Tuesday, 10 April 2012

a short entry



Allah beri aku perasaan gembira, sedih, marah, kecewa, perasaan sensitif dan sebagainya. Allah wujudkan semua perasaan itu dalam diri aku. 


Allah maha menguji dan aku sedang diuji oleh-Nya.. Allah mahu lihat kesabaran aku dan aku sedang bersabar. aku akan kuat dan aku akan tabah. aku tak keseorangan.. Allah ada bersama aku. 


Allah jadikan aku sebagai seorang hamba-Nya,
Allah jadikan aku sebagai seorang Anak,
Allah jadikan aku sebagai seorang Murid,
Allah jadikan aku sebagai seorang Sahabat,


aku percaya, Allah jadikan aku ada sebabnya. aku sebagai hamba-Nya akan melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya. InsyaAllah :)



10.4.2012
Selamat Hari Lahir Ayah
in memory "Majid Bin Ahmad" al-fatihah

Friday, 9 March 2012

take note :)


"kadang-kadang perempuan yang pakai tudung ni bukan baik sangat. baik bukak ja tudung tu" 

"pakai tudung tapi tak sembahyang. buat dosa jugak. baik tak payah pakai tudung"

haishhh jangan la kata macam tu. tak sedar ka kalau dia pakai tudung, at least dosa dia tak menutup aurat dah tak dikira. dari nak buat dua dosa tak sembahyang dengan tak menutup aurat sekurang-kurangnya dah jadi satu. 

saya tak berniat pon nak kata dekat sapa2 tapi itulah pendapat saya. dua2 dituntut agama, tak buat dosa. so chill :)

Friday, 17 February 2012

Hypernyaa Mama....


assalamualaikum

Ya Allah awat panas sangat lani. kalau hujan pun rasa macam tak hujan. panas sangat2. kira aku banyak habiskan masa duduk dalam bilik jaa. nak keluaq bilik pon rasa macam malaih. dak serius aku tak buhung, nak study pon tak boleh sebab tak selesa. kira aku ni sampai ambik kipas lagi satu bawak masuk dalam bilik pastu kerja duk duduk depan kipas ni jala. haha nikmat la sikit nak baca buku ka buat hw or what. 

tapi dalam duk tengah panas ni yang mama duk gagah nak kacau aku. sorry ni bukan mood aku nak berlawak. hahaha tapi disebabkan kalau mama buat lawak mesti aku gelak sampai terkencing. hahaha mama ni lawak gila tau dak. serius harini dia direct duk mengusik aku. dari pagi sampai ke malam duk tak kering gusi sebab gelak kat dia laaa. nak aku cerita benda yang dia buat harini yang aku rasa macam nak tarik2 rambut dia dak? *hahaha bebai ni serius bebai*. jum aku nak cerita

dari pagi tadi lagi aku duk tengok tv dengan mama. aku duduk atas sofa then mama duduk bawah. dia tamau duk atas sofa sebab dia hangat last2 aku yang kena duduk. kalau nak duduk bawah sekali dengan dia tobat kena cincang 4 dah dengan dia sebab dok mai himpit dia. haaaa tau pun hangat. tau dak berebut tempat duduk pon boleh bergaduh macam budak2 kami ni. then time tengok tv tiba2 mama duk buat muka pelik macam mana tah sambil gelak pelik gilaaa. serius aku takut! serupa macam kena rasuk. aku dok gelak2 kat mama konon aku tak kisah pon kalau dia kena rasuk hahahah then boleh mama duk buat keraih dengan muka macam tu. ya Allah rasa macam nak tampaq2 ja dia time tu. memang aku cuak tapi takmau tunjuk depan dia. haha goyang sana goyang sini dia tetap dok buat keras jugak last2 aku pi korek idung dia... tapi dia buat bodo dengan keras gak then aku terus bawak masuk jari aku yang aku korek idung dia tadi dalam mulut dia then barulahhh dia bergerak pastu dok menjerit "syifa jahat syifa jahat!" ahahahhahaha mau tau la mama haha.

then you know what you know what! aku lari masuk bilik sebab nak duk depan kipas sambil baca buku atas katil. mama mai masuk bilik aku pastu dok kata "ooooo patut tak keluaq bilik. ada kipas." pastu dia dok mai duk depan kipas aku. yang paling tak tahan, dengan selamber  badak dia jaa dia tolak aku ketepi. hahaha samseng sungguh. aku duk nampak dah perangai dia memang akai nak ajak melawak. haha mama memang manja tapi aku dok buat dunno ja baca buku. tau dak mama kacau aku sungguh! sat sat dia buh kaki dia atas badan aku, satg pon pegang tangan aku. mentang2 badan dia panas. pastu dia pulak memang tau aku dah la duk tengah  panas, boleh dia pi letak kaki atas badan aku. tau dak badan kami dua macam negative bertemu negative. tak boleh dekat sebab kedua2 badan panaih. hahahah aku pon apa lagi dok mengelak la dari dia last2 aku geram aku bangun pi cubit dia. then dia duk buat sakit sebab kena cubit. paling lawakk tak sampai seminit aku cubit dan2 mama kata tangan dia lebam sambil duk tunjuk2 kat aku. hahahahahahah lawak gila macam budak2. nampak sangat tak logik mama oi. 

aku pun lari la pi tepi sikit then dia duk tampaq2 buntut aku. aku punya la geram aku pun kentut laaa. hahaha mama hangat hati kat aku, dia ambik sapu tangan dia yang dia duk nyeh hinguih pastu buh kat muka aku. jenuh jerit gak la aku sebab mengelak. hahaha aku pon terus bangun geletek dia la sampai dia duk jerit kata "dah dah takmau geletek. nanti mama terkencing". aku duk ingat dia menyerah dah rupa2nya dia teruih ambik sapu tangan dia buh kat muka aku sekali lagi. hahahah jahat gilaaaa! aku pon tolak la belakang dia dengan kaki biaq jatuh katil. kalau nak tolak dengan tangan memang aku kena sapu tangan berhinguih lagi. last2 aku guna kaki. hmm memang nampak agak kurang ajaq tapi aku dengan mama besa dah. mama pon dah no heart feeling. k k back to the story. aku tolak la belakang mama dengan kaki then tau dak dia boleh kata "HAAAA ATAS SIKIT ATAS SIKIT. SEDAPNYAAA ADA ORANG MAU TEKAN BELAKANG MAMA" hahahahaa mama ni memang bagi aku hangat hati betoi laaa. aku usaha nak bagi dia jatuh katil, yang dia dok syok sebab sedap aku duk tendang belakang dia pastu siap suruh atas sikit la lagi kuat la apa laaa. Ya Ampunnn, tensennnnnn ahhahahaha.

elok habis kami gomoi2 atas katil dia kata dia nak pi tengok tv. aku pun rasa macam lega laaa. tau dak elok dia bangkit PRUTTTTTTT dia bagi kentut sedaih kat depan aku. hahahah tak pasai kena lari keluaq bilik sat. eshhh mama mama *geleng kepala*

so macam mana lah kalau mama takda nanti. aku memang rapat dengan dia. aku dengan kawan2 aku pon tak boleh melawak segila macam ni. tetttttt amy boleh kot hahahaha macam dalam cerita ni. dulu time kecik2 dok gomoi dengan ayah ja. gomoi macam ni laa. geletek sana geletek sini. tokak sana tokak sini. hahah last2 dua2 geyau. kalau ayah qeyau maknanya aku gigit tetek dia (opss kecik lg time tu) then kalau aku qeyau maknanya dia gigit jari aku. hhahahaha now ayah dah tak ada mama pulak ganti perangai ayah suka gomoi dengan aku. dulu mama tak macam ni pon. emmmm i love my parents so much. Allah pinjamkan aku ayah yang sangat penyayang. at least aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah yang sangat penyayang walaupun hanya sebentar. k takmau emo. mama still ada ! sayang mama. muahhhhhhhhhhhh assalamualaikum 

Tuesday, 14 February 2012

Lace....



Assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
so apa khabar?

dah lama tak update blog. well, aku kan tengah bajet perdana menteri yang negara dia dok perang sebab tu busy gilaa sampai tak update blog. hewheww aku rindu rindu rindu sesangat nak update tapi takda masa. bila ada masa cerita pulak tak ada. so saddd :'( ni ni pon boleh update sebab ada cerita sikit nak share share. aaaa ok fine, sebenaqnya bukan cerita tapi gambaq. iyooo lah. nak upload gambaq banyak2 kat facebook tak syiok. kat blog ja tempat paling best nak upload gambaq banyak2 sebab bloggggggg kan comel (tadak kena mengena pon). oke back to real story

haritu kan kan kan kan memang boring tahap taktau nak habaq. nak study baru lepas jaa. nak study banyak2 nanti bengong kepala. pastu rasa nak ajak mama keluaq pi beli asam dekat tesco then tetiba kakyan makhluk hat paling lawa mesej aku kata boypren dia nak shoot aku. ok boypren kakyan ni memang aku kenai lama dah. errr nak kata lama tu tak berapa nak lama sangat laaa tapi boleh la setakat dok pi ragaih gunung kinabalu sekali dulu2. hahah oke aku muhung. eshhh kalau hampa baca blog aku hat sebelum ni, aku penah shoot sekali dengan dia kat umah toksu sekali dengan ben apa semua. alaaa, hat nama sally tu. ingat dak lagi? sat nak upload tunjuk gambaq dia


ingat dak lagi? haaa dulu ein ni free hair. time dia shoot aku kat umah toksu rambut dia panjang lagi. tapi taktau macam mana tah dia gatai pi potong rambut sampai jadi pendek. aku rasa rambut pendek dia tak sesuai dengan muka dia kot last2 alhamdulillah laaa sally kembali bertobat pakai tudung and alhamdulillah sekali lagi sally buat tv show "tanyalah ustaz" dan penonton setia dia kakyan laa. ahhha comei sungguh dua orang ni.


then bila rambut dia panjang balik, dia buang tudung. eshhh sally oiiii. hang derhaka!

HAHAHAHHA dak dak, aku melawak jaaa. sebenaqnya nama sebenaqnya sally ialah salihin. orang dok panggei dia ein. haha einnn jangan dok marah noh. kita melawak adik beradik. kakyan pon jangan dok tibai syifaa nah sebab dok tulis pasai cik abang kakyan.

satt kita sampai tang mana tah? haaa lepas kakyan kata boypren dia nak ajak shoot tu. aku pon on jala. then ein kata jumpa kat tesco. tau dak jadi hampeh macam mana tah time tu. dah la dengan call ein tak dapat2. rupa2nya dia silap taip 014 jadi 016. bungekkk gila. tepon kakyan pon dia off phone. serius geram. dah la mama dok sakit perut last2 dia balik umah tokwan tumpang melepas kat situ. yang aku duk kat tesco. tapi yang hampeh lagi tu elok mama dah sampai tesco balik, ein still tak sampai2. serius wajaq gilaaaa! time kat tesco tiba2 ein gedik buat prank call :

ein : "hello, ni syifa ka?"
me : "ya saya" *serius time ni taktau kata tu ein*
ein : "syifa ada mana"
me : ada kat tesco
ein : ni penolong kanan sekolah bahiyah ni. boleh datang sekolah dak. syifa ada buat salah
me : *hahahahahahha awat aku nak kena buat salah kat sekolah orang. bukan sekolah aku pon* 
"buat salah apa?"
ein : vandalisme
me : "awat saya nak buat salah pulak. silap orang kut. saya bukan sekolah tu"
ein : *dia macam terkantoi* "oh tukaa, pastu pastu syifa sekolah mana?"

then dok balas punya balas baru tau kata tu ein. hahahaha kojaq sungguh, aku punya la gelak kuat depan orang. haha buat malu jaa. tau dak seyes rasa cuak gila kot haha. serius kojaq. then tanya ein ada sapa lagi satg dia kata ada aiman azizan dengan farhan. aku tak kenai farhan tu sapa sebab tak pernah jumpak pun tapi aiman azizan cukup kenai rapat leeee. berapa kali dah dok shoot dengan dia. haha setakat nak qenyeh sampai nampak taik gigi pon tak segan dah dengan dia sebab besa dah. ingat entry aku dulu dengan mar? haaa, hat shoot badan debab debab sikit tu. haaa dia tu laaaa. photographer paling comei (puji mintaak cekelat)

time shoot tu tak larat nak gelak. ein memang gilau tau dak. time kat rumah toksu dulu pon tak larat nak gelak sebab dia laaa. abang aiman azizan pon boleh gagah buat loklaq. dok mengusik buat lawak. abg farhan senyap sikit. dia tak besa kot or dia terkejut sebab aku cakap banyak sangat sampai dia tak tercakap.
time paling tak tahan masa shoot tu dah lewat petang2 so angin pon punyalaaa kuat. tak larat nak pebeetoi tudung eshh tsk tsk :'( kebanyakkan gambaq semua tudung aku kemek. aaaaarghhh tensen tensen tau dak. ein duk geram sebab dok tak dapat gambaq hat tudung sempurna elok. last2 abang aiman pi tahan angin. ehemmm dia kan lebaq sikit. pastu kira dia duk sebelah aku, angin tak kena kat aku laa sebab dia lindung. hahahahhaahah lawak k! bila mai part abang aiman nak shoot pulak, ein yang kena lindung. hahaha paham2 la ein kan tak lebaq macam abang aiman. haha kot mana pon angin boleh kena gak. haha sumpah lawak weii (hampa tak gelak pon haa? ok bye. aku buat lawak ni)

hmmm sebenaqnya kan. hmmm sebenaqnyaaaaaa. sebe.... sebenaqnya aku dah tak larat nak taip. boleh dak aku nak upload gambaq pulak. boleh dak? pelissssssss :D OKAYYYY THANK YOU!


Photo By Ein


tudung indon haha


saja nak habaq aku bukan pakai tudung dian pelangi pon. ni selendang besa ja then aku belit2 jadi bentuk macam ni. dia macam fesyen dian pelangi tapi lagi kemaih. nak tutorial?






oke hat atas ni semua yang ein shoot. lawanyaaaaaa, kreatifnyaa ein! ni mesti time exam seni form 1 form 2 selalu dapat A kan? hahahha fine tadak kena mengena pon. 
okeh jum tengok hasil tangan aiman azizan pulak dan seterusnya farhan :D act ada 1 tu gambaq by aiman azizan lawa gilaaa. gambaq sambil aku baring. nak upload tapi takmau public hentam. gambaq tu sebenaqnya takda niat lain pon. SORRYYYYY!. dekat fb dah kena komplain hewhew. yalaaa, manusia syok nasihat kesalahan orang depan2 orang ramai. PM kan boleh? chill :)

Photo By Aiman Azizan


edit by me, aku memang suka perosak gambaq orang hahaha. sorry abang aiman



gambaq ni pon aku saja2 edit hahahah. kenan laa cek


Photo By Farhan



oke ni dalam camera ein. aku saja curi2 edit 



yeyyyyy finally dah habis pon entry kali ni. tak larat nak taip dah ni tapi kena taip lagi heheh sat nah sat nah
JOM KITA RAMAI2 PI LIKE FANPAGE PHOTOGRAPHY EIN DAN AIMAN AZIZAN
serius waa cakap sama lu. syok ooo outing dengan depa. terai la terai la. pergi like tau :) 


pastu ein suruh aku promote blog dengan fb dia sekali. pi la follow blog dgn add fb ein comei tu. pi laa pi laa : http://salihinismail.blogspot.com/ & http://www.facebook.com/salihin.hajiismail

Friday, 6 January 2012

Mama Oh Mama


assalamualaikum.
 page 6 of 366. this is my 330 post and my first in year 2012 :D


so sayangs semua. as you guys know, k yang taktau tu mai aku nak bagitau. read this! this year aku SPM. es pe em em em em emmmmmm and aku taktau sama ada aku ready or not tapi kot mana pon kena ready gak. yeah i'm not excited for sitting the SPM but i'm just excited to be a senior ! wehhh pejam celik pejam celik dahhhhhh nak habis sekolah dah. it's time to think our future. dulu time PMR pikiaq nak result elok untuk dapat kelas yang aliran elok for future, now SPM? hmm dak tak ada pikiaq untuk kelas or aliran. kena pikiaq terus untuk future. Ya Allah, i'm not so strong. rasa macam tak percaya aku dah besaq (besaq la sangat) nevermind! please tampaq me! aku still tak percaya yang aku SPM tahun ni. dulu username blog ni chapter 13, tahun lepas chapter 16. now 17 ahaksssssss. 1+7 = 8 lucky number! orang cina cakap ong! haha

hell yeah, memandangkan aku dah nak besaq ehemm *angkat kolar baju* so aku kena ubah perangai aku yang macam budak2. alahhh jangan la kata aku mengada nak ubah tu ubah ni. semakin besaq semakin berubah la kan perangai masing2. TAPI dalam pemerhatian aku, still ada 2 orang ni la kan yang dok buat perangai macam ni.... ok mehhh kita terjahhhhhh.

selalunya mama yang dok terjah phone aku, kali ni aku pulak terjah phone dia. aku saja bukak mesej dia. saja gataiiiiiiiiiiiiii walaupun aku tau bukan ada apa lah sangat. selalunya mesej from celcom ja dok pesan suruh bayaq bill. haha tapi this time aku jumpak mama punya conversation dengan kak shimah dalam mesej dia. hahahahahahahahah seriously aku gelak gila baca mesej depa. FYI kak shimah tu sepupu aku tapi umoq dia lebih banyak tua dari aku. sepatutnya dia bukan tahap sepupu dengan aku tapi makcik tapi leklaaaa kak shimah pon dok buat perangai macam budak2 lagi.

so nak dak aku copy paste kat dalam blog aku cara mesej depa. sumpah mengada tahap taktau nak habaq. se-poyo aku dengan kawan2 aku pon tak se-poyo mama dengan kak shimah. sattttt hampa baca nah


mesej from mama to kak shima :-

"Tatkala aku bangun di pagi yang hening ini bagaikan nak nangis dan pelbagai penyesalan yang teramat sangat. geram dah bercampur baur dengan kesedihan melanda jiwa..............

(SUMPAH TIME NI AKU INGAT MAMA KECEWA SEBAB AKU SO DIA LUAH PERASAN DIA KAT KAK SHIMAH TENGOK2 BACA LAGI......)

..... pabila aku menjamah nasi gorengmu di pagi ini ternyata tidak cukup sebab semalam pi ambik sikit sangat.... syimahhh.. ada dak lagi nasi tuhhh... waaaaa...."

Ya Robbi sumpah aku gelak terok gilaaa. aku ingat ka kes apa rupa2nya kes tak cukup makan nasi goreng hahahahahahaahhaha ni kira kes adik kepada batu belah batu bertangkup laa ni. then tau dak kak shimah balas apa? keep reading...


"sungguh sedih jiwa ini tatkala membaca warkah darimu. kan sudah ku bilang ambik lah banyak pun tapi kenapa kau tak ambik banyak. pagi ini nasi goring (idk why kak shimah cakap goring. dia mengada ka typo ka apa taktau lah ahahah) tuuuuu masih banyak dan sedang menunggu di curah ke dalam tong sampah. hahahaha"

LOL THIS. dafakkkkkk betoi bagi aku gelak dua orang niiiii. kes nasi goreng ja pon boleh jadi macam cerita tentang dhia. meluat gilaaa baca hahaha. pastu harini tiba2 kak shimah mesej mama lagi, aku pon cukup excited nak baca mesej dia sebab aku tau dah dia mesti taip yang poyo2 gak. ok read her text..


"Di maghrib harini ku telah membuka helaian buku hutang ternyata kamu masih berhutang dengan ku.. oh sedih rasa hati kerana jumlahnya ohhhhhhh... tak sanggup untuk nyatakan disini,,,  ku harap kau terima lah dia dengan tenang... hutang mu masih ada lagi rm70"

then cuba bayang siap2 apa yang mama jawab. tobat lagi rasa nak buh penampaq. okkk baca!


"Hati berdebaq dup dap dup dap baca mesej mu... 
bibir dikebam menampakkan lubang hidungku... 
kenapa sekarang nak beritahu ?
esok baru nak bayaq duit kutu... 
penangan romantika luruh habis roma punya bulu, 
duit baju nanti dulu....."

tolongggggggggggg, aku rasa dua orang ni dah kena sampuk. hahahahah mana sey pon kan dok buat ayat terok dalam mesej. macam budak2 gila kot. hahahahha. mesej nak mintak hutang ja pon dia berbalas2 dengan pantun. pi dahhhh dua orang ni.


haishhh mama mama *gelang kepala*

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P