Friday, 14 June 2013

my 2013 life

assalamualaikum

aku nak mintak maaf sangat2 dekat blog aku ni sebab aku rasa macam aku ni dok asyik bunuh dia. haha macam hampa taktau blog aku ni sat hidup sat mati. haqu sungguh. actually post ni takmau sembang banyak pon sebab aku pun dah macam tak larat nak taip panjang2. serius tak tipu berapa banyak post dah aku karang tapi tak pernah nak post sebab apa taktau. aku rasa macam ada orang bomoh aku bagi benci tengok blog sendiri haha dak aih dak aih muhung jaaa. 

memandangkan post aku yang before ni pasai aku dok buat terok kata dapat plkn so meh lee nak cerita sikit. ehemmmmm excuse me, wirawati nurul syifa majid nak lalu. sila hampaq karpet merah hahaha overnyaaa. alhamdulillah aku dah habeh contract berkhidmat untuk negara dengan kerajaan beberapa bulan yang lalu. aku dapat company bravo. alhamdulillah company aku dapat company terbaik hahaha sumpah best plkn. best sangat2. aku dapat kawan baik yang actuallynya ada chemistry adik beradik dengan aku. nama dia wawa. dekat plkn dok jadi lembu dia laaaa. mana wawa pi aku ikot. kami rapat sangat2 sampai mak wawa kata kat kami "haaa elok laa hampa sama2 jadi lembu kat sana" hahaha. nak cerita khusus pasai plkn ni memang cara dia takkan habeh laaa sebab banyak sangat kenangan. but don't worry nasib everyday dekat sana aku tulis diary haha nasib ada diary. kalau ada blog tiap hari paa aku post blog perghhhhh kalau sembang, bukit pon runtuh. sepakkk tak pasai. for me kalau orang tanya plkn patut pi ka dak kannn emmm aku rasa kalau boleh mengelak takpi tu better takyah pi sebab serius tak tipu bila balik dari plkn serius jadi rindu sangat2 kenangan kat sana and masalahnya benda tu semua tak boleh repeat balik sebab kawan2 semua jauh and its hurt :'( kenangan sekolah lain tak macam plkn. sekolah ni kawan2 boleh berkumpui jumpak balik tapi plkn macam susah nak buat macam tu. yaaa laaa just like what people said, dekat plkn ni everything is under contract. cinta ka friendship ka apa ka semua contract. aku dengan wawa yang boleh keep in touch sebab kami ada bau bacang and rumah kami tak jauh.


ni lah wawa yang aku cerita tu. sekarang dia sambung study dekat uitm melaka. rindu sangat dengan dia hmmm tiap malam teriak sebab rindu dia. lambat lagi kami nak jumpa :'( 


4+4 = gwiyomi weeee!!

yang dua orang atas tu lagi nama ayu dengan ira. ayu yang gigit keropok sebatang tu and ira yang putih geboooooooo gilaaa tu. dekat plkn kami 4 kira macam geng laaa. kamceng hahaha ayu duk dekat langkawi, ira pulak dekat perlis. jauhhhh :'( sejak balik plkn aku tak jumpa pon lagi ira and kami jarang contact sedihhhh sangat. ayu pulak jumpak sekali jaa tu pun sebab aku dengan wawa pi langkawi haritu dihh dihh :'( nasib ayu ada wechat so boleh laa kami dok hingaq kot situ :DD
tapi takpa raya ni insyallah nak berkumpui semua balik. suruh ayu mai jitra then pi jumpak ira kat perlis yeyyy can't wait :')


 macam tak percaya yang aku dah besaq dah haha rilek buat chill laaa. nak kata besaq tu tak la besaq sangat sebab still dok bawah ketiak mak lagi. maksud aku ni besaq dari segi umoq. 
tak percaya yang dulu form 1 dok tergedik2 dekat sekolah mengorat geng senior hahaha no i'm lying. serius tak percaya kan macam baru ja masuk sekolah bercinta dengan pateqik dulu2 hahaha cinta zaman sekolah cinta monyet but now dah habis dah pon sekolah and aku jumpa macam2 orang. lepas zaman sekolah masuk zaman plkn. hahahah rilek chill takmau cerita apa lagi pasai plkn. duk dalam kem 3 bulan ja tapi kenangan macam 3 tahun. hahaha cool. but know dah nak masuk zaman U pulek. ohhh yekekkkk U. taktau laaa UPU haritu tak dapat and rayuan pon tak dapat hmmm dih dih. sekarang dok confuse taktau nak masuk mana. nak tunggu second intake rasa macam lama lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. berbulu dah tunggu nak masuk study serius tak sabaq gilaaa. blog pon dari dulu dok chapter 13 lani dah chapter 18. hehehe macam2 cerita dari aku baru nak baliaq sampai dah boleh kawin dah pon aku dok cerita pasai diri aku dalam blog aku ni hahaha



ehhhhhhhh sapee tu yang dibelakang sayeee? ihikss perkenalkan tu la syaheera abd rahman. new important person in my life. baru rapat jaa dah masuk list orang2 tersayang hehehe. sya ni kepala mereng. sama mereng macam aku la tapi rasanya sya mereng lagi kot. ohh yaa dia tua setahun dari aku. sebenaqnya kami kenai dari kecik lagi. dulu time kecik kami selalu dok men sekali sebab dia anak menakan jiran aku. kami terlampau rapat dulu sampai orang pakat kata muka kami sama hahah then bila dah besaq kami macam lost contact sampai jumpak balik dekat facebook and i was likeee ehh ni sya yang dulu2 dok men sekali tapi kami still tak berapa nak menegur well biasalaa kan awkward hehehe 
satu haritu aku kena demam campak, yang nak jadi cerita sya pon demam campak sekali. kami dok whatsapp dua laa nak pantang makan la apa tu la and sejak tu kami rapat cuma jarang jumpa ja sebab sya dok jauh. dia study unisel hehehe. ingat lagi time aku pernah gaduh dengan kawan aku ehemmmm sya tetiba ja dok mai bagi semangat dekat facebook. padahal time tu kami tak rapat lagi and since that i realize sya ni sweet girl ever hahah bila kawan baru tau yang dia ni bukan setakat sweet, masam masin semua ada hahah apa pon i love her so muchhhhhh *love* *love*




weeee banyaknya aku dah taip hahaha


rasanya got to go la kot. nak mandi pastu makan sat sebab lapaq sangat2 haaaa. ohh yaa before i'm leaving nak bagitau sikit. semenjak dua menjak dan menjak2 ni aku jarang sangat2 online facebook. dalam phone pon tak install facebook hahaha ceyyy kemaih cek oi. aku banyak laqa dekat twitter lagi. so pergi leeee contact sayeee dekat twitter ihiksss :P instagram pon ada jugak. hahah jangan dok risau laa kat instagram memang semak aaa aku dok upload gambaq stock muka aku ja hahaha paling latest lani orang duk gila keek kan? helloooo keekerssssssss hahaha. keek pon ada jaa tapi keek aku macam hampeh. banyak keek yang bukan2. semak pon ada. rilekkk aku sedaq yang aku semak hahahahah
cewah cari ni macam nak promote diri jaaa. meluat aku hahah takpa nak pi mandi. sorry sebab lama tak update blog. nanti kalau ada masa aku update lagi k. lovee chiuuuu :*


twitter : @syifamajid

instagram : syifa majid

keek : NurulSyifaMajid

Thursday, 3 January 2013

2013


assalamualaikum

aku tak banyak masa nak update blog ni tapi nak jugak update. walaupun blog ni dah basi tapi nafsu nak update tetap ada hahah. amboi kemain dok nafsu2. so lebih baik aku skip skip ja la nah. maybe entry ni bakal jadi entry paling terpendek dalam blog aku haha oke over tipuuuuuuuuuu

emmm spm? alhamdulillah berjalan dengan lancaq. tak ada gangguan. cuma bengap time jawab ja. tu gangguan sungguh. hahaha no comment pasai spm. nanti tunggu result ja baru boleh nak kata apa. seriously takut sangat2. tolong doa dekat aku k ;) muahhhh

and aku dah 17 tahun. kalau ikut tahun aku 18!!! bukan lagi budak sekolah. so lepas ni tak boleh tengok muka orang peqak bila dengaq kata aku still sekolah. haaa time birthday haritu thank you banyak2 so much dekat orang yang wish. love you guys! *lempaq cekelat*

*gempa bumi* ESOK AKU PI PLKN!!! doa yang terbaik untuk aku. semoga aku selamat pergi dah pulang. harap2 tak jadi apa2 dekat sana. nanti balik aku cerita pasai pengalaman kat sana. tu pun kalau ada masa haha. ohh ya aku dapat dekat wang kelian :)

dengan ini aku Nurul Syifa Majid undur diri dulu. mintak maaf kalau ada buat salah. doa aku baik2 di sana. kalau ada masa mai la melawat bawak kfc. hahah k muahhh :*

Friday, 25 May 2012

Kak Qilah's Wedding

assalamualaikum

sebelum start nak buat entry baru, aku nak habaq yang entry aku gaduh dengan kawan aku tu rasanya tak payah baca dah kot. aku dengan dia pon dah baik semula. gaduh sat jaaaa. yang lagi syok sejak kami gaduh haritu kami lagi rapat sangat2. thanks sangat2 orang yang sudi bagi nasihat2 dekat aku. semoga Allah membalas jasa baik hampa semua. acewahhhhh ayat artis mintak kaki.

*repeat ayat atas. sebelum start entry baru, jangan heran awat aku dok karang blog macam sedih2 ka jiwang ka apa. aku tengah dengaq lagu "sudah cukup sudah" by nirwana. teganya kau menari dia atas tangisanku, sudah syifa sudahhhh, jangan duk nyanyi dah, nanti depa yang mula muntah. weiiii pompuan hang kojaq. hahaha aku emotional gila dengaq lagu ni. aaaaaaaaaaaaaaaaa T.T

just to let you guys know that last weekend.. (takat tula speaking aku) ada kenduri sepupu aku. KAK QILAH WEDDING!!! *gempa bumi*. macam tak percaya gila dok tengok gambaq dia time kecik2 tiba2 dah jadi bini orang. actually birthday dia sama hari dengan aku. aweshome tak? oh tak? oh..... :(
actually kenduri dia lama dah. nak dekat 2 minggu. eh tak, tipuuuu jee. nak dekat 3 minggu dah. haha tapi ni baru ada peluang nak update blog sebab sibuk dengan mid year. sekarang mid year dah habis, ambik cuti 2 hari takmau sentuh buku. hahahah pelajar cemerlang gila. oke oke bismillah...

hari khamis minggu kenduri kak qilah tu aku ada paper sebab tengah exam mid year. punya laaa jawab dengan tekun sekali. sejarah paling kojaq. susah gilaaaa. tak suka! last2 tidoq. bila bangun baru ada idea. hekhek *gelak cover* idea jala, jawapan belum tentu betoi ka dak. then balik rumah sibuk buat cupcake untuk wedding kak qilah. ohhh yekeee? malam tu keluaq dengan kak shimah, abang cikmat and cikzah beli hadiah untuk pengantin tapi mama tak ikot. dia dok dekat umah tokwan dengan ciklo (adik dia). so memang aku ada peluang gilerr lerrr nak cari hadiah hari ibu. tau dakkkk aku dengan belemoih huduh gilaaaaaa pakai seluaq qimau apa dia taktau laa gagah pi tesco cari hadiah hari ibu. aaaaa bila ingat balik rasa macam nak terjun bangunan. last2 jumpak jugak hadiah untuk mama. then ada duit lebih beli untuk ciklo jugak. balik rumah tokwan pulun gilaaa dok sembunyi hadiah dari depa sebab ingat nak buat surprise kat penang nanti. ehhh tak payah habaq laaa, aku memang romantic dengan sweet pon. ohh makaseh *bagi cekelat sorang satu*.



 cupcake by me and mama and cikloo


esok tu hari jumaat. HARI AKAD NIKAHHH!!!!!!!!!!!! *gempa bumi sekali lagi*. bangun punyaa laaa pagi sangat2 ingat nak kena pi rumah pengantin kat penang nuhh tapi sebelum tu kena pi umah tokwan dulu sebab nak convoi dengan kak shimah and abang cikmat. tunggu depa berjam last2 dok kata nak pi pagi sampai jadi tengah hari. kalau tau singgah makan roti canai dulu pon takpa. haishhh.
bila sampai penang, duduk takdan nak kentut pi bawak pengantin make up dengan kak ja and kak shimah. taktau pasaipa aku excited gila nak ikot. emmm tapi kalau tak excited pon kena ikot jugak. time make up time2 tu gatai gakkkkkkkkkkkkk nak pakai inai sekali. al-maklumlah pengapit kannnn :P



atas inai pengantin, bawah inai pengapit. itsss me :D


time make up kalut gilaa sebab tak cukup masa. mana dengan mak andam dok tengah sarat mengandung. so every movement become slow. orang dekat rumah yang tunggu kami dok kejan suruh balik cepat sebab pengantin lelaki dah nak sampai. memang kalot sangat2 laaaa. aku dengan tak tukaq baju pon lagi. elok sampai rumah ja dok gelak2 jerit tengok2 orang ramai dok baca doa. okeeeeeeeeeeeeee malu :|

jeng jeng kejeng jengggggggg... 





















-tut teet tut tet dipendekkan cerita sebab aku malas nak taip panjang2-
malam tu ada malam bersiram. alaaaa bersiram tu. yang ala2 lisa surihani. aweshome!! kak qilah pakai baju putih dengan make up akad nikah pagi tu tak buang lagi. fuyohhh serius tak tipu sebijik macam puntianak hahaha *gelak setan*. tapi part yang paling best time bersiram part lepas kak qilah kena siram, dia pulak yang ligan nak siram kami si anak2 dara. ohhhh so cuteeeee. lari sana lari sini akhirnya aku terkena jugak siram tapi bukan dari anak dara tetapi mak dara. ohhhh okee agak gerun jugak dengaq "MAK DARA". mak tam (mak kak qilah) la gagah pi siram aku. habis basah dengan ayaq2 bunga campoq limau. eeeeeeee (dalam hati syok).



hahaha abang cikmat kena. habis sekali dengan anak teruna kena siram muahah


-emmmm serius semput dok taip banyak sangat-
lepas bersiram kami buat surprise hari ibu. ehhh sweet dak? time tu geng2 ibu dok melepak 1 meja. tiba2 aku dengan sepupu lain jalan pi kat depa. aku sambil pegang kek semangat gila dok nyanyi. hahaha like seriously ada ka lagu hari ibu. ahahah aku gagah pi nyanyi lagu happy birthday versi happy mother's day. aaaaa omey enough! time tu rasa 1 feeling tak boleh nak describe bila tengok muka mama dengan ibu2 yang lain terkejut dengan surprise kami. rasa macam best gila ada orang appreciate surprise kami. haaa that's why aku suka buat surprise kat orang. syok tau dak!! emm emm takmau kata aku sweet macam awal ashaari ka? tak? emm okeee :( lepas celebrate bukak hadiah apa semua tet tet tet tetttt tiiiiidoooooqqqqqqq....




esok pulak tu sekali lagi nak kena kalut. kalutttttttttttttt sungguh2. bangun2 pagi takdan nak buat apa kena cepat2 mandi sebab nak pi makeup pulak. lepas make up aku kena ikut pengantin balik pakai baju pulak. ya robbiiii penattttt. memang rush gilaa time tu. dah laaa orang dekat dewan dah marah2 sebab pengantin sampai lewat. lari sana lari sini. acewahhh macam explore race.

bila sampai dewan, jadi awkward macam mana tah. nak kena jalan sebelah pengantin. time tu orang pakat tunggu sepanjang jalan tu. rasa macammm tite pulaksss yang tawin hik2. yang lawaknya time tu laaa nak pijak kain pengantin pon. pengantin berapa kali nak jatuh. kesian gilaaa kak qilah dapat pengapit macam aku yang super loklaq, time dekat pelamin, masa merenjis tu punya la lama. sorang2, cemuih gila tunggu. dah la kena bagi bunga teloq. kasut pon time2 tu nak ketat lain macam pon. punyaaa la hangat hati last2 aku buang tak pakai kasut. nasib kain labuh boleh cover kaki. serius rasa setai gila dok berkaki ayam atas pentas. hahaha







our dajei. ehhhh maaf maaf. our DJ. ehh maaf maaf lagi, MC laaa!!!
oh my englishhhh


mama and cikzah, omeynyaaa depa


baju time potong kek.

aku terdengaq kak qilah bisik kat mak dia masa merenjis...
masa cium pipi kanan: "mak tudung putih utk acara potong kek mak bawak dak?"
masa cium pipi kiri pulak: Laaa mana mak nak tau"
Nahhhhhhh.. last2 tudung sepupu aku yg mai makan kenduri kena kebas, tu yg jadi warna merah. penat2 order online cantik2 penuh anggun bermanik labuci akhirnya pakai tudung besa ja. loklarssssss



pengantin baru+lama. abang pareh one of my cousin. wed dia bulan 1 haritu.


baby ni kesian sangat2. jantung dia belubang. dah la comei :'(

 

my big family

lepas turun dari bersanding, depa suruh pengapit duduk makan semeja dengan pengantin. rasa macam awesomeeeeeeeeee. oke aku peqak. masa nak makan tu punya cover cun gila sampai tak boleh nak makan. kakja pulak jahat duk mai belakang aku dok suruh cover cun takut satgi ayam terbang. hahah jahat. sebenaqnya memang pernah terjadi pon ayam terbang sebab aku. ni semua sebab control sangat laa. malu gilaa. sedap dap dapp. emmm sedapppppp kira sampai pengantin dah habis makan pon aku still tak habis2 lagi laa duk makan puding la tu la ni la. bla2

habis segala tugas, dut det dut dettt dah habiss kenduri. lega sungguh rasanyaa. mana dengan kaki sakit pakai kasut ketat. kesian aku sampai kena kaki ayam jalam dalam dewan. i was like biaq kat hang nak kata apa pon, kaki aku sakit! anddd opsss kalini aku tak ikut pengantin pi shoot pon. malas rasanya so aku terus balik rumah pengantin dengan sepupu2 yang lain. time dekat rumah pengantin, yang kami si sepupu dara semua sibuk nak shoot jugak dengan photobooth kami. syokkkk gila! kakja make up kami lagi sekali bagi segak2 (ohhh yekee). rasa2nya kami posing dengan photobooth lagi syok kot dari pengantin sebab kami semua ramai. buuu kak qilah buuuuu.


mukadimah dengan gambaq kak shimah kita bagi mai


weiiiiiiiiiii suka gila gambaq ni ahahah


edit by paksu










little cousie yang super sporting. heheh banyak2 gambaq dia la yang ambik








my pwetty sisssstaaaa


with adawiyah si budak merajuk nak main camera aku tapi kakak2 dia tak bagi so dia merajukk sampai takmau cakap dengan semua orang.


kakkkkk kiahhh superrr hot big cousie







bila malam tu pakat lawan jadi lembik. penat sangat2 tapi tak boleh balik lagi sebab ada acara bukak hadiah pulak. sementara nak tunggu 1 per 1 hadiah tu punya laa lambat. penat tapi syok sebab kami tak larat nak gelak pengantin asyik dapat cerek ayaq ja haha. lepas habis bukak hadiah, kamiiiii BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. 

hari ahad esok tu sepatutnya ada paper tapi tak pi sekolah pon sebab kurang sihat. well, kak qilah yang bersanding tapi aku yang tak sihat. berani gila kan aku ambik risiko takpi sekolah time exam. kalau tak boleh buat exam semula baru cering. ehhh memang tak boleh buat pon. ramai kawan2 aku tak mai haritu tapi depa tak boleh buat dah exam tapi aku boleh sebab aku ada surat dottotttt. 

next saturday kenduri belah anak teruna. wihiiii kali ni kenduri dia belah2 kampung dekat kuboq panjang. unique kan nama tempat tu. falan tanya kenduri belah laki dekat mana, aku kata dekat tobiaq lepastu dia gelakk tanya kat mana then aku jawab dekat kuboq panjang then dia gelakkk lagi. hahah aku pon taktau nak habaq tempat tu kat mana. nama unique sungguh. rumah pengantin laki a.k.a abang najib betoi2 dalam kebun getah. memang setaiii gilaa. pengantin posing dalam kebun getah tu ja. hahah tapi sumpah tak tipu masakan orang kampung sedapppp sangat2. aku malu nak habaq tapi nak habaq gak, aku makan nasi 4 pinggan kat kenduri hahaha loklarsss gilaaa! then semua adik beradik pakat terkejut oiiii syifa makan banyak








maka tamat la cerita dongeng aku. ehhh dongeng kee? tipu jeeeeeee, 
sape yang bace entry ni sampai habis muahhh muahhh saya berikan. muahhhh :*

dah habis baca? tekan lah. upah saya sikit :P