Sunday, 10 May 2009

HAPPY MOTHER DAY TO YOU MAMA :)


Kadang-kadang bila kena letir dengan mama rasa macam geram sangat2. Bila renung muka dia semasa tidur, sapalah aku ini nak marah kat dia. Sebagai anak tiada hak nak marahkan dia. Garis2 halus yang nampak semakin banyak di mukanya, rambut halus2 putih pun tumpang menampakkan wajahnya semakin dimamah usia. Jari jemarinya semasa aku kecil aku dulu lembut ketika membelai, menyuap aku makan dan membesarkan aku hingga sekarang, kini kasar serta urat tangannya menimbul bagaikan lengkaran dawai keras. Kesian mama. Dia bukan pernah buat apa-apa pun kat aku. Dia nak aku serba lengkap dan sempurna. Sentiasa berdoa untuk aku mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mama mungkin sunyi dengan tiadanya ayah di sampingnya. Mama sanggup bekorban apa saja untuk membesarkan aku, mendidik aku, hinggakan aku sendiri tak pernah tau apa2 pun nak buat kerja rumah. Betapa manjanya aku. Kasut, baju tak pernah aku basuh. Jangankan nak gosok baju kalau boleh dia nak tolong pakaikan baju kat aku. Kadang2 aku malas nak makan dia yang tolong suapkan.

Kalau nak ke mana2 pun, pesan macam2 sampaikan alahai, tau dah mama oooiiii. Tak apa aihhh. Dia sentiasa mendoakan aku. Takut2 jadi apa2 kat aku. Suatu masa dulu, masa arwah ayah aku ada, aku ke K.L. seminggu di rumah bapa saudara aku sebelah mama. Ayah aku kata mama tak lalu makan. Tiap2 malam menangis. Telefon satu hari tak tau berapa kali.

Sampai sekarang pun kadang2 sebelum tidur, mama akan bercerita kisah2 silamnya, kisah
zaman kanak2, kadang2 lucu buat aku ketawa terguling2, kadang2 terbawa sampai
keesokkan harinya.

Kalau dulu ayah mendidik aku dengan kemewahan, menuruti kehendak dan melayan
apa jua serta penuhi segala impian, sentiasa dalam dakapan kasih sayangnya buatkan
aku leka, lalai dengan kesempurnaan dan kebahagiaan. Tapi aku bukan anakku sazali pulak. Aku bersyukur anugerah Allah kepada aku. Bukan macam Sazali tu, dapat semua apa dia nak, tut tut besar panjang persalahkan bapa dia jahat tak pandai didik anak. Dah Silap besar ni. Apa punya anak. Fullstop. Kini setelah ketiadaanmu ayah, mamalah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya. Susah senang diajar bagaimana nak harungi. Bagaimana nak tempuhi kehidupan yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan. Wanita yang paling penyabar yang pernah ku jumpa dalam hidupku.

Mama, kau bagaikan perisai bagiku. Mama, kaulah teman, rakan, tempat aku mengadu dan menangis, kongsi kesedihan, kongsi pendapat, kaulah penasihatku, dalam erti kata kaulah segala2nya.

Bila direnung kembali, jika terjadi apa2 kat mama, tak taulah aku. Macam mana kehidupanku. Ya Allah kau berilah kekuatan dan panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik serta kebahagian dunia dan akhirat kepadanya, Amin.

Hari ini aku tidak ke sekolah kerana hendak menjaga mama yang sakit. Kesian mama, masih terbaring. Sepatutnya hari ibu ialah untuk meraikan bersama-sama ibu tercinta tetapi aku hanya menemankan mama yang dalam keadaan tidak sihat. Serius kecewa.

MAMA I LOVE YOU SO MUCH AND HAPPY MOTHER DAYYYY. MUAHHHH

11 comments:

aifaa said...

jadi apa dengan mama ampa?
Ya Allah Ya Tuhanku,sembuhkan lah hambamu Padzilah bt Hasyim seperti sediakala.amin
mama sakit apa?sabar ya

chapter 18 said...

sakit dalaman. yaya. km sbaqq. terima kasih aifaa. muah. oh. dan Ya Allah, pnjgkn lah umo keluarga wan aifaa shafia. amin22

Unknown said...

sayu entry ne
agak sebak dik
:(
smga ur mum cpt smbuh la k!:)

miss.lolypop said...

hebat
mama yg hebat

Shahirah Zainol said...

aih, sedihnya. dgn mama n abah x leh buat main2.

farah atiqah adli said...

terharu membacanya ;(

FuzuKun said...

huuhu..
ayt2 MANIS nih..
lalala..

hihik..
cube kamuh luah kn dpn2..
huhu..

compem nangis loH..
HAPPY MOTHERS DAY!!!
;)

Afaf (: said...

moga mama sehatt balek!
:)

chapter 18 said...

TERIMA KASIH AMBIK BERAT. I LOVE YOUUU

miss.lolypop said...

mama hampa saket apa ?

chapter 18 said...

sakit dalaman

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P