Monday 22 March 2010

darling



Lama sungguh hari berlalu. hening malam menyiksaku. bila bersendirian sepi jadi pilu. eh eh, ternyanyi pulak. ni sebab terlalu angau lani. you're the one, baby you're the one. ehhh ! nyanyi lagi. panggggg ! haaa, kan dah kena tampaq sedaih.

sebenaqnya dok angau dengan cerita Aladin yang dok tayang dekat asteqo bok opis. aku dok asyik ulang nyanyi semua lagu2 dalam movie tu. tak tahan sungguh dengan hero dia. ehem, i takmau yang hero muda. i nak yang hero tua. si kacak dan gagah Amita Belacan. heroin dia fulamakkk, cun sangat kot. goyah wehh goyah ! haha. angau pi la sat dekat amita belacan. oh hello, lagu dia syok nah..... terutamanya yang tajuk YOU MAY BE. tu ! ambik ni. bukak dan dengaq. tepi tu ada lyric siap. kalau terer nyanyi la sekali. haha.



oke lahh, omong kosong aja. sebenaqnya taktau nak post apa. mula2 nak post pasai binatang yang aku geli tapi akibat tak tahan tengok gambaq depa truih rasa macam nak pengsan. haha. tata, i love you. tengah angau nih ! :D

Tuesday 9 March 2010

to my abang2 and kakak2


Don’t ketaq2 and I wish GOOD LUCK to my pait, kak sall, oden, kak firah, my ex senior bla bla bla & semua rakan2 di sekolah, ms, facebook, blog yang menduduki SPM tahun lepas. Semoga anda semua mendapat kejayaan dengan cemerlang

DUP DAP DUP DAP kencangnya degupan jantungmu
Lagi dekat lagi kuat takut tak sama macam nampak hantu
Hanya Allah saja yang maha tahu ketika itu
Semuanya tersurat sebelum ada dalam perut ibu
Hari khamis bakal penentu
Melompat, terjerit, gelak tawa, nangis semau2
Ada belaka di detik2 tu
Walaupun persediaan dibuat terdahulu
Solat2 sunat dan doa2 tak henti kalu
Qoda dan qodar jangan lupa hat tu
Yang penting mesti redha releks2 dulu
Keputusan tetap keputusan, jangan tak mai pada hari tu
sebab aku tumpang menyebuk ingin jugak nak tahu

Bagi yang berjaya tahniah diucapkan
Kejarlah cita2 untuk masa hadapan
Start from that day sebuk buat persiapan
Universiti manakah menjadi pilihan
Mak bapak korbankan duit simpanan
Demi anak setinggi2nya harapan
Apa saja sanggup berkorban.

bagi yang ciput2 janganlah putus asa
usaha2 dah, suratan takdir berserahlah padaNya
tak guna nangis sampai bengkak mata
yang lepas pejamkan mata tapi bukalah minda for your own future
selagi sehat berkhudrat selagi itulah ada masa
berusaha mengejar impian ikut kemahuan dan rasa
kemahiran lain tersedia menunggu jua
ada juga bercita2 dah nak bekerja
lepaih tu ambik PJJ kejarlah cita2
buat dua benda dalam satu masa
pandai bahagi masa cemerlang juga akhirnya

ms, blogs, facebook akan sunyi bila masanya tiba
lepaih ni di U hampa on lah guna computer riba
pandainya aku dok ajaq hampa
ada masa, jengok2lah aku bagi nasihat yang berguna
kot2 aku boleh ikut jadi macam hampa jua
Tolong bagi tip supaya lekat di kepala
PMR bakal tiba dok tunggu masa
Hat ni dok ketaq bukan lama dah nak peksa
Nasihat orang aku sendiri dok on komputer
Tolonglah doakan aku semoga berjaya
AKU MASIH BUDAK SEKOLAH HAMPA DAH CUKUP TUA, HAHAHA
(lepaih ni hampa dapat kerja, then kawin jangan lupa jemput aku sama)

Sunday 7 March 2010

Lelaki misteri

dok pikiaq sampai jadi lagu ni

Seorang lelaki tampil mengenali
Di sapa aku beberapa kali
Akhirnya aku kenali melalui ini
Bertukar no. perkenal diri
Chat mengechat masih tak pasti
Pengenalan diri masih sembunyi
Mula2 aku gelar lelaki misteri
Tanpa identiti
Tanpa dikesani
Siapa lelaki ini ?
Setelah ditanya beberapa kali
Patutkah aku gelar pembunuh bersiri
Setakat sms tak mencukupi

Tangan di dahi memikir lagi
Menahan geram tak puas hati
Aku cuba telefon untuk memasti
Alamak suaranya merdu sekali
Bagai nak jatuh jantung sanubari
Berbual panjang gelinya hati
Semakin lama semakin mengenali
Sikit2 dah tau mananya mari
Adanya kantoi barulah ori

E ! ee ! eeee, geramnya aku dengan dia ni !
Macam nak katok kepala dia dengan kayu belati
Setiap kali text mesti nak tergelak macam nak mati
Aku ni jadi habuan untuk dia perli
Bila la dia nak tunjukkan diri
Tah2 hidung macam buah ceri
Mata bulat macam bola hoki
Telinga capang macam katun mickey
Kurus kering macam lidi
Ni ja yang aku boleh pikir sendiri
Ambik hiang aku kata ni !

Tau la blog dia hebat sekali
Kadang-kadang terasa la jugak jealousy
Kalau nak banding blog aku tak ada isi
Bila buka blog orang sana sini
Mesti ada link yang tajuk TI di hujung sekali
Blog dia sekali baca, mesti ulang lagi
Bahasanya indah hebat sekali
Banyak orang dok puji
Tak payah dok kembang sampai tak celuih kerusi

Oke la ! dah takmau tulis panjang lagi
Terasa nak pi tidoq nak jumpa mimpi
Putera mimpiku itu sudah menanti
Semoga berjumpa di esok pagi

Tuesday 2 March 2010

aktiviti semalam


semakin hari semakin syiok pi sekolah. kalau boleh nak pi tiap2 hari. cewah2. macam rajin la sangat. haha :P entry ni pasai aktiviti kemarin ja iaitu 1 mac 2010. ketat gila kot jadual. acewahh. mengalahkan mariah carey aku nih.

7.45 a.m - 1.25 p.m

dekat sekolah la oi. buat apa lagi tapi sapecial sikit sebab ada ceramah dari awal jadual sampai rehat. sumpah penceramah tu lawak gilo gilo. aku asyik nak terkencing ja bila dia buat lawak. gelak tu mengalahkan boya gi. hahahahahahah. bukan aku sorang ja gelak terok tapi orang len ada yang lagi terok. yaka? taktau laa. tah2 aku sorang ja pa yang over acting. tah ! biaq pi sedaih.

1.25 p.m - 2.00 p.m

teman azah makan dekat kantin. oke dak. sebenaqnya aku merayau pi tandas pastu ukoq sekolah. saja galok nak usya budak form 1. pastu ulang alik pi kantin nak dekat 2 3 kali. galak sungguh2. takmau kata pa dah. rasa macam nak tibai kaki sendiri. tak reti dok diam.

2.00 p.m - 3.00 p.m

kelas tambahan la woi. penat. nasib aku tak kroh2 ja dalam kelas kalau dak HAHA. sure boleh leleh air liuq kalau tidoq time tu. kan kan?

3.00 p.m - 4.00 p.m

balik rumah pastu tengok air mata cinta. wooo, geram dengan cerita tu. awat syasya gedik sangat taktau. rasa macam nak buh penampaq kat muka dia. sementara cerita tu iklan, aku mandi, bersiap, makan, solat pa semua.

4.15 p.m - 6.00 p.m

pi sekolah. ada kawad. kiri kanan, kiri kanan. disebabkan aku team B, so sarjan form 5 yang take over. kami campoq dengan geng laki sebab geng laki sikit. yang team A perempuan, sarjan mahadi take over. padan muka ! sapa suruh pandai kawad sangat. tudiaaaa, style kejam terok kot. tapi kemarin yang paling lawak time sarjan kami mengamok laa. hahaa. goncang abeh gril2. sambil bagi arahan sambil sepak batu. sumpah aku nak tergelak. tapi tak kata kat dia laa. penat sangat kot ajaq kami hat slow sikit. haha. relex wehh.

6.00 p.m - 8.30 p.m

buat benda yang patot dekat rumah. yang penting makan , susun jadual. nasib la kerja sekolah tak ada. lucky sangat2. lepas tu dok text dengan Ameeeeee rez rez (bangga dapat text ngn orang famous) haha. okee ! i tau u tak baca tu sebab i berani tulis kat sini.

8 setengah lebih

pening2 kepala sangat2. macam orang mabuk kapal lepastu tidoq teruih. jaga 2 kali sebab lapaq ayaq. tu pun 2 kali tidoq 2 kali mimpi pasai kawad. lawak sungguh. punya mengidam nak kawad sampai terbawa dalam mimpi. masyallahhh.

pukui 5 baru sembahyang isya. terok dak? hahaha. nasib la aku tak mati masa tidoq semalam. kalau dak jenoh jawab. neahhhh, ceqin aih.
see see seee, bz gila kan? tak ada masa langsung. buku haram tak baca pon. terok terok. contohi la aku kalau nak gagal.

sebenaqnya penat sangat kot nak post blog. baru balik dari latihan tennis ja. macam nak mati tapi bila men rasa kepala otak relex jaa. dakkkkkkkkkkkkkkkkk ! minat kawad lebih. jadi ketagih dengan kawad. ehemmm. suka ada makna tu. sebab pa haaa? hahaha

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P