Sunday 15 November 2009

jatuh cinta lagi

Macam mana ya kalau rasa dilamun cinta? Best ka? Hehe, I nak ada cinta jugak. Aku minat dia. esh ! awat bahasa gila gedik taktau. Tadi aku ada nampak sorang mamat ni. Masa tu aku dok tengah tengok tv tapi macam mana taktau leh ternampak dia. jatuh hati terus, ohhh buah hatiku. Aku memang jatuh hati kat dia sangat2. yala, cinta monyet la katakan. Nasib tak jadi berok ja gi. Mamat ni memang hot la kot. Pi Tanya kat girl2 lain. Sure banyak yang kenai. Search gambaq dia kat google belambak keluaq. Aku pon yesss ! suka la sebab senang nak ambik satu beda buh dalam dompet or nset aku. nanti kalau boring boleh usya2.

Aku suka dia tapi aku terlalu takut nak luah perasaan aku kat dia. memang sure dia buat tak layan punya. Biasalah budak nsem. Girl lain yang lagi cantik dari aku pon dia tolak tambah la aku. penah la berapa kali dah dengar suara mamat ni. Suara dia unik sangat. Aku suka suara macam tu. first time dengar dalam hati dupdapdupdap. Umur dia tua setahun dari aku ja. aku rasa masalah umur tak ada kan? Hello, beza 1 tahun ja oke.

Sekali tu nampak dia dok senyum dengan girl lain. Girl tu comei gila :’( sedih kot. Aku jeles. Yaaaa walaupun tak dapat dia tapi perasan suka aku ni tak akan berubah la weh. Dia sekarang dok text girl tu kot. Omg ! kenapa dia tak text aku? nak text macam mana la kan. No phone pon tak ada hehe. Bayangkan kalau dia mintak no aku. aku melompat jala kot. Dah la minat dia gila vavi <333333


Nama dia Justin Bieber. Oke anda terkena bacaan hangit. I love you weh. Hahah.



Kalau hampa semua tengok video yang atas ni baru hampa semua faham maksud aku yang dia text girl tu, dia budak hot, macam mana aku boleh ternampak dia di tv, kenapa banyak girl kenai dia, gambar dia belambak dekat google, kenapa dia tak akan layan aku, dan bla2. pandai2 cari.

Dan demi dia aku ada buat satu benda khas buat dia. oke Justin sayang. U suka tak? Hehe



Bila baca entry aku hat ni serius nak termuntah. Kegedikkan sangat menonjol. dan satu lagi, dengar lah lagu bf aku tu yang bertajuk ONE TIME. Lirik lagu tu memang dia kata kat aku okeeee.

Friday 13 November 2009

budak pakai baju sekolah

exam dah habisss, mood freedom. sekarang rasa macam nak pi sekolah ja tiap2 hari, yalaaa. cikgu tak mengajar. kami asyik main uno card ja. serius best. aku asyik dapat no 3. baru sekali dapat no 2. bila tak ada cikgu apa yang patut buat? ambik gambar sebagai kenangan? oyeahhhhh. mari tengok gambar2 yang bakal jadi kenangan.

hari ahad, kena pulangkan buku teks, wooo. sesi petang kena mai pagi. tapi sat ja pulang buku lepas tu kena dok dalam dewan ada ceramah. penceramah tu best gilaa, pandai bagi kami semua nangis. memang ramai la menangis masa dalam dewan tu. kebanyakan anak melayu la. cina dengan india ada la jugak sikit. hari isnin pulak kena exam sekali lagi dan selasaaaaaaaaaaaa FREEDOM BEB


ni muka budak nangis tapi dan ambik gambar. pulunpulun


hari selasa, nina ada jamuan pengawas. azah ja tak join. aku pon tak join. mana boleh join sebab bukan pengawas. nina memang bawak camera dah. so aku pon bawak tapi camera pink yang dulu tu ja. sementara tunggu nina balik serius best sembang dengan azah. pikah asyik gelak. aku lagi la gelak sampai gigi pon naik jongang dah. bila nina dah sampai sekolah baru kami ambik gambar sana sini. cemuih tu tak rasa langsung. kebetulan hari tu dapat buku teks untuk tahun depan.

muka budak bakal form 3. hehe


haikal dengan azim. haikal tu kawan dari kecik. kadang2 kalau dia kacau aku rasa macam nak bagi sepak kat dia. azim pulak budak diam dalam kelas tapi kalau kenai dia betoi2 otak dia paling lingkup.
memperkenalkan, syed bakaq abu ataupun syed abu bakar. dia panggil aku pembuli. dia memang dah lama tak puaih hati kt aku.

azah, si cantik jelita. kawan dengan dia gusi tak kering. sure punya !

pikah comeiiii, pipi dia macam fishball. sedap kalau cubit hehe.

haikal dan syed, tengok tu. syed tinggi gila. aku dok bawah ketiak dia. dia angkat tangan, bau hangit weh !


azim pulun, apa ni wehh! curang2. haha


hari rabu, hari tu sebenarnya kena pakai baju uniform tapi disebabkan kami terlalu RAJIN, kami hanya pakai baju pj. malas nak pakai baju kedet polis. panas la.

azah dengan cik syipak. suka gila gambaq ni kot

azah dengan nina mylove



azah dengan pikah, azah curi spek aku. mana bolehhhh..............

nerd kan kan? tekan tang gambaq kalau nak pebesaq

candid. heee. suka :X


i love you guysss, ampa terhebat. mana sayang hampa pon :XXXXXXXX

hari khamis, sesi petang kena pi pagi, tu pun 4 kelas form 1 dengan form 2 yang kena pi. ada hari anugerah kokurikulum. lupaa, hari tu aku bawak camera gemok sikit. serius best. kebetulan bihun sup hari tu pon sedap. erghhhh ! lapaq :'(


gambaq diatas kalau tak puas hati sebab kecik, boleh tekan tang gambaq tu. nanti jadi besaq.



uuuucakkkkkkkk, aum !


dagu belemoih. tak caya tekan tang gambaq tu










okeee, i love you semuaa. sayang buku teks form 2 dengan tahun 2009. form 2 tahun paling gempak :D

Wednesday 4 November 2009

tak best pon


Aku dan mama dalam perjalanan ke Alor Star untuk menghantar baju tempahan kepada kawannya. Di pertengahan jalan, tiba2 kawan mama telefon, suruh mama tunggu kat tepi garden sebelah stadium. Sesampai di tempat yang dituju, orang yang ditunggu tak sampai2, mama pun mulalah tutup aircond, bukak cermin dan pintu kereta, sembang punya sembang, akhirnya kawan mama pun sampai. Selesai semua, aku dan mama terus ke Pacific Malls untuk beli sesuatu. Mama turun dulu, yang aku masih tercari2 sesuatu tak jumpa2. jengok habis bawah kusyen, cari punya cari bagaikan nak rak, akhirnya baru aku ingat, kasut aku tertinggal dekat tempat tadi (semasa bersembang, kaki aku dok kat luar keta). Nah aihhh. Naik keta tak pakai kasut. Apa lagi, terus bergegas ke tempat tu semula. Tok sah dok kata apa la, mama pot pet pot pet sampai sakit pala. Nasib baik jumpa. Kasut aku dok tersusun elok di tengah2 kawasan tandus dan gersang. Nasib baik tak hilang.

Ini adalah gara2 mama aku tegur sepasang selipar yang masih elok lagi ditinggalkan oleh mana2 orang di tepi jalan semasa aku dan mama baru nak mulakan perjalanan ke Alor Star. Agaknya semasa orang tu nak naik bas atau teksi kot kot je nah, mungkin terlupa ingatkan nak masuk rumah kot (dalam otak dok ingat rumah la tu), maka ditanggalkan selipar (yang pasti semasa turun bas atau teksi tentulah tercari2).

Satu lagi, semasa balik dari sekolah, waktu tu lapaq nasi tak sangga dah, mata dah naik kelam, terkam punya terkam ternaik kereta orang lain yang sama jenis, sama warna. Masuk dok elok dah baru perasan tersilap keta. “Oppps silllaaapppp” dua perkataan yang terkeluaq dari mulut aku. Alamak, malunya aku, tergelak sampai nak terkencing aku dibuatnya. Yang lucunya, pemandu kereta tu tercenggang2, tak terkata apa2. Terlopong mulut. Awat tak terkejut, sepatutnya budak lelaki yang naik kereta tu tiba2 aku yang naik. Mana tak terkejut. Mampuih gak. Yang mama dok perhati dah. Sah aku naik kereta orang lain. Dia dok gelak sorang2. setelah masuk kereta aku, apa lagi, aku renggah gelak semahu2nya (biaq pi orang kata aku tak sopan pun). Lawak gila kot petang tu.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P