.O.L nya.

Apa lagi, aku dan mama gelak serentak sebab terkantoi dengan imaginasi yang bukan2 dan sesampai di rumah tokwan, riuh rendah sekali gelak tawa seisi rumah tokwan bila mendengar cerita misteri makluk kecik (pada mulanya seisi rumah tokwan pun suspen juga apabila aku telefon semalam tentang tapak kaki kecik tu sebab boleh dikatakan tiap2 tahun makluk ini mengamuk). Wichi wichi

21 comments:

que said...

toyol comel...bak maih nak bela...~

Mr.Roselane said...

hehe..best juga citer..hehehe.good2..neway, lama dah x jenguk blog awak..

aifaa said...

ceh.

Syamimi Hazirah said...

suspens je
hoho !

Atifa Nabila said...

Ingat kan toyol tadi.
Rupa rupanya manusia.
Haha :D

nqddnnrzm. said...

takot!

chapter 18 said...

que : eeee. quek tringin nak bela saka

chapter 18 said...

Mr.Roselane : lama tak jenguk blog syifa? nak kena tibai ni

chapter 18 said...

aifaa berak !

chapter 18 said...

eyra : masa bc rasa dup dap dak?

chapter 18 said...

atifa : kui2.

chapter 18 said...

nbk : todiaaa. odeng ni. jngn la takot2 tak macho la. bawak malu la sikit

que said...

dak aih...
teringin bela toyol yg mama syifa cakap la...

ihsan incalescence said...

kamo nmpk mcm nenek tua aihh syifa.. =P

chapter 18 said...

que : toksah dok galak. toyol tu takmau

chapter 18 said...

ihsan : haha. nenek tua la hebat.

Tikah said...

haha
syifa toyol

chapter 18 said...

tikah puntianak

que said...

eleeh...juai mahal...
hahah...ngaku pon toyol...

chapter 18 said...

que : suka sungguh cari pasal ngn org noh. satg toyol betoi pi tdoq sebelah dia padan muka

Ms Ad. said...

uish hang..
wt cta lwk haih..
wt suspen sja..

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P