Monday, 13 April 2009

SAYA SI PENUNGGU PINTU KERETA


ya kanak2 pintar hari ni nak belajar apa ek? dak2. toksah belajar, bca ja.

td lpas subuh ingt nk sambung tidoq balik tapi mama kata cipakkkkkk p mandi nak kluaq sat p wt keja. adoi! kacau la saya dok mmpi patrick ni. hahah. dak2 men2 ja. xpa la saya pon p la mnd ( mnd sambil mata ttup). mandi2 p pkai bju ( pun sambil mata ttup). elok nk kluaq umah tu mama jerittttttttt "anak mama pkai bju tebalik oi" saya pun alah! bek p la. nk dok dlm keta ja. saya pun heret la bantai busuk saya masok keta. pagaq pa suma len cita nah. malas dah kot. truih tdoq ja lpas msok keta.

dalam keta saya mmpi patrick wei. sumpah tak bohong! td bohong la. hahha. saya mmpi saya call dya, dya jwb tp saya dok snyap. haha. 6 kali kot saya call dya pastu kali ke 7. dengaq org pggei. "cipakkkkkkk kunci pintu" alllaaaaaaa. kacau betol la. bungek!

mama p bnyak tempat gilagila weh. haha. x pa x kesah saya tdoq ja dlm keta. x sdaq diri dah. ha! dya ada p umh tok wan saya dkt a.s :) saya x trun pon. hhaha. besa la. nk tdoq! pastu tokwan saya tnya mama "mana syifa" mama kata "dya tdoq" dan jeng2 tokwan pon balas balik "minah tu klau hidup dya 50 thun tggai 25 thun umoq dya perabeh untuk tdoq ja" bungekbungekbungek laaaa. esh!

dan habis untuk cerita tadi.

Saturday, 11 April 2009

SYIFAMAJID


assalamualaikum

saya sekarang ni di dalam situasi cirit birit. haish! setiap kali awal mggu je mesti ada masalah. dya x bg p skolah la tu. hahah. jngn harap mama nk bg x p skolah dah. berhari2 saya ponteng kes kaki naik ketumbuhan.

nk bagitaw ni. saya rindu dekat ayah la. time last kali dya gelak sngt2 masa saya merajuk dekat dya. dya marah saya pastu saya jawab "hmmm. ayh marah syifa x jadi nk blanja pizza. td tu ingt nk blanja ayh pizza. pastu ayah marah syifa x jadi la" start dr tu dr marah truih gelak. sebenarnya mula2 tu gelak paksa ja. dya sendiri yang geletek perut dya supaya bg gelak. last2 gelak sungguh sampai terbatuk2. haish! rindunyaaaaa saya time tu.

dulu time raya ayah suka kata camni kt saya "syifa nk buat kuih raya ngn mesin panasonic ha?" pastu2222 waktu pagi2 nk p skolah ayah suka gerak saya camni "omeiiii, bgun kaih omei! pi kolah" pastu klau saya x bgun dya suka cubit/tmpaq pp saya sampai saya tarik rmbut dya dan cubit tetek dya. (kanak2 11 thun haha) kadang2 masa cuti bila dya gerak saya, saya x jaga last2 dya yg tidoq skali. hahah. bila saya nyanyi lagu cinta. dya suka kata camni "anak ayah gatai. ada boyfriend dah ni" dan saya jawab "mana ada! syifa nyanyi ja la lagu siti x nmpk ka lagu siti"

malam dya meninggal tu. saya mimpi dya ngn tok nek saya kot (ntah la lupa dah). depa dua mai ajak saya p taman. pastu ayah hayun buaian kt saya. tggi sangt2 sampai leh nmpk langit. taman dya cantik. kt malaysia mmg x pnh nmpk lagi. best ooo. sejuk ja taman tu.

lpas tu malam saya ngn aidalina chat di ym. km sembang pasal ayh masing2. saya pun teriak la sbb sedih. waktu mayang doa bnyak2 kt ALLAH sampai mama pon mai peluk saya sambil nangis. dannnnnnnn jeng222 saya mmpi ayah mai dekat saya pastu km dua ambik gmbaq dan dya pelokkk saya cam ulaq sawa peluk mangsanya. erat sngat2 ketat sngt2. pastu dya ciummmmmmmmmmm saya puas2 kt pp. saya dapat rasakan yang kulit dya lembut sangt2. sejuk ja. misainya pon saya dpat rasakan LAGI sampai SEKARANG ni.

tetapi dalam mmpi orang yang mati klau cakap bukan dya dah. btoi dak? wallahhua'lam. x pasti ngeh2. alhamdulillah selama saya dok mmpi yang ayh dok mai ni mmg dya x cakap langsung. senyum ja sampai gg pon nmpk. haish! gembiranya saya bila ingt balik time ayh ada. tp apa buleh buat. ALLAH sayangkan dya.

so kepada kawan saya yang masih ada ayah, bersyukur lah. jngn sesekali melukai hati dya. ayah tu ada bnyak tanggungjawab. apa saja dya. dya ttp ayah kita. saya bukan nk nasihat ampa suma tp hanya cakap dr pandangn saya sahaja.

Friday, 10 April 2009

Al-Fatihah Untukmu Ayah




Ayah
tanggal 10 April
Kini genaplah 60 usiamu
Sayang
Pergimu meninggalkan aku
Usiaku yang masih terlalu kecil
Belum puas merasakan kasih sayangmu
Namun walau sedetik wajahmu
Namun walau sedetik jasamu
Tak mungkin akan ku lupakan.


Ayah
Jika kau ada
Alangkah bahagianya
Akan ku peluk seerat2nya
Akan ku cium sepuas2nya
Belum puas merasakan dakapanmu
Kesedihan dan tangisan anakmu ini
Rindu, rindu dan rindu menusuk kalbu
Hanya tuhan saja yang tahu.

Ayah
Jika kau ada
Hidup ku takkan jadi sebegini
Siapalah pandang
Siapalah bertandang
Yang rapat semuanya menghilang
Saudarapun entah tak kunjung datang.

Ayah
Aku sedar siapa diriku ini
Aku anakmu yang paling disayangi
Tapi
Kebencian terserap disanubari mereka yang iri
Apalah dosaku diperlakukan sebegini
Berbagai tuduhan dilemparkan
Menyakinkan si pendengar yang buta hati
Dan jika ada mu ayah
Hidupku takkan jadi begini.

Ayah
Terlihat wajah ibu yang kesepian
Aku cuba menceriakan kehidupan
Tapi
Dugaan demi dugaan
Mendatang tanpa diundang
Si viruses berkeliaran di mana2
Tak puas hati dan rasa dengki
Fitnah terdengar di sana sini
Nak meragut kebahagiaan ku ini.

Ayah
Jika kau ada
Semua ini tak mungkin aku tempuhi
Semua ini tak mungkin akan terjadi
Hidup ku dalam ketakutan
Hidup ku penuh gangguan
Fikiran ku jadi tak tenang
Berbagai ancaman dan ugutan
Aku ingin hidup sendiri
Aku cukup bahagia kini
Bersama ibu yang masih disisi
Walau tak memiliki harta duniawi.

Ayah
Kepergianmu meninggalkan aku
Allah itu lebih mengetahui
Menguji ketabahan dan keimanan ku
Demi ganjaran hidup sesudah mati
Aku redha setelah kau pergi
Aku redha ujian Ilahi
Doa dan sedekah dari anakmu ini
Buatmu ayah yang amatku sayangi
Amin, amin, amin, ya robbal ‘alamin.

Kalau boleh tak mahu berhenti meluahkan perasaan ini, kerinduan yang amat mendalam terhadap ayah yang tercinta, tersayang, tak terungkap oleh kata2 akan kesayangan dan kerinduan ini. Bagi yang kehilangan sahaja yang tahu akan perasaan kehilangan. Terasa bagai nak pecah dada ini bila sebak dan sedih mengenangkanmu ayah. pergimu tiada pengganti
Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Kawan-kawan yang ku sayangi, Sedekahlah al-fatihah kepada ayahku majid. Aku akan tetap menghargainya. Dan aku ucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Thursday, 9 April 2009

PAGI YANG BERWARNA WARNI

Pagi tadi saya bersama mama ke market. Selalunya saya jadi penunggu kereta bila mama dengan urusannya. Kali ini rasa ingin ikut pula. Semasa mama memilih ulam ulaman, datang seorang makcik muda datang menegur mama. Mama pun bersembang rancak sungguh dengan kawannya ni. Entah apa yang dibualkan tak taulah, saya tak berapa faham.

Tiba2 datang pula seorang lelaki pertengahan umur (bukan Melayu) menegur mama. lelaki ini sebenarnya sengau. Maaf bukan saya menghina atau mengejek tapi ada sesuatu nak diceritakan di sini.

(baca dengan mengikut cara sengau)

Lelaki : apho khobho khok, lhamho tha jhumpho?

Mama : khabar baik, kak dah pencen, saja ambik awal

Lelaki : khak yhang sheorhang nhi apho khobho?

Makcik: khobho bhoik, awhak shihhat kho?

Lelaki : hhong jhonghan dhok pherhli akho. Akho shephak khot. Khuahang ajhaq

Tiba2 muka lelaki tu merah macam nak makan orang, terus melenting kata makcik tu perli dia, sampai nak sepak. Kata kurang ajar. Makcik tu terdiam dan tergamam. Laaa, memangpun makcik tu pun sengau. Tak sempat mama nak kata apa2, si lelaki tu pun pergi meninggalkan kami sambil membebel dalam keadaan yang sungguh marah. Kesian tengok makcik tu, malu dia di depan orang ramai. Tahulah di market katakan. Saya dan mama bersalaman dengan makcik tu dan terus tuju ke tempat lain. Bagi saya pagi ini penuh dengan warna warni

Friday, 3 April 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

 
 
Hari ini latihan silat amat meletihkan. Sesampai saja di rumah terus ke dapur untuk meneguk segelas air sejuk. Emmm lega rasanya tekak saya. Saya meluru ke ruang tamu dan lalu duduk bersandar pada grill pintu rumah sambil membelek gambar2 yang saya snap kat sekolah tadi. Tiba2 suatu suara lantang lagi menakutkan kedengaran di belakang saya :
“MAAAAAAAAAAAAAA! Minta sikit, suda 2 hari tarak makaaan..”
Terkejut saya macam nak pengsan, berbinau2 mata, apa tidaknya, apabila tiba2 tangan hitam legam berkedut2 terhulur di atas kepala saya. Terasa juga beberapa urat rambut terkena tangannya, eeeeee. Cepat2 saya merangkak2 macam apa lagi sambil menjerit panggil mama. Tak sempat nak bangun lari dah. Ketaq gila2. Saya pandang India mabuk mana tah, dengan bau masam tuak, sungguh menakutkan. Dia menghulurkan tangan sambil membuat seolah2 menyuap makanan kemulut dengan lagak menggolek kepalanya menagih simpati. Mama datang lalu menghulur RM1.00, lalu dia pun pergi.
Yang menghairankan dia buka pagar dan berjalan ke pintu rumah tak terdengar bunyi langsung. Cekap sungguh. Sejak berlaku peristiwa itu, saya kena pastikan pintu pagar sentiasa berkunci dan jika perkara ini selalu terjadi, gue boleh mati ooo. Tapi bila teringat saya merangkak2 dengan laju sekali hingga sampai ke ruang tv tu rasa nak tergelak la jugak. Aduyai2.

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P