Sunday 27 September 2009

I'M JUST A DREAMER


Waiting for you make me suffer
A single word from you I couldn’t hear
Neither text nor chatter
I should make a decision cos I’m sure
Maybe for you it doesn’t matter

Patient no more for me to wait
Something blur turns into fake
It’s not my fault whatever it takes
Times for me to take a break
Even its hurt and makes me sick

Realizing I’m just a day dreamer
And now I need something so real
No more wasting times and no more wasting tears
No more waiting for something wouldn’t appears
No more you in my heart nor lover
I’m so sorry for our last chapter








kepada si pengutuk jangan dok kutuk pulak nah. tau aih english aku terok

Sunday 13 September 2009

TAPAK KAKI KECIK


Malam tu selepas solat tarawih di rumah tokwan, aku dan mama terus pulang ke rumah walaupun malam sudah terlalu lewat. Sesampai di rumah, aku dan mama dikejutkan oleh sepasang tapak kaki kanak2 berumur lebih kurang 2 tahun. Comel2 gitu terpampang di bahagian depan cermin kereta sebelah aku duduk. Berdegup jantung bila teringat peristiwa di tahun2 yang lepas sewaktu dekat dengan bulan puasa, kecurian dari makluk kecik bermaharaja lela dekat kawasan perumahan termasuk rumah tokwan yang menjadi mangsa kecurian pada masa itu. Sungguh menyeramkan.

Keesokkan paginya mama cuci cermin kereta untuk membuang bekas tapak kaki makluk tu dengan berbagai cara, masih tak hilang2 juga.

Aih, semakin berdebar dan pelik sebab sesuatu yang jelas lagi nyata terpampang di depan mata sesuatu yang aneh sekali. Dan2 terasa berdiri bulu roma, seram sejuk, meremang tengkok bila imbas kembali makluk ini seperti orang perkatakan dan filem2 tentangnya. (bukan seperti cerita Jangan Pandang Belakang Congkak – hat ni cerita lawak semata2). Aku dan mama nekat malam tu untuk bermalam di rumah tokwan saja. Penakut katakan, walaupun bulan puasa mana ada benda ni semua. Aku dan mama tak mau tunggu malam untuk ke rumah tokwan dan pada petang tu juga kami bertolak. Semasa dalam perjalanan ke rumah tokwan, ikutilah perbualan aku dengan mama :

Mama : syifa, cuba lap cermin yang ada bekas tapak kaki tu dengan towel, kot2 tapak
kaki tu datang dari dalam kereta?

Aku tanpa banyak songeh capai towel dan terus lap cermin kereta.

Aku : a’a la mama, tapak kaki tu dah tak ada dah.

Mama : laaaaaaa, makna kata, tapak kaki tu datang dari dalam keretalah, entah2 tapak
kaki syifa pa?

Aku : (berfikir sejenak) betul la, kan semalam syifa letak kaki atas dash board kereta,
mestilah kena cerminnya.

Mama : haish, kaki syifa kan besar, takkanlah…, tapak kaki tu kecik je.

Aku : ya la, hujung jari kaki, mesti la nampak kecik.

Perbualan terhenti seketika……….

Mama : kalau gitu, syifa la T.O.Y.O.L nya.

Apa lagi, aku dan mama gelak serentak sebab terkantoi dengan imaginasi yang bukan2 dan sesampai di rumah tokwan, riuh rendah sekali gelak tawa seisi rumah tokwan bila mendengar cerita misteri makluk kecik (pada mulanya seisi rumah tokwan pun suspen juga apabila aku telefon semalam tentang tapak kaki kecik tu sebab boleh dikatakan tiap2 tahun makluk ini mengamuk). Wichi wichi

Tuesday 1 September 2009

NAMA SAMARAN AKU COMEI


hai semua :) aku ada nama samaran yang comel. nak tau dak? mai nak bagitau

syifa : osyeahh, selalu sangat orang sebut.

cipa : pon selalu tapi yang selalu sebut macam tu kawan2 semesej. arhhh, depa comel tu sebab depa panggil aku dengan nama yang comel jugak. awww, aku suka nama cipa weii.

cipak : hat ni pon ramai la jugak bak kata haji bakhil kaddaang2 (Nujum Pak Belalang). nbk pon selalu panggei dengan nama tu. bagi aku nama tu dah cukup kasar tapi menarik. waaa, puji terlebih sudah.

kak syifa : hat ni pulak adik2 yang comei. perasan la sat jadi kak. haha

maksu : semua mesti tau noh. of coz la anak saudara hat nakai2 la yang panggil aku dengan panggilan maksu. tak kan mama aku nak panggei aku maksu kot. gila ka apa?

kak comei : secreto 4ever. haha, gagah gatai berahsia pulak. bagi 5 pang satg kot baru tersedu. ( gatai nak pang diri sendiri =P)

laura : haaaaaaa. sesungguhnya aku wanita yang comei lagi perasan diriku bertambah comei aw ! selalunya budak form 1 & 2 yang panggil aku laura.

cipuk : gelaran ni baru sorang yang panggil iaitu kak super sheeraa. dia tiru nbk sebenarnya. tapi dah dia lebih kreatif, maka terjadilah perkataan cipuk.

diddy / diddypak : jangan tanya kenapa mesti diddy. hahah. yang tu belah mama yang panggil macam tu. rasa2nya sebab kaki aku panjang dan kurus kot. depa kata macam burung kedidi. tu lekat nama diddy. tapi serius suka nama tu. suka terokkkkkkkkkkkkkkk

cik mot : hampa semua taktau di sebalik nama rahsia ni. terlalu berat untuk meluahkannya. heee, geng mespes selalu la guna nama samaran ni kat aku.

dik pak : hat tu orangjawasesatdalamhutancarijalantakjumpa. dak aihh, men2, mana da pon orang jawa. abeh tu orang apa? orang jawi? dak2. haha. selalunya orang yang guna nama ni cakap macam ni " hi syifa, saya terpaksa temankan spongebob bukan burger" dapat tangkap dak? apa? dak? tak paham sudah. sapa tak paham dia tak comei.

sifa : orang kelantan & Trengganu selalunya yang panggei. sifa nak dekat dengan sifu noh..... sifu? laaa sifu pelingkup ada la kot.

lady gaga : tah ! budak poyo mana pon aku taktau. gila ka? mai2 panggei aku lady gaga. eh eh nothing else i can say. tau la aku rock pon.

pembuli : fadz dan syed tongkoi. depa hebat ! tu sebab depa panggil aku pembuli. tahniah wei. esok aku buli ampa dua lagi. woi syed ! ang la ni dok dalam kelas jauh gila babeng dari aku nohhhhhhhhhhh awt wei? takot tapak kasut lekat kt ang lagi ka? hahaha. aku steady ja kalau nak bg cop kt seluaq sekolah ang.

oden : terbaruu, hat ni si oden a.k.a nbk sendiri yang panggil aku dengan nama dia sendiri. elehh, nama "oden" tu pon aku reka sendiri untuk dia. eh eh eh

omei : awww, rindu dengan panggilan ni. selalunya bunyinya seperti "omeiii, mai la cukk, tdoq tepi ayah maih" eeeeeeee. rindu gila babeng seterok2 kalah h1n1 weii :'(

kepak ayam : masa tu classmate masa darjah 4 masa yasmin yang panggil aku macam tu. aku pulak panggil dia mee goreng. sebab apa aku pun taktau. waya putuih la kot. elok dah kami dua.

cipak tekepak-kepak : kalau raya time men bunga api selalu dengaq la dengan panggilan tu. sepupu aku yang tak berapa betoi la yang dok panggei macam tu. nama dia sara. elok sangat la

cipak tekepak-kepak
sara terkera-kera
oden terkodeng-kodeng
tikah terkah kah
ilah terlah lah lah (weii, tu nama mak aku. pasaipa sama ngan ang?)

sapa nak lagi nama macam tu? mai abaq kaih. dannnn err habis la kot pasal nama samaran aku yang tampan2, segak2, comel2 semua ni. nanti post pasai len pulak nah.

___________________________________________________

nak tau dak. semalam kan aku ym ngan adilah dan ba'am. pastu ba'am buat lajak silap orang lak. nek meroyan la aku dengan adilah gelak. hasihh. mampoih terok sungguh. tak caya tengok ni
ha ! amacam? percaya dah? aww. bagus2. gelak la sangat masa tu lepas tu semua pakat cuak. tau dak sebab pa? sebab nset adilah ilang. dia tertinggai kat kedai gambaq cina mana tah. tapi adilah cool ja. aku ngan ba'am ja yang risau terok. kami la yang jadi bomba tolong call tapi haram tak angkat. buat penat ja.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P